CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

24 August 2011

?? HIM & HER ??



"Jika PERKAHWINAN itu merupakan wasilah untuk kita lebih dekat padaNya, kita harus kahwin. Jika PERKAHWINAN itu merupakan wasilah untuk kita terus istiqamah dalam perjuangan Islam, kita harus kahwin. Jika dengan PERKAHWINAN itu juga, kita dapat menjaga level iman kita yang sekarang daripada jatuh, kita harus kahwin. Namun, kahwin bukanlah semudah yang dijangka, tapi, berusahalah semampu dan letaklah keyakinan hanya padaNya".




23 August 2011

CUKUP sebulan

SENYUM lebar dulu



(^_^)


Senyum bukan sahaja MANIS tapi dapat PAHALA free jugak. Jadi ayuh SENYUM bersama saya.


ALHAMDULILLAH untuk tempoh sebulan yang berlalu ini.


{gambar lapuk hampir 2 tahun yang lalu.... ujung 2009 Kak Long KAWEN}


~Insyaallah, saya INGAT titipan ini~



Ingatlah ALLAH dalam HATImu,

Nescaya tiada DUKA untukmu,

Ingatlah ALLAH dalam HATImu,

Nescaya MUSIBAH dunia tiada buatmu,

Kelmarin ALLAH membantumu,

PERCAYAlah, hari ini dan selamanya ALLAH TETAP membantumu.


INSYAALLAH.....

PREVIOUS.......


Tiga budak BERTUAH [ABANG amir, BABY zakir dan ADIK udin] yang saya RINDU dan itu cinta KASIH sayang [luv u ayah]



Entry BERDARAH buat LELAKI JANTAN!!!

Entry penuh EMOSI. Harap maklum. AMARAN KERAS. Andai rasa tidak cukup JANTAN dan LELAKI tidak perlu membaca entry berDARAH ini!!!


Jap…jappp..jap… cari ayat.



JANGAN menabur janji MANIS penuh gula andai tidak mampu melangsaikannya. Kerana akhirnya ia menjadi duri yang menjadi bisa dari dalam dalam membunuh segala rasa yang bersarang dalam hati secara pelrahan-lahan.



Aku lebih rela menerima KEBENARAN yang menyakitkan daripada mempercayai KEBOHONGAN yang indah kerana KEINDAHAN yang aku dapat daripada KEBOHONGAN itu lebih MENYAKITKAN.



Hati terpanggil untuk menulis PERINGATAN untuk LELAKI-LELAKI DUNGUN lagi KEJAM yang sewenang-wenangnya melambung dan memainkan perasaan WANITA. [Terus rasa nak jawat jawatan MENTERI WANITA, membela nasib wanita-wanita yang dipermainkan lelaki]. Kerana ini bukan cerita pertama yang di dengar dari mulut seorang kawan tetapi telah mendengar dari ramai kawan yang mengalami nasib yang hampir sama cuma situasi berbeza. Aku tahu RASA itu, PERIT.


KES 1

Berkawan sudah lama, dan akhirnya menyulam cinta. Kedua-dua family sudah sering bertemu, selalu juga keluar bersama, menumpang tidur dsbnya. Susah senang bersama dan banyaknya si gadis bersusah payah. Habis sahaja pengajian si lelaki mendapat lamaran kerja sebagai tenaga pengajar di sebuah kolej maka terpisah jauh laa antara kedua-duanya tapi masih berstatus couple antara kedua-duanya. Hubungan berjalan lancar……. Tiada angin tiada rebut, khabar diterima bahawa si lelaki bakal mendirikan rumahtangga. SENTAP!!!!! Hey LELAKI, anda sudah berjanji untuk berhubungan serius sehingga mendirikan rumahtangga tetiba anda bertunang secara senyap dan akhirnya bakal berkahwin. SILA SEDAR bahawa si gadis itu juga punya PERASAAN. Apa hak andai wahai LELAKI DAYUS untuk menidakkan bahawa si gadis itu perlukan penjelasan. Kenapa memperlakukan si gadis seperti itu?? Yang PASTI, aku BENCI lelaki seperti engkau!!!


KES 2

Si muslimah sangat menjaga hati, tidak diberikan secara sebarangan apatah lagi kepada lelaki yang bukan MAHRAM. Si akhi berhajat BESAR untuk berta’aruf dan memperpanjangkan ke urusan walimah. Alhamdulillah, si muslimat menyambut baik dan ta’aruf berlangsung dalam batas-batasnya. Maka si muslimat tidak lagi membuka hati pada mana rijal kerana cuba yakini bahawa jodohnya adalah si akhi. Urusan untuk pertemuan antara kedua-duanya juga pernah diatur tapi tidak kesampaian. Lama juga diam si akhi sehingga si muslimat menjadi resah memikirkan kesudahan atas HARAPAN yang telah dibina oleh si akhi. Akhirnya si akhi menjelaskan bahawa tiada persetujuan dari pihak keluarganya, keluarga berhajat pada gadis yang senegeri, tidak mahu yang jauh. Dan si muslimat sabar dengan menganggap tiada jodoh antara kedua-duanya. Kedebombombom……. Seperti gempa bumi, menerima jemputan WALIMAH dari si akhi. Dan lebih menYAKITkan bilamana bakal zaujah si akhi tidaklah senegeri tapi nun jauh menyeberang semenanjung Malaysia. Jadi apa PENJELASAN sebenar??? PENIPU!!! PENIPU!!! PENIPU!!! Sila berlaku jujur, jika sudah tidak berkeinginan untuk meneruskan HAJAT sebelum ini sila maklumkan, tidak perlu menutup kebenaran dengan CERITERA yang sedap-sedap tapi ia lebih MELUKAKAN.


KES 3

Perkenalan di IPTA membibit rasa kasih antara kedua-duanya . Hampir 5 tahun berjanji setia dari awal pengajian hingga tamat 2 tahun pengajian, telah bertemu kedua-dua pihak keluarga, saling restu dan mengikat persetujuan. Si ustaz serba boleh, segalanya pandai (menjahit, memasak dll) dan pastinya untung si ustaz. Tamat pengajian dan kedua-duanya telah bekerja dan menanti masa untuk melangsungkan walimah yang telah lama didambakan. Dan tetiba……… hampir sahaja gugur JANTUNG bila mana baru sahaja mengetahui bahawa si ustaz telah berkahwin dan telah juga berpisah dengan pasangannya. Dua tahun DITIPU hidup-hidup. Dan ketikanya si ustaz bertandang ke rumah si ustazah, si ustaz rupanya sudah berstatus suami orang. Sehingga menitis air mata seluruh ahli keluarga si ustazah. Bayangkan..... Sangat-sangat MENYAYAT HATI. Maka sia-sia untuk masa-masa yang dibazirkan, perasaan yang juga dibazirkan dan segala-galanya. Apa ERTI semua nihh??? PUAS menJAHANAMkan rasa hati seorang WANITA yang begitu halus??


Kes-kes ini bukan rekaan tapi benar-benar berlaku. Dan semuanya menjadi MANGSA pada sebuah JANJI dan HARAPAN, dalam hubungan yang lancar tanpa masalah atau perselisihan pendapat semuanya LEBUR tidak semena-menanya. Bukan menidakkan hakikat TAKDIR tapi paling kurang berterus-terang dan beri penjelasan. BANYAK lagi KES yang ku simpan yang membuat aku menyimpan BENCI pada LELAKI JANTAN jenis ini!!!! Tidak baik membenci orang tapi apa yang kamu lakukan itu LEBIH lagi tidak BAIK. KEJAM & JAHAT!!



Kenapa MEMUSNAHKAN kehidupan seorang wanita dengan JANJI yang tak tertunai. Jika dari awai tidak KUAT untuk merealisasikan sesuatu, sila JANGAN pernah membuat JANJI dan memberi HARAPAN!!! Kenapa IKAT si wanita dengan janji PALSU, biar si gadis menanti dan siakan muslimah yang sabar sehingga tidak menerima lamaran lain. BAZIRkan MASA-MASA wanita untuk sebuah JANJI dan HARAPAN yang akhirnya dikhianati sendiri oleh si PEMBUAT JANJI. Itu namanya LELAKI KEJAM yang sememangnya aku BENCI!!


Sekalipun TIADA JODOH pasti si wanita waras untuk menerima bahawa semua ini suratan TAKDIR yang telah tercatat di LUH MAHUZ tapi sila JANGAN BERDIAM tanpa langsung memberi sebarang PENJELASAN. Sekurang-kurangnya JADILAH LELAKI bukan jantan yang tahu bertanggungjawab atas apa yang telah dimulakan sebelum ini. Mungkin SI LELAKI JANTAN puas membina kebahagiaan atas air mata dan penderiaan orang lain. TAHNIAH!!!!


Surprise! Surprise!

How To Surprise Your Loved One



Buying gifts for your loved one is an almost sure-hit romantic trick to make him/her fall to their knees. Similarly, launching a surprise move or act on your partner will give them immense pleasure as well. Like throwing an unexpected birthday party with a theme of his fantasy or hobby would surely go way down in his memory.

However, after a period of sneaking around preparing for this big moment, you might get a rude ‘surprise’ from your partner when you see the look of shock on their face when you shout “Surprise! Surprise!” You know well enough that that look wasn’t one of excitement.

Before you begin to feel depressed that you have failed as a boyfriend/girlfriend/husband/wife terribly, take heart to know that you are, usually, not alone.

So how to surprise your loved one correctly so that they will receive it in exactly the intended form you planned for them – a sweet, nice, pleasant surprise?


The key is this – knowing them well.


Yes, you have to know your partner extremely well in order to make the right guess what they are wishing for in their hearts. How to know them really well? Use these 3 tips:

1. Listen – they may have casually mentioned about that wish, that unfulfilled dream or simply that iPhone they have eyed so long and is aching to have one. Or, they may be telling friends about how excited they’ll be if they can celebrate their wedding anniversary at Christmas Island. Get it?

2. Observe – pay close attention to your partner. Does his eyes light up when you mention F1? Does she clutch your hand tightly when she passes by the Korean popstar Rain?

3. Ask – when in doubt, always ask. Of course, you can practise lots of tact when asking so you won’t let the cat out of the bag. But at least you are sure that you are on the right track.


Remember, pay attention to all the details, even down to the favourite colour for that particular item of your surprise. For example, she may love burning red roses but abhor blazing red pants. He may relish blue walls and shirts but squirm at blue suede shoes.

Lastly, if your surprise didn’t turn out to be the real deal, take that as feedback and make it a better one next time! As for you, if your partner meant to give you a surprise but somewhere alone the line messed it up a little, remind yourself that it’s the action, the love and the effort that truly counts.

I know, it can be a tad disappointing to see that you are not getting a white instead of blue because it is a telling sign on how much your partner actually knows you. Yes guys, ladies do use this as a way to gauge how much your love for them is, because by a woman’s standard, if you love her very much, you will know her very well.

But to all of you disappointed recipients of surprises, please, brush this aside and tell your partners sweetly that you appreciate their efforts. You do, don’t you? So focus on the thanks, and the rest will take care of itself.



14 August 2011

UPDATE status

Musim cuti juga merangkap MUSIM MENYULAM KASIH
Bahasa mudahnya BERKAHWIN

Tadi sesaja FB walking...
Terpandang gambar perkahwinan kawan-kawan
Alhamdulillah..... cepat jodoh mereka
Moga BAHAGIA mengiringi bahtera rumahtangga yang dibina

So... sesaja nak REFRESH
Kengkawan zaman persekolah menengah (S.M.A.I)
Yang telah menamatkan zaman bujang mereka

Jomm..
Jomm..
Jommmm tengok...


1) FARHANA & pasangannya

2) JANNAH dan pasangannya (sowi gambar kawen tadak)

3) Nu'on dan pasangannya

4) SHAHIDAH dan pasangannya

5) NAIM dan pasangannya

6) IZZAHTUL dan pasangannya

7) IZAR dan pasangannya

8) FIZA dan pasangannya

9) AFIQ dan pasangannya


Nampaknya seperti WANITA mendahului... hihihi
Tape...tape.... LELAKI kerja kumpul DUIT
Insyaallah... akan ada yang bakal menyusul tak lama lagi
Antaranya HUDA, NASYRUL dan KHAIRUL ANWAR



*** ini yang masih berada dalam pengetahuan laaa, yang lost contact tuhh memang tak dapat nak update STATUS.

Semester 1 2011/2012

Jadual untuk semester 1 2011/2011 akhirnya MUNCUL juga
Berbaki 4-5 bulan lagi untuk menamatkan pendakian ilmu
dalam
SARJANA PENTADBIRAN AWAM (M.P.A)




Uittt... awalnya nak kena masuk blajo
Tak bersedia rasa.... honeymoon tak abes aggg
Harusnya PONTENG minggu pertama tue
RAYA puas-puas dulu di kampung halaman
Sebelum menepukan otak kepala dengan ILMU


12hb September 2011 baru semangat
After 2 week beraya sakan.... hihihihi
Nasib laaa 1 paper jea semester ini
Jadi sangat COOL untuk bersantai


Opppss...... santai laa sangat
Nak kena cari keja!!!! D.U.I.T untuk MASA DEPAN
Part tyme ke full tyme ke tak kisah laa...
Janji tak ganggu masa kuliah

Isnin : 6 petang - 9 malam

Moga dipermudahkan segala urusan. Amin Ya Rabbal amin.


*** Ada plan A dan wajib ada plan B (back up plan)

12 August 2011

Angan tak SEDAR miliki TUDUNG SYAWAL

Tudung SYAWAL..
Tudung RAYA
Plzz....


Nak... nak yang macam ini.


Sangat macthing dengan SALAH SATU baju raya Cik NKS
Suwitt sangat-sangat...


Tapi kan....
Bila tengok harga yang RATUSAN ringgit
Terus terbantut keinginan...
Chantek tapi harga pulak terlebih CHANTEK
Maka MATI laa hasrat...
uhuk...uhukkk...uhukk..



MOOD: KECEWA + SEDIH

09 August 2011

Dompet yang tercicir atau menghilang bawa RAJUK??


Seumur hidup ini pertama kalinya kehilangan dompet. Perasaan begitu tertekan, marah, kesal, bingung…………. Turut lenyap bersama dompet itu:


1. Kad Pengenalan

2.Lesen kenderaan (kereta dan motor)

3. Kad matrik (UKM dan UM)

4. Kad Alumni UKM

5. Kad Bank (BSN, Bank Islam, Maybank)

6. Duit ringgit

7. Gambar…..


Bersabar dan terus bersabar……


Sinopsis MEI ke OGOS, pelbagai kisah dan cerita.


MEI

Bulan tamat pengajian secara TIDAK RASMI, even berbaki satu SUBJEK kerana yang penting TESIS SARJANA yang sangat-sangat membahagiakan SELESAI diserahkan mengikut ketetapan tarikh yang sedia ada. Juga telah menamatkan kerjaya sebagai pembantu penyelidik di UMCEDEL setelah 6 bulan berkhidmat dan kembali ke tanah kelahiran tercinta, PULAU MUTIARA. Bertaut kasih kembali dengan bekas anak-anak didik di Sek Ren Islam Al-Islah.


JUN

Alhamdulillah…. Sesuatu yang terjadi sedia ada wujud dalam RAHSIANYA. Bila yang terduga, menduga kita dan bila yang tidak terduga juga menduga kita maka TERSENYUMlah. Baik dan buruk TERIMA dengan redha. Moga RENCANA-NYA anugerah TERINDAH. Meraikan majlis konvokesyen family angkat (Ustaz & Kak Shima di PWTC serta anak-anak) juga cuti-cuti Kuala Lumpur . Menjenguk teratak kasih baru Kak Long & Abg Long.


JULAI

Sibuk…… Sibuk…. Sibuk…. Sibuk…… mengalahkan Pak Mak Menteri. Menerima surat pengesahan dan panggilan telefon untuk melakukan ‘minor correction’ sebelum menjilid dan menyerahkan 3 salinan TESIS SARJANA beserta salinan softcopy (cd) dalam bentuk pdf. kepada pihak fakulti. Temuduga kerja sana-sini. Kursus Jurulatih PLKN di Alor Star. KENDURI kesyukuran serta menyambut kedatangan RAMADHAN. Alhamdulillah… Berlari-lari semula ke perbukitan ilmu bagi menyelesaikan urusan TESIS SARJANA. Jalan sana-sini (KL-SHAH ALAM-MELAKA-KL-BANDAR BHARU-PARIT BUNTAR-NIBONG TEBAL)


OGOS

Submit TESIS SARJANA!!!! Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Gembira yang tersangat kerana diberi kesempatan usia untuk berada dalam MADRASAH RAMADHAN. Sesungguhnya meletakkan beberapa MISI yang perlu dicapai sepanjang bulan MULIA lagi berkat ini. Finally kuar result tesis, even A- sudah cukup bermakna dan mampu membuat diri tersenyum puas, kerahan tenaga yang maksimum menyiapkan tesis SARJANA dalam tempoh 1 sem sangat-sangat berbaloi dan terbayar akhirnya (ambik risiko kerana normally tesis sarjana paling cepat disiapkan dalam tempoh 2 semestar). Dan bilamana diUJI dalam menjalani ibadah puasa. Insyaallah, cuba bertahan menjalani MADRASAH RAMADHAN dengan tinta sabar dan redha.


Ujian RAMADHAN...


1 Ramadhan : Cirit-birit

2 Ramadhan : Sakit kepala

3 Ramadhan : Jaga/urus atok di Hospital (berbuka dan bersahur di wad)

4 Ramadhan : Mata panda + muka pucat

5 Ramadhan : Jaga atok di Hospital (berbuka di wad)

6 Ramadhan : Juga jaga atok di Hospital (berbuka di wad)

7 Ramadhan : Masih jaga dan urus atok di Hospital (berbuka dan bersahur di wad)

8 Ramadhan : Tetap menjaga mengurus atok di Hospital (berbuka dan bersahur di wad)

9 Ramadhan : Akan terus menjaga serta mengurus atok (sepertinya akan berbuka jga bersahur di wad)

10 Ramadhan : Lelah dan letih……..



Belajar MENERIMA, Siangku menjadi MALAM, Malamku menjadi SIANG.



*Alhamdulillah, masih diberi kekuatan dan kesempatan meNIKMATI Ramadhan bulan penuh keberkatan. Seminggu berpuasa dengan limpahan 'hikmah'. Bersyukur atas tiap sesuatu yang telah ENGKAU tentukan atas hambaMU. \^_^/ Ya Allah, aku mohon padaMU, berikanlah kesembuhan kepada atokku. Moga umurnya panjang untuk kami terus berbakti.


S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@