CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

03 March 2009

MonoLOG haTI

~Wahhhhh...........pejam celik pejam celik, sedar tak sedar sekarang dah masuk bulan Mac.

~Hakikatnya dah nak sampai ke penghujung final semester.

~Tempoh pengesahan jadual exam pun dah tamat makanya tak lama ja lagi nak exam.

~Ini juga bermaksud saya akan tamat pengajian tak lama lagi.

~Wuawuawuawua.....pa cite tesis saya??

~Mahu siapkan tesis kerana saya mahu grad.

~Oooooo......tesis, fieldwork, assignment individu, assignment kumpulan, presention dan segala macam lagi.

~Pening-pening+serabut+celaru+tak keruan

~Tapi saya masih stabil dan rasional untuk berfikir.

~Tindakan masih bisa dalam kawalan kerana saya adalah konduktor diri saya.

~Maka dengan itu jugalah saya kena proaktif dan hyperaktif buat kitaran masa sekarang.

~Cukup la masa berhibernasi dan berlibur.

~Semua orang DIA bagi masa 24 jam, semua sama sahaja kerana tiada yang lebih dan kurang bagi sesapa pun.

~So macamna nak kata tak cukup masa???

~ Masa itu cukup kerana DIA yang menjadikan putaran masa

~Tidak sekali DIA silap dalam membuat pengiraan dan hitungan masa

~Tentunya kita yang tidak bijak mengatur masa Atau mungkin juga masa tidak dimanfaatkan sebaiknya

~Renung-renungkanlah.......segalanya berbalik pada diri sendiri.

~Segalanya kita mampu atas kudrat yang telah diberi ke atas setiap hambaNYA.

~Ayuh kerahkan tenaga, persiapkan diri untuk capai maghfirahNYA.

No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@