Bila dengar perkataan TEKANAN jea kita mestinya tergambar suatu keadaan yang sangat-sangat menakutkan, umpama perjalanan hidup yang dilalui penuh dengan batu-bata yang menghempap kepala. ~tidak sesedap makan ice cream~ Jelasnya TEKANAN sesuatu yang dipandang negatif, buruk, teruk tapi bukan beruk. ~da la gak macam muka dia~ Tapi normalnya dalam dimensi yang bernama kehidupan tak dak satu perkara pun yang tidak ada lawannya. Cantik vs hodoh, tinggi vs pendek, gemuk vs kurus, panjang vs pendek, hitam vs putih............... makanya negatif (-ve) mesti la ada lawannya iaitu positif (+ve). ~g**a* ko ape TEKANAN positif~
Ehh..ehhh....ku waras amat bila mengatakan TEKANAN ni bagos untuk kesihatan. ~amat la berlawanan dengan kajian sains dan perubatan~ Ok...ok....uols nak bukti kan?? Dah tahu dah tak leh cakap pakai air liuq ja kena gak da fakta. ~tapi skrng ni menulis la bukan bercakap~ Ceriteranya begini yea kawan-kawan. Pada suatu hari ................................. TEKANAN dan TESIS berkawan ~tipu jek la~ Jom dengar cite di sebalik entry kali ni. Ok dah tak mau main-main. ~dengan muka seriusnya~ Dalam exam week aku memang berada dalam keadaan yang sangat-sangat meNEKAN, terTEKAN dan memang TEKANAN laa maksud katanya. Ini gara-gara tesis yang perlu disubmit lengkap [bab 1-5] pada 7 Mei 2009 kepada Papa Rizal. Masalahnya dah keputusan ni dibuat n diputuskan lewat, tyme study week [13-19 April 2009] plak tu. Mana dengan nak exam aggg, nak godek tesis lagi. Aduhhhhh…….stress jadiknya sampai tak ketahuan, Tak taw mana satu nak diutamakan. Kejap tesis, kejap exam, kejap exam then tesis lak. ~ting..ting..berlaga-laga 2 benda ni dalam kotak pala aku~ Dah tu exam pun bermula la dari 20 hingga 29 Mei 2009 walaupun idak la pack jadualnya tapi dah jenis yang suka study last minute maka kena la peruntukan masa yang ada untuk study 4 subjek yang aku ambik semester ini ~uwaaa….uwaa….last sem kat UKM~
Kononnya nak selak tesis la tyme-tyme sengang tapi tak dak maknanya pun. Walaupun ada jarak 3-4 hari untuk exam yang mendatang tapi memang tak leh la nak jenguk apatah lagi selak tesis tu. Lagi laa terTEKAN. .......... memang TEKANAN sungguh la. ~dushh.... dush....kat pipi~ Sangat la idak sempat ngan aku bertanggungjawab mengendalikan Majlis Akhir Batch berkonsepkan BBQ SANTAI. Banyak la kejanya walaupun orang tengok macam tak dak pape ~yang tak buat keja memang la tak taw so tak yah ngomen yea~ Argghhhhhhhhhh.......TEKANAN amat. ~tolong..tolong ...lemas dalam sungai TEKANAN~ Banyak kerja yang perlu diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat, study, exam, gerak kerja majlis BBQ, tesis dan lesen keta.
Akhirnya.......dengan keazaman menggunung tinggi untuk tidak dapatkan status TL bagi penulisan TESIS dan juga keinginan untuk segera pulang ke kampung halaman terchenta maka aku mula membuat perancangan dan menyusun jadual. ~Namun sedar perancanganNYA lebih tepat~ Look .... TEKANAN telah berjaya membuatkan aku menyusun jadual untuk penyerahan tesis. Target yang nak dicapai ialah siap full tesis pada 7 Mei 2009 sepertimana yang sepatutnya. Strategi pulak adalah pulun sesungguh hati buat penulisan dari 2-6 Mei 2009 sebab 1-2 Mei 2009 adalah hari huha-huha n joli katak. ~kesian katak yang tak bersalah~ Sangat la terTEKAN nak habiskan lebih kurang 2 bab setengah lagik. ~ada ke setengah-setengah tu??~
Guna TEKANAN yang melanda dengan tahap positif semaksimum mungkin. Maka bermula la perjuangan yang dahsyat lagik mengg**a. Seminggu yang ada tu sangat menghuru-harakan sampai tak termakan, tak tertido, tak tergerak ke mana-mana, tak berbual-bual tapi mandi tu wajib la. ~macam beshh lak coz badan pun susut~ Mata ni sampai lebam +kabur + bengkak aggg, pala pun sampai dah terawang-awang macam tak tui pun ada, satu badan letih n lenguh coz mengadap laptop sahaja siap krem tangan. Macam yakin tak yakin ja nak siapkan tesis ni dalam jangka waktu yang sangat singkat. ~DIA ja yang Maha Mengetahui dan mendengar rintihan hambaNYA ini~
TEKANAN yang melanda dihadapi dengan tenang ~agak-agak la tenang pun sampai leh tinggai kunci dlm blek~ Alhamdulillah, akhirnya usaha n kerja keras membuahkan hasil yang sangat lazat. Lazat sangat macam makan ice cream + coklat bila dah siap penulisan tesis. ~tetiba nak sangat makan ice ceram + coklat, tolong la blanja saya~ Syukur pada DIA yang Maha Esa kerana mungkin aku takkan berjaya siapkan penulisan tesis tanpa kasih sayangNYA walaupun dengan jenuh memerah keringat. Siapalah kita tanpa bersyukur pada DIA yang ESA?? Sebagaimana sepatutnya, 7 Mei 2009 aku bersama my adik-beradik setesis, Wina n Yap ~bahagia la coz Kang dah jilid pun tesis~ menyerahkan full penulisan ilmiah sekali ngan gaya UKM lengkap. Nak bagi my papa semak penuh then buat komen sekritikalnya untuk dibetulkan semula apa yang patut. Awainya dah macam tak jadi nak jumpa hingga buat we ouls gundah gulana tapi last tunda ja masa dari kui 100.00 pagi ke 2.00 petang. ~yang penting dapat jumpa n discuss~ So, tahniah untuk Yap yang sempat disemak full drafnya......kena buat beberapa pembetulan n tambahan data then dah leh jilid. Maka masa habeh hanya untuk Yap jea petang tu tapi ngak kisah pun malah tumpang gembira atas prestasi adik-beradikku.
Sebab dah tak cukup masa maka ku bincang ngan Wina, sedara tesis yang paling rapat. ~Wina kita tetap bersama nanti tyme grad ehh~ Mohon papa semak sehabis baik yang mungkin n sepenuhnya, means tak mau halai-balai ja ~lebih kurang~ coz we try do the best we can. Then kesudahannya papa semak sekali lalu dulu then komen skit-skit yang dia perasan perlu baiki n papa cakap bagi masa kat dia untuk semak sedetails mungkin. Tak cukup masa untuk papa semak full tesis kami tuh. Finally, 11-12 Mei 2009 [Isnin atau Selasa] we ouls dah boleh dapatkan komen hasil penulisan lengkap tu n insyaallah jilid. Tak sabar rasanya walaupun hakikatnya wisau + seriau ja coz tak taw apa yang kurangnya tesis tu. Macam banyak ja yang kena dibaiki tapi we ouls akan cuba yang terbaik gak papa. ~cayunk papa Rizal kan Wina??~
TEKANAN berakhir sudah........... sedar tak sedar tesis telah siap sehingga bab 5 walaupun tidak la diketahui statusnya n masih dalam proses semakan. ~inikah mimpi indah itu??~ Memang TEKANAN, stress, tension, serabut, celaru sebelum ni. Macam nak g**a ja rasanya. Well...well....well.......... inilah hadiah TEKANAN yang dihadapi. TEKANAN ni buat aku berusaha bersungguh, ajar aku tak buang masa, latih aku konsisten, didik aku berkorban dan segala macam hal lagik yang tak leh dibagitau. ~ada rahsia comeyy sangat uiii~ Uoals semua...... maka ini la kePOSITIFian TEKANAN tersebut. Rasanya kalu tanpa TEKANAN nie aku masih tidak akan berjaya menyudahkan penulisan tesis, aku masih bertangguh-tangguh dan bermalas-malas. Tima kasih untuk papa Rizal yang telah memberi tekanan ini ~hakikatnya kami yang set up tarikh benarnya sebab taw papa busy amat~
Belajar la dari setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita tak kisah dalam susah atau senang. Sentiasa positif thinking dalam apa jua keadaan atau situasi. Insyaallah segala perkara akan berjaya diselesaikan. Setinggi penghargaan untuk papa Rizal yang berperanan sebagai penyelia we ouls punya tesis [aku, Wina, Kang, Yap n Epol] Tak lupa gak untuk para lecture len yang turut membantu secara tidak langsung iaitu mama Kartini, Baba Nizam, mama Sity, ayahanda Ghazali,bonda Sity dan jugak pensyarah yang telah ku timba ilmu sepanjang 3 tahun di perbukitan ilmu UKM iaitu papa Agus, mama Rashila, Abg Nazri, Abg Takiuddin jugak abi Russli. Semoga kita mendapat grad pemarkahan yang tinggi daripada papa n pembaca kedua yea adik-beradik setesisku. Jugak GOOD LUCK untuk semua kengkawan SC POLITIC ku yang len dalam proses menyiapkan tesis. Salam Maju Jaya n kejayaan milik kita bersama di HARI GRADUASI nanti. Sampai jumpa agg... Sayang semua yang pernah hadir dalam hidup ku. ~tak kisah la kalu ada yang tak sayang aku pun~
No comments:
Post a Comment