CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

24 March 2011

Kembara mencari secebis ketenangan

Allahuakhbar….. Allahuakhbar…. Allahuakhbar…..



Akhirnya dihembus sedikit ketenangan dalam hati….Usai solat maghrib dan tadarus di rumah terus kembara. Kembara mensucikan hati dan diri. Ambil keputusan beri’tikad dalam masjid untuk tempoh yang agak lama. Turut disajikan dengan halwa telinga yakni tazkirah maghrib dari ustaz veteran. Ustaz menyampaikan tentang peri pentingnya solat… peranan pemuda-pemudi (masjid dan solat). Ketandusan anak muda terutamanya sang teruna untuk solat berjemaah dan mengimarahkan masjid. Menyedihkan di akhir zaman ini… untuk menonton tv ada waktu, berlama-lamaan di depan lappie ber’tenet’, ber’fb’ dll mampu, untuk bersukan rajin pula, jalan-jalan shoping berkesempatan pula…. Untuk ringankan kaki melangkah berjemaah di masjid?? Tepuk dada tanya iman..


Dalam beri’tikad… banyak kali diterpa sebak di dada, rasa-rasa mahu menitis mutiara jernih namun pantas ditahan kerana masih rasa segan pada para ibu-ibu yang turut hadir mendengar tazkirah. Lantas segera capai al-Quran, alunkan ayat 45 dan 153 surah al-Baqarah berulang kali hingga sedikit damai. Bergenang mutiara jernih dikelompok mata yang tak bisa tumpuh, hadir cuma sendu tertahan dan merona merah jambu dihidung. Ini pun cukup membuat para ibu memandang kepelikan dan yang prihatin bertanya apakah tidak sihat. Termampu membalas hanya dengan senyuman.


Selesai tazkirah maghrib, juga diberi peluang untuk isya’ berimam dengan suasana syahdu. Rasa sangat tenang dan damai dalam rumah Allah. Alhamdulillah….selesai dengan doa oleh imam dan bersalaman sesama jemaah. Terharu bilamana ada para ibu yang disalami dengan spontan mengusap lembut ubun-ubun seperti mengerti bahawa hati sedang berkecamuk. Masih rasa tidak ‘senang’ lalu kembali mengadap Quran beberapa ketika. Ada sesuatu meresap di hati… TERIMA KASIH ALLAH. HambaMU akan tetap teguh menyembah hanya KAMU, tiada yang lain.


Aku hamba yang sering leka… ampuni aku Ya Allah dalam setiap sesuatu yang telah aku lakukan dan menjadi kemurkaan bagiMu. Aku hanya hamba yang lemah, yang tak terdaya. Hanya padaMu tempatku meminta dan memohon. Campakkan damai dalam hati ini… Amin Ya Rabbal amin…


p/s: jom berjemaah kat masjid/surau... jom ringankan langkah imarahkan masjid/surau..

No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@