CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

14 April 2011

TINTA KASIH: KHILAF DALAM PERTUNANGAN

Rasanya rata-rata pasangan yang sedang di dalam tempoh pertunangan akan menghadapi masalah MENGAWAL BATAS-BATAS PERHUBUNGAN di antara pasangan. Kalau sebelum bertunang segala-galanya jelas; tidak boleh dating, tidak boleh berbalas sms, tidak boleh tegur menegur ikut suka dan sebagainya, tetapi di dalam tempoh pertunangan ianya akan menjadi sedikit kelabu. Mungkin sebab itulah agaknya sebahagian ibu bapa lebih suka menangguhkan majlis pertunangan dan melewatkannya sehingga hampir-hampir hari pernikahan. Ibu bapa tidak yakin agaknya anak-anaknya yang wara’ ini boleh mengawal perasaan dan jiwa mudanya ketika tempoh bertunang. Sebelum ini saya lebih suka jika mana-mana pasangan yang telah nekad untuk hidup bersama melangsungkan pertunangan rasmi agar setiap pasangan merasai sedikit komitmen dan menyediakan diri untuk perkahwinan itu. Tetapi setelah melihat beberapa kes yang berlaku kepada beberapa pemuda-pemudi wara’, rasa seperti saya terpaksa menyokong pula pandangan kebanyakan ibu bapa.




Pertunangan dalam erti kata mudahnya adalah satu PROSES MENANDA bahawa diri ini sudah berpunya. Sebab itu lepas seseorang bertunang, dia akan pakai satu cincin yang di dalam masyarakat kita dikenali sebagai cincin tanda. Kalau orang Arab, mereka akan memakai cincin tersebut di jari tertentu untuk menunjukkan bahawa dia sudah bertunang. Kalau sudah berkahwin, cincin dipakai di jari lain. Dalam erti kata mudah kita kata pertunangan ini hanyalah satu PROSES ‘CUP’ sahaja.


Ada atau tidak apa-apa komitmen semasa tempoh pertunangan? Jawapannya ada tetapi amat sedikit. Lelaki tidak wajib memberikan nafkah. Wanita pula tidak wajib taat dan minta izin ke mana-mana dari tunangnya. Lelaki tidak wajib menyediakan rumah dan wanita pula tidak wajib mengemas rumah tersebut untuk tunangnya. Jika putus tunang, tidak ada eddah dan tidak juga perlu untuk pulangkan kembali hadiah-hadiah pertunangan kecuali mahar untuk perkahwinan yang kadang-kadang diberikan awal. Komitmen yang perlu diberikan adalah wanita perlu setia dan tidak menerima pinangan orang lain kecuali setelah pertunangan itu diputuskan secara rasmi. Lelaki mungkin boleh meminang orang lain sebab syarak benarkan dia untuk berkahwin empat, tapi macam gelojoh sangat pula jika si lelaki meminang lebih dari seorang wanita semasa masih bujang.




Ini semua kerana PERTUNANGAN BUKAN PERKAHWINAN. Bezanya amat jauh. Kebenaran yang diberikan oleh syarak kepada orang yang bertunang tidak sama dengan kebenaran kepada orang yang sudah berkahwin. Permilikan mutlak masih lagi belum berlaku. Maka batas-batasnya sama seperti orang-orang bujang yang lain. Si wanita pada tunangnya adalah orang asing. Kalau si wanita jumpa ayah lelaki tersebut dalam tempoh pertunangan masih lagi belum boleh mencium tangan ayahnya sebab ayah lelaki itu pun masih lagi orang asing. Nak panggil ayah mungkin boleh tapi tak payahlah kot, macam mengada-ngada rasanya. Tidak ada ikatan lagi. Bahkan sebenarnya ayah lelaki tersebut boleh berkahwin dengan tunang anaknya itu kalau putus tunang.


Oleh itu kena
KUATKAN IMAN sepanjang tempoh pertunangan. Nak bercakap-cakap boleh kalau ada sebabnya dan dengan adab-adabnya. Ada orang tengah seperti ada ahli keluarganya sekali. Begitu juga berutus sms atau email. Dating tidak sama sekali. Keluar makan sama-sama juga tidak sama sekali.


Saya pernah melihat satu kes di depan mata saya sendiri di mana seorang lelaki bertunang dengan seorang wanita. Dia menziarahi keluarga wanita tersebut bersama keluarganya. Sampai situ ok lagi. Tiba-tiba lelaki tadi memanggil wanita, tunangnya itu dan meminta tuangkan air. Ya salaammm. Tak bolehlah macam tu. Dalam satu kes yang lain pula lebih berat dari itu, si wanita memanggil tunangnya dengan kuat di hadapan semua ahli keluarga ‘ABANG’. Belum jadi ‘abang’ lagi saudari! SABARLAH SIKIT. Jangan tunjuk sangat depan orang. Semua orang tahu awak tu tengah seronok. Saya juga selalu mendengar pasangan tunangan ini memanggil gelaran yang afdhal dipanggil selepas aqad; “abang, sayang, abi, ayang, papa, mama, honey dan lain-lain lagi”



Tidak dinafikan SUKARNYA MENJAGA HATI dalam tempoh-tempoh pertunangan. Mungkin bagi yang tiada fikrah ISLAM akan melihat ujian tempoh pertunangan dalam bentuk penerimaan keluarga, pergaduhan, masam muka dll. Namun bagi yang mempunya fikrah islam… ujian terbesar adalah menjaga HATI. Sebelum ini kuat menjaga hati, teguh membataskan pergaulan, simpan kasih hanya untuk yang sah bergelar suami namun bilaman terkena tiupan angin syahdu pertunangan, menjadi lemah longlai. Dan berlakulah SINDROM-SINDROM PERCINTAAN TIDAK HALAL seperti pasangan-pasangan biasa. Ya.. pastinya kita akan sentiasa diuji apatah yang ilmu dan agamanya tinggi. Dihantar kolonel general tentera iblis untuk ‘membunga-bungakan’ hati… ..

Mudah-mudahan kita cepat tersedar dari permainan iblis untuk menyesatkan manusia… Untuk memperlakukan perbuatan yang haram menjadi halal atas TIKET PERTUNANGAN. Pertunangan bukan segalanya!!! Insyaallaah, bilamana kita tersentak dan tersedar dari lamunan cinta dan mainan perasaan berbunga itu cepat-cepat kita muhasabah diri, mohon keampunan dan ketetapan hati dariNYA. Mohon supaya dia pelihara hati kita akan teguh dijalanNYA dan terhidar jauh dari maksiat dan zina HATI. Kerana DIA MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG.




Kesimpulannya
JAGALAH BATAS-BATAS DENGAN TUNANG SAMA SEPERTI KITA MENJAGA BATAS DENGAN ORANG LAIN. Ada sedikit tarikan untuk kita mengexpesskan perasaan kita kepada tunang, kawallah perasaan itu. Nanti lepas akad, ungkapkanlah ‘kaulah ratu hatiku’ dan sebagainya.

Bersabarlah sedikit demi sebuah perkahwinan yang Islamik.

2 comments:

Che Cha said...

sangat nice! suka!

.::AdNiSya3108::. said...

~bersama kita berdoa agar DIA jaga hati kita.

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@