CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

16 March 2011

Catatan sepi diri {16 Mac 2011}


Petang ini…

Sepi membalut diri

Kosong menyelebungi rasa

Dada dicengkam kuat

Rasa sempit dan sesak

Sebak tak terduga


Kolam ini semakin penuh

Air berombak tak tertahan lagi

Lalu memecahkan empangan

Mutiara jernih itu mengalir deras

Esak tak tertahan tak bisa dihenti


Tulusnya…

Allah aku longlai..

Tanpa sokongan dan bimbangan

Hari-hari aku hambar dan tawar

Aku terus menangis dalam sendu


Sungguh… aku benar-benar rindu

Rindu pada kelompok usrah

Rindu pada pengisian daurah

Rindu pada tautan ziarah, jaulah

Rindu teramat pada jemaah


Aku tahu bahawa sedar tidak cukup

Tidak memberi impak dalam hidupku

Aku tetap begini dan terus begini


Tanpa keberadaan dalam jemaah

Rohaniku makin lumpuh

Minda akalku kian tumpul

Nyata sekali aku sendiri

Keseorangan


Aku cepat sekali dibuai rasa…

Rasa yang membuat tangkai hatiku

Dibelasah resah dan gelisah

Direntap pilu

Dihiris pedih

Dipukul lara

Dipalu hiba


Tolong dan bantu aku…

Aku perlukan ‘kekuatan’

Untuk terus memandu aku

Pulang pada tapak yang kukuh


Aku mahu dan menginginkan…

Mungkin aku bukan yang terbaik

Tapi aku tetap mahu mencuba

Jadi yang baik antara yang terbaik

No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@