Seorang WANITA/GADIS/PERAWAN yang berani meletakkan IN A RELATIONSHIP WITH kekasih bukan mahramnya itu, ia sedikit sebanyak telah HILANG SIFAT MALU dan SEGAN dalam dirinya sebagai seorang MUSLIMAH kerana ia seolah-olah seperti memberitahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple dengann kekasihnya, seperti isytiharkan KEMAKSIATAN. Tahukah anda bahawa meletakkan IN A RELATIONSHIP WITH kekasih bukan mahram boleh menimbulkan fitnah??? Dan apabila timbulnya fitnah boleh mendatangkan dosa??? Akhir zaman ini ramai manusia yang berbangga dengan maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri...
Tahukah anda bahawa,sedangkan dalam pertunangan Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya MERAHSIAKAN PERTUNANGAN. Inikan pula perhubungan COUPLE yang jelas HARAM tetapi hendak menunjukkan juga kepada umum yang diri itu SUDAH berstatus couple!! Kalau status pertunangan TIDAK mengapa, tetapi itu juga Nabi s.a.w menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan sebagaimana Sabda Nabi s.a.w:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
Oleh itu janganlah berbangga dengan status IN A RELATIONSHIP WITH kekasih bukan mahram anda itu kerana yang anda akan dapat adalah DOSA yang sia-sia sahaja. Hendak selamat dan mengelak diri difitnah maka halalkan segera perhubungan anda itu dengan PERNIKAHAN supaya tidak berlaku lagi fitnah, dosa dan maksiat. Walahhua'lam.
No comments:
Post a Comment