Secoret cerita yang mungkin mampu buat kita sedarBuat kita tersentak dan berfikirMerenung hari-hari kita...."Pada suatu hari, seorang pekerja sedang bekerja di tapak projek pembangunan dan beliau pekerja di bahagian tembok yang agak tinggi. Pada satu saat, dia perlu menyampaikan sesuatu perkara pada temannya yang berada di bawah. Untuk dia turun ke bawah adalah sesuatu yang agak sukat kerana dia perlu menghabiskan kerjanya. Maka dia menjerit memanggil temannya itu namun jeritan panggilannya tidak didengar oleh kawannya dibawah kerana jeritan suaranya bertembung dengan bunyi bising dari mesin dan orang bekerja.Kemudiannya dia mencuba lagi untuk memanggilkan temannya itu dengan menjatuhkan wang syiling. Ketika bunyi bising dari mesin reda dan kurang kedengaran, dia menjatuhkan wang syiling namun temannya masih tidak perasaan mesej darinya dan sekadar mengutip, menyimpan wang syiling tersebut dan meneruskan kerja seperti biasa. Dan kemudiannya dia mencuba kali kedua menjatuhkan wang syiling namun hasilnya masih seperti pertama.Dan akhirnya, setelah berfikir beberapa kali lalu dia mencapai batu kecil dan dilemparkannya ke arah temannya itu. Dan nasibnya amat baik pada kali ini kerana batu kecil itu tepat mengenai kepala temannya itu.Oleh kerana rasa sakit akibat lemparan batu kecil tersebut, temannya itu mendongak ke atas dan memandang tepat padanya. Maka, barulah dia dapat menyampaikan perkara yang ingin disampaikannya..."Sahabatku sayang....Terkadang Allah memberikan kita dugaan-dugaan kecil untuk membuatkan kita menadah kepadaNYA,DIA sentiada mencurahkan rahmatNYA kepada kita,Namun terkadang kita tidak cukup syukur padaNYABilamana kita leka untuk memohon padaNYA...Menadah dan mendongak ke atas....Bahkan apabila saat seruan untuk mengadapNYA menjengah,Kita masih leka dengan kesibukan dunia yang menutupi kita dari seruanNYA.......na'udzubillahi min dzalik...Semoga kita terhindar dari yang demikian itu..
AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah
Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.
No comments:
Post a Comment