CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

04 February 2010

SAKET & DR CINTA


Tetiba jaa rasa nak post benda alah nie... Ain jangan mare eikk, nanti kena jual!! ngenngehngehhh.. Japp agg ku jual ko pun sian plak kat ko, takot tak dak yang nak beli. hehehe. Lawak jaa yea USTAZAH AIN.

Mungkin nampak sepertinya perbualan kosong lagi merapu meraban tapi hakikatnya ada sesuatu yang cuba dizahirkan secara tersirat untuk dihayati. Nak taw apa yang tersirat jom perhalusi post comment dari fesbuk comey ku.


Ya..... memang aku tengah saket. Saket yang bagaimana eikk?? Bukan saket untuk 'menggatal', untuk 'berhepi go lucky' atau 'berjiwang karat' tak semena-mena tapi aku sakit 'dalam' yang tak tersentuh dek tangan dan tak terlihat dek mata.

.........Rasa saket ini di lubuk hati yang paling dalam......

Aku saket mahu merasa hidup berkeluarga.... rasa damai dalam Baitul Muslim yang diredhai ibu ayah dan diberkati ALLAH s.w.t
Aku saket untuk bekerja keras dalam dakwah bersama pasangan, ZAUJ dan ZAUJAH yang terus bergerak aktif dalam jemaah tanpa kenal rasa lelah.
Aku saket ingin melengkapi diri sebagai isteri yang solehah pada ZAUJ ku dan juga ibu mithali pada penyambung zuriat, MUJAHID dan MUJAHID kecil yang akan membesar dan bakal mempertinggikan ISLAM kelak.
Aku saket mahu berkongsi segala rasa...... bersama susah dan senang mengharungi bahtera rumahtangga. Melengkapi antara satu dengan yang lain.
Aku saket ingin menyatuni ZAUJ ku, taat padanya meniti titian ke JANNAH.

Rasa saket ini buat aku resah lagi gelisah...



Post comment untuk baris ke 6,8 dan 10 itu luhur dari sanubariku...

Jelasnya sakitku bukan saket yang biasa-biasa...
Saket yang mahukan ubot yang paling mojarab
Aku mahu ubot ber'dos' tinggi
Juga rawatan yang pakar dari DR CINTA
Yang dapat menyembuhkan sepenuhnya rasa saket ini..


DR CINTA KU bukan dr. biasa-biasa
Aku mahu DR CINTA yang dapat memberikan ku suntikan IMAN
DR CINTA yang dapat memberikan ku obat penenang andai aku gusar
DR CINTA yang bisa membuatkan ku menelan segala rasa pahit ranjau hidup
DR CINTA yang dapat menstabilkan segala kekurangan yang wujud dalam diriku ini
DR CINTA yang dapat merawat ku untuk sepanjang hayat ku tanpa ada rasa keluh kesah.

Andai ketemukan DR CINTA ku itu
Aku sedia untuk setia menjadi JURURAWAT TERBAEK buat DR CINTA ku....
Aku sedia berbakti hingga hujung usia... ini janjiku!!

Namun untuk kutemukan DR CINTA ... amat payah.
ALLAH bantui aku.... tolongi aku..
Anugerahkan kekuatan untuk aku terus bertahan menanti DR CINTA sebenar.
Aku tidak mahu tersilap langkah dalam mendapatkan 'rawatan' kerana risikonya padah.



No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@