CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

23 September 2011

Kita tidak tahu saat yang TEPAT


Allah MEMBERI tika kita tidak terduga lagi menduga.



Seringkali kita yang bernama MANUSIA dihujani dengan pelbagai masalah, kesulitan, ujian dan cabaran dalam meniti perjalanan sebuah KEHIDUPAN. Hatta sesiapa pun yang memakai tittle MANUSIA tidak akan pernah terkecuali dari melaluinya, kerana ia bukan pilihan!!



Dan pada masa-masa ‘CEMAS’ ini terkadang kita merintih hiba, mengadu simpati dan berkeluh kesah. Jarang-jarang ada yang sentiasa berlapang dada menghadapi melainkan IMANnya setinggi langit. Ini juga bukti kita adalah INSAN bukan malaikat. Namun WAJAR diingat!!! Walau kita bukan malaikat namun kita perlu berusaha mendidik hati dan diri agar redha dan sabar dalam menghadapi zon ‘CEMAS’.


Hanya DIA yang tahu saat TEPAT akan sesuatu, seseorang untuk hambaNYA.SABAR dan YAKIN saat itu akan tiba. PASTI tiba…. Usah musykil!!!

~0~0~0~0~0~0~0~0~0~0~0~0~0~0~0~


Hidup ini bukan mudah. Tidak semua berjalan lancar seperti yang kita jangkakan. Kadang-kala ada ujian yang hinggap di tengah perjalanan itu. Sememangnya bersesuaian dengan erti kehidupan. Asas kehidupan sendiri itu adalah ujian. Ujian yang tidak pernah kita terfikirkan. Tetapi begitulah jadinya.

Oleh kerana ia merupakan ujian, maka selagi kita hidup ada saja cabaran yang akan melanda. Dan hanya satu jawapan untuk menjadi pemenang. Jangan sekali-kali BERPUTUS ASA. Mungkin rehat itu perlu. Tetapi bukan bermakna semangat semakin juga harus berehat dan pudar melawan arus ujian. Hidup mesti diTERUSkan. Perjuangan masih jauh. Ingatlah, orang yang menang tidak pernah berhenti. Orang yang berhenti tidak pernah menang!


No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@