CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

10 September 2008

..::JanGan MaraH nGAT!!!::..

Tak sedap kelmarin..huhuhu. Asyik marah ja, time kuliah marah, masuk tutorial pun marah, orang call pun kena marah, nak g beli makan pun sama... Tak baik benor….tapi bukan saja-saja or memang suka nak marah. Mood ni macam tak betul skit. Kenapa eikk?? Besa arrr bila dah marah baru sedar kan....sebelum marah mana nak taw, lagi plak tak dapat dijangka pun bila kita akan marah. Kepada insan yang terkena percikan api kemarahan aku tu, minta maaf la banyak-banyak coz tak disengajakan pun...huhuhu. Tapi kadang-kadang marah ku bukan marah pun maybe lebih kepada marah-marah sayang..hahahahaha. Boleh tak gitu??

Kenapa eikk kita marah?? Orang slalu cakap kita marah when horman tak stabil la, stress dalam hidup la, masalah kewangan dan macam lagi. Jom kita tengok nape manusia ni marah...Hakikatnya, manusia wajar berasa marah. Kemarahan adalah bentuk emosi yang keluar atas sesuatu hal yang tidak settle dalam diri kita. Marah juga adalah emosi manusia yang memang normal dan sihat. But if under control, emosi ni akan membawa pelbagai impak maksima dalam hidup. Kemarahan yang under control ni mampu menjadi punca masam muka, pergaduhan dan perceraian, malah turut menyebabkan tekanan dan gangguan serius dalam kehidupan seseorang.


Acapkali rasa marah ni disumbangkan oleh perihal dalaman dan luaran. Kemarahan melibatkan perubahan fisiologikal dan biologikal seseorang ketika marah, tekanan darah dan denyutan jantung akan meningkat, begitu juga dengan hormon tenaga, adrenalin dan noradrenaline. Ingin hidup gembira dan sihat?? Kawallah kemarahan anda sebaiknya.

Ternyata Islam juga mencela sikap marah sebagaimana firman Allah:

"Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada kalimah takwa, sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan kalimah takwa itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (al-Fath: 26)

Jelaskan??Buruk benor marah ni, malah boleh menyumbang lagi banyak masalah len... Dalam menangani situasi yang kurang stabil ni, Islam menganjurkan kita supaya bereaksi cool bila kemarahan mendatang.... Berdasarkan anjuran Islam, sekiranya marah..... bersegeralah kita mengucapkan Ta’awudz (A’udzu billahi minasy syaithoonir rajeem - Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan, kemudiannya dianjurkan kita berdiam atau tidak berbicara., seterusnya jika semasa timbul perasaan marah itu kita sedang berdiri maka hendaklah duduk, andaikata tidak reda juga maka hendaklah kita baring. Malahan berwuduk sekirannya perlu kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah Insyaallah......dengan kuasaNya kemarahan kita dapat dikawal. Hakikatnya, anjuran Islam lebih memperlihatkan how to control it?? Langkah supaya kemarahan kita tak terus marak.....bersifat cooldown. Sesungguhnya, orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah.

Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Meh la sama-sama kita praktikkan apa yang telah Islam anjurkan....Utamanya buat diri sendiri yang terkadang marah-marah (walaupun orang cakap Nisa ni suka marah-marah). huhuhu. Tak suka pu marah tapi nada 2 ja slalunya macam marah tapi hakikat sebenar tak da pape pun. Sound suara jea yang lebih.....tapi hati cool ja. hehehe. Len arrr kalu tul-tul marah. Tapi marah-marah i pun besanya kejap jea.. Orang bising-bising ni, mulut ja bising......hati serius baik. Cepat marah n cepat ja cool... hahaha.

* NISA.....jangan marah nanti kena jual, tak pun nanti cepat tua...
( I ingat pesanan ni...)

No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@