CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

01 November 2011

DULU dan KINI

Pembejaran dalam bentuk HIPOTESIS;

SOALAN: Semakin meningkat usia semakin menggebu sifat SENSITIF , persoalanya betul atau tidak??

JAWAPAN: Keberangkaliannya boleh jadi MUNGKIN, bukan Ya dan bukan juga Tidak.



DULU

Malas nak kisah…. Payah nak terasa or kecil hati, langsung tak menitiskan air mata. Mudah kata TIDAK PERNAH sensetap. Mungkin ada tapi kerapkalinya IGNORE, berlagak KERAS dan KUAT. Tiada minat menjadi WANITA lemah yang kalah dengan perasaan.


Selalu-selalunya… andaikata berkecil hati sekadar simpan sendiri, biar lama-lama rasa itu dibawa pergi.


KINI

Sedikit-sedikit ada rasa….. bukan sebab percakapan tapi kekadang CARA juga TINDAKAN.


>>Labelkan begini secara MUDAHnya<<


Bila susah cari NISA… bila ada masalah cari NISA…. Bila nak pinjam duit cari NISA…. Bila mahu bertanya sesuatu cari NISA…. Bila sedih dan menangis cari NISA…. Bila perlukan cadangan cari NISA…. Bila sakit juga cari NISA….. bila mahukan bantuan cari NISA, hendak siapkan assignment/tesis/dll cari NISA….


NISA siap sedia membantu even kadangkala tidak diminta… sifat MEMBANTU dan KASIHAN yang terwarisi dari ibu buat NISA peka dengan masalah dan kesusahan orang lain.. (bukan perasan bagus tapi ini hakikat diri yang tak bisa ditolak).



Tapi kerapkali terjadi….


Bila senang tidak pedulikan NISA… bila selesai masalah ignore NISA…. Bila berduit, good bye NISA…. Bila dapat jawapan tinggalkan NISA…. Bila suka dan ketawa, lupa NISA…. Bila sihat langsung tidak hiraukan NISA….. bila dapat bantuan, tak perlu NISA, bila Berjaya siapkan assignment/tesis/dll buang jauh NISA….


Bila PERLU baru diCARI oleh orang


SALAHkah untuk terasa??


Mudah cakap untuk tidak mahu bersifat TERASA (sensitive) tapi kita hanya manusia yang punya perasaan, yang tetap ada rasa hati. Apatah lagi kiranya kejadian itu berlaku berulang kalinya, terlalu kerap. (Tidak sekadar pisang berbuah dua kali tapi telah berpuluh malah ratus kalinya.)


Buat sesuatu TIDAK perlu mengHARAP sebarang BALASAN. Ya… ya… betul amat. Buat sesuatu tidak perlu mengharapkan sebarang BALASAN baru dikira IKHLAS.


Bukanlah mengharap orang membalas setiap sesuatu yang telah dilakukan kerana itu semua dilakukan atas rasa kasih sesama insan, atas rasa sayang antara kawan dan atas rasa ihsan pada makhluk.


Cuma….


Cukup andai kata masih berhubungan… bertanya khabar, bertegur sapa….. Ini tidak bilamana langsung TIADA KEPENTINGAN maka diri ini langsung tidak dihirau pedulikan. Sepertinya orang asing yang tidak pernah menjadi kenalan. Andai kata menegur pun hanya tenggelan timbul dan alasan yang sering kedengaran SIBUK, ada KOMITMEN lain dsbnya. SENTAP tapi sebelum-sebelum ini hanya disimpan kemas-kemas dalam lubuk hati.


Penyelesaian untuk semua ini


CUKUP untuk terlalu mengambil berat hal-hal orang, berbuat baik, membantu dan memberi pada sesiapa pun. Tidak perlu lagi tercari-cari dan mendekat pada orang. Better mendiamkan diri… bawa diri dan urus hal sendiri. Mungkin ini yang terbaik walaupun bukan keinginan sebenar.


Setiap PERHUBUNGAN yang terjalin ada HARGAnya.


Namun ramai yang tidak sedar……. Sikap ambil berat, sentiasa membantu, memberi hadiah, menenangkan, berkongsi masalah dll adalah kerana rasa kasih dan prihatin sebagai sahabat, kawan, teman tapi mungkin di pihak yang lain menganggap ianya BIASA-BIASA sahaja, langsung tidak memberi apa-apa MAKNA mahupun PENGERTIAN.


MAAF andai aku yang berlebihan dan meRASA dalam sesuatu ikatan.



No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@