Bulan tamat pengajian secara TIDAK RASMI, even berbaki satu SUBJEK kerana yang penting TESIS SARJANA yang sangat-sangat membahagiakan SELESAI diserahkan mengikut ketetapan tarikh yang sedia ada. Juga telah menamatkan kerjaya sebagai pembantu penyelidik di UMCEDEL setelah 6 bulan berkhidmat dan kembali ke tanah kelahiran tercinta, PULAU MUTIARA. Bertaut kasih kembali dengan bekas anak-anak didik di Sek Ren Islam Al-Islah.
JUN
Alhamdulillah…. Sesuatu yang terjadi sedia ada wujud dalam RAHSIANYA. Bila yang terduga, menduga kita dan bila yang tidak terduga juga menduga kita maka TERSENYUMlah. Baik dan buruk TERIMA dengan redha. Moga RENCANA-NYA anugerah TERINDAH. Meraikan majlis konvokesyen family angkat (Ustaz & Kak Shima di PWTC serta anak-anak) juga cuti-cuti Kuala Lumpur . Menjenguk teratak kasih baru Kak Long & Abg Long.
JULAI
Sibuk…… Sibuk…. Sibuk…. Sibuk…… mengalahkan Pak Mak Menteri. Menerima surat pengesahan dan panggilan telefon untuk melakukan ‘minor correction’ sebelum menjilid dan menyerahkan 3 salinan TESIS SARJANA beserta salinan softcopy (cd) dalam bentuk pdf. kepada pihak fakulti. Temuduga kerja sana-sini. Kursus Jurulatih PLKN di Alor Star. KENDURI kesyukuran serta menyambut kedatangan RAMADHAN. Alhamdulillah… Berlari-lari semula ke perbukitan ilmu bagi menyelesaikan urusan TESIS SARJANA. Jalan sana-sini (KL-SHAH ALAM-MELAKA-KL-BANDAR BHARU-PARIT BUNTAR-NIBONG TEBAL)
OGOS
Submit TESIS SARJANA!!!! Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Gembira yang tersangat kerana diberi kesempatan usia untuk berada dalam MADRASAH RAMADHAN. Sesungguhnya meletakkan beberapa MISI yang perlu dicapai sepanjang bulan MULIA lagi berkat ini. Finally kuar result tesis, even A- sudah cukup bermakna dan mampu membuat diri tersenyum puas, kerahan tenaga yang maksimum menyiapkan tesis SARJANA dalam tempoh 1 sem sangat-sangat berbaloi dan terbayar akhirnya (ambik risiko kerana normally tesis sarjana paling cepat disiapkan dalam tempoh 2 semestar). Dan bilamana diUJI dalam menjalani ibadah puasa. Insyaallah, cuba bertahan menjalani MADRASAH RAMADHAN dengan tinta sabar dan redha.
No comments:
Post a Comment