Okies berbalik pada point sebenarnya. Dulu-dulu tyme sekolah rendah or menengah mungkin kita slalu lagukan nama-nama dan sifat-sifat Allah s.w.t. Bagoss ja tyme sekolah dulu tapi sekarang tak tahu la kan. Bagi sapa yang masih melagukan tu bagoss la tapi kena la memahami maksudnya bukan nyanyi takat hafal n sedap ja.
Tak mau berat-beratkan kepala pembaca semua. Apa kata dijawab sendiri soklan yang ditanya. Hehehe. Semestinya diakui Allah s.w.t itu Maha Kreatif. Sekreatif mana pun manusia dalam menghasilkan sesuatu benda, projek, program dll pastinya tak terlawan dengan kekreatifan Allah s.w.t. Kenapa berkata begini??
Benda yang nak diberi contoh ni mudah aja tapi pernah tak kita fikirkan dengan mendalam?? Jujurnya tak pernah untuk diri sendiri. Sedangkan benda paling kecik bila kita rungkaikan akan melahirkan rasa keCINTAan yang tinggi kepada Allah s.w.t. Benda ni dah slalu disebut tapi nak dilihat daripada posisi yang lain. Soal penciptaan makhluk bernama MANUSIA. Macamna nak buktikan Allah s.w.t ni Maha Kreatif??
Allah s.w.t sangat kreatif bilamana kita lihat pada penciptaanNya. Secara sainsnya, baby akan terbentuk melalui percantuman antara benih bapa (sperma) dan benih ibu (ovum) dan seterusnya berlaku beberapa proses di dalam rahim ibu. Kemudian setelah cukup tempoh akan lahirlah ke dunia makhluk bernama manusia yang dipanggil baby oleh kita semua. ~benda ni dah lama dinyatakan dalam al-quran~ Comel kan baby??
Apa yang cuba dibawakan di sini ialah berkenaan SUMBER yang SAMA namun menghasilkan PRODUK yang berBEZA. Pening ka?? Mudahnya gini ja.....Sumber yang sama itu ialah sperma dan ovum sementara hasil yang berbeza adalah bayi sama ada lelaki atau perempuan. Contoh lain…..kita tengok pada sepohon pokok buah oren la ceritanya. Sumber yang sama seperti ditanam atas tanah yang sama then dibaja ngan jenis sama, siram pun ngan air yang sama dan kemudiannya kita petik semua buah oren yang masak. Jelasnya dari satu pohon yang sama tu ada pelbagai bentuk buah oren yang terhasil then ada plak yang rasa manis dan ada yang masam. See….keKUASAan Allah s.w.t yang Maha Kreatif menciptakan tiap sesuatu itu.
Mungkin ada nak argue…..Ya, ya, diakui ada ja manusia kreatif dalam hasilkan sesuatu tapi terhad sebenarnya. Analoginya cam gini la. Katakan kertas A4 diberi kepada beberapa orang pelajar.Then setiap pelajar tu diberi masa 5 minit untuk hasilkan origami daripada kertas tersebut. After 5 minit tu masing-masing bawak hasil keja mereka, percaya atau tak di antara pelajar-pelajar tu kompen ada yang hasilkan origami yang sama dan basic macam kapal terbang, burung dan kemeja. Ada gak yang kreatif akan hasilkan bentuk hati, bunga dsb tapi apa yang jelas kekreatifan manusia itu terbatas amat. Sedangkan keKREATIFan Allah s.w.t tiada batasnya. Manusia besanya bila dapat sumber yang sama maka penghasilan produk pun still sama. Anologinya macam mak kita buat kek coklat. Bila masukkan semua bahan macam tepung, butter, coklat cair, gula, air, telur dll then diadunkan segala. Siap adunan masukkan dalam bekas then bakar. Tunggu la kek masak ikut masa yang telah ditetapkan. Hasilnya adalah kek coklat bukan?? Pasti tak logik kalu dah masuk semua bahan kat atas tadi tapi tetiba lak keluarnya kek pisang. Jelas tak lagi??
Motif kat sini sama-sama la kita memuji kebesaranNYA.
Sesungguhnya DIA Maha Berkuasa, Maha Agung lagi Maha Bijaksana.
Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillah, Wallahuakhbar.....