CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

04 July 2009

JANGA BERHENTI BERHARAP....


Salahkah BERHARAP pada yang sudi?
Salahkah BERHARAP punyai gaji yang tinggi?
Salahkah BERHARAP memperolehi sahabat sejati?
Salahkah BERHARAP memiliki kehidupan selesa?
Salahkah BERHARAP untuk berjaya dalam hidup?
Salahkah BERHARAP mendapat kerja yang bagus?
Salahkah BERHARAP dikurniakan keluarga bahagia?
Salahkah BERHARAP pada segala kebaikan yang ada di dunia ini?

Orang kata kalu buat sesuatu jangan mengHARAPkan balasan
Orang jugak kata jangan meletakkan HARAPAN yang tinggi pada sesiapa,
sesuatu atau apa-apa sahaja
Orang sering berkata HARAPAN tak semuanya tertunai

Ini pula kata diri saya..........

*
*
*
*
*

HARAPAN umpama menanam benih kegelisahan sepanjang kehidupan
Ibarat menanti buah yang tak tahu masa gugurnya
Jika gugur pun tidak pasti elok atau tidak isinya
Elok isinya tidak menjamin enak rasanya
Enak rasanya belum tentu baik khasiatnya 100%
Akirnya kita jadi tak keruan dengan HARAPAN

Kata diri saya lagi

*
*
*
*
*

Pada DIA yang ESA tiada halangan untuk berHARAP
DIA paling layak untuk disandarkan pengHARAPan
DIA punya kuasa agung menunaikan segala HARAPAN
HARAPAN perlu seiring usaha
Jika tidak tertunai jangan berkeluh kesah
Mahupun resah gelisah
DIA tahu segala yang terbaik untuk kita
BerHARAP pada DIA tidak sekali membawa penyesalan
Dan HARAPAN takkan pernah padam
Selagi doa terus kita panjatkan
Pada Allah SWT

*
*
*
*
*

BerHARAP, HARAPAN, pengHARAPan hanya pada DIA
Tuhan yang Maha Esa Lagi Berkuasa
Di dunia dan juga akhirat.

No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@