SEMANGAT meredah hujan
Gambar peristiwa PERHIMPUNAN BANTAHAN PPSMI secara asli dan originalnya dari lensa kamera penulis d@r! k@c@m@t@ y@ng b3rb3z@.
~Perarakkan menuju ke Masjid Negara dalam hujan renyai tapi tidak melunturkan semangat setiap daripada kami~
~Perarakkan maju ke Istana Negara bagi mengiringi pemimpin-pemimpin utama untuk serahan memorendum tetapi telah sedia awal dinanti oleh trak-trak FRU~
~Rakyat dizalimi dengan tembakan-tembakan gas pemedih mata secara rambang dan terlampau~
~Pemimpin, rakyat dan polis, siapa yang berkuasa? Kawalan yang begitu ketat di setiap jalan menuju ke Istana Negara~
~Penangan pedilan peluru gas pemedih mata di Lebuh Mahameru. Merasainya sendiri mempunyai makna yang tersendiri~
~Rakyat sudah bangkit...................mereka tidak tidur lagi. Turun ke jalan untuk berhimpun dan berarak bagi menyatakan bantahan terhadap PPSMI. Namun kemaraan rakyat disekat dan dikawal ketat oleh jentera suruhan kerajaan~
~Mendengar amanat dari pemimpin-pemimpin utama bagi menandakan penutup kepada perhimpunan secara aman dan tenang~
~Menjadi kenangan yang bermakna untuk penulis d@r! k@c@m@t@ y@ng b3rb3z@~
Ramai yang mempertikaikan tentang keterlibatan penulis dalam perhimpunan ini. Pelbagai rentak suara yang bertingkah..................ada yang menyokong, ada juga yang menghalang dan tak kurang juga yang tidak apa (apati). Apa pun juga suara itu, penulis telah memilih dari pilihan-pilihan yang ada dan menyakini pilihan ini adalah yang terbaik. Ada sahaja yang mengatakan tindakan perhimpunan ini adalah sia-sia dan buang masa, ada yang mengistilahkannya sebagai sikap jumud, terdapat kelompok yang menyelar ia sebagai bentuk keganasan dan sebagainya. Walau apa pun pendapat kalian penulis tetap menghargainya kerana kita bukan individu yang sama, jelasnya kita melihat d@r! k@c@m@t@ y@ng b3rb3z@. Namun keBENARan itu pasti, cepat atau lambat ia tetap akan muncul. Ini antara kenangan yang amat berHARGA, tidak mampu dibeli dengan wang ringgit kerana harganya terlalu MAHAL
Ini hanyalah perjuangan kecil, tidak mampu dibandingkan dengan segala keCEKALan yang dimiliki oleh sahabat-sahabat seagama yang berada di bumi Palestina. Penulis kagum pada angkatan pemuda di sana, turut kagum pada pemudi dan juga anak-anak kecil yang berjiwa besar dalam mempertahankan Tanah Palestina. Apa yang penulis lalui di disini adalah terlalu kecil cabarannya.........sekadar semburan water canon, pedilan peluru gas pemedih mata sedangkan mereka berhadapan dengan peluru hidup. Mengajar penulis untuk merasa erti hidup bersyukur. Ini BUKAN kebanggaan tapi ini UJIAN.
No comments:
Post a Comment