Keputusannya…………….tak jadi la nak buat rawatan akar gigi dan aku putuskan nak cabut gigi ja la. Di sebabkan masanya terbatas kat umah, aku sedia untuk cabut gigi sekembalinya ke UKM. Then ari ni bersamaan 12 Feb 2009 baru berkesempatan untuk bertandang ke Pusat Kesihatan UKM untuk mencabut gigi. Besanya kena buat temujanji dan kadang-kadang tu 2-3 week after tu baru leh buat rawatan. ~ni antara faktor malas nak ke PK~ Aku bagitaw kakak kat kaunter tu ku memang tak tahan sangat, nak study pun tak boleh, berdenyut-denyut sampai sakit kepala, tido tak lena, nyilu yang amat…sakit tak taw nak kata sampai dah tahap kumur mulut ngan air pun dah cukup menyakitkan hingga airmata menitis. ~I cakap jujur dan tak dak tambahan cerita sesedap rasa~
Sekarang ni dah ok skit tapi bila dah habis ubat kebas tu memang rasa sakit tak taw nak kata. Intai-intai keadaan my oral, masyaallah teruk nguh kondisinya. Lubang sangat luas dan dalam. Darah terlalu banyak yang keluar dan tak henti-henti. Takut gak ni coz macam da rasa serpihan gigi yang tertinggal dan tak habis cabut. ~huhuhhuhu~
Wahwahwah…sakit-sakit pun sempat plak gie menyinggah ke Alamanda. Dah alang-alang pinjam moto Si Wan, pecut jea la ke sana dengan membawa Dayah yang sememangnya beria dan bersemangat waja nak ke sana. Jalan ja la lebih, dalam erti kata just window shopping. Kalu dah keja boleh la membeli dengan sakannya, nie duit pun bergantung kat PTPTN ja. Point penting dan mendebarkan ialah tyme nak blek dari Alamanda dalam kul 3.15 petang tadi. Rasa macam nak meletus dan gugur jantung ni.
Allah Maha Kuasa…..Allah Maha Agung…….aku dan Dayah sangat nyaris berhadapan dengan maut atau kecederaan akibat kemalangan. Istighfar tak terkata sasa itu. Hampir saja jatuh menyembah jalan raya dan berlaga dengan benteng-benteng kecil di tepi jalan. Semuanya atas kesilapan sendiri dan dalam masa yang sama brek moto rosak so tak dapat nak berfungsi. Dayah siap menjerit lagi di mana menambahkan rasa cuak aku. ~Maaf yea Dayah atas situasi ini~ Mujur juga aku masih bisa mengawal keadaan dan tidak panic dengan jeritan Dayah. Bukan di sengajakan dan syukur coz terselamat. Inilah buktinya kuasa BASMALLAH…..buat apa-apa mulakan dengan bismillah, insyaallah DIA akan sentiasa melindungi kita.
**********************************
Walaupun sakit gusi ini masih berlanjutan serta masih lagi tersentak dan terkejut dengan situasi yang tak dijangka tadi tiada alasan untuk aku bermalas-malasan. Kena siapkan tesis…..WAJIB bagi diriku ini. Jumaat adalah tarikh di mana aku perlu menyerahkan BAB I dan BAB II kepada papa rizal a.k.a Dr. Rizal iaitu supervisior aku yang tercinta. Chaiyok…chaiyok….
No comments:
Post a Comment