CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

26 September 2008

..::Dunia Atokku Gelap::..

Best sangat bila dah sampai kat umah....walaupun tak dak makan berbuka sedap+lazat+hebat tapi still rasa sangat kenyang n bahagia ngat. Mana taknya berada kat umah sendiri tak sama dengan ada kat tempat-tempat len kat dunia ni. hehehehe.

Sebenarnya kegembiraan aku tak lama.......time buka posa tu, aku dikhabarkan ATOK tak dapat melihat lagi. ATOK bukan rabun lagi tapi dah buta. Time dapat berita tu, aku tersentak...sedih sangat-sangat, nak ja menjerit+meraung. Sememangnya nak nangis tapi dek ego yang bermaharani lela aku pendam ja, kejap betul ku tahan empangan air mata ku dari pecah. Rasa sakit ngat dugaan ni. Walaupun kegelapan tu dah jadi milik ATOK tapi aku dapat merasainya.




Time berbuka tu, ATOK teraba-raba.....aku lagi sedih, sedih sangat. Aku layan kerenah ATOK yang nak itu, nak ini dan macam-macam lagi. Habis ja berbuka n solat ku hamburkan semua keperitan melihat dunia ATOK gelap semasa mandi. Tangisanku berselang-seli dengan deruman air yang mencurah-curah. Curahan air yang kuat tu umpama curahan air mata aku yang tak mampu dibendung lagi.

"ATOK dah tak nampak dik" kata Along. Aku ingatkan biasa jea coz sebelum ni mata ATOK memang dah agak kabur, katarak mata dia makin tebal. Nak kena buat pembedahan lazer tapi tue pun just 50%-50% boleh lihat jelas atau tak. Rupa-rupanya...........berita tu bukan biasa tapi ujian berat. Arrrrggghhhhhhhhhhhhhh.......dunia ATOK gelap, ATOK dah tak nampak, ATOK tak boleh tengok, Atok tak nampak apa dah......dan sebenarnya ATOK dah jadi buta.




ATOK.....kalu dunia ATOK leh bercahaya balek dengan pemberiaan@derma mata, Adik sudi dermakan mata adik (maybe orang cakap adik leh cakap saja tapi diorang tak taw hakikatnya). Adik sanggup gantikan tempat ATOK untuk hadapi kegelapan walaupun tak pasti sekuat mana adik mampu. Adik sayang ATOK walaupun kadang-kadang da jugak menjawab bila ATOK berleter, kadang-kadang marah ATOK coz makan benda yang ATOK tak leh makan, kadang-kadang buat tak taw bila ATOK membebel....Adik taw, ATOK mesti seksa bila tiba-tiba bergelap sedangkan sebelum ni tak. Tapi Doc. cakap mata ATOK memang dah tak leh diselamatkan...huhuhu. Apalagi yang Adik mampu buat ATOK??

ATOK...Adik lagi sedih...Bila ingat 3-4 hari lagi kita nak raya. Macam tak bersedia ja nak raya, tak da mood+feel. Mana taknya raya tahun ni, dunia ATOK gelap n tak bercahaya. Raya tahun ni, walaupun Adik still leh salam n cium ATOK coz ATOK masih ada...Insyaallah. (mohon Allah perpanjangkan usia ATOK) Tapi yang sedihnya, tahun ni raya ATOK dah tak boleh tengok Adik, walaupun skit. ATOK tak boleh nampak Adik walaupun samar-samar. ATOK hanya dapat rasa...Cukup ka dengan rasa??? Adik rasa tak cukup ATOK. Nampak sangat Adik ni tak taw bersyukurkan ATOK?? Bukan macam tu tapi Adik turut rasa derita bila taw hidup ATOK diselubungi kegelapan, hitam. ATOK........ADIK SAYANG SANGAT NGAN ATOK.




ATOK....Adik akan cuba pastikan walaupun dunia ATOK dah gelap tapi hati n jiwa ATOK tak gelap ngan kasih sayang kami. ( Ibu, Ayah, Kak Long, Adik n Abg Cik ) Adik harap minta biarlah hanya mata ATOK ja yang gelap tapi bukan roh ATOK. Sayang ATOK selamanya... mmmuaahhhmmuaahhh.

5 comments:

affanazami said...

syukurlah k.nisa masih beruntung ada lagi nenek utk bermanja.. takziah

.::AdNiSya3108::. said...

thanks affan..huhu.
the only one nenek yg akak da..

asasLP said...

subhanaallah..maha suci Allah yang maha sempurna...hebatnya Allah, baru Dia tarik dari kita cahaya kita dah mula teraba-teraba mencari apa yang kita hendakkan...setiap sesuatu yang Allah lakukan pasti ada hikmahnya walaupun sedar diri ini pun serba kekurangan..ape2 pun harap bersabar dengan segala ujian dari Allah..takkan benar2 beriman seseorang tu tanpa ujian dari Allah...
p/s: Ya Allah seandainya Kau cipta dunia ini tanpa warna ku tetap mengagumi MU...

Cik_Iza said...

takziah nasya..

Dia hanya menarik penglihatan atok hang nasya.. tapi Dia dah tarik tok daripada aku dua tahun dulu.. macam baru smalam aku cium tok aku.. mcm smalam baru aku bergelak tawa ngan tok aku.. tapi tok aku dah tkde untuk selamanya.. aku dah tak mampu melihat tok aku.. apatah lagi nak memeluk.. tok aku dh tkde nak dgr cerita2 aku nasya.. aku redha walau sedih itu tetap dihati..

bersyukur lah sekurang kurangnya hang masih ada tok.. hang masih mampu untuk cium, peluk tok hang.. dan hang masih ada tok yang hang nak salam dan kucup tgn dia dipagi raya.. aku hanya mampu melihat pusara tok aku..

tapi aku tetap bersyukur.. kerna Dia pernah menghadiahkan aku tok yang terbaik.. aku bahagia kerna aku pernah ada tok mcm tok aku..

alfatihah buat tok aku dan seluruh muslimin yang telah pergi.

.::AdNiSya3108::. said...

thanks syafiq..
ayat yg memberi kesan kt atie
pastinya da hikmah disebalik setiap sesuatu
Aku YAKIN dengan janjiNYA

thanks fiza...
sesungguhnya aku amat bersyukur
cuma....aku hanya insan kamil
adakalanya mengeluh
by the way, kata2 ang myuntik semangat aku utk terus tabah n lbh2bersyukur padaNYA.
Insyaallah bersama la kita...ALFATIHAH..

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@