CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

20 September 2010

KFC.....RFC...... dan sekarang ZFC


ZEKO FRIED CHICKEN dimiliki sepenuhnya oleh Zeko Enterprise. Perniagaan ZFC telah bermula sejak dari tahun 1995 secara kecil-kecilan di pasar malam sekitar negeri Pulau Pinang. Pemilik kepada perniagaan ini ialah Encik Zaki Bin Md Saad. Beliau berumur 36 tahun, berasal dari Kedah. Sudah berkahwin dan dikurniakan 3 orang anak.



Konsep ZFC ialah santai bersama keluarga sambil menjamu selera @ ZFC. Warna tema yang menjadi pilihan pemilik dalam menjadikan ZFC satu tarikan umum ialah warna oren dan putih. Warna tema yang dipilih oleh pemilik diharapkan menjadi satu tarikan yang baik kepada semua pengguna/peminat ayam diluar sana. Sumber ilham bagi membuka ZFC datang dari diri Encik Zaki & isteri sendiri. Encik Zaki sudah lama menginginkan sebuah kedai berkonsepkan ala barat @ makanan segera, namun hanya sehingga kini sahaja beliau bersama isteri dengan bermodalkan RM 14 ribu hasil wang sinpanan telah dapat menunaikan impian mereka.





ZEKO FRIED CHICKEN baru sahaja beroperasi sejak 17 Julai 2010. Waktu operasi dari pukul 12 tengah hari sehingga 11.30 malam. Lokasi ZFC amat strategik di Pekan Balik Pulau, Penang. SBLH KIRI 266, MK 1, KG PERLIS, 11000 BALIK PULAU, PENANG. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Encik Zaki di talian 016-4011288/ 016-4567624




2 comments:

SyerAgh said...

sinbad Fried chicken pernah dengar? kat tmpat aku ada.. mcm2 r FC nie..

.::AdNiSya3108::. said...

hahhha...
tak aa byk pun janji yg melayu n Islam
tak dak laa kita nk was-was...
Nie kfc ntah halal atau tidak..

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@