CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

23 August 2011

Entry BERDARAH buat LELAKI JANTAN!!!

Entry penuh EMOSI. Harap maklum. AMARAN KERAS. Andai rasa tidak cukup JANTAN dan LELAKI tidak perlu membaca entry berDARAH ini!!!


Jap…jappp..jap… cari ayat.



JANGAN menabur janji MANIS penuh gula andai tidak mampu melangsaikannya. Kerana akhirnya ia menjadi duri yang menjadi bisa dari dalam dalam membunuh segala rasa yang bersarang dalam hati secara pelrahan-lahan.



Aku lebih rela menerima KEBENARAN yang menyakitkan daripada mempercayai KEBOHONGAN yang indah kerana KEINDAHAN yang aku dapat daripada KEBOHONGAN itu lebih MENYAKITKAN.



Hati terpanggil untuk menulis PERINGATAN untuk LELAKI-LELAKI DUNGUN lagi KEJAM yang sewenang-wenangnya melambung dan memainkan perasaan WANITA. [Terus rasa nak jawat jawatan MENTERI WANITA, membela nasib wanita-wanita yang dipermainkan lelaki]. Kerana ini bukan cerita pertama yang di dengar dari mulut seorang kawan tetapi telah mendengar dari ramai kawan yang mengalami nasib yang hampir sama cuma situasi berbeza. Aku tahu RASA itu, PERIT.


KES 1

Berkawan sudah lama, dan akhirnya menyulam cinta. Kedua-dua family sudah sering bertemu, selalu juga keluar bersama, menumpang tidur dsbnya. Susah senang bersama dan banyaknya si gadis bersusah payah. Habis sahaja pengajian si lelaki mendapat lamaran kerja sebagai tenaga pengajar di sebuah kolej maka terpisah jauh laa antara kedua-duanya tapi masih berstatus couple antara kedua-duanya. Hubungan berjalan lancar……. Tiada angin tiada rebut, khabar diterima bahawa si lelaki bakal mendirikan rumahtangga. SENTAP!!!!! Hey LELAKI, anda sudah berjanji untuk berhubungan serius sehingga mendirikan rumahtangga tetiba anda bertunang secara senyap dan akhirnya bakal berkahwin. SILA SEDAR bahawa si gadis itu juga punya PERASAAN. Apa hak andai wahai LELAKI DAYUS untuk menidakkan bahawa si gadis itu perlukan penjelasan. Kenapa memperlakukan si gadis seperti itu?? Yang PASTI, aku BENCI lelaki seperti engkau!!!


KES 2

Si muslimah sangat menjaga hati, tidak diberikan secara sebarangan apatah lagi kepada lelaki yang bukan MAHRAM. Si akhi berhajat BESAR untuk berta’aruf dan memperpanjangkan ke urusan walimah. Alhamdulillah, si muslimat menyambut baik dan ta’aruf berlangsung dalam batas-batasnya. Maka si muslimat tidak lagi membuka hati pada mana rijal kerana cuba yakini bahawa jodohnya adalah si akhi. Urusan untuk pertemuan antara kedua-duanya juga pernah diatur tapi tidak kesampaian. Lama juga diam si akhi sehingga si muslimat menjadi resah memikirkan kesudahan atas HARAPAN yang telah dibina oleh si akhi. Akhirnya si akhi menjelaskan bahawa tiada persetujuan dari pihak keluarganya, keluarga berhajat pada gadis yang senegeri, tidak mahu yang jauh. Dan si muslimat sabar dengan menganggap tiada jodoh antara kedua-duanya. Kedebombombom……. Seperti gempa bumi, menerima jemputan WALIMAH dari si akhi. Dan lebih menYAKITkan bilamana bakal zaujah si akhi tidaklah senegeri tapi nun jauh menyeberang semenanjung Malaysia. Jadi apa PENJELASAN sebenar??? PENIPU!!! PENIPU!!! PENIPU!!! Sila berlaku jujur, jika sudah tidak berkeinginan untuk meneruskan HAJAT sebelum ini sila maklumkan, tidak perlu menutup kebenaran dengan CERITERA yang sedap-sedap tapi ia lebih MELUKAKAN.


KES 3

Perkenalan di IPTA membibit rasa kasih antara kedua-duanya . Hampir 5 tahun berjanji setia dari awal pengajian hingga tamat 2 tahun pengajian, telah bertemu kedua-dua pihak keluarga, saling restu dan mengikat persetujuan. Si ustaz serba boleh, segalanya pandai (menjahit, memasak dll) dan pastinya untung si ustaz. Tamat pengajian dan kedua-duanya telah bekerja dan menanti masa untuk melangsungkan walimah yang telah lama didambakan. Dan tetiba……… hampir sahaja gugur JANTUNG bila mana baru sahaja mengetahui bahawa si ustaz telah berkahwin dan telah juga berpisah dengan pasangannya. Dua tahun DITIPU hidup-hidup. Dan ketikanya si ustaz bertandang ke rumah si ustazah, si ustaz rupanya sudah berstatus suami orang. Sehingga menitis air mata seluruh ahli keluarga si ustazah. Bayangkan..... Sangat-sangat MENYAYAT HATI. Maka sia-sia untuk masa-masa yang dibazirkan, perasaan yang juga dibazirkan dan segala-galanya. Apa ERTI semua nihh??? PUAS menJAHANAMkan rasa hati seorang WANITA yang begitu halus??


Kes-kes ini bukan rekaan tapi benar-benar berlaku. Dan semuanya menjadi MANGSA pada sebuah JANJI dan HARAPAN, dalam hubungan yang lancar tanpa masalah atau perselisihan pendapat semuanya LEBUR tidak semena-menanya. Bukan menidakkan hakikat TAKDIR tapi paling kurang berterus-terang dan beri penjelasan. BANYAK lagi KES yang ku simpan yang membuat aku menyimpan BENCI pada LELAKI JANTAN jenis ini!!!! Tidak baik membenci orang tapi apa yang kamu lakukan itu LEBIH lagi tidak BAIK. KEJAM & JAHAT!!



Kenapa MEMUSNAHKAN kehidupan seorang wanita dengan JANJI yang tak tertunai. Jika dari awai tidak KUAT untuk merealisasikan sesuatu, sila JANGAN pernah membuat JANJI dan memberi HARAPAN!!! Kenapa IKAT si wanita dengan janji PALSU, biar si gadis menanti dan siakan muslimah yang sabar sehingga tidak menerima lamaran lain. BAZIRkan MASA-MASA wanita untuk sebuah JANJI dan HARAPAN yang akhirnya dikhianati sendiri oleh si PEMBUAT JANJI. Itu namanya LELAKI KEJAM yang sememangnya aku BENCI!!


Sekalipun TIADA JODOH pasti si wanita waras untuk menerima bahawa semua ini suratan TAKDIR yang telah tercatat di LUH MAHUZ tapi sila JANGAN BERDIAM tanpa langsung memberi sebarang PENJELASAN. Sekurang-kurangnya JADILAH LELAKI bukan jantan yang tahu bertanggungjawab atas apa yang telah dimulakan sebelum ini. Mungkin SI LELAKI JANTAN puas membina kebahagiaan atas air mata dan penderiaan orang lain. TAHNIAH!!!!


No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@