CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

31 December 2010

PROGRAM HIMPUNAN 1000 JIWA 1 HATI

Ayuh bersama sertai PROGRAM HIMPUNAN 1000 JIWA 1 HATI anjuran JIM, JAWI, Raudhatus Sakinah dan Masjid Negara bermula jam 3.30 petang hari Jumaat 31 Disember 2010 hingga pagi 01 Januari 2011. Pastikan SAMBUTAN TAHUN BARU terisi dengan aktiviti bermanfaat dan menyumbang kepada agama. Antara pengisiannya, program Talk Show, ABJZ Show, Qiamullail Perdana dan Persatuan Ulama Malaysia Wilayah Persekutuan (PUMWP) melalui unit LANDAS akan mengadakan Outreach Dakwah mendekati remaja dengan penuh kasih sayang, berhemah dengan penuh hikmah di sekitar Dataran Merdeka dan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur menjelang jam 12.00 tengah malam. Aktivis Dakwah yang berminat sila berkumpul di Masjid Negara pada jam 11.00 malam pada 31 Disember 2010.




Tentatif Aturcara PROGRAM HIMPUNAN 1000 JIWA 1 HATI:


31 Disember 2010 (Jumaat)

Masa

Aktiviti

Tempat

3.30 – 5.30 ptg

Kehadiran peserta Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati

Masjid Negara

5.30 – 5.40 ptg

Ucapan alu-aluan pengerusi majlis

Auditorium JAWI

5.40 – 6.10 ptg

6.10 – 6.20 ptg

Ucapan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Induk Raudhatus Sakinah

- YBhg. Prof. Madya Dr. Harlina Halizah binti Hj Siraj

Ucap Utama dan Perasmian oleh Pengarah JAWI

- YBhg. Dato’ Hj Che Mat bin Che Ali

Auditorium JAWI

6.20 – 6.30 ptg

Gimik Perasmian

Auditorium JAWI

6.30 – 7.05 mlm

Sidang media dan Makan malam

Auditorium JAWI

7.05 – 7.45 mlm

Solat Maghrib Berjamaah

Masjid Negara

7.45 – 8.45 mlm

Bicara Orang Muda (Talk Show) oleh Pemimpin Pelajar

Masjid Negara

8.45 – 9.10 mlm

Solat Isyak Berjamaah

Masjid Negara

9.10 – 10.40 mlm

ABJZ SHOW: `Remaja, Tahun Baru & Azam Baru’

- Multimedia ABJZ disebalik tabir (7 minit)

- Persembahan oleh Aishah dan kumpulan nasyid, Saff One

Auditorium JAWI

10.40 – 11.00 mlm

Bacaan Ikrar Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ)

Auditorium JAWI

11.00 – 12.00 mlm

Aktiviti Dalam Kumpulan

Auditorium JAWI


1 Januari 2011 (Sabtu)

Masa

Aktiviti

Tempat

12.00 – 4.00 pg

Tidur/Rehat

Masjid Negara

4.00 – 4.30 pg

Siap diri

Masjid Negara

3.30 – 5.30 pg

Qiyamulail Perdana

Masjid Negara

5.30 – 6.15 pg

Solat Subuh Berjamaah

Masjid Negara

6.15 – 7.15 pg

Tazkirah `Hari Baru, Pagi Tahun Baru’

Penyampai: Ustaz Zulkefli bin Ahmad

Masjid Negara

7.15 – 8.20 pg

Sarapan pagi & Siap diri untuk Majlis Penutup

Auditorium JAWI

8.20 – 9.00 pg

Ucapan Majlis Penutup

- Ucapan oleh Pengarah Raudhatus Sakinah Pusat

merangkap Master Trainer Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ)

Auditorium JAWI

9.00 pg

Bersurai



29 December 2010

MALAYSA JULANG PIALA AFF SUZUKI CUP 2010


MALAYSA JULANG PIALA AFF SUZUKI CUP 2010

HARIMAU MALAYSIA KEMBALI MENJADI RAJA RIMBA


Alhamdulillah, wisel penamat telah menamatkan debaran dada ini yang sejak dari awalnya berdegup kencang akibat aksi-aksi yang mencemaskan di mana MALAYSIA terusan menerima asakan bertubi-tubi daripada Indonesia. Namun, ternyata bahawa MALAYSIA masih jaga, terus mengaum garangnya menewaskan Indon dengan agregat 4-2. TAHNIAH buat HARIMAU MUDA MALAYSIA. Indon sila diam-diam, usah propa macam-macam. Menang kalah adat permainan ok. ^_^

Setelah hampir 14 tahun HARIMAU MALAYSIA dibelenggu dengan rantai sementara GARUDA INDONESIA lepas bebas terbang di udara maka hari bersejarah tanggal 29 December 2010 menjadi ingatan buat semua bahawa HARIMAU MALAYSIA telah lepas bebas dari rantaian, terputus sudah dan HARIMAU MALAYSIA kembali mengaum menjadi RAJA di rimba. HARIMAU MALAYSIA bukan saja kembali mengaum tapi kini terus membaham dengan rakusnya. HARIMAU MUDA MALAYSIA memang mantap!!!



Salute dengan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat kerana menjadi super dupper penyelamat kepada HARIMAU MALAYSIA dengan tangkapan pantas, tandukan, tumbukan menghalang Indon membolos pintu gol HARIMAU MALAYSIA. Dan paling mengujakan saat, beliau berjaya menepis penalti yang begitu hampir di pintu gol.


Safee Sali juga penjaring gol yang masih jaga, berjaya membolos pintu gol mendahului Indon dan ini memberi tekanan kepada mereka.Sepakan yang tidak disangka membuahkan gol pertama buat HARIMAU MALAYSIA di stadium tersebut.


Dan pastinya tidak dilupakan K.Raja Gopal yang bijak menyusun strategi, beliau berjaya mengasuh dan mendidik HARIMAU MUDA MALAYSIA untuk terus mengaum garang walau bukan di rimba sendiri.



Menjulang PIALA KEJUARAAN suatu saat yang sangat dinanti-nantikan bukan sahaja oleh player namun juga oleh seluruh rakyat MALAYSIA. HARIMAUY MUDA MALAYSIA terbaek!!! Luv Khairul Fahmi, Luv Safee Sali Luv all the player, Luv Malaysia, Luv all of u.


p/s: yang lebih teruja bilamana seluruh MALAYSIA diisytiharkan CUTI UMUM pada hari Jumaat. Memang the best arr.. hihihihi.



Tahzir diri

Buat jiwa-jiwa yang lemah..

Wahai MATA Yang Pernah Melihat Maksiat..

Menangislah Bersungguh-Sungguh Hingga Mengalir Air Mata Taubat..


Bagi TELINGA Yang Pernah Mendengar Perkara Lagha Dan Mengumpat..

Sucikanlah Ia Dengan Selalu Mendengar Alunan Munajat Dan Nasihat..


Wahai JIWA Yang Hitam Dan Berkarat..

Perbanyakkanlah Istighfar Memohon Taubat Agar Hati Sentiasa Lebih Berkilat..


Wahai DIRI Yang Tidak

Ada Arah Tujuan..

Kembalilah Ke Pangkal Jalan..


Sesungguhnya Allah Itu Sentiasa Membuka Pintu Taubat Kepada Hambanya Yang Benar-Benar Ingin Bertaubat..


Biarlah PENAT Hanya Sementara Di Dunia Fana..

Kerana Kemanisannya Nanti Kita Akan Rasa Apabila Allah Memberi Peluang Kepada Kita Untuk REHAT Dengan Tenang Di Negeri Akhirat


27 December 2010

Keputusan Piala Suzuki AFF: Malaysia menang berGAYA dan berMARUAH


Sila palingkan muka segera

Kerana entry ini penuh emosi dan mengada

Malah anda akan rasa meluat menyampah

Ini amaran awal untuk semua

Sebarang kecederaan harap dimaafkan.




Teda sapa kat umah hari ni..

4 housemate lek kampong..

Pastu sowunk tuhh bawu lek dari kampong n tido lam blek

Sowunk lak keja… pssttt, kt stadium k tgk bola.

Then tinggal daku sowunk diri

Sambil bermukabuku sambil menghadap tv

Datang mood BOLA SEPAK

Teruja nak nengok aksi perlawanan Malaysia-Indonesia

Sebab nak cangat Malaysia KALAHkan Indonesia

Coz anti sangat sama INDON yang kuang ajo suka maki hamun Malaysia

Suka suki bakar bendera Malaysia dan seangkatannya


Maka tengok laa daku sowunk diri perlawanan Final Pertama AFF kt TV1

Bila jaringan gol hasil sepakan Safee Sali pada minit ke 60

Maka bergegarlah umah sewa dengan suara daku

Dan bergegar flat dengan sorak tempik warga flat yang nonton beramai-ramai

Pastu minit ke 67, tandukan chantek Asaari Shamsudin memang sempoi habis

Memberi gol kedua pada MALAYSIA terchenta

Dan gol ketiga pada minit 72 hasil sepakan Safee Sali sekali lagi



Dan pasti bahawa MALAYSIA MENANG

Yang pasti sangant bergaya dan bermaruah

Apatah lagi bila dengan musuh utama

Puas atie sesangat..

Hambek ko Indon, belagak dan otai ngat before this..

Meh, kita doakan kejayaan skuad Negara untuk final kedua

Pada Rabu ini diStadium Gelora Bung Karno di Jakarta Rabu




24 December 2010

BORED



Hujung minggu tanpa sebarang aktiviti,

its sound BORED :-(


What to do?

NO idea.


Who want to meet me??

Weird question but who's care. ^_^



Jodoh datang mengejut

Dua minggu yang lalu, berkesempatan bertemu dengan buah hati saya setelah beberapa kali mengatur perjumpaan. Dekat tapi ternyata kengkangan masa dan ketiadaan kenderaan menyukarkan kami untuk kerap berjumpa. Ternyata pertemuaan ini mengangkat tema penting yang mahu dikongsi. Perkara yang berkait rapat dengan jalan hidup yang mungkin bakal dilaluinya. Buah hati berkongsi ‘khabar’ untuk mohon pandangan saya yang lemah ini. Terasa kerdil dalam ‘khabar’ ini. Apatah lagi, saya masih yang tidak punya pengalaman. ~melirik senyum tawa dalam hati

Buah hati saya dengan nada yang sedikit tertekan menyampaikan ‘khabar’ yang seringkali menghantui si gadis semester akhir di IPTA/IPTS. ~ternyata saya tidak sebertuah itu. Tidak lain dan tidak bukan pasti persoalan jodoh. Saya gembira mendengar ‘khabar’ itu sedang buah hati saya runsing memikirkannya. Maka, saya cuba selami kerunsingan buah hati saya ini. Setelah berdiskusi soal ‘jodoh datang mengejut’ maka saya putus begini:

© Tak mencintai [Cinta bisa dipupuk selepas ikatan perkahwinan kerana sememangnya cinta yang halal hanya selepas aqad.]

© Tidak mengenali pasangan dengan lebih dekat [Tempoh pertunangan adalah masa-masa terbaik mencari keserasian, dan inilah sebenarnya cara Islam sebenar bukan pertunangan kerana adat.]

© Jodoh aturan keluarga [Rumahtangga yang terbina perlu keredhaan keluarga, insyaallah usrati mawaddah wa rahmah.]

© Tidak bersedia

© Terasa kekurangan diri

© Masih belum menemui masa depan [Masa depan yang lebih cerah akan terbina melalui perkongsian hidup, beban yangberat menjadi ringan bila ada yang membantu.]

© Rasa tanggungjawab terhadap ahli keluarga yang ramai

Family buah hati saya ini sangat terbuka untuk menerima hakikat jodoh anakanda mereka di awal usia 20an. Dan saya, juga menyokong dan mendorong buah hati saya untuk berfikir secara logik tanpa sekali mengenepikan mujahadah kepadaNYA, solat dan berdoa tanpa henti diberi petunjuk yang benar. Jalankan dua perkara sebelum memutuskan jawapan, pertama Istisyarah yakni berbincang dan kedua adalah istikharah.

“...Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk...”

(Qs. Al Qashash (28): 56)

Jelas kerisauan buah hati saya lebih berlegar pada perkiraan jodoh atas hubungan antara kedua keluarga. Kebimbangan buah hati saya berasaskan rasa lemah dan kekurangan dirinya berbanding si akhi yang khabarnya soleh, ditarbiyyah dan berfikrah. Hakikatnya, tidak kurang juga dengan buah hati saya cuma mungkin rasa yakin diri yang kurang untuk insan lain menerima kekurangan dirinya membuatkan buah hati saya kuat untuk merasakan dirinya tidak layak untuk si akhi. Dibimbangi si akhi hanya menerimanya atas sandaran keluarga dan setelah ijab dan qabul dikhuatiri si akhi tidak dapat menerima dirinya seadanya. Malah takut-takut, dirinya tidak dapat memenuhi sebagaimana yang dijangkakan oleh keluarga akhi atau si akhi sendiri.

Buah hati saya, andai jodoh telah mendekat padamu, terimalah ia apatah kiranya dia adalah soleh.

“Apabila datang (meminang) kepadamu orang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah ia. Jika tidak engkau perbuat (demikian), akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.”

(Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Buah hati saya, dengan perkahwinan kita bisa memantapkan lagi tarbiyyah diri. Kita bisa lebih teguh menjalani liku-liku kehidupan, kita akan makin senang melebarkan dakwah. Kembali selongkar isi kandung Maratib Amal, bagaimana jalan membina Ustaziyatul Alam yang bermula dengan individu muslim, kemudian BAITUL MUSLIM dan .........



Buah hati saya, kiranya telah tiba masanya dirimu dilamar dan telah terbentang luas laluan jodohmu maka segeralah bernikah. Usah ditunggu lagi. Insyaallah, DIA bersamamu. Mudah-mudahan DIA memberi kekuatan untuk buah hati saya. Berpeganglah pada hadis Rasulullah s.a.w:

“...Wanita yang diberkati adalah wanita yang cepat perkahwinannya, murah maharnya dan cepat pula diperolehi anaknya....”

Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.

(Hadis Dha’if riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar)

Buah hati saya, walaupun jodohku belum tiba pada saat ini aku tidak akan bakhil untuk mendoakan kelancaran jodohmu. Pasti yang baik-baik sahaja doa dan harapanku untukmu. Walaupun aku pasti bahawa, pabila kau melangkah memasuki gerbang BAITUL MUSLIM, kita pasti berbeda, dunia kita takkan sama lagi namun aku sekali tidak akan kesal untuk semua bakal berlaku itu kerana kebahagian kau adalah kebahagiaan aku. Andai benar jodoh buah hati saya dengan si akhi tersebut, maka panjatan doa moga dia bisa menyayangi buah hati saya kerana Allah, membimbing buah hati saya untuk lebih dekat padaNYA, bersama tetap kekal dalam medan dakwah. Amin Ya Rabbal amin.. ~senyum dan gembira untuk buah hati saya.

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@