CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

17 September 2008

.::kITA & nRZuL qURan::..

Ramadhan terusan berlalu....antara sedar dan tidak sudah hampir 2 minggu kita menjalani tuntutan rukun Islam yang ke-3 iaitu, PUASA. Ramadhan semakin meninggalkan kita dengan sedikit masa untuk masing-masing berlumba-lumba melakukan amal ibadah dan mengupgrade iman.

Hari ini persamaan 17 Ramadhan....merupakan tarikh agung di mana peristiwa penting berlaku iaitu penurunan al-Quran kepada Nabi Muhammad. Penurunan ayat pertama di Gua Hira', dikesampingkan Nabi Muhammad dipilih dan diangkat sebagai oleh Allah s.w.t sebagai RasulNya untuk memimpin seluruh umat manusia dan bertanggungjawab menbawa risalah Islam.


Turunnya Al-Quran adalah untuk menjadi petunjuk kepada seluruh manusia dalam menguruskan kehidupan duniawi. Al-Quran menjadi sumber rujukan penting umat manusia sebagai inmstumen penerangan dan penyelesaian kepada permasalahan manusia hingga ke hari kiamat. Allah berfirman:

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang bathil)”
[TMQ al-Baqarah (2):185].

Nurzul Al-Quran juga menjadi titik permulaan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dalam medan dakwahnya....Maka, tidak boleh tidak kita sekadar mengambil mudah peritistiwa ini dan membiarkan ia berlalu sepi. Seharus dan sewajarnya kita memperbaiki diri dengan bermuhasabah. Semoga kedatangan Nurzul Al-Quran kali ini menjadi peringatan berguna buat diri untuk mempertingkatkan amal ibadat wajib + sunat.



Peringatan buat Nur Khairunnisa Saad......rajin2 buat amalan sunat, jangan malas solat terawih, pasti habis tadarus al-quran 30 juz n jangan tinggal posa melainkan boleh.

No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@