CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

31 March 2011

What happen to me??



This week became a very-very “busy gurl”

Stuck in the office

With a bundles of work

Headaches and gastric coming…. arrghhh

Blurrr… don’t noe which one must do first

Tired being me!!!!


I smiley….you smiley but the true --->

my heart ‘sick’ (~_~).



What ever la…

Sayang…. Thinks positive

U can do it….

What happen just be ur self…



30 March 2011

Tak terduga oleh HAMBA



"Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan, Tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku tiba-tiba, Biarlah kita meNANGIS hari ini kerana keSAKITan semalam, Tetapi usah kita KETAWA berpanjangan, Kerana keGEMBIRAan yang belum pasti untuk selamanya".

Kerana kasihnya ALLAH


Assalammualaikum…

Salam penuh kasih lagi tulus dari hati, salam sayang buat semua saudara seislam.


Sahabat seiman,

Sesungguhnya yang paling menakutkan dalam hidup ini adalah terserlahnya kejelekan, aib dan cacat dalam diri, terbongkarnya busuk diri yang selalu memperturutkan hawa nafsu, saat itu tak akan ada lagi kemuliaan, tak ditemui lagi penghormatan, yang ada adalah kebencian, penghinaan dan cemuhan.


Sahabat seiman!

Dapatkah kita melihat seberapa besar aib dan cacat yang kita miliki? Cacat diri yang selalu terbungkus make-up dunia, aib hati yang sering tertutup dengan dusta, hinanya sikap yang terhalang sandiwara, sahabat, nilailah bagaimana ibadah kita sampai pagi ini, seperti apa akhlak kita kepada keluarga, dan selembut apa sikap kita terhadap saudara?


Sahabat seiman,

Lalu apa yang kita rasakan? Terkadang kita masih dapat tersenyum di balik keburukan yang kita miliki, tak sedikit malah kita mendapatkan pujian, bahkan balasan kebaikan yang tak terbayangkan.. Sering kita tertipu menatap kemuliaan, selama ini tidak terungkapnya aib bukan kerana kita tidak memiliki, dan bukan bererti Allah SWT tidak mengetahui, akan tetapi kerana Allah SWT menutupinya, mungkin bukan kerana kemuliaan kita, tetapi kerana kasih sayang Allah SWT yang begitu besar kepada kita..



Sahabat seiman,

Tanyalah diri, jujurlah kepada Allah SWT, mengapa diri terus menganggap suci, sedangkan nafsu selalu dituruti? Padahal kita yakin bahwa Allah Swt mengetahui, berusahalah menjadi pejuang hebat di bawah pengawasan Allah SWT daripada pengawasan manusia, sebab Dialah sesungguhnya yang memberikan kemuliaan!


Dengarlah agungnya firman Allah SWT mengatakan, ertinya:
“Tidakkah mereka mengetahui bahwa Allah mengetahui segala yang mereka sembunyikan dan segala yang mereka nyatakan?” (Al Baqarah: 77)


28 March 2011

Sick week...


Lately nihh, boleh dikatakan everyday aku mengalami gastrik. Walaupun bila cakap sakit gastrik orang mesti cakap alaa sakit biasa jaa tuhh tapi gastrik aku nihh sakednya Allah jaa taw. Means tido pun saked… bangun pagi-pagi pun dah saked, kat opiz pun saked, masuk kuliah pun saked gak.. Not sure sebab apa… nak cakap tak makan, honestly aku makan. Ambik jaa sarapan pagi yang dikatakan penting tuhh, then tengahari makan berat skit samada nasi atau mee/bihun/keow teow. Cuma petang dan malam jaa aku dah memang tak makan. Actually, tade laa diet cuma mengamalkan gaya hidup sihat. If lapo sangat baru aku bancuh air n makan buah. Aku memang senyum… buat keja semua… masuk opiz tapi seyesly aku saked. Tido malam-malam pun tak leh nak nyenyak…. dah laa aku memang jenama ‘kipas susah mati’ nak tido. Ambik masa lama verangan baru lehh tido. Nih dah saked-saked memang tak terasa macam tido. Tak cakap ngan sapa pun aku saked hatta sahabat sekatil aku, just takmo dia wisau. Malas nak kecoh-kecoh saked yang aku lehh tahan. Selagi aku boleh tahan, aku tahan jea la.. Sok-sok nihh dah tak tahan sendiri mau ingat laa nak pegi klinik ke hospital kaa apa, pandai-pandai sendiri laa jawabnya.



Tayah nak cengeng nanges-nanges susahkan orang… belajar hidup berdikari yea NUR KHAIRUNNISA. Awak kena belajar bantu diri sendiri sebab tade orang yang akan selalu bantu awak.. Sebenarnya if aku amik ubat pun memang malaz nak makan…. Tuhh kenapa malaz gie klinik n ambik ubat coz aku hanya makan bila aku sakit sesangat if tak jangan harap laa ubat tuhh nak bergerak masuk dalam tekak aku sampai habes. Melampaukan ‘peel’ nihh. Tapi nak buat macamna tade orang nak suh n ingatkan tadenya laa nak menjaga…. Kalu kat umah boleh laa, ada ibu yang membebel soh makan ubat dan paling best ada ayah yang datang terus bawak ubat n air untuk ditelan dan diminum oleh anaknya. Wahhh.. sakit-sakit nihh tetiba windu masa-masa sakit kat rumah sebab nanti leh bermanja-manjaan. Ayah langsung tak pernah mengeluh even aku bebai-bebai sebab sakit sangat… sabar jaa layan kerenah anak dia yang sowunk nihh. Ibu plak nanti masak macam-macam. Ayah…. Ibu…. Adik rindu arrr. Nak balik… nak balik…


*** ada kawan senget aku kat UIA nuhh selamba jaa sound aku direct. “Hang kawen jaa laa Kak Nisa nanti ada laa yang boleh tolong jaga hang, nih tak sakit sana laa, sakit sini laa..”. Adoi… cik adik, ingat kawen tuhh sonang macam petik jari then buka kacang?? Nanti aku kawen laa kalu ada Putera Idaman datang meminang.. hahaahahaa. Amin..

27 March 2011

Siblings list....


Ibu dah penat bising...
Kak Long sampai dah cemuih...

Aku ----> Adik angkat
(no kakak angkat. no abg angkat)

Kak Long selalu ja kata: "Hang tak letih kaa dok layan adik angkat?? Apa yang seronok pun ku tak taw. Tengok semua yang serabut ada laa." hihhihiihi.
Ibu plak: "Dok angkat2 apa laa, takdak yang elok skit ka?"




Ntah laa nak cakap.... bukan laa best kaa apa tapi...
Nak buat macamna orang selesa ngan kita...
Bukan aku cakap pun kata nak ambik diorang jadi adik angkat...
Tapi diorang yang sudi nak anggap aku kakak...
Takkan aku nak kecewakan orang dengan penolakan..

Mungkin sebab aku SUKA SAYANG orang...
Buat aku tak sampai hati nak cakap TAK!!!!
Aku takda laa mudah sayang orang..
Tapi akan sayang orang yang rapat dengan aku...

If ikutkan.... beratur jaa laa list adik berangkat terangkat nihh..
Nih sebilangan kecil jaa yang request kat siblings list fb
Macam koleksi album dah...
Tade laa.. aku bukan jenama kumpul album
Nak show konon hebat laa ramai peminat...
Tak sama sekali....

Cuma..... aku senang berkawan bergaul dengan sesiapa pun.
Terima kasih buat semua yang hadir dalam hidupku.
SAYANG semuanya.... muaaahhhhh.

My bGF(gurl fwen) of primary school

Teman karib zaman sekolah rendah… teman nakal sekelas buat kecoh, teman sepasukan mewakili sekolah dalam hoki, bola baling dan bola jaring, teman ganaz bergado dengan kawan-kawan lelaki, teman sepermainan berbasikal naik turun bukit sekolah, ‘ilmu pak talib’, tudung botol, getah pemadan dll.


Jannah Mahadi – My bGF di Sek Keb Sg Rusa


· 19 Mac 2011 – Majlis Aqad Nikah {tidak dapat hadir kerana ber‘tugas’ untuk seorang lagi sahabat}

· 26 Mac 2011 – Majlis Perkahwinan di Bayan Lepas {juga tidak dapat hadir kerana diri pegun di Kotaraya dengan lambakan keja}


Untuk ini ada rasa kecewa bertandang di hati. Maaf sayang, hanya DOA tulus ikhlas dapat aku kirimkan. Moga perkahwinan yang dibina kekal abadi hingga ke syurga. Bahagia dunia dan akhirat. Aku sayang kamu…..


Teman-teman persekolahan lain yang turut hadir…. Sangat cemburu tapi tetap redha untuk ketidakmampuan menghadirkan diri bersama-sama yang lain. Hope masih diberi umur yang panjang untuk kita berkumpul ramai lagi.

Bila mula bersarung tangan???

Bila mula bersarung tangan…

?


?


?


?


?

Sejak bila NisaNasya makin warak nihh?? Takkan dah pakai purdah dan bersarung tangan segala. Huhhuhu. CCccupppp, jangan buat telahan awal k. Selidik sesuatu tuhh sampai habes sebelum nak cakap pape pun. Tapi ok jugak if NisaNasya berpurdah dan bersarung tangan. (Doa-doakan laa diri cukup kuat dan istiqomah sebab memang penah ada niat untuk berpurdah sebelum, tapi belum sampai masanya).

Hoykehh…. NisaNasya dah mula bersarung tangan.. Macamna tuhh?? Alkisahnya begini, pegi balik opiz, pegi balik umah sewa, pegi balik kelas dll bermotosikal. Maka tanpa rela lagi terpaksa berdepan laa dengan cuaca yang tak menentu, kadang panas, kadang terik, kadang redup… Dan terimalah hadiah terbaek bila tangan mula ‘hitam legam terbako’. Memang terbaik sebab dah macam pakai sarung tangan hitam dah….



{lebih kurang macam dalam pixel contoh kat bawah nihh laa... tapi berbelang hitam aku tuhh just sampai pergelangan tangan ja sebab aku sentiasa pakai baju/t-shirt/jubah/dll lengan panjang}

Okehh, situasi tangan lebih kurang macam kat atas laa tapi NisaNasya lagik teruk laa sebab yang tangan hingga pergelangan tangan hitam habes,hitam dari pixel kat atas tuhh sedang bahagian tangan dari pergelangan tangan ke atas warna asli ja(bukan nak menunjuk cheq putih naa tapi hakikat…hikhikhiikhik)

Macamna nak buat bagi tangan kulit cerah balik pun cheq tak taw. Pakai gak losyen tapi tak berkesan apa pun. Huhhuuhu. Habes laa lagu nihhh, nanti kurang regha, nak sarung cincin pun buruk jaa tengok tangan (okehhh sedang verangan suda). Kawan-kawan ada cara tak macamna nak rawat keadaan tangan yang terbako dek panaz matahai nihh??? Mehh laa share…



Aku dulu, kini dan selamanya


Janganlah LEMAH dan janganlah berSEDIH
Kerana kalian termasuk umat yang ditinggikan
Jika kalian termasuk orang-orang yang BERIMAN
{Ali Imran:139}



Aku dulu, kini dan selamanya:

"Rela disakiti dari menyakiti,

rela dilukai dari melukakan,

rela diabaikan dari mengabaikan,

rela dijahati dari menjahati,

sanggup terkorban dari mengorbankan,

sanggup dikecewakan dari mengecewakan,

sanggup dikhianati dari mengkhianati.

Mungkin lagak ku keras dan kasar

Tapi hatiku tidak mampu begitu”

Allah aku lemah...


26 March 2011

Bila berjubah + baju kurung

Last week.... balik cuti seminggu di rumah...
Bahagia tak terkata... alhamdulillah...
Dalam pada tu dok tension jugak sebenarnya..
Tesis... selagi tak settle selagi tuhh dok celaru...

Dalam pada dok sebok-sebok tuhh..
Ngan eda borang soal selidik
Turun naik firma-firma guaman dll
Hati rasa nak outing jaa...
Kebetulan my gegurl (sepupu) dok cuti sekolah
Then depa pun ajak kuar...
Ada sorang tuhh yang keja sementara tunggu result SPM
Katanya nak belanja besday sepupu yang sorang lagi tuhh

So keluaq laa kami....
Tak dak arah sangat.... last p KBJ jaa laa
Dia nak belanja MCd so mamamjaa laa..
Orang nak belanja so tayah banyak songeh...

First jalan-jalan then mamam sebab dah lapo...
Then kami solat asar lu...
After solat terus gerak main bowling...
Wowww.... masuk jaa tempat bowling semua pandang..

Depa tak pernah tengok orang kowt..
Sebabnya kami masuk main tuhh..
Berjubah dan berbaju kurung...
Tapi ok pa...


{Sempat lagi nak photogedix before outing}


{yeahhh.... bowling tyme}

{Juwairiyah dan Ain, my gegurl}



istikharah cinta



Bersaksi cinta diatas cinta

Dalam alunan tasbih ku ini

Menerka hati yang tersembunyi

Berteman dimalam sunyi penuh do'a


Sebut nama Mu terukir merdu

Tertulis dalam sajadah cinta

Tetapkan pilihan sebagai teman

Kekal abadi hingga akhir zaman


Bersaksi cinta diatas cinta

Dalam alunan tasbih ku ini

Menerka hati yang tersembunyi

Berteman dimalam sunyi penuh do'a


Sebut nama Mu terukir merdu

Tertulis dalam sajadah cinta

Tetapkan pilihan sebagai teman

Kekal abadi hingga akhir zaman


Istikharah cinta memanggilku

Memohon petunjukmu satu nama teman setia

Naluriku berkata


Dipenantian luahan rasa

Teguh satu pilihan

Pemenuh separuh nafasku

Dalam mahabbah rindu.....


25 March 2011

Di mana kita???



Manusia itu bisa berubah. Dari baik kepada yang lebih baik, dari jahat kepada yang lebih jahat, dari baik kepada jahat dan dari jahat kepada baik. Pengalaman hidup banyak memperlihatkan pada saya bahawa manusia itu boleh berubah-ubah. Kita tahu siapa kita hari ini tapi kita belum mampu pasti siapa kita untuk hari esok dan masa akan datang.

Manusia bisa BERUBAH. Melakukan perubahan bukan sesuatu yang mudah. Sementara perubahan memerlukan pengorbanan besar. Manusia bisa berubah boleh dilihat dalam beberapa konteks.


(1) Baik kepada buruk

Melihat seorang yag dahulunya sangat menjaga hubungan dengan Allah namun kini tidak lagi. Dahulunya sangat rajin solat berjemaah tapi sekarang langsung tak mengenal sejadah. Yang cukup menjaga pergaulan lelaki dan perempuan, sekarang bergaul bebas tanpa batas.

Kita bertanya kenapa???? Apakah kita lupa bahawa Allah mampu menurunkan tingkat diri sseorang dari baik kepada sebaliknya. Kita lupa… sehingga kita mudah sekali memandang hina mereka-mereka yang hidup bergelumang dosa. Atas kelupaan ini juga kita kerapkali melabel individu dan kelompok lain dengan segala yang tidak baik dan memandang sinis terhadap mereka. Kita menjauhkan diri daripada mereka atas kelupaan kita bahawa manusia bisa berubah.


Saat ini, kita masih dalam nikmat iman dan Islam.

Apakah selamanya?

Adakah hak milik kekal??


Jangan terlalu sombong dan angkuh mendabik dada bahawa ianya milik mutlak diri!! Yang lebih afdhal kita tadahkan tangan mensyukuri nikmat iman dan Islam yang kita rasai. Kita sebar luaskan pada yang lain untuk sama-sama merasa manisnya nikmat iman dan Islam.

Jangan berasa terlalu aman dan selamat berada dalam zon selesa. Jangan terus merasa diri sudah cukup sempurna, cukup amal, sempurna iman dan bagus Islamnya. Tidak perlu angkuh menghitung kebaikan dan pahala yang telah dilakukan tapi jadilah hamba yang rendah diri dengan menghisab berapa banyak keburukan dan dosa yang telah dilakukan dan cara menebusnya.

Sepatutnya kita tidak melihat berapa banyak dosa orang lain lakukan, tetapi lihatlah kebaikan-kebaikan yang dia ada sebagai motivasi untuk mengajaknya kepada kebenaran. Dan jangan sibuk mengira-gira dosa orang tapi lihatlah kebaikan yang mungkin pernah dilakukan mereka buat motivasi diri.

Realitinya, tersangat ramai orang yang mempunyai kefahaman Islam, mendapat pendidikan agama dari kecil tetapi tidak mengamalkanya. Ramai yang satu ketikanya turut serta dalam usrah, tapi kini kelakuan langsung tak berfikrah. Ada jugak yang berhijab labuh menutup aurat suatu masa dulu, dan kini sepertinya bertelanjang bulat. Astaghfirullah…. Mudah-mudahan kita dipeliharaNYA.

Bersamalah kita jadi hamba yang bersyukur dengan melipat gandakan amalan. Dan rasa syukur kita kembangkan dengan mengajak lebih ramai orang untuk sama-sama berteduh di bawah rahmat iman dan Islam.

Jangan sekali pernah mengeji mereka yang diuji!!!!


(2) Buruk Kepada Baik

Kain buruk yang dibasuh mungkin lebih bersih suci dari kain yang baru. Mungkin kita lupa hakikat bahawa yang buruk mungkin menjadi lebih baik dari yang baik.

Suatu ketika dahulu mungkin seseorang itu banyak melakukan dosa, sering berbuat kesalahan, selalu tersilap dalam tindakan. Lalu kita tidak menyukainya atas apa yang dilakukannya. Setelah berlalu beberapa waktu, kita temui dan mendapati orang itu telah berubah, berbeza dari dia yang dulu. Perubahan mungkin tidak secara menyeluruh dan 100% namun terlihat titik peubahan itu. Namun kita sangsi…. Dan hati mula berbisik jahat dan bibir mengungkap:


“konon nak tunjuk baik laa tuh”

“berlakon jaa lebih”

“tak boleh ingat laaa apa dia dah buat kat ku dulu”

“jenama jahat, boleh baik sat jaa la”

“nihh buang tabiat kowt.. tak lama dah laa tu”


Kita terlalu prejudis….langsung tidak mengamati apatah menghayati usaha perubahan yang dilakukan oleh seseorang itu. Sedang kita tida sedar betapa sukarnya melakukan perubahan dalam hidup. Berubah menjadi jahat memang mudah tapi berubah dari menjadi baik adalah sesuatu yang amat sukar. Kita langsung tidak cuba untuk menyelami betapa sesalnya seseorang atas perbuatan masa lampau. Betapa dia sedang berjuang bermatian-matian untuk meninggalkan sifat-sifat kotor masa lampau.

Lebih kejam bila kita menidakkan perubahan seseorang. Kita tetap sebok mencari salah silap seseorang yang berubah ke arah kebaikan. Dan salah yang kecil dan sedikit dicanang merata untuk menutup perubahan kebaikan yang telah diusahakan. Segala dosa masa lampau kembali dibongkar. Apa-apa sahaja yang jelak tentang orang itu pada masa lalu diheboh seantero dunia. Inilah penyakit masyarakat…. Yang tidak pernah mahu sedar bahawa manusia itu bisa berubah.


(3)
Sekejap Baik Sekejap Buruk Kemudian Baik Balik

Dan sebelum kita terlupa lagi…. sedarlah bahawa manusia itu, imannya ada kadar turun naik. Kita bukan malaikat yang imannya kekal pada Allah. Kita hanya insan…. Penuh dengan sifat lalai dan apla.

Kita mungkin mengenal seorang yang dulunya sangat warak lagi soleh. Dan kemudian dipertengahan perkenalan, teman itu berubah, melakukan perkara-perkara yang dahulu sangat dijaganya. Kita jadi tidak enak dan selesa dengan perubahannya…

Jadi apa tindakan kita??

Si jumud: Terus mengutuk, mengherdik dan memboikot dengan alasan bahawa teman tadi cakap tidak serupa bikin, tidak lagi mampu berubah dll.

Si arif: Cuba mendekati… memahami situasi sebenar. Cuba bantu untuk teman kembali pada jalan yang lurus.


Dan kemudian teman kita kembali berubah kembali ke arah kebaikan. Tapi kita?? Menolaknya jauh kerana rasa dikhianati Membuangnya terus kerana menganggap dia tidak lagi boleh dipercayai. Sedang dia sebenarnya diuji. Betapa kita tidak mengerti betapa sukarnya dia, beratnya beban ujiannya. Kadangkala, manusia yang terjerumus ini, bukan dengan kehendaknya. Dia terperangkap. Mungkin terperangkap atas unsur orang lain, dan ada juga yang terperangkap kerana tidak sedar.

Janganlah kata dia budak agama, takkan dia tidak tahu. Janganlah kata dia anak imam alim ulama, takkanlah dia tidak tahu. Habis, Ka’ab bin Malik itu sahabat Rasulullah, mustahil dia tidak tahu bahawa pergi perang itu salah? Abu Dzar Al-Ghifari itu sahabat Rasulullah, masakan tidak tahu bahawa memanggil Bilal bin Rabah sebagai ‘anak hitam’ itu salah?

Maka….atas titik inilah kita perlu sedar dan faham. Bahawa manusia itu, imannya ada turun dan naiknya. Manusia ini akan sentiasa diuji. Orang telah diuji dan mungkin kita belum diuji. Di sinilah kita memainkan peranan dengan memberi sokongan dan dorongan kepada mereka-mereka yang diuji agar lepas lulus ujian tersebut. Supaya nanti, andai kata kita pula diuji, moga Allah permudahkan uusan kita.

Ayuh bersama kita berdoa agar kita serta yang lain berubah ke arah yang lebih baik dan sentiasa dalam limpah rahmat kasih sayangNYA. Moga-moga, perubahan-perubahan yang Allah berikan kepada kita dalam kehidupan ini hanyalah kehidupan ke arah kebaikan semata-mata. Moga-moga, Allah mengubah kita dan mengubah manusia di sekeliling kita ke arah kebaikan.


Sentiasalah kita muhasabah diri..

Terus berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..


Insyaallah dengan memahami realiti dan sunnatullah perubahan inilah, akan terlahir rasa mengambil berat akan diri dan orang lain. Dengan memahami perkara inilah, kita akan lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga diri. Dengan memahami perkara inilah, kita akan bergantung lebih kepada Allah SWT.“(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.” Surah Ali-Imran ayat 8.


S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@