LAPAR? & KENYANG?? Yang kita tau kalu lapar kita makan la then kalu kenyang berhenti la makan. Sedangkan kita tahu sepatutnya berhenti makan sebelum kenyang. Selalu ja tak ikut cara hidup Islam walaupun tahu kan?? So hari ni nak berkongsi skit berkenaan perihal kenyang dan lapar. Sekadar untuk renungan dan amalan bersama. Sebagai tambahan ilmu untuk kengkawan semua ketahuilah bahawa di dalam LAPAR ada 10 kebaikan dan dalam KENYANG pula ada 10 kemudaratan.
LAPAR : menjernihkan hati, mencerdaskan otak dan menerangi penglihatan hati. KENYANG : menyebabkan kebebalan dan membuatkan hati buta.
LAPAR : merasai kelazatan berzikir kerana lembutnya hati dan bercahaya.
KENYANG : zikirnya hanya di lidah sedang di hati tidak merasa apa-apa kerana hatinya tertutup daripada cahaya Allah.
LAPAR : menyebabkan hilang rasa angkuh dan ego. Di saat ini rasa kehambaannya pada Allah adalah memuncak serta hatinya akan tenang.
KENYANG : tidak merasa kebesaran Allah kerana rasa ketuanan akan memenuhi hati.
LAPAR : tidak melupai bala Allah kerana rang yang berakal cerdas akan mengingati balasan di Akhirat apabila melihat bala di dunia.
KENYANG : menyebabkan seseorang itu lupakan kelaparan dan lupa balasan Allah kelak.
LAPAR : mematahkan hawa nafsu terhadap segala bentuk maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu.
KENYANG : mudah mengikut nafsu kerana kekenyangan adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati manusia.
LAPAR : kuranglah tidurnya dan mudah untuk bangun.
KENYANG : akan menyebabkan rasa mengantuk kerana gas yangdihasilkan oleh pencernaan makanan meruap ke otak dan menyebabkan otak kekurangan oksigen.
LAPAR: mudah untuk mendapat khusyuk dalam ibadah kerana pintu godaan syaitan tertutup.
KENYANG : syaitan makin mengganggu ibadahnya dan menyebabkan tidak dapat khusyuk hatinya pada Allah.
LAPAR : terhindar daripada banyak jenis penyakit kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada kandungan makanan yang dimakan.
KENYANG : mengundang pelbagai jenis penyakit seperti diebetis, taun dan lain-lain.
LAPAR : menjimatkan perbelanjaan di kala kegawatan ekonomi kerana dapat mengurangkan perbelanjaan terhadap makanan.
KENYANG : sudah tentunya memerlukan perbelanjaan untuk mendapatkan makan bagi tujuan ini sedang negara menghadapi kelembapan ekonomi.
LAPAR : menyemai rasa kasih sayang pada insan lain terutama fakir miskin dan anak yatim.
KENYANG : tidak merasai kesusahan orang lain seterusnya menyebabkan hilang kasih sayang di hatinya.
Sekadar perkongsian. Tak minta diterima bulat-bulat. Bisa aja menerima pandangan, tambahan mahupun komen yang membina. Sahabatku perlu diingat bahawa lapar merupakan tali yang mengikat nafsu. Ingatlah bahawa syaitan sentiasa berada dalam diri anak Adam dan berjalan melalui salur darah (arteri dan vena). Dan saluran itu akan disempitkan untuk syaitan dengan berlapar dan haus. Cubalah menahan diri daripada terlalu banyak makan dan minum dengan cara memperbanyakkan amalan puasa sunat. Tetapi bila saat berbuka jangan pula mengambil makanan berlebihan kononnya qado makan untuk pagi, tengahari dan malam. Marilah bersama kita berusaha untuk membuktikan kasih dan sayang pada diri kita sendiri. Kasihilah akal, hati dan badan agar anggota kita dapat berfungsi dengan baik. Insyaallah dalam usaha menjaga nafsu KENYANG dengan berLAPAR, kita juga akan dapat memberi kasih sayang pada orang lain dan semoga nur Allah akan menyinari hari-hati kita. Wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment