CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

28 February 2010

Chantek tak???


Tunex & jubah yang sangat stylish..
Untuk muslimah sesuai untk digayakan dengan skirt labuh dan seluar.
Gaya kontemporari yang selesa untuk semua peringkat umur.

Jom laa dapatkan sehelai sebagai koleksi pakaian anda.
Jadikan salah satu pilihan dalam gobok almari kamu.

Nak taw lebih lanjut terjah laa MY BIZ BLOG..




24 February 2010

HATIKU MILIKMU

"Man kau dah siap? cepatlah sikit...Kan Ketua pengawas tak bagi masuk Dewan karang,baru padan muka."Laung Dannis kepada Azman. "Kejaplah,Aku nak pakai tali leher je ni.Jangan tergopoh-gopoh,tak elok."Azman cuba menenangkan sahabatnya itu sambil dia berlari keluar dari asrama.

Azman melihat Dannis sudah jauh berjalan."Woiii tunggu aku" Azman berlari-lari mengejara Dannis. "Wei,kata jangan tergopoh-gopoh,yang ko sampai berpeluh macam baru habis larian pecut ni apsal?"Danni smenyindir Azman. "Sape suruh ko tak tunggu"Marah Azman. Dannis yang suka mengenakan kawan-kawannya hanya tersenyum sahaja.

Di dalam dewan peperaiksaan mereka berjaya menjawab dengan baik.tidak sia-sialah mereka bersengkang mata semata-mata mahu cemerlang dalam SPM kaliini.Hari itu adalah hari terakhir bagi peperiksaan yang perlu mereka hadapi.Beg dan pakaian semua telah disiapkan.Azman dan Dannis tidak sabar untuk pulang ke kampung. Namun sebelum pulang,mereka merancang untuk berkelah di tepi pantai. Nak hilang stress katakan.

"Wei cepatlah mandi,lembab betul la ko ni Dannis.Aku dah sampai kat tengah laut dah ni" Laung Azman dengan seronoknya. Dannis berlari-lari anak menuju ke pantai. Mereka memang betul-betul ingin melepaskan segala bebanan semasa belajar dahulu,sampai dua jam mereka mandi. Mereka betul-betul puas kerana dapat melepaskan segala keletihan dan penatlelah semasa belajar dahulu.


Mereka berdua berjalan ke tempat beg pakaian mereka. "Woii kau curi makanan kami ye.." jerkah Azman kepada seorang budak perempuan yang sedang makan makanan ringan mereka.Lantas Azman mengambil kayu untuk memukul budak itu. Dengan secepat kilat Dannis menghalang Azman."Man!!! apa kau nak buat ni?Cuba kalau kita tanya dulu kenapa dia makan makanan kita,ntah-ntah dia lapar sangat ke.."marah Dannis. Azman menurunkan Kayu yang di angkatnya.Dia terkesima dengan jerkahan Dannis tadi

"Adik,kenapa dengan adikni???" Tanya Dannis lembut. Gadis itu menangis teresak-esak kerana terkejut ketika di marahi azman tadi. "Saya lapar, saya lapar. Saya minta Maaf" Esak Gadis itu sambil mencapai sebatang kayu dan ingin berjalan pergi. Dannis dan Azman terkejut,rupa-rupanya Gadis itu buta.Lantas Dannis menghalang gadis itu daripada pergi."Adik,Jom makan sama-sama,maafkan kami kerana marahkan adik tanpa usul periksatadi".Dannis menarik perlahan-lahan kayu yang dipegang oleh gadis tersebut.Azman berasa amat bersalah kerana memarahi gadis tersebu ttanpa usul periksa. Dia cepat-cepat menyapukan jem di roti dan dihulurkan kepada gadis itu."Dik,kami minta maaf dik"Mohon Azman.


"Takpe,saya sudah biasa di marahi"Ujar gadis itu sambil menahan sendu tangisnya."Saya Dannis dan ini kawan saya Azman,adik nama ape?" Tanya Dannis sambil mengunyah roti. "Saya Fatin"Jawab gadis itu. "ape yang adik buatkat sini? Mana mak dan Ayah adik?"Tanya Azman lagi. "tiba-tiba air mata mengalir lagi menyusur laju di pipi mulus Gadis buta itu."Mak dan ayah saya telah membuang saya.Sudah dua hari mereka tinggalkan saya disini.Mereka malu kerana mempunyai anak yang buta seperti saya.Sedangkan Adik saya yang baru lahir cantik dan normal"Esakan Fatin semakin laju.

Dua sahabat itu mengucap panjang.tidak pernah terlintas di benak pemikiran mereka ada ibu-bapa yang sanggup melakukan perkara itu.Dannis tunduk mendiamkan diri.suasana hening seketika hanya dihiasi kicauan sang burung dan desiran manja bayu laut. "Dik,Adikanggaplah adik sudah mempunyai seorang abang,Insyallah adik boleh menjadi sebahagian dari keluarga saya"Dannis memujuk. Fatin hanya tersenyum."masih adakah manusia didunia ini yang sudi menerima saya yang buta ini,mak dan yah sendiri pun membuang saya bagaikan sampah,inikan pula orang lain"kali ini esakan fatin semakin kuat.

Dua sahabat itu tersentak. mereka merasa amat pilu mendengar penderitaan yang di alami oleh Fatin."Dik,Saya janji akan jaga adik seperti adik saya sendiri"Dannis memujuk dengan bersunguh-sungguh."Dik,mari kita balik ke rumah kita,nanti saya kenanlkan dengan mak dan ayah.InsyaAllah Mak dan ayah dapat menerima adik dengan baik." Setelah berkali-kali dipujuk oleh Dannis,akhirnya Fatin mengalah.

"Assalamualaikum.Mak...Ayah..."Laung Dannis. "Waalaikumusslam" Ibu dan ayah Dannis berlari-lari anak apabilamendengar suara anak tunggal mereka diluar sana. Namun apabila mereka melihat kelibat Dannis bersama-sama dengan seorang gadis larian mereka terhenti. "Dannis..."Ibunya cuba bertanya namun cepat-cepat dannis meletakkan jari telunjuknya di mulutnya. "Mak,sekejap lagi Dannis ceritakan segala-galanya kat mak"bisik Dannis sewaktu bersalam dengan orang tuanya itu.Ibunya hanya tersenyum. Dia tahu anak tidak itu akan melakukan perkara yang dilarang oleh agama dan orang tuanya.

"Err,anak ini nama ape ye"tanya ibu Dannis. "Saya Fatin makcik"Jawab Fatin tergagap-gagap. sebenarnya dia masuk takut.dia takut ibu dan ayah Dannis tidak dapat merimanya sebagai anak. Selepas mereka selesai menjamu selera,Ibu Dannis memimpin tangan Fatin menuju ke bilik yang dikemas oleh Dannis untuk Adiknya Fatin. "Ya,dia adikku Fatin". Getus hati kecil Dannis."

Ketika Fatin sedang berehat dibiliknya,Dannis menceritakan segala-galanya kepada ibu dan ayahnya. dia juga memberitahu hasrat hatinya agar keluarganya menerima Fatin sebagai adiknya yang bongsu.Ibu-bapa Dannis tidak keberatan untuk menunaikan hasrat mulia anak lelakinya itu,bahkan mereka memuji sikap Dannis yangselalu mengambil berat dan menolong orang yang dalam kesusahan.

"Abang Long,Jom temankan Adik bersiar-siar" ajak Fatin. Semenjak keluarga itu menerima dirinya sebagai anak,dia telah memanggil Dannis dengan panggilan Abang Long dan keluarga Dannis memanggil Fatin dengan panggilan Adik. "Jom,Dannis memegang kayu yang dipegang oleh Fatin."Abang long,kenape abang long selalu memgang kayu yang adikpegang,kenapa abang long tak pernah memegang tangan adik semasa kita bersiar-bersiar"tanya Fatin. Dannis terkejut,dia tidak tahu bagaimanamahu menjelaskan kepada Fatin. "Dik,walaupun sekarang adik adalah adik abang long,tapi Adik tetap mahram abang,Allah melarang kita memegang mahram kita"dannis cuba menerangkan situasi sebenar kepada Fatin. Fatin menggaguk-angguk faham."Ya,adik mahram ku,namun abang boleh memegang tanganmu adikku,dengan satu syarat...."getus hati Dannis. "Syarat???" dirinya bertanya.

Setelah keputusan SPM diumumkan,Dannis telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar Negara.Berita gembira itu disampaikan kepada kedua orang tuanya dan adiknya Fatin. "Dik,abang long dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara,Adik bangga tak dengan abang?" dannis cuba berseloroh. Tiba-tiba air mata Fatin menitis,setelah sekian lama air mata itu digantikan dengan sinar bahagia. "Ye adik bangga dengan abang long,tapi adik sedih kerana akan berpisah dengan abanag long,selama ini abang long yang banya mendenga rmasalah adik, adik sayangkan abang long"Tangis Fatin. Dannis terkejut.'Dik,abang long pergi hanya 4 tahun sahaja dik..selepas abang long akan kembali semula untuk jaga adik"pujuk Dannis. "Abang long janji ek jangan tinggalkan Adik lagi selepas itu..Janji?"tanya Fatin. "Abanglong janji dik"Dannis berjanji kepada adiknya itu.

Ketika dilapangan terbang Fatin menangis teresak-esak.Selepas ini tiada lagi seorang abang dan seorang kawan yang selalu membagiakan dirinya.Sebelum Dannis melangkah pergi Fatin sempat membisikkan sesuatu yangmenyebabkan titisan jernih mengalir keluar dari mata Dannis."AbangLong,Adik sayangkan abang,adik bahagia bersama abang"bisik Fatin sambil menangis. Dannis hanya mampu melambaikan tangan kepada mereka semua.Dia harus kuat untuk berjalan menuju ke gerbang ilmu. "Abang pun sangat sayangkan adik,tunggulah kepulangan abang." Hatinya berkata sendirian.

Sepanjang berada dalam penerbangan,air mata Daniss tidak putus-putusmengalir.tiba-tiba ia tersedar."perasaan apakah ini? Ya Allah,kenapakah hati sudah begitu merindui adikku,padahal baru sahaja aku berpisah dengannya."Dannis semakin sedih bila mengenangkan adiknya yang buta itu.Dia tidak tahu siapakah yang akan menjadi teman kepada fatin setelah ketiadaannya nanti.segala kenangan bersama fatin berputar dengan sendiri...

"abang long,adik ni memang lembab ke? kenapa adik susah sangat nak ingat ayat-ayat quran yang abang baca.Adik nakjadi macam abang long,dah boleh ingat ayat-ayat Quran yang panjang-panjang."Fatin mengomel sendirian apabila dia tidak dapat menghafal beberapa surah dengan baik. "bukan macam tu dik,adik abangpun hebat juga menghafal,cuma adik kan baru seminggu mula menghafal,kira dah hebat tu."Fatin ketawa kegirangan apabila dipujioleh Dannis.

"abang long..apa cita-cita abang long?"tanya Fatinketika mereka bersiar-siar."Abang long nak mati syahid."jawab Dannis sambil tersenyum. Fatin tersentak."abang long nak tinggalkan adikke?mati syahid tu ape?"tiba-tiba suara fatin menjadi serak seolah-olahingin menangis. "Adik...semua manusia akan mati,abang long pun akanmati. Tapi abang Long nak mati syahid. Mati syahid ni satu kematiaan yang paling mulia di sisi Allah. Kita mati kerana memperjuangkan agamanya.Kita mati kerna mengikut jejak langkah Rasul yang Agong Muhammad Rasulullah."terang Dannis. "kalau macam tu,adik pun nak mati syahid juga la abang long. Adik nak jadi macam Zainab Al-Ghazal iseperti yang abang long cerita kat adik.Tapi abang long...Adikbuta,macam mana adik mahu berjuang?"Suara Fatin masih serak kesedihan."Adik,Allah tidak menilai perjuangan kita ni dengan kehebatan rupa paras kita,adik berdoalah kepada Allah agar dibukakan jalan untuk kita semua menuju syahid."pujuk Dannis.

Sudah 2 tahun Dannis berada di negara orang.Hatinya selalu merindui keluarga di kampung. Diabersyukur kepada Allah SWT kerana mempertemukannya dengan para sahabat yang sama-sama ingin mendaulatkan Islam di kampus itu. Walau jadual pelajaran perubatannya terlalu padat,dia tidak lupa untuk mengikuti program-program Islam di kampusnya. Dia juga banyak menganjurkan program bantuan kemanusiaan ke Palestin.Melihat kesedihan yang di alami oleh rakyat palestin,hatinya menangis." dimana tanggungjawab ku sebagai ummat Muhammad?"Pertanyaan itu selalu mengisi ruang legar fikirannya.

"Dannis,adik sakit.Doktor mengesahkan buah pinggang adik rosak teruk,Dannis doakanlah supaya adik selamat".Dannis hanya mampu mengalirkan air mata apabila mendengar suara pilu ibunya di corong tekefon. "Mak,Abang longnak cakap dengan adik sekeja."minta Dannish. "assalamualaikum abang long,abang long sihat? adik rindu sangat kat abang long."Suara lemah Fatin kedengaran. "Alhamdulillah Abang long sihat,adik sihat?"Dannis tidak mampu menahan getar suaranya. "Alhamdulillah,adik sihat.cuma demam sikit je.Abang long jangan risau tau. Abang Long,semalam adik mimpi abang long pimpin tangan adik menuju ke syurga,adik gembirasangat masa tu.Adik nak mati Syahid dengan abang long"Fatin bercerita dengan gembira. Ibu mereka berlari keluar apabila mendengar perbualanke dua-dua anaknya itu.Air matanya tidak dapat ditahan.Walaupun Fatin hanya anak angkatnya.dia amat sayangkan Fatin.Dia tidak mahu berpisahdengan Fatin.Setelah pemergiaan Dannis ke luar negara,Fatin lah yangmenjadi penghibur hatinya.

Dannis terkedu mendengar ceritaadiknya itu. "Fatin jaga kesihatan elok-elok tau,minggu depan abanglong akan balik untuk jumpa ibu,ayah dan adik."Dannis bertekad untuk pulang ke Malaysia.Namun dia terpaksa menangguhkan pelajarannya selama satu semester.Namun,dia mahu berada disisi adiknya ketika ini.

Fatinsemakin bersemagat apabila mengetahui abangnya akan kembali ke tanahair. "Mak,abang long nak balik minggu depan,mak dan ayah mesti gembira kan.."Ujar Fatin kepada Ibunya. Ibunya hanya terdiam. Dia tahu,Dannis amat sayangkan adiknya Fatin.

"Abang Long!!!" Fatin menjerit kegembiraan apabila melihat kelibat Dannis di hospital,ingin sahaja dia memegang tangan dan menciumnya.Namun,syariat tidak membenarkannya."Adik,Adik mesti kuat"Kata Dannis setelah melihat Fatin yang semakin kurus dan pucat. "Abang long,Adik teringin sangat ingin mencium tangan abang long,tapi adik tahu syariat tidak membenarkan adik berbuat demikian."Suara Fatin bercampur sebak. Dannis merasakan sudah tiba masanya dia memberitahu isi hatinya kepada Fatin. "Adik,adik boleh ciumtangan abang long,tapi dengan satu syarat."Dannis menarik nafaspanjang. "Apa syaratnya abang long?" Fatin tidak sabar mendengarnya.Ibu dan ayahnya mengerutkan dahi kehairanan. "Syaratnya Adik mesti menjadi isteri Abang long."Dannis menghabiskan ayat-ayat tersebutdengan pantas. terbeliak mata ke dua-dua orang tuanya. Fatin bagaikan mahu pengsan mendengar semuanya itu.Dia tersipu-sipu malu. "Abang,Adik juga menyintai abang sebenarnya"getus hati fatin.

Melihat gelagat Fatin,Fahamlah Dannis. "Mak...ayah..izinkanlah Dannis mengahwini Fatin. Syariat tidak pernah mengharamkan seorang abang angkat mengahwini adik angkatnya. Dannis harap mak dan ayah merestui Dannis"Dannis bangun dan memeluk ibunya. Ibunya hanya mengganguk dan menangis kegembiraan."Sungguh tulus hatimu anakku,kau sanngup berkorban demi adikmu." Hati ibunya berbunga kegembiraan kerana mempunyai anak seperti Dannis.

Perkahwinan mereka dilaksanakan dengan serba sederhana di hospital itu. Air mata Fatin membasahi tangan Dannis ketika ia mencium tangan Dannis. Tangan orang yang telah membawa sinar kebahagiaan kepadanya. "Abang long,adik gembira sangat hari ni."Kata fatin sambil tersenyum. "ishh,bukan abang long dah la,abang je..dan bukan adik dah, tapi sayang abang." Dannis bergurau dengan Fatin.


Minggu berganti minggu,penyakit Fatin semakin teruk. Fatin memerlukan seorang penderma buah pinggang untuk menggantikan buah pinggangnya yang rosak.Namun pada suatu pagi,seorang doktor pakar memaklumkan kepada Fatin ada seorang lelaki yang sudi mendermakan organ tersebut. Fatin berasa amatgembira.Dia melihat senyuman manis suaminya terukir apabila mendega rberita itu."Boleh saya tahu siapa penderma itu"tanya fatin. "Maaf puan,dia mahu saya rahsiakan identitinya kecuali selepas dia meninggal"terang doktor itu.

Fatin memegang erat tangan suaminya,hatinya begitu gementar untuk menghadapi sesi pemindahan organ itu."Sayang,abang sentiasa di sisisayang,sayang jangan takut ye."Pujuk Dannis.Fatin cuba tersenyum apabila mendengar kata suaminya itu. "Abang,kalau apa-apa berlaku kat sayang,abang jaga....."Fatin cuba menghabiskan kata-katanya,namun Dannis cepat-cepat meletakkan jari telunjuknya ke bibir fatin dengan lembut. "Sayang mesti kuat,Sayang sanggup ke tinggalkan abang? Hanya sayang yang abang cintai.Jadi sayang mesti sentiasa bersama abang dalam melayari rumahtangga nanti" Dannis memujuk lagi. Dannis tidak dibenarkan masuk ke bilik pembedahan,dia hanya mampu melambaikan tangan dan memanjatkan doa kepada Sang Pencipta Agar menyelamatkan isterinya.

"Dannis..sudah2 tahun Dannis menannguhkan pengajian Dannis di Mesir,Dannis tak mahu teruskan ke?"Tanya ibunya ketika mereka sedang berehat di halamanrumah.dengan mata yang redup Dannis menarik nafas panjang sambil memerhatikan Fatin yang bermain-main dengan Daniel Anaknya. ''Entahlah mak,Saya tak sanggup meninggalkan Fatin dan Daniel.Tapi mungkin saya akan sambung pelajaran di UM sahaja.Bolehkan mak?'' Dannis memegang tangan ibunya. Ibunya hanya tersenyum.


"Daniel,jom ikut Abi kemasjid."Panggil Dannis kepada anak lelakinya. Daniel berlari-lari anak mencapai kupiah kecilnya. "Daniel,semoga Daniel akan menjadi anak yang soleh yang akan memberi syafaat kepada abi dan umi,semoga Daniel akan menjadi seorang Hafiz yang berjalan di atas jalan jihad."Bisik Dannis kepada anaknya. Daniel terpinga-pinga tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh ayahnya itu. Namun bisikan itulah yang selalu dibisikkan ke telinga anaknya setiap kali dia mengajak anaknya untuk bersolat.


"Dannis,enta telah terpilih untuk menyertai Misi jihad Palestin. Para pimpinan HAMAS telah bersetuju untuk memilih enta setelah melihat kesungguhan enta dalam menjalankan tanggungjawab enta di mesir dahulu."Pesan seorang rakan. Hati Dannis gembira bercampur sedih. Gembira kerana cita-catanya untuk turun ke medan jihad palestin telah di makbulkan Allah,namun ia sedih kerana terpaksa meninggalkan ibu-bapa,Fatin dan Daniel. "Wahai Dannis,sesungguhnya Allah akan menjaga keluarga seandainya kamu menjaga agama Allah,ingat Dannis,cintautama adalah Allah."Suara Iman Dannis berbicara. Dannis tersentak."Ya,kerana Allah akan ku tinggalkan keluarga ku ini."Dannis membulatkan tekad.

Dannis menunaikan solat hajat agar Allah memberikan kekuatan kepadanya untuk sampai ke medan pertempuran di palestin.dihujung sujudnya Dannis berdoa. "Ya Allah,seandai aku telah engkaupilih untuk memegang lencana mujahid Mu,ku mohon kepada Mu Syahidkanlah daku. Ya Allah Tuhan yang Maha Pemelihara,pelihara keluarga dari sebarang bencana dan kejahatan,Kau matikanlah ayah dan ibu ku dengan sebaik-baik kematian. Ya Allah yang Maha pengasih,kau perkenankanlah doa isteri ku untuk menjadi seorang syuhada,tunjukilah jalan jihad kepadanya. Ya Kahhar,perkenankalanlah doa ku ini,Kau jadikanlah anakku Daniel sebagai seorang Mujahid penghafaz Quran agar dia dapat menggoncang dunia dengan perjuangannya. Ya Allah yang Maha pengasih,Kau kumpulkanlah kami sekeluarga Di syurga FIRDAUS,kerana itulahsebaik-baik tempat yang kekal abadi. Ameen Ya Allah." Dannis menyekat airmata setelah selesai solat.

Dannis menarik nafas panjang,dengan perlahan-lahan dia menghampiri ibu dan ayahnya. "Mak...Ayah...Mak dan ayah gembira tak jika Dannis terpilih untuk mati Syahid?" Tanya Dannis sambil tersenyum. Ibu dan Ayahnya kehairanan. "Tentulah kami gembira,itukan sebaik-baik kematian"Jawab ayahnya. "jika itu perasaan mak dan ayah, Izinkanlah Dannis turun berjihad menentang Israellaknatullah di Palestin.Saya mohon mak..ayah." Dannis memegang erat tangan ibunya. Setitis demi setitis air mata ibunya mengalir. namun dia bangga kerana anak yang dikandungnya ini bakal menjadi seorang mujahidyang menjalankan tugas para nabi. "Dannis anak mak, Mak redha untuk Dannis turun ke berjihad.Berjihadlah seperti Abdullah Bin Rawahah yang tidak pernah undur walau badan dicincang lumat. Teruskan niat suci muwahai anakku."Ibunya mencium ubun-ubun dan dahi Dannis.

"Terima kasih mak..ayah. Cuma satu je permintaan saya,mak dan ayah jagalah Fatin dan Daniel. Mak dan Ayah didiklah mereka agar menjadi seorang hamba Allah yang taat. Mak,seandainya sebulan selepas Dannis turunbertempur mak dan ayah tidak menerima apa-apa berita tentang Dannis,Itu bermakna Dannis telah gugur di medan jihad sana. Doakanlah agar Allah menerima segala amal yang Dannis telah buat."Dannis mencium tangan ayahdan ibunya.

Perlahan-lahan Dannis mengetuk pintu biliknya. Fatin sedang cuba menidurkan Daniel. Dannis duduk di sisi isterinya.dia memegang ke dua-dua bahu isterinya itu. Dia menatap wajah manis isterinya. ''Sayang..abang terpaksa kembali ke mesir...dan selepas itu abang akan turun ke palestin"Kata Dannis sambil memerhatikan isterinya.Wajah Fatin tenang mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut suaminya itu. "Tapi kali ini abang turun bukan menjalankan misi kemasyarakatan,abang akan turun ke medan pertempuran.Seandainya Allah mentakdirkan abang syahid disana,Sayang jaga diri dan Daniel dengan baik"Dannis menyekat air mata yang mula turun di pipi isterinya itu.Fatin hanya terdiam. "Sayang isteri abang,abang tunggu sayang dan Daniel di pintu Firdausi.itu kan cita-cita kita bersama."Daniel memeluk Fatin. "Abang...terima kasih atas segalanya,terima kasih kerana sudi menyayangi Sayang dan membahagiakan sayang.Kenangan Cinta dan kasih sayang kita akan sayang kenang sehingga ke akhir hayat.Sayang akan jadikan kasih sayang abang berikan ini sebagai kekuatan untuk sayang terus berjuang dan mendidik Daniel.Doakan juga agar Allah sudi memilih sayang untuk mengikut jejaklangkah abang."Fatin terus teresak-esak dalam pelukan suaminya itu.

"Ummi..Abi...kenapa menangis?" tiba-tiba Daniel tersedar. Dannis merangkul Daniel. "Daniel anak Abi,nanti jika Abi tiada,Daniel jaga ummi ek."kata Dannis sambil mencium dahi anaknya itu. "Abi nak pergi mana?Abi nak tingglkan Daniel dan Ummi ke?"Tanya Daniel kebingungan. "Ye sayang,Abi mahu hancurkan para musuh-musuh Islam.Nanti bila Daniel besar,Daniel mesti jadi seorang mujahid.Boleh anak abi?"Daniel memeluk anaknya itu erat.

Pagi itu Danniel bangun tanpa dikejutkan oleh suara Abinya. Daniel berlari-lari mencari abi. "Ummi,abi pergi mana Ummi?" tanya anak berumur 2 tahun itu. Air mata mengalir lagi di pipi Fatin. "Sayang,Abi telah pergi berjuang menentang para penjahat yang menentang agama Allah. Daniel mesti ingat pesan abi."Fatin memeluk anaknya itu.hanya itu harta yang ada padanya. Daniel mengguk-angguk perlahan. "Daniel nak jadi pejuang macam abi,Daniel nak lawan orang jahat."jerit Daniel.

Dimedan pertempuran,Dannis telah diarah menjadi pejuang barisan pertama.Dia menyerang para musuh Allah itu tanpa rasa gerun.seorang demiseorang musuh Islam itu rebah terkena peluru M16 Dannis.Kelengkapan senjata mereka amat terhad. Mereka hanya menggunakan senjata yang sudah ketinggalan zaman. Namun semua pejuang itu tidak pernah gentar,dibibir mereka sentiasa menyebut kalimah suci "ALLAH".

Tiba-tibaDannis terpijak perangkap ranjau yang di pasang oleh musuh. Kakikanannya hancur. Namun tangannya masih gagah membidik para tentera Israel.Semakin lama Dannis semakin lemah. "Laailahaillah"perlahan-lahan Dannis mengucapkan kalimah agung itu. Dannis melihat Para syuhada telah melambaikan tangan kepadanya sambil tersenyum. Dannis terbang menuju kearah mereka.Dia melihat sekujur tubuhnya yang kaku di bawah diusungoleh sahabat-sahabatnya. Dia melihat ayah,ibu,Fatin dan Daniel sedang melakukan solat hajat khas untuknya. Dannis tersenyum. "aku menunggu kalian di pintu syurga wahai orang yang ku sayang."

"Assalamualaikum,saya doktor Azrul sahabat kepada Dannis."Azrul memperkenalkan diri kepada ayah dan ibu Dannis. "ye,saya ayah Dannis.ada apa-apa perkhabaran dari Dannis?"Tanya Ayah dannis tidak sabar. "Pakcik,saya membawa dua amanah dari Dannis,Pertama, Dannis telah diterima oleh Allah sebagai syuhada."Ujar Azrul. Berlinang air mata ibunya. Fatin yang mencuri-curi dengar dari dapur jatuh terduduk.Dia memeluk Daniel. "Sayang, Allahtelah menerima Abi. Abi sudah tiada"ujar fatin dalam sebak. mata anak kecil itu berkaca.mungkin dia juga dapat merasai pemergiaan abinya.Daniel mencium dahi Umminya. "Ummi,Daniel akan jaga ummi,Daniel nakjadi mujahid macam abi."Kata anak kecil itu dalam tangis.

"Pakcik,sayaj uga membawa amanat dari Dannis agar melaksanakan pembedahan pemindaha nmata untuk isterinya.Segala Perbelanjaan akan di tanggung olehsahabat-sahabat Dannis."kata Azrul sambil merenung ke wajah ayahDannis. "Siapa dermawan yang mendermakan matanya untuk fatin?" Soal IbuDannis. "pemilik mata tersebut mahu saya rahsiakan perkara ini sehinggaFatin selesai menjalani pembedan tersebut"terang Azrul.

Fatin begitu gembira kerana dapat melihat anak kesayangannya. Fatin menatap lama-lama gambar As-syahid suaminya.Dia merasa amat dekat denganAs-syahid.kerinduan menyelinap ke sanubarinya. di hospital inilah dia diijabkabulkan. Disinilah suaminya melamarnya. Fatin sudah penat menangis,dia mesti kuat.itulah pesan suaminya yang akan ia taati walau suaminya sudah tiada.

"Doktor,seperti yang doktor janjikan tempoh hari,setelah saya selesai menjalani pembedahan ini,doktor akan beritahu kepada kami siapa pemilik mata ini yang sebenar."Tanya Fatinkepada Doktor Azrul. Azrul menarik nafas panjang. "sebenarnya mata itu adalah milik..."Azrul cuba menahan tangis apabila mengenangkan sahabatnya itu. "sebenarnya mata itu adalah milik Dannis"Dengan cepat Azrul melunaskan kata-kata itu. Semua yang berada di wad itu mengalirkan air mata."Dannis betapa tingginya kasih sayang mu kepada Isterimu."Getus hati Azrul.

"Seperti yang saya janjikan sebelum ini,Saya akan beritahu siapa penderma buah pinggang untuk Fatin suatu ketika dulu. Ini kerana pemilik buah pinggang itu telah tiada didunia ini."Bagitau Doktor Ali. Suasana hening seketika. "Dannis...Dannislah yang mendermakan buah pinggangnya untuk fatin."Ujar Doktor Ali. Fatinmenangis teresak-esak. "Abang,sungguh banyak pengorbanan abang untuk sayang.Sayang takkan sia-siakan pengorbanan abang ini.

"Abang,hatiku ini milikmu"...Fatin memeluk Daniel.


*Kredit untuk my junior yang juga seperti adikku, Muhammad Arif.



22 February 2010

"GIVEAWAY" by MY PASSION

Kak Nanie...Kak Nanie....

Mudah cerita beliau sangat suka kepada benda antik dan kreatif.
Kak Nanie ni da banyak blog yang kita leh terjah untuk membeli-belah, cuci mata mahupun kutip resepi.
Betul laa pompuan Melayu terakhir, lengkap segala ilmu serba serbi yang patot pompuan taw. Respect wal salute btul...

Dan beliau sangat baek hati kerana buat GIVEAWAY untuk saya menangi.... ~berangan suda~

Chantek dan cumil benda alah kaler pink kat bawah nie. Saya pencinta PINK.



Benda kat dalam gambar tu adalah 4 biji piring bersaiz 4 inci "Sun Crown" dari Jepun dengan 2 pasang cawan bentuk macam cawan Meakin tapi made in China , semua ni adalah antik dan baru dari apek cantik serta berwarna pink lembut..

Sempat lagik joint ni.. tarikh tutup keramat GIVEAWAY ni pada 24 Feb 20101.
Jadi meh laa joint di MY PASSION


CONTESTER TIP TOP 4 SNAP VIA MIRROR CONTEST

Jom kita ushar sapa yang kena!!!!
Nie hasil review CIK BLOG...
Pakat-pakat doa laa jadi pemenang okey..
CIK BLOG akan berlaku adil seadilnya untuk contest nie..

CIK BLOG akan secepat mungkin umumkan pemenang
Ingat nak umum week ni....
Insyaallah sedang berusaha...
Nantikan debaran yang bakal berakhir ini!!!






Tahniah pada semua...
Yang jadi tip top contester mahupun tidak..
Anda semusangat-sangat CIK BLOG hargai.
Sayunkk kowunk yang sporting.


18 February 2010

uSHAR APa yaNG Cheq dapaT

Bajet aku kecik.... So sapa-sapa yang bajet kecik macam cheq ni leh laa rujuk sini. Tapi ntah betui ntah dak.. If da salah tu mai laa pakat pebetui k. Ni yang dapat cheq senaraikan untuk DSLR bawah RM1000-RM1500, nie sekadar server kat tenet jaa blum p kedai aggg.. mungkin leh dapat murah lagi kot.

1) Olympus E-420 SLR Digital Camera (Camera Body) (10MP, Dust Reduction, Face Detection, Live MOS) + 1 year OLYMPUS INTERNATIOL warranty - RM1495
2) Nikon Coolpix P90 Digital Camera (12.1 Megapixel, 24x Optical Zoom, 4x Digital Zoom, 3" LCD) (Black) + 1 year NIXON MALAYSIA warranty -RM1495
3) Panasonic Lumix DMC-FZ35 Digital Camera (Black) (12.1MP, 18x Zoom, Leica DC Lens) + 1 year PANASONIC MALAYSIA warranty - RM1495
Nie plak yang dalam lingkungan RM1500-RM2000

1) Fujifilm FinePix S200EXR Digital Camera (12.0 Megapixel, 14.3x Optical Zoom, 2x Digital Zoom, 2.7" Color LCD Display) (Free 4GB SD Memory Card + Soft Case) + 1 year FUJI MALAYSIA warranty - RM1650
2) Sony Alpha A230 Digital SLR with 18-55mm Lens + 1 year SONY MALAYSIA warranty -RM1750

3) Nikon D3000 Digital SLR Camera Body Only (10.2 Megapixels, 3" LCD, 11-point Autofocus System, Self Cleaning Sensor, 3fps, ISO 1600) + 1 year NIKON MALAYSIA warranty - RM1785


4) Olympus E-420 SLR Digital Camera Kit with 14-42mm f/3.5-5.6 Zuiko ED Zoom Lens + 1 year OLYMPUS INTERNATIONAL warranty - RM1875
Nanti if cheq rajin... pas cheq p server kat kedai plak, cheq update harga paling rendah yang cheq leh dapat untuk DSLR mampu milik+ekonomi.


17 February 2010

Penangan DSLR

Di saat-saat tuntutan ilmu memenuhi minda lagi menyesakkan dada macam-macam keinginan pulak yang timbul. Dah tue kalu keinginan yang 'ekonomi' tak pa gak, but nie semua yang duit tiban-riban. Parah beb... semua cheq nak. Mana nak cekau duit lagu nie.Cheq sebenarnya kepingin sangat untuk memiliki kamera sendiri, milik peribadi. Sebelum ni da ada pun.. tapi tak berjenama pun sebab bajet tyme tu kureng so dapat tangkap BEN-Q jaa yang skrang telah pun tamat riwayat. Berjasa kat cheq ada laa dalam 2 tahun lebih kurang.

Ingat nak beli kamera baru.... kamera digital besa-besa jaa la. Tapi hati ni terlekat plak kat DSLR, tengok gambar cun banget. Dah tu sebelum ni sempat laa pegang and guna DSLR... sempat laa main tembak-tembak guna DSLR tu. Tue pun tyme kenduri kawen kak long sebab abang ipaq cheq pinjam dari kawan dia. So sepanjang masa abang ipaq aku pinjam tu, cheqdok godam sakan laa DSLR tu. Rasa macam sempoi jaa... pastu mula laa berangan mahu jadi juru kamera professional. wahahahaahaa..

Cheq pun punya laa semangat nak miliki DSLR nie pastu siap server segala macam kat tenet tu. Siap terjah semua forum yang da bincang pasal DSLR ni, nak tuntut ilmu punya pasai takot tak nyesal kemudian hari. Dalam tu cheq dapat laa senaraikan 3 DSLR dari 3 brand yang berlainan dengan harga cheq rasakan mampu milik. heheehhe. Tapi tak sure btui lagi harga dia mana paling sesuai ngan bajet cheq...Dah jugak server kat tenet beberapa kedai yang depa dok citer berbaloi and leh dapat harga murah. Salah satunya ada kat Penang maka lagi laa mengujakan aku.

So minta laa sangat ramai-ramai leh pakat bantu aku bagi komen and cadangan... DSLR mana yang terbaek untuk cheq yang fresh ni, tak taw pape pasal DSLR tapi nak guna jugak. Cheq tak dak laa pulun nak jadi juru kamerea professional just nak tangkap gambar yang chantek untuk kepuasan sendiri. Mungkin nanti bila dah terer bagai baru laa nak rembat DSLR yang lebih canggih. hehehe. Boleh jugak kawan-kawan bagitaw kedai-kedai yang murah untuk beli DSLR ni kat cheq.

So...
TOLONG cheq....
Tolong....
Tolong.

Which one better for me??
The besties best for beginner like me....

1) DSLR SONY A-230





2) DSLR CANON EOS-1000D


3) DSLR NIKON D3000


Cheq lagi rasa nak jugak-jugak DSLR nie bila jump laman web yang memang best ni. Kita leh ber'enjoy' dengan DSLR sendiri. Just klik ENJOY WITH DSLR

16 February 2010

~JATUH CINTA yang telah lama~


Waduh...waduhh.. waduh....
Cheq dah tangkap cintan lentok lagi meleleh
Cheq jatuh cintan ni dah lama gak laa tapi dok pendam jaa
Nie baru terluah kat blog tomey ni
Sebelum ni cheq bajet malu-malu tucing skit... hehehe

Dah besar pun anak En Saad and Puan Aini
Dah pandai pun sekarang nak jatuh cintan
Nak kena nie!!!!!

Chupp.. chupp...chupp..
Jangan dok salah faham lak naa
Cheq tak gatai aihh...baek jea taw
Cheq memang laa jatuh cintan
Jatuh cintan tahap kronik

Cheq jatuh cintan dengan kasut CROCS jaa pun
Takkan tue pun salah... jangan dok pikiaq len plak
Cheq ni dah gawat nie.... mau kena kasi ubat cepat-cepat
Kalu idak nanti cheq lagi laa kronik

Lama dah cheq tanggung rasa cintan nie
Dok bertagak-tagak gak laa nak dapatkan
Mau laa kena pikir teliti lu.... bajet tu
Sebab cheq bukan anak orang kaya
Senang-senang jaa nak dapat apa yang cheq mau
Apatah lagi masih belum bekerja agggg
Semestinya kena laa mengutamakan yang mana lebih utama

So dalam hal jatuh cintan ni cheq utamakan pelajaran
Erkk...... bunyi dia amazing jaa, macam jatuh cintan ngan 'man'
Ohhh.. no.. no.. no... cintaku hanya di atas kertas
Ehh silap lirik, cintaku hanya selepas aqad la
So ndak salah bah cheq jatuh cintan sama itu CROCS

Cheq jatuh cintan 3 skaligus
Tu laa yang jenuh nak pilih memilih nie
Semua smart dan cun belaka
Aduhhh, pening di bueknya

Skrang cheq tengah confius nak memilih
Yang pasti dalam pilihan cheq tue semua laa wedges
I loike it... sangat menawan k

Dalam 3 ni cheq nak pilih 2 jaa..
Mau bajet lari kalu rembat 3 pasang terus
Jenuh laa plak nak kejar bajet nanti

Meh laa tolong pilihkan untuk cheq...
Mana yang best antara kesemua ni??
Yang dah pakai dah ada, dah beli CROCS ni leh laa tunjuk ajaq k

Confius antara 2 nie??!?!?!?

CROCS KOLEKSI RIO


ATAU


CROCS KOLEKSI HANALEI




Dua-dua ni bikin cheq angau...Dua-dua cub melecun... susah nak buat pilihan
Saja nak yang bertali... nak lebih elegant bila berjalan tu
Yang koleksi CYPRUS nie plak memang nak beli macamna pun..
Sebab dah jatuh hati dulu lagi..
Tapi not sure nak pilih warna apa..

CROCS KOLEKSI CYPRUS




Duit... sila jatuh dari langit
Kerana cheq nak dapatkan cintan cheq dengan kadar segera
Dah tak tertanggung rasa ni...
Kalu da baek hati nak hadiahkan kat cheq memang laa sangat-sangat dialu-alukan..



09 February 2010

tAKKALa haTI BERbisiK

Saat ini hati bergetar membisik kata yang berada paling dalam di lubuk hati......


Malu dengan DIA............... malu dengan lemahnya diri, malu kerana keciknya jiwa, malu pada rebahnya rasa. ALLAH s.w.t pimpinlah aku. Aku hambaMU yang sangat lemah lagi hina. Tak mampu ku berdiri apatah berlari tanpa taliMU. Ikat dan simpulkan lah aku pada jalanMU. Aku tidak terdaya untuk sendiri lagi...



Buat semua yang baek hati lagi budi
SECARA RASMINYA CIK BLOG MENGUMUMKAN

BAHAWA


"SNAP VIA MIRROR CONTEST"


DITUTUP



Terima kasih yang tak terhingga kepada semua peserta contest yang sangat sporting.

CIK BLOG akan cuba mengeluarkan keputusan contest secepat mungkin..

CIK BLOG taw semua tak sabaq nak jadi pemenang contest ni kan??

JANGAN wisau CIK BLOG akan cuba buat list top 10


Sebelum tu if da yang dah joint contest ni tapi tak tersenarai kat sebelah side bar ni sila laa informkan pada CIK BLOG...
Mana laa taw kot-kot CIK BLOG terlepas pandang...

Then bagi skit masa untuk CIK BLOG tengok btui-btui

Supaya tak tersalah pandang pixel yang best lagi kreatif

Susah gak nak mencari wajah-wajah di sebalik cermin ni......

Semua cuba memberikan yang terbaek dan pastinya!!!

CIK BLOG juga akan membuat keputusan yang adil dan terbaek untuk semua.
Tunggu jangan tak tunggu k....
Harap semua sabaq menanti keputusan contest.


~sibuk banyak ngan study agg... bisnis online aggg..... keja Research Assistant aggg so masa amat terhad untuk menantap pixel2 contest. Maaf yeaa.~



08 February 2010

Sahabat yang di rahmati Allah,
Di dalam kehidupan kita mencari keredhaan Allah s.w.t., kita perlulah memperhambakan diri kepada-Nya dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Perhambaan ini perlu berlaku dengan amalan zahir dan amalan batin (hati). Amalan batin (pembersihan hati dan jiwa) amat penting sekali daripada amalan zahir kerana apabila dalaman seseorang telah bersih maka ia akan melahirkan amalan luaran yang bersih pula. Tetapi apabila amalan zahir nampak hebat dan banyak sedangkan batinnya kotor dengan perasaan ujub dan riak maka amalan zahirnya tidak ada nilai disisi Allah s.w.t.

Sahabat yang dimuliakan,
Apabila tubuh badan memerlukan latihan supaya segar dan sihat, maka hati kita juga perlu dilatih dan dididik supaya ia menjadi sihat dan khusyu'. Hati yang khusyu' amat diperlukan dalam ibadah dan seterusnya dalam kehidupan. Hati yang hidup dan sihat adalah hati yang apabila disebut nama Allah s.w.t. terasa gementar dan apabila dibacakan al-Qur'an bertambah Imannya. Hati seperti ini akan bersih dari keduniaan dan akan lahirkan keikhlasan kepada Allah s.w.t. dalam setiap tindak-tanduk perbuatannya. Manusia melihat zahir kita sedangkan Allah melihat hati kita. Untuk memiliki hati yang khusyu' ia perlu dilembutkan dahulu dan disinilah lahirnya pelbagai cara dalam melahirkan jiwa yang khusyu'.

Sahabat yang dihormati,
Terdapat beberapa amalan yang yang diambil daripada al-Qur'an dan As-Sunnah dan ulama-ulama muktabar untuk melahirkan hati yang bersih dan khusyu' adalah seperti berikut :

1. Tafakur dan muhasabah ;
Kita hendaklah sentiasa merenung kehidupan kita, bermuhasabah tentang hubungan hati kita dengan Allah s.w.t. Fikirkan betapa banyaknya dosa-dosa yang telah kita lakukan, tugas dan amanah yang telah kita tinggalkan dan betapa kurangnya amal soleh kita dan rasa tidak mampu nak berhadapan dengan Allah s.w.t. di hari Akhirat nanti. Sayyidina Umar setiap malam bertafakur dan bermuhasabah dan mengenangkan akan dosa-dosanya.

2.Beristighfar ;
Rasulullah s.a.w beristighfar sebanyak 70 kali sehari semalam. Walaupun baginda bersifat maksum dan telah diampunkan dosanya oleh Allah s.w.t yang kemudian dan yang akan datang, baginda tetap memohon ampun kepada Allah s.w.t. tanda bersyukur baginda kepada-Nya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Tiadalah Tuhan akan menyiksa mereka, sedangkan engkau berada diantara mereka, dan tiadalah Tuhan hendak menyiksa mereka selama mereka beristigfar."(Surah al-Anfal ayat 33)

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Dan mohonlah keampunan kepada Tuhan kamu dan kembalilah kepada-Nya nescaya Dia akan mengurniakan pemberian yang baik kepada kamu hingga ke waktu yang ditentukan."(Surah Hud ayat 3)

3.Berselawat kepada Nabi s.a.w ;
Sesiapa yang banyak berselawat keatas junjungan Nabi s.a.w akan mendapat syafaat dihari Akhirat nanti ketika itu tiada siapa yang dapat membantunya. Berselawat juga dapat melahirkan kecintaan kepada baginda dan ahli keluarganya.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, nescaya Allah akan membalasnya dengan selawat keatasnya sepuluh kali."

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah ke atasnya dan mengucap salamlah kepadanya dengan sepenuh salam (kehormatan).

4.Mengingati mati ;
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Perbanyakkan mengingati mati, kerana yang demikian itu akan mengurangkan seseorang itu melakukan dosa dan zuhud pada dunia."

Imam al-Ghazali mengatakan, "Dengan meningati mati, hati kamu menjadi lembut."

5.Berzikir dalam hati ;
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Sebaik-baik zikir ialah yang dirahsiakan (dalam hati) dan sebaik-baik rezeki ialah yang mencukupi."

Dalam hadis yang lain baginda bersabda yang bermaksud, "Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan kekotorannya. Maka begitulah penggosok (pembersih) hati ialah zikrullah."

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan perasaan takut."

Sebahagian ulama tasauf mengatakan zikir yang dimaksudkan di dalam hadis di atas ialah zikir qalbi (zikir dalam hati) bukan zikir lisan. Dengan mengerjakan zikir qalbi itu seseorang manusia terhubung dengan Allah s.w.t. selama-lamanya. Oleh kerana hati adalah 'raja' kepada anggota-anggota badan yang lain, dalam melakukan ibadah, jika hati sentiasa berhubung dengan Allah, maka anggota-anggota lainnya dengan sendirinya akan berhubung denganNya. Contohnya dalam keadaan kita berseorangan atau dalam kenderaan daripada fikiran kita berhayal dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah eloklah kita zikir dalam hati dengan menyebut Allah, Allah... berulang-ulang.

6.Zikir secara jihar (lisan) ;
Sayyidina Umar al-Khattab pernah ditanya mengapa beliau cenderung untuk berzikir jihar, beliau menjawab ; "Aku melakukan demikian untuk menyedarkan orang-orang yang lalai dan supaya syaitan-syaitan akan menjauhkan diri daripada sisiku."

Imam al-Ghazali amat menekan zikir jihar beramai-ramai kerana ia mempercepatkan keasyikan hati dan berlakunya tolong menolong antara satu sama lain dalam meningati Allah s.w.t.

Salah satu amalan zikir yang baik di amalkan setiap pagi dan petang adalah zikir al-Mathurat (Kitab zikir oleh al-Imam Hasan Al-Banna).

7.Berdo'a kepada Allah s.w.t. :
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Dan Tuhan kamu berfirman : 'Mohonlah kepada-Ku nescaya Aku akan memperkenankan permohonan kamu."(Surah al-Mukminin ayat 180)

Perbanyakkanlah berdo'a kepada Allah s.w.t. setiap masa. Selepas solat fardu, selepas membaca al-Qur'an, selepas solat tahajud di tengah malam dan di tempat-tempat yang afdhal do'a, kerana dengan banyaknya do'a hati akan menjadi bersih, lembut dan sejahtera.

Akhirkata, teruskanlah tarbiyyah hati supaya hati yang bersih dan sejahtera akan membawa kepada hubungan yang akrab dengan Allah s.w.t. dan juga membawa kepada kesejahteraan hidup di dunia dan di hari Akhirat.

(Sumber: tag facaebook by Abu Basyer)



S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@