CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

30 September 2011

SUNYI sepi tanpa bUNYI




{sunyi sepi}


{sunyi sepi}


{sunyi sepi}


{sunyi sepi}


{sunyi sepi}


{sunyi sepi}


Banyak yang berlaku dalam percutian 4-5 bulan di home sweet home. Pilihan yang sebelum ini dirasakan mungkin tidak tepat tapi ternyata ada hikmah yang lebih besar setelah melaluinya. Itu yang dikatakan HANYA DIA YANG MAHA MENGETAHUI dan kita selaku hamba tidak dapat melangkau batas yang sepatutnya dan segala pengetahuan berada di luar kudrat kita. Pahit, manis, susah, senang, suka, duka semuanya dirangkum menjadi warna warni KANVAS kehidupan.


Alhamdulillah..


Alhamdulillah..


Alhamdulillah..


Alhamdulillah..


Alhamdulillah..



Kembali semula memulakan apa yang telah dimulakan….. mengulanginya sekali lagi. CABARAN buat diri. TARGET tinggi kali ini à A untuk pastikan PNGK mencapa h ke kedudukan 3.50 ke atas. Insyaallah, usaha tangga KEJAYAAN. Tiada istilah mustahil melainkan BOLEH!!! Mohon juga didoakan oleh para sahabat dan teman-teman semua. Insyaallah perjuangan bakal tamat penghujung December dan kemungkinan besar bakal berperang pada 5 Januari 2012. Aturannya begitu SEMPURNA.


BEST jugak, pengalaman pertama


Godek-godek album lama.....
Macam best jaaa tyme nihhh...
Pengalaman pertama seumur hidup...

Layanzzz dah orang ajak
Penuhi hasrat orang
Maka jadi laa PENGAPIT bidan terjun



Rasa ayu jeaa kena duduk sopan-sopan sebelah pengantin
Kena jadi tukang SABAR si pengantin yang berdebar
Boleh tahan debar jugaa laa hati sendiri.....

SELAMAT suda...... KAK SALINA mummy to be.

Sambutan Ulangtahun Ke-60 PAS

<<<< ASSALAMMUALAIKUM >>>>



SEMUA DIJEMPUT HADIR.


23 September 2011

Kita tidak tahu saat yang TEPAT


Allah MEMBERI tika kita tidak terduga lagi menduga.



Seringkali kita yang bernama MANUSIA dihujani dengan pelbagai masalah, kesulitan, ujian dan cabaran dalam meniti perjalanan sebuah KEHIDUPAN. Hatta sesiapa pun yang memakai tittle MANUSIA tidak akan pernah terkecuali dari melaluinya, kerana ia bukan pilihan!!



Dan pada masa-masa ‘CEMAS’ ini terkadang kita merintih hiba, mengadu simpati dan berkeluh kesah. Jarang-jarang ada yang sentiasa berlapang dada menghadapi melainkan IMANnya setinggi langit. Ini juga bukti kita adalah INSAN bukan malaikat. Namun WAJAR diingat!!! Walau kita bukan malaikat namun kita perlu berusaha mendidik hati dan diri agar redha dan sabar dalam menghadapi zon ‘CEMAS’.


Hanya DIA yang tahu saat TEPAT akan sesuatu, seseorang untuk hambaNYA.SABAR dan YAKIN saat itu akan tiba. PASTI tiba…. Usah musykil!!!

~0~0~0~0~0~0~0~0~0~0~0~0~0~0~0~


Hidup ini bukan mudah. Tidak semua berjalan lancar seperti yang kita jangkakan. Kadang-kala ada ujian yang hinggap di tengah perjalanan itu. Sememangnya bersesuaian dengan erti kehidupan. Asas kehidupan sendiri itu adalah ujian. Ujian yang tidak pernah kita terfikirkan. Tetapi begitulah jadinya.

Oleh kerana ia merupakan ujian, maka selagi kita hidup ada saja cabaran yang akan melanda. Dan hanya satu jawapan untuk menjadi pemenang. Jangan sekali-kali BERPUTUS ASA. Mungkin rehat itu perlu. Tetapi bukan bermakna semangat semakin juga harus berehat dan pudar melawan arus ujian. Hidup mesti diTERUSkan. Perjuangan masih jauh. Ingatlah, orang yang menang tidak pernah berhenti. Orang yang berhenti tidak pernah menang!


21 September 2011

Letak pergantungan HANYA pada ALLAH.

Umpamakan diri menaiki sebuah kapal dan ketika berada di tengah laut yang luas, musibah melanda, kapal yang dinaiki dilanda ribut taufan yang ganas lantas menenggelamkan kapal terus ke dasar laut. Pada ketika itu diri terselamat dengan hanya sempat berpautkan pada sebuah pelampung sederhana besar. Di sekililing terlihat hanya lautan luas, tiada langsung tanda-tanda kehadiran tanah besar untuk berenang pergi menyelamatkan diri. Saat ini diri teruji, ketika ini tiada yang lain yang dapat menyelamatkan diri melainkan mampu terus berdoa, menyerahkan pergantungan sepenuhnya hanya pada ALLAH MAHA KUASA dan keyakinan yang tinggi untuk diselamatkan oleh suatu kuasa yang AGUNG.


Begitu jugalah diri kita sebagai HAMBA. Dalam menjalani kehidupan perlu meletakkan sepenuhnya pergantungan hanya pada Alllah, bukan pada manusia ataupun pada makhluk yang lain.


20 September 2011

Ulangtahun Kelahiran ke-25


31 Ogos 1986 ---->>HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA

Genap 25 tahun aku bernafas di muka bumi Allah, menghirup segala NIKMAT dan RAHMAT kurniaanNYA. Ku rafakkan melangit luas rasa syukur (Alhamdulillah) padaMU. Moga ANUGERAH usia yang KAU kurniakan ini buat aku lebih dekat denganMU dan makin meningkatkan keimanan dan ketaqwaan. Amin… amin… amin ya rabbal amin.


Penghargaan besar buat IBU ratu hatiku yang berhempas pulas bertarung nyawa melahirkan aku kedunia dengan penuh rasa kecintaan dan kasih sayang. TERIMA KASIH ibu… atas penat lelah, jerih perit menjaga ku dari kecil hingga dewasa tanpa jemu mahupun rungutan. Juga buat AYAH raja hatiku yang berkorban tenaga, masa, duit ringgit dan segalanya sepanjang membesarkan ku. Syukran…



(^__^)





Di usia yang semakin meningkat DIA kurniakan anugerah buat diri untuk menyuburkan lebih rasa SYUKUR. Alhamdulillah…. alhamdulillah…… alhamdulillah wa syukurillah… Ulangtahun kelahiran tahun ini meriah berbanding sebelum-sebelumnya kerana ?????????



*



*


*


*


*


*



~ Buat GEMPAK lebih~




Uittt jangan pikir bukan-bukan ok…

Jangan syak wasangka dan jangan GOSIP lebih-lebih

Lebih MERIAH dan mengGEMBIRAkan kerana …



1) Ulang tahun kelahiran persamaan 2 SYAWAL (MOOD MERDEKA RAYA)


2) Menerima SURPRISE BIRTHDAY PARTY dengan KEK COKLAT yang comel




3) NEW HANDBAG sebagai birthday present



4) DUIT RAYA



5) JUBAH CHANTEK sebagai birthday present




TERIMA KASIH… TERIMA KASIH… TERIMA KASIH buat SEMUA yang memberi ucapan, mendoakan dan meraikan diri ini pada ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE-25. (tua sudah tapi jiwa muda remaja)


16 September 2011

m00D b@ru

Agak berkurun lama tidak mengemaskini diari maya
Setelah agak BOSAN yang bersangatan

Maka.....
Bermula pencarian
Blog layout yang lebih MELETOP!!!
aHAKK....AHaakkk
Jenggg...
Jeenngg...
Jeeenngg......

Ok tak??? Tak ok pun kira ok laa..

Dah malas nak menggeledah isi maya...

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@