CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

21 March 2009

Akue hanya hamba DIA

1) Alhamdulillah.............saat ini Allah s.w.t permudahkan segala urusanku. Seringkali manusia lupa mengucapkan terima kasih padaNya atas nikmat yang diberi.
1 down and 2 to go......

~selesai menemubual pegawai sektor politik di Institut Integriti Malaysia (IIM), En Mohd Rais Ramli untuk kajian tesis~
~perlu menemubual 2 orang lagi iaitu ahli akademik dan ahli politik dan insyaallah En Rais menawarkan bantuan untuk mengaturkan temubual dengan ahli politik tertentu~

2)Insyaallah, aku akan sentiasa yakini bahawa setiap musibah yang melanda pasti ada hikmah yang tersembunyi dan bakal mendatang menghampiriku.

~banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan ku kebelakangan ini~
~walau apa pun ia kehidupan mesti diteruskan~


3) Allahuakhbar.... Allah Maha Besar. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Adil dan Saksama pastinya.

~semua kita nakkan keadilan dalam hidup.....then slalu ja bertingkah antara adil dan tak adil~
~kesaksamaan dikatakan keadilan tapi sebenarnya kesaksamaan belum menjamin keadilan di sisi Islam.


4) Tiada yang lebih baik daripada apa yang telah diaturkan olehNya untuk diriku.

~kadang-kadang kita inginkan benda tu tapi kita tak dapat tapi jangan kecewa dan ada masa kita tak mau sangat perkara tu tapi kita terima maka redha saja~
~sebab kita tak tahu hakikat sebenar perkara itu baik atau tidak untuk kita~


Wallahua'lam....

No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@