CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

09 March 2011

Al-kisah Tentang Jodoh


Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan.Namun,kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintah-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik,rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga.Siapa jodoh kita?Berapa banyak rezeki kita?Dan bila?Itu bukan kerja kita.Jadi,berusahalah dengan baik,Allah pasti tidak akan mengecewakan kita.

"Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya," kata seorang abang yang sangat saya hormati.

"Pelik tu bang.Bagaimana jodoh abang diaturkan?"

"Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya," jawabnya.

"Mengapa tidak mahu melihat wajahnya?Kan itu dibenarkan oleh syariat?Barangkali sebab waktu itu tidak ada

facebook & twitter? " gurau saya.

Memang belum ada.Tetapi ada cara lain.Gambar dan cara-cara yang lain ada,tetapi sebenarnya ada sebab lain...."

Dalam diam,saya rasa hairan.Dia orang yang sangat saya hormati.Sahsiah dan kepimpinanya sangat menawan hati.Tentu ada sebab yang kukuh dan ampuh untuk dia bersikap demikian.

"Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah bercinta. Dia teman lama sejak sekolah rendah lagi," jelasnya.

"Habis mengapa putus?"

"Kami putus kerana dia ada jalan yang tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya.Lepas,bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta."


SATU AMANAH

"Itu kisah sebelumnya.Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?" tanya saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.

"Setelah putus,abang terus pinta guru agama carikan jodoh.Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta."

"Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru?Tidak dibenarkan?"

"Itu keputusan personal saya.Guru memberi kebebasan.Mahu melihat dulu,silakan.Tidak mahu,tidak mengapa."

"Dan abang memilih untuk tidak melihat.Kenapa?"

"Eh,kamu masih tegar dengan soalan asal.Begini,bekas kekasih abang dulu sangat cantik.Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan.Takut-takut,bakal isteri tidak secantik kekasih lama.Jadi abang

tekad,nikah terus tanpa melihat wajahnya".

Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali,"Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan?Setelah nikah,abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga".

Sekali lagi dia senyum.Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan.Jauh di lubuk hati,saya mengakui dia memang bercakap dari hatinya.

"Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dan wnaita yang telah kita nikahi....."

Pendek dia menjawabnya,namun terus menusuk ke hati saya.

Tanpa dipinta,dia menyambung," Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah,dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga.Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya.Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita.Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah.Pada waktu itu,bagaimanapun keadaan wajahnya,siapa pun dia,sudah menjadi soal kedua."


CANTIK ITU RELATIF DAN SUBJEKTIF

"Abang tidak takut,kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang?Maksudnya,er..er..kita masih manusia bukan?" Saya menduga hatinya.

Dia ketawa tiba-tiba.

"Ya,kita masih manusia.Tetapi kita bukan sekadar manusia.Kita hamba Allah dan khalifah.Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu.Untuk melaksanakannya,kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wnaita tetapi ilmunya,akhlaknya,pengorbanannya dan kesetiaannya."

"Jadi,untuk itu kecantikan tidak penting?"

"Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya.Namun ingat,Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri.Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah,pasti tidak akan dikeecewakan-Nya.Orang yang baik berhak mendapat yang baik,bukan begitu?"

"Bukan yang cantik?" jolok saya lagi.

"Cantik itu relatif dan sangat subjektif.Beauty is in the eye of the beholder,bukankah begitu?Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama.Malah ia juga beruah-ubah mengikut masa,usia dan keadaan.Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya," balasnya dengan yakin.

"maksud abang?"

Dia diam sebentar.Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjemahkan bahasa rasa.

"Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya.Orang budiman dan beriman,menilai kecantikan kepada budi dan akhlak.Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokuskepada

kecantikan wajah dan daya tarikan seksual."

Ketika saya ingin menyampuk,dia menambah lagi,"Cantik juga relatif mengikut keadaan.Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merengus.Sebailknya,wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum,sedia membantu dan memahami hati suami."

"Ya,betul tu!" kata saya.Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya,"Sedap di mata tetapi sakit di hati..."


WASILAH MEMILIH JODOH

" Bagaiman sebaik selepas berkahwin?Tak terkilan?" ujar saya dengan soalan nakal.

"Memang dari segi kecantikan,isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja.

"

"Maksudnya,yang dulu lebih cantik?"

"Kamu ni,masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga.Ingat,yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya.Itulah pengalaman abang.Hari ke hari,kecantikan isteri semakin terserlah.Entahlah,apa yang Allah ubah.Wajah itu atau hati ini?"

Wah,dia semakin berfalsafah!Kata-katanya punya maksud yang tersirat.

"Apa kaitannya dengan hati?" tanya saya.Ingin saya terus menvungkil mutiara hikmah daripadanya.

"Kalau hati kita indah,kita akan sentiasa melihat keindahan.Sebaliknya kalau hati rosak,keindahan tidak akan ketara,sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari yang lain."

'Ah,tentu dia bahagia kini!' bisik hati saya sendiri.


JADI ORANG BAIK DAN PILIHAN ORANG BAIK

"Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?"

"Pilihlah jodoh dengan dua cara.Pertama,jadilah orang yang baik.Insya Allah,kita akan mendapat jodoh yang baik.Kedua,ikutlah pilihan orang yang baik.Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita."

"Tapi bang,ramai yang menolak kaedah kedua.Kata mereka,mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa.guru atau siapa jua sekalipun merek orang yang baik-baik."

"Tak mengapa,kalau begitu ambil cara pertama,jadilah orang yang baik.

"Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik.Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum."

Abang tersenyum lantas berkata,"Kamu menyoal bagi pihak orang lain,bukan?"

Saya diam.Dalam senyap saya akui,inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.

"Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak.Maksudnya,jika kita berusaha menjadi orang yang baik,Insya Allah...Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang yang bai

k.Ataupun,kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh,dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!"

Wah,kedengaran berbelit-belit ayatnya,namun jika diamati ada kebenarannya.

"Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik,bukan?"

"Kerana mereka bukan orang yang baik",jawabnya pendek.

" Bukan,bukan begitu.Bolehkah terjadi orang yang baik menolak pilihan orang yang baik?"

"Ya,tidak mengapa.Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik.Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya sama ada untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah.s.a.w.

"Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?"

"Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi.Pertama,mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik.Hikmahnya,Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasanagn orang yang tidak baik.Bukankah Allah telah berjanji,lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?"

Saya terdiam.Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.


JODOH URUSAN ALLAH

"Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya.Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya.Ya,itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat."

"Bagaimana pula jika anak itu baik,dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik,tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai.Apa maknanya?" tanya saya inginkan penjelasan muktamad.

"Itulah takdir!Mungkin Allah menentukan 'orang baik' lain sebagai jodohnya.Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!"

Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar,tetapi ditolak.Akhirnya Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!

"Jodoh itu urusan Allah.Sudah dicatat di alam rahim lagi.Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami.Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik.Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.

"Apakah hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?"

"Mungkin Allah hendak meninggikan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi."

"Hikmah untuk kita?"

"Jika takdirnya pahit untuk kita,terimalah sebagai ubat.Katalah,kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah bernikah dengan pilihan orang yang baik,tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah.......... bersabarlah.Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga.Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut,Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Aisyah."

Tok,tok,tok.Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk.Wajah"abang bayangan" saya pergi tiba-tiba.Tersedar saya daripada lamunan yang panjang.

Wajah isteri terserlah di sebalik pintu.Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri,apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?"

"Ah,hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu:

"Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya,tetapi siapa dia setelah menikah denganmu.Jadi,janji Allah bahwa lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku di awal pernikahan,tetapi di pertengahannya,penghujungnya bahkan sepanjang jalan menuju syurga!"

~~ “Ya Rabb.... Aku tidak meminta seorang yang sempurna, namun aku meminta seorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna dimataMU..". ~~


Dipetik daripada majalah solusi Isu 29: Al-Kisah Tentang Jodoh.


No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@