CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

05 September 2010

MEGA SALES SUPPER DUPPER JUMBO


MEGA SALES dah nak habes
Dah hujung-hujung sangat ni
So jangan ketinggalan-
Jom rembat apa yang termampu
Wajib jadi tamak ......

Mega sales ni bukan slalu
Jenuh nak tunggu setahun tu
Kalu umur panjang.... alhamdulillah la
Kalu da memang rugi tak taw nak habaq.

Jadi apa tunggu lagi???

Apa?? Nak taw lokasi kat mana??
Masa tamat??
Musykil di situ sebentar (@_@)

Mai cheq nak bagitaw ampa semua
MEGA SALES ni memang SUPER DUPER JUMBO MEGA SALES laa
Berikut adalah sedikit maklumat:

Tempat : Di mana-mana sahaja
Masa: Awal hingga Akhir Ramadhan
Khusus: Untuk semua umat ISLAM

~~~~~~~~

MEGA SALES = Bulan penuh barakah + ganjaran pahala dll
Maka wajib la jadik tamak untuk kejar yop kejar
Satgie habes baru nak kecoh
So tak dak maknanya lagik
Menyesal tak sudah
Nasi dah jadi bubur



Firman Allah SWT: Maksudnya:
"Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan". (al-Qadr: 1-3)

Jadi apa amalan yang boleh kita lakukan??
Jom ikut amalan Rasullullah s.a.w!!!

1) Mandi antara waktu MAGHRIB dan ISYA'
(serta memakai pakaian yagn cantik dan wangi)
2) Mencari lailatulqadar
3) Melewatkan sahur
4) Melakukan iktikad
5) Memperbanyakkan doa


Juga rajen-rajenkan diri untuk khatam AL-QURAN di bulan mulia ini.


No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@