5 TIPS PERANCANGAN BERCUTI
Bercuti merupakan aktiviti yang digemari dan disukai ramai orang. Dengan bercuti ia boleh membuatkan kita melupakan segala beban yang menghantui kepala kita serta rutin harian yang membosankan. Kita boleh melupakan seketika masalah kerja atau yang berkaitan semasa kita bercuti. Minda kita akan kembali fresh and relax selepas pulang dari melancong . Walaubagaimanapun percutian yang tidak dirancang akan mengubah keadaan yang happy menjadi kelam kabut dan serabut. Jadi krew jomlahcuti.com ingin berkongsikan tips sebelum pergi bercuti.
1.TEMPAHAN AWAL
Pengangkutan dan peginapan semasa bercuti haruslah ditempah lebih awal. Kelewatan menempah lebih awal mungkin akan mendatangkan pelbagai masalah dikemudian hari seperti tiada kekosongan bilik pada tarikh yang dikehendaki atau anda terpaksa menunda tarikh percutian anda. Selain itu, bagi anda yang menaiki pesawat untuk ke lokasi pelancongan seeloknya lakukanlah penempahan awal untuk mendapatkan harga yang lebih murah disamping dapat menjimatkan anda…
2.PENGANGKUTAN
Anda perlu mengenal pasti jenis kenderaan anda dan juga jadual perjalanannya sebelum anda bertolak untuk bercuti. Jangan lupa pastikan yang anda bergerak lebih awal agar tidak ketinggalan sekiranya anda menaiki bas atau penerbangan.
3.PERBELANJAAN
Anda juga perlu menyediakan wang yang secukupnya sekiranya ingin melancong jadi perancangan awal amat diperlukan bagi memastikan anda mampu menampung perbelanjaan anda sewaktu melancong. Bagi anda yang ingin melancong ke luar negeri kadar tukaran mata wang asing perlu anda ketahui terlebih dahulu bagi memudahkan urusan pertukaran wang anda agar tidak tertipu. Perkara yang amat penting adalah perancangan awal. Jangan buat keputusan terburu-buru. Negara/tempat mana yang anda hendak pergi, apa tujuan pergi, berapa budget anda, dan berapa lama disana. Ini yang amat penting. Kenapa saya kata perancangan awal penting? Kerana tanpa perancangan, duit anda confirm akan keluar dengan banyaknya.
4.PAKEJ PERCUTIAN
Kaji pelbagai pakej percutian yang berbeza kerana setiap pakej mempunyai harga yang berlainan megikut jenis penginapan, pengangkutan dan juga perkhidmatan lain yang ditawarkan. Bagi memastikan anda mendapat pakej percutian yang dapat meminimumkan pengeluaran wang anda lakukan survey telebih dahulu. Pakej apa yang perlu anda pilih? Yang paling bijak dan save adalah anda beli pakej semasa Matta Fair. Waktu ini harga memang berbaloi. Kerana harga fair. Ini adalah masa yang paling sesuai untuk buat booking. Dan sebelum pergi ke Matta Fair tu, pastikan anda letak budget dan bawa bersama. Terus booking jika kena dengan citarasa dan gerak hati anda. Perlu diingat, waktu tu ramai orang, jadi ambil tempat yang sesuai sebelum membuat tempahan. Catat segala pertanyaan yang terbuku dan simpan segala rekod sekiranya anda telah membuat tempahan.
5.PAKAIAN
Pemilihan pakaian yang sesuai semasa bercuti amat dititik beratkan. Anda juga perlu mempertimbangkan keadaan cuaca dan juga musim di tempat yang anda ingin melancong itu, tidak sesuai sekiranya anda sekadar memakai t-shirt semasa musim sejuk bimbang anda akan kebekuan nanti! Bagi aktiviti mengembara didalam hutan pula kasut yang sesuai perlu disediakan bagi melindungi kaki anda dan sebagai langkah keselamatan.
Oleh itu sebelum memulakan percutian anda pastikan segala tips ini dilaksanankan agar percutian anda berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dikemudian hari yang boleh memburukkan saat indah percutian anda itu.
No comments:
Post a Comment