CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

04 February 2010

mahu dan ingin..

Mahu pergi bercuti........ mahu dan sangat mahu bercuti-cuti Malaysia
Saat ini sangat-sangat mahu ke BUKIT TINGGI dan nam barunya BERJAYA HILLS.
Terletak di Pahang..... tak dak laa jauh mana pun if dari KL ni, ada laa dalam 1 jam perjalanan.



Tergoda dengan kedinginan di tempat itu..
Terpesona juga dengan kehijauan taman tropikanya..

Hasil pertolongan Pak Cik Google jumpa laa gambar-gambar kat BUKIT TINGGI yang leh ditempekkn kat sini... Meh kita tengok apa yang telah menggoda ku untuk ke sana..
Pastinya beberapa eleman damai yang ada di sana menjadi tarikan buat diriku..


1) Bukit Tinggi Colmar Tropicale

Tempat yang tidak boleh tidak melepaskannya.... suasana yang berwarna-warni. Memiliki struktur bangunan yang sangat unik dan tidak terdapat di mana-mana bahagian Malaysia yang lain. Umpama berada dalam buku cerita dongeng yang dihiasi dengan bangunan tinggi, jam dan mahligai berstruktur. Lebih menarik lagi terdapat persembahan jalanan seperti di luar negara.


2) Perkampungan Jepun

Pemandangan yang sangat cantik dan menyegarkan dengan kehijauan flora. Juga terdapat restoran Jepun yang menawarkan layanan kuisin Jepun. Dan kita juga leh mencuba tea Jepun dengan layan tradisional di Rumah Tea Jepun. Beshhh... nak pakai baju KIMONO dan berlagak macam awek Jepun.


3) Rabbit Park
Sangat sesuai untuk kanak-kanak tapi boleh jaa untuk saya yang comey macam budak tecik. hehehe. Terdapat lebih kurang 200 ekor arnab yang sangat comel di sana. Kita dibenarkan untuk memegang, memeluk, bermain dan memberi makan kepada arnab-arnab itu. Mesti pengalaman yang sangat besh dikelilingi banyak arnab comel. Wahh... geramnya nak pegang arnah yang gebu itu.

4) Menunggang keldai/kuda, Deer Sanctuary dan aktiviti memanah.
Macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama insan tersayang tak kisah laa family ke, pasangan baru berkahwin ke.. kawan-kawan ke yang pasti akan meninggalkan kenangan yang terindah.

Wahhh......... ni dah macam promoter agensi pelancongan dah. Boleh laaa orang-orang pelancongan ambik i jadi agen. heheehe.. Nak p gak sini... nak p... KAK LONG n ABG LONG cepat laaa... bila nak p nie?? Ri tu janji nak p... huhuhhu. Cheq tuntut gak... tak kira.. tak kira k.


5 comments:

Ain said...

akak pun teringin nak ke situ...

sejuk dan mendamaikan....

Anonymous said...

best tau!

.::AdNiSya3108::. said...

Owhh.. jom kak kita g. Kak bawak nisa... hehehe. Nak p sangat-sangat. huhuhuuh.Shcakeyra dh pernah p ka??

'NuReeN' said...

akak.. sy dh p kat c2..
masa honeymoon 2007 dlu...
mmg best bleh bergambaq.. cantik bgnan semua kat c2..
breakfast pon best.. klau bleh nk mkn semua.. hehehhee...

.::AdNiSya3108::. said...

hohohohohoh....... nk p..nk p..
jgn laa buat i lagik jeles.
kalu nk p pun nk p ngan sapa..
cheq kawen pun dh lagik.. ngan boyfwen jauh skali coz x layan arr cintun2 nie..
tunggu nk p ngan famiily jaa laa nie.

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@