MALAYSA JULANG PIALA AFF SUZUKI CUP 2010
HARIMAU MALAYSIA KEMBALI MENJADI RAJA RIMBA
MALAYSA JULANG PIALA AFF SUZUKI CUP 2010
HARIMAU MALAYSIA KEMBALI MENJADI RAJA RIMBA
Alhamdulillah, wisel penamat telah menamatkan debaran dada ini yang sejak dari awalnya berdegup kencang akibat aksi-aksi yang mencemaskan di mana MALAYSIA terusan menerima asakan bertubi-tubi daripada Indonesia. Namun, ternyata bahawa MALAYSIA masih jaga, terus mengaum garangnya menewaskan Indon dengan agregat 4-2. TAHNIAH buat HARIMAU MUDA MALAYSIA. Indon sila diam-diam, usah propa macam-macam. Menang kalah adat permainan ok. ^_^
Setelah hampir 14 tahun HARIMAU MALAYSIA dibelenggu dengan rantai sementara GARUDA INDONESIA lepas bebas terbang di udara maka hari bersejarah tanggal 29 December 2010 menjadi ingatan buat semua bahawa HARIMAU MALAYSIA telah lepas bebas dari rantaian, terputus sudah dan HARIMAU MALAYSIA kembali mengaum menjadi RAJA di rimba. HARIMAU MALAYSIA bukan saja kembali mengaum tapi kini terus membaham dengan rakusnya. HARIMAU MUDA MALAYSIA memang mantap!!!
Salute dengan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat kerana menjadi super dupper penyelamat kepada HARIMAU MALAYSIA dengan tangkapan pantas, tandukan, tumbukan menghalang Indon membolos pintu gol HARIMAU MALAYSIA. Dan paling mengujakan saat, beliau berjaya menepis penalti yang begitu hampir di pintu gol.
Safee Sali juga penjaring gol yang masih jaga, berjaya membolos pintu gol mendahului Indon dan ini memberi tekanan kepada mereka.Sepakan yang tidak disangka membuahkan gol pertama buat HARIMAU MALAYSIA di stadium tersebut.
Menjulang PIALA KEJUARAAN suatu saat yang sangat dinanti-nantikan bukan sahaja oleh player namun juga oleh seluruh rakyat MALAYSIA. HARIMAUY MUDA MALAYSIA terbaek!!! Luv Khairul Fahmi, Luv Safee Sali Luv all the player, Luv Malaysia, Luv all of u.
p/s: yang lebih teruja bilamana seluruh MALAYSIA diisytiharkan CUTI UMUM pada hari Jumaat. Memang the best arr.. hihihihi.
No comments:
Post a Comment