CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

22 February 2009

GangguAN

Hati rasa serba tak kena sepertinya berhadapan dengan 'gangguan'. Diri cuba menyemak dan meneliti apakah 'gangguan' itu?? Sememangnya 'gangguan' itu benar-benar menghantui diri. Malah 'gangguan' itu semakin menyerlahkan rupa bentuknya yang sebenar dengan kejadian beberapa perkara:

[tertangguh pembikinan draf tesis bab 3]
[file assignment Politik Asia Tenggara hilang ntah ke mana]
[berhadapan dengan ketidaklancaran hubungan dengan insan]
[wujud salah faham atau fahaman salah]
[tertundanya program di saat-saat akhir]

Sesungguhnya 'gangguan' ini sangat menyesakkan hidup. Segalanya jadi tak menentu. Diri menjadi takut dan gentar. Ya Allah, aku mohon padaMU...jangan selamanya aku menjadi buruan 'gangguan' itu. Nyatanya aku tidak kuat untuk menghadapinya. Aku insan yang dhoif.....perlu pada rahmat dan kasih sayangMU. Lindungi aku Ya Allah...

*******************************

Syukur dengan rahmat Allah.......dalam ujian ini diri terasa diberi peluang. Peluang untuk lebih dekat denganNya. Setelah sekian lama diri menghadapi kekangan waktu yang melampau, saat ini Allah campakkan sedikit ruang untuk kembali padaNya. Agak lama sunyi dengan suntikan tarbiyyah walaupun usrah masih menjadi satu tuntutan buat diri. Sedihnya kerana diri ketinggalan terlalu banyak tarbiyyah jemaah:

Rehlah dan Tajmi' Umum (18 Jan 09)
Kursus Asas Dakwah kepada Non-Muslim (1 Feb 09)
Daurah
Tamrin Pemantapan Fikrah (14-15 Feb 09)

Ruang yang diberikanNya mengizinkan aku untuk hadir ke Riadah Akhawat dan Aulad pada 22 Feb 09 bertempat di Tasik Cempaka. Asalnya program ini juga tidak dapat diri hadiri disebabkan tuntutan akademik iaitu kerja lapangan bagi subjek elektif yang dijadualkan pada 20-22 Feb 09. Sesungguhnya benarlah bahawa percaturan Allah Maha Hebat. Pada saat akhir (11.30 pagi dan waktu b,ertolak yang dijadualkan 3.00 petang) kerja lapangan batal dan ditunda ke waktu dan masa yang lain.

Terkesan akibat penundaan kerja lapangan. Nanti dengan kelapangan hati yang diberi olehNya diri mampu berfikir secara rasional. Terlahir rasa syukur padaNya..........ini adalah hadiahNya untuk diri yang berhadapan dengan 'gangguan'. Dia memberi diri kesempatan waktu ini untuk meminggirkan dan menjauhkan 'gangguan' itu dari diri ini.

Terima kasih Ya Rabb, Ya Illahi......Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Engkau Lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik dan sebaliknya untuk hamba-hambaMu. Aku serahkan segalanya atas percaturanMu, segalanya baik atasMu.


******************************

Nur Khairunnisa...........cahaya sebaik-baik wanita. Tanya pada diri apa, kenapa, mengapa dan bagaimana dll berkenaan 'gangguan' itu?? Jawab juga pada diri. Sila cari penawar walaupun mungkin tidak dapat diubati terus Saya sayang diri saya.

20 February 2009

~Selamat JALAN~


Hai semua...
Buat makluman kengkawan terchenta
2-3 hari ini blog akan sunyi sepi akibat tidak ber'up date'
Kerana saya akan ke Sabak Bernam n Hulu Selangor
Tak pernah buat keja lapangan pun
Nie la first tymenya ~huhuhuhuh~
Rasa semangat gak lak tapi.......
Yang klakarnya tak bermaklumat apa pun
Tahu-tahu ja Jumaat kena bertolak kul 3ptg
Kumpul reramai kat Kedekanan
Ramai la sangat di mana student 15 orang ja
Didominasi oleh pelajar SAINS POLITIK walaupun subjek budak geografi
(Saya, Kamariah, Shazwan, Yasin, Faizal, Affan dan Fikeri)


Bebenornya tak tahu pun apa aktiviti
Tempat tido pun tak sure kat mana
Aduhh......wisau ni
Mula la tak tahu nak bawak apa
Lagi la kalut coz gadisnya 4 orang ja kalu tak silap

Waduh...waduh...gawat nehh

Apa-apa pun pasrah jea la.
Redha n tawakal padaNya.
Doakan saya n kengkawan selamat pergi dan balik.
Macam nak pegi jalan jauh ja.

Bye...bye.....

16 February 2009

i-3

Apa khabar sahabat agung bernama Islam hari ni??
Apa khabar teman rapat bernama Iman hari ni??
Apa khabar rakan mesra bernama Ihsan hari ni??

Moga ketiga-tiganya berada dalam keadaan sihat sejahtera dan kenikmatannya ke atas ketiga-tiganya makin bertambah. Islam, Iman dan Ihsan kompenan penting dalam diri seorang insan yang menyarung jersi MUSLIM atau MUSLIMAH.

Zaman persekolahan seringkali diri ini dititipkan oleh para mualim dan mualimmah tentang pengertian, hakikat, kepentingan dan segala macam hal yang bersangkutan dengan ketiga-tiganya. Jelas sekali bagai ada keterikatan yang kukuh di antara ketiga-tiga sahabat tadi malah ia tidak boleh tidak terpisah antara satu pun.

Tidak lengkap hidup Islam dan Iman tanpa Ihsan, juga tidak lengkap hidup Iman dan Ihsan tanpa Islam malah tidak juga lengkap citra hidup Ihsan dan Islam tanpa Iman. Apatah lagi jika hidupnya sendiri-sendiri antara ketiga-tiganya. Pasti segalanya kacau bilau dan hidup bagai dilanda tsunami.

Seringkali kita hari ini melihat persoalan Islam, Iman dan Ihsan sebagai perkara mudah dan remeh sahaja. Dengan hanya memahami Islam itu mengakui rukun islam yang Bold5, Iman itu rukun iman yang enam dan Ihsan itu tingkat tertinggi. Apakah cukup dengan ini sahaja?? Tepuk dada tanya rohani anda.


Seharusnya, kita sebagai umat terAgung penyambung generasi Rasulullah s.a.w berusaha untuk memahami dengan lebih mendalam apa itu Islam, Iman dan Ihsan. Tidak sekadar mengambil yang kulit sedang pula isinya dibuang. Maka telitilah hadis di atas sejelasnya. Jangan hanya mengambil penafsiran secara tersurat tetapi dalami jua isinya secara tersirat. Penjelasan disebalik setiap Islam, Iman dan Ihsan itu sendiri wajar diperhalusi.

(Makin hari hati terasa kontang......rasa jauh denganNYA. Diri lalai dalam kemelut duniawi. Syukur hati cepat sedar dari tipu daya syaitan dan duniawi. Ampuni dosa hambamu ini YA ALLAH....Amin Ya Rabbal Al-Amin.)

12 February 2009

.::GIGI - X-CIDENT - TESIS::.

Dah lama menahan rasa sakitnya gigi gerahamku ini. Asalnya berlubang kecil dan sekarang dah besar amat. Kesimpulannya memang tak dapat nak ditampal lagi. Dr. men'suggest'kan aku samada cabut atau buat rawatan akar gigi. Hurmmm…..pikir punya pikIr akhirnya putuskan nak buat rawatan akar gigi ja. Tak nak muda-muda aggg dah tak da gigi. Dah la gigi geraham lak tu, amat penting untuk mengunyah

Cuti Tahun Baru Cina hari tu blek la aku ke kampung halaman. Then merantau la aku bersama ayah tercinta mencari klinik yang menawarkan rawatan akar gigi. Banyak klinik yang tutup coz still dalam mood Tahun Baru Cina ~banyaknya kat Penang klinik gigi kepunyaan kaum itu~ dan rawatan ni tak da di klinik or hospital kerajaaan.

First jumpa klinik yang menawarkan rawatan akar gigi tu……first for sure aku tanya pasal harga. Mana taknya kalu cabut gigi kat klinik biasa pun RM60-80 apatah lagi kalu buat rawatan akar gigi, kompem mahal. Seram jugak la dengar harga rawatan tu RM350 dan ianya ada susulan maybe dalam 4-5 kali. Ayah aku ok ja tapi ku plak tak sanggup. I cakap kat ayah cari klinik ISLAM ja dulu. Mana taw murah skit cos klinik yang aku gie tue memang agak mahal.

Akhirnya jumpa lak jugak klinik ISLAM yang menawarkan rawatan akar gigi atas bantuan serta cadangan Kak Long tersayang. Errrkkk…….harganya RM300 dan susulan dalam seminggu gak lak lebih kurang. Maka berfikir la lagi diriku ini. Dengan isu harganya lagi then masalah rawatan susulan plak. Masalah besar rawatan susulan coz ku cuti pendek ja then 2 hari lagi nak blek UKM dah. Kompem tak sempat dan akan menyusahkan untuk aku blek kerap bagi menghabiskan rawatan susulan tersebut. ~final year menghalang aku untuk kerap balik kerana diikat dengan TESIS~

Keputusannya…………….tak jadi la nak buat rawatan akar gigi dan aku putuskan nak cabut gigi ja la. Di sebabkan masanya terbatas kat umah, aku sedia untuk cabut gigi sekembalinya ke UKM. Then ari ni bersamaan 12 Feb 2009 baru berkesempatan untuk bertandang ke Pusat Kesihatan UKM untuk mencabut gigi. Besanya kena buat temujanji dan kadang-kadang tu 2-3 week after tu baru leh buat rawatan. ~
ni antara faktor malas nak ke PK~ Aku bagitaw kakak kat kaunter tu ku memang tak tahan sangat, nak study pun tak boleh, berdenyut-denyut sampai sakit kepala, tido tak lena, nyilu yang amat…sakit tak taw nak kata sampai dah tahap kumur mulut ngan air pun dah cukup menyakitkan hingga airmata menitis. ~I cakap jujur dan tak dak tambahan cerita sesedap rasa~

Kerna itu dapat jugak la aku cabut gigi. Selamat kejap ja, tak sampai setengah tunggu dah leh masukMaka tamatlah riwayat gigi ku yang amat berbakti sebelum ni. ~huhuhhuhu~ Atas faktor gigi yang dicabut adalah gigi geraham maka aku perlu berpantang dan berhati-hati dalam tempoh 24 jam awal ini. ~tak boleh berkumur dan meludah, tak boleh makan dan minum yang panas, kena telan ja air liur~ Sememangnya seksa sangat malah gusi,bibir dan pipi ku bengkak sebelah ditambah plak ngan rasa kebas ~tetiba rasa mungkin macam jadi petak dan berkotak-kotak~

Sekarang ni dah ok skit tapi bila dah habis ubat kebas tu memang rasa sakit tak taw nak kata. Intai-intai keadaan my oral, masyaallah teruk nguh kondisinya. Lubang sangat luas dan dalam. Darah terlalu banyak yang keluar dan tak henti-henti. Takut gak ni coz macam da rasa serpihan gigi yang tertinggal dan tak habis cabut. ~huhuhhuhu~



***********************************

Wahwahwah…sakit-sakit pun sempat plak gie menyinggah ke Alamanda. Dah alang-alang pinjam moto Si Wan, pecut jea la ke sana dengan membawa Dayah yang sememangnya beria dan bersemangat waja nak ke sana. Jalan ja la lebih, dalam erti kata just window shopping. Kalu dah keja boleh la membeli dengan sakannya, nie duit pun bergantung kat PTPTN ja. Point penting dan mendebarkan ialah tyme nak blek dari Alamanda dalam kul 3.15 petang tadi. Rasa macam nak meletus dan gugur jantung ni.

Allah Maha Kuasa…..Allah Maha Agung…….aku dan Dayah sangat nyaris berhadapan dengan maut atau kecederaan akibat kemalangan. Istighfar tak terkata sasa itu. Hampir saja jatuh menyembah jalan raya dan berlaga dengan benteng-benteng kecil di tepi jalan. Semuanya atas kesilapan sendiri dan dalam masa yang sama brek moto rosak so tak dapat nak berfungsi. Dayah siap menjerit lagi di mana menambahkan rasa cuak aku.
~Maaf yea Dayah atas situasi ini~ Mujur juga aku masih bisa mengawal keadaan dan tidak panic dengan jeritan Dayah. Bukan di sengajakan dan syukur coz terselamat. Inilah buktinya kuasa BASMALLAH…..buat apa-apa mulakan dengan bismillah, insyaallah DIA akan sentiasa melindungi kita
.

**********************************

Walaupun sakit gusi ini masih berlanjutan serta masih lagi tersentak dan terkejut dengan situasi yang tak dijangka tadi tiada alasan untuk aku bermalas-malasan. Kena siapkan tesis…..WAJIB bagi diriku ini. Jumaat adalah tarikh di mana aku perlu menyerahkan BAB I dan BAB II kepada papa rizal a.k.a Dr. Rizal iaitu supervisior aku yang tercinta. Chaiyok…chaiyok….

~JaNgAn sAmBuT~

Lagi, lagi sambutan valentine's day......Nak dekat dah pun sambutannya. Ada la lagi 1-2 hari. Tak kisah pun pasai sambutan ni tapi yang jadi kisahnya bila insan-insan yang berstatus Islam turut sebok bagai untuk menyambutnya. ~huhuhuhu~ Masalahnya dah sah-sah haram hukumnya bagi insan-insan bergelar MUSLIM untuk menyambutnya. Tak perlu nak dipertikaikan lagi n memberi alasan macam untuk mewajarkan sambutan hari tersebut. ~tak baik menghalalkan yang haram~


Berceloteh panjang pun macam tak dak guna coz balik -balik manusia zaman sekarang nie lebih terarah untuk mengetahui fakta berbanding semacam auta semata. Meh nak gtaw sejarah valentine tu sendiri yang menjadi faktor kuat untuk kita yang bergelar insan-insan MUSLIM tidak meraikannya. Sebenarnya, Valentine’s Day mempunyai hubungan yang rapat dengan sejarah, tradisi dan ajaran Kristian. Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Valentine’s Day :


Pendapat pertama: Valentine’s Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.


Pendapat kedua menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.


Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s Day diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Sudah terang lagi bersuluh.......so jangan diputar belitkan lagi keadaan bagi membolehkan hari valentine boleh disambut. Walau apa pun alasan yang diberi, jelas sekali ianya adalah haram. Antara alasan yang sering kedengaran ~tak niat nak raikan pun ikut kristian, just nak menghargai individu ja, tak salah nak bagi-bagi hadiah kat orang tyme tu,kekasih tak semestinya pakwe atau makwe dan segala macam lagi~ Jawapannya mudah ja untuk semua auta-auta tu. Kalu pun nak tunjukkan rasa kasih dan sayang tu kenapa tak hari len atau lebih menyengat 14 Feb ja ka nak sayang-sayang ni, hari len tak la kiranya.Cakap banyak pun tak guna baik kita back to the basic. Bersandarkan pada ajaran ISLAM bersumberkan al-Quran dan al-Hadis.

Islam itu sendiri sangat prihatin dan menghendaki supaya kita insan-insan MUSLIM ini mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama mahupun serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;

Bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadata dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (al-Kafirun ayat 1-6)

Allah Subhaanahu wa Ta'ala juga berfirman, bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim ." (Al-Maidah:51)


Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. :

Bermaksud : “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Seterusnya merujuk kepada fatwa-fatwa yang berautoriti dalam hal-hal keagamaan. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa :

“Amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.





Jelasnya, budaya dan amalan meraikan Valentine’s Day adalah dilarang sama sekali oleh agama Islam. Tak kisah la sama ada sekadar memberi kad ucapan, sms ucapan, hadiah ataupun kuar bersama ke mana-mana sempenanya. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat. Di dalam Islam, usaha untuk memupuk kasih sayang tidak semestinya dilakukan hanya pada hari tersebut sahaja kerana cinta merupakan satu proses yang berpanjangan dan berterusan sehingga seseorang menghembuskan nafasnya yang terakhir.

11 February 2009

~Lag!-Lag! S!BUK~

.::WEEK NIE SAYA AMAT LAA BUSY::.
~Kena present Politik Asia Tenggara 11 Feb 2009 (tengok soklan macam senang, konon makanan harian so rasa dah hadam sangat. Skali perangkap dowhhh...)

~Hari yang sama seperti di atas pada kui 2.00 petang da Mesyuarat Agung PESEPSI (ahamdulillah, lega tak terkira coz lepas satu amanah yang tergalas kat bahu selama ni)

~Then 13 Feb 2009 kena submit tesis Bab 1 n 2 (mak aiii, dua bab skali tu yang jenuh)

~Pastu da plak Daurah Nuqaba pada 14 n 15 Feb 2009 (nak p tapi tesis plak yang jadi aral melintang)
~Ni baru faktor external ke'busy'an diriku, blum diambil kira faktor internal lagi. Harusnya sangat rumit dan memang sangat sibuk, bukan menyibukkan diri. (tapi gagah gak kan nak menconteng-conteng kat blog ni)

08 February 2009

~Bo'UT mALam SAVE GAZA~

Ingin berkongsi sedikit gegambo yang sempat di 'snap' sepanjang "Malam Save Gaza & Solat Hajat" bertempat di Stadium Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang luar biasa dari semua pihak untuk turut serta terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Dalam pukul 8.30 malam, aku n teman sudah berada di tapak kawasan program. Seperti kebiasaannya terdapat pelbagai gerai jualan seperti makanan, minuman, ubat-ubatan, pakaian dll. Sempat juga menjengah ke setiap kedai untuk mencuci mata. Di deretan kedai itu membawa aku kepada 'sesuatu'.......'sesuatu' yang sememangnya telah lama diidamkan. Akhirnya dengan berlakunya proses 'aqad' muamalat, 'sesuatu' itu telah menjadi milik aku. ~suka sangat walaupun harganya boleh untuk 5 hari makan~ Persoalannya apakah 'sesuatu' itu??

Program dimukadimahkan dengan solat Isya' dan seterusnya solat hajat secara berjemaah. Selesai saja solat aku n teman segera mencari port yang strategik dan semestinya barisan hadapan menjadi pilihan aku. ~aku tak suka berada di barisan belakang walau dalam apa hal melainkan nak tido~ Boleh dikira aku n teman la yang pertama mengambil tempat di hadapan pentas ~bahagian muslimat~ seterusnya diikuti oleh yang lain-lain. Semangat sangat nak mengikuti program dengan sebaik mungkin tanpa penglihatan dihalang oleh apa-apa.

Suka benar tengok pengerusi majlis kerana begitu berSEMANGAT dan berTENAGA dalam berbicara dan mengendalikan acara. ~kredit untuk pemuda itu dan rakan-rakannya~ Laungan takbir, sokongan ke atas Palestine n HAMAS dan anti Israel, Amerika n Zionist bergema memecahkan sunyi malam. Tidak ketinggalan suara adik-adik kecil juga terdengar bersahut-sahutan. Program penuh dengan pengisian yang menyuntik semangat JIHAD. Dimulakan dengan persembahan pentomen dari mahasiswa KUIS dan kemudiannya nasyid daripada kumpulan DA'IE bersama kibaran bendera. Seterusnya berselang seli dengan ucapan, pesanan dan kata semangat daripada para penganjur utama seperti Prof Tajul Ariffin, Mejar Nazri, Wakil Hamas, YB Salahuddin Ayob, wakil ISMA dan beberapa lagi. Dan kemudiaannya persembahan nasyid daripada Mu'adz dan kumpulan Rabbani memarakkan lagi semangat semua yang hadir bagi menentang Zionist laknatullah dengan memboikot produk Israel melalui lagu-lagu bermesej keamanan dan JIHAD.

Kutipan derma giat dijalankan sepanjang program berlangsung. Dan acara kemuncak ialah bacaan deklarasi penduduk Bangi untuk PBB. ~ntah betul atau tak....sila betulkan eik~ Ini telah dipersetujui dan ditanda tangani oleh kesemua pihak penganjur yang terlibat. Di akhiri dengan acara penyerahan cek kepada wakil HAMAS dengan jumlah kutipan sebanyak RM100 000 dan tambahan untuk malam ini sahaja kutipan mencecah RM15 000. ~alhmadulillah, moga kutipan ini sampai benar ke tangan-tangan insan yang memerlukan dan bukan disalahgunakan~

KOLEKSI GAMBAR UNTUK TATAPAN UMUM

~Anak-anak kecil turut dibawa ibubapa untuk~

~Sujud mengadapmu Ya Allah. Kurniakan kemenangan kepada umat Islam di Palestine~

~Tekun mendengar deklarasi yang disampaikan~

~Ribuan yang datang memberi sokongan~

~Wakil-wakil para penganjur yang telah bekerja keras~

~Para pemuda Islam yang sedia berJIHAD~

~Aku n 'sesuatu' yang telah lama diidamkan. Cantikkan mapla Palestine ni?? Rasa sangat berbaloi membelinya~

~Antara koleksi kesayangan ku untuk MENYOKONG PALESTINE - mapla, buttons, sticker, buletin n pamplets. Da lagi yang teringin dijadikan koleksi seperti T-SHIRT LABUH, CD, KASET, n BUKU berkaitan Palestine. Insyaallah kalu ada duit lebih tapi kalu ada yang sudi nak bagi lagik suka.~

05 February 2009

~Dapatkan BMI Ideal~



.::Langsing tanpa modal besar::.

Tidak perlu berbelanja besar, hanya cuba petua ini. Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campurkan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan yang ideal.


.::Membuang Lemak Badan::.

Petua 1 : Sekiranya anda mengalami masalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.

Petua 2 : Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

.::Ingin Kekal Langsing::.

Zaman moden ini banyak jenis makanan yg mengandungi mudarat jika dimakan berlebihan. Makanan yg diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah kita prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yg ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yg tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada kita, sewajarnya kita mengambil sikap berhati-hati. Manakala bagi mereka yg sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yg disarankan di bawah adalah petua yg mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting adalah keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan sekerat jalan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yg keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.

A. Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu:
~Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi.
~Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar buah- buahan atau jangan makan langsung.
~Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.
~ Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).

B. Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis), mesti berpuasa dengan niat diwaktu malam yang kita hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika kita berpuasa sangat elok kita melakukan senaman. Walaupun manusia itu tahu bagaimana untuk menguruskan badannya, walaupun manusia itu memang sedar bahawa kegemukan itu mudah mengundang penyakit, namun manusia mudah lupa dan tidak berdaya untuk melakukannya lantaran tiadanya disiplin. Jadinya salahkanlah diri sendiri kerana “sikap adalah menghukum diri”.

C. Ada satu lagi petua yg mudah diikuti. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yg dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Insyaallah,anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.

.::Mengurangkan Pilihan Makanan::.

~Makanan bergoreng , coklat, kek dan biskut.
~Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.Pilih makanan hasil tenusu (dairy products) rendah lemak.
~Pilih makanan kekacang dan daging berikut Ayam, ikan, kacang soya.
~Kurangkan pengambilan jenis-jenis kekerang, udang dan organ-organ dalaman.
~Kurangkan memakan kuning telur dan telur ikan.Gunakan minyak sayur-sayuran (kecuali minyak kelapa)


.::Penyediaan Makanan::.

~Buang kulit dan lemak yang ternampak pada ayam dan daging sebelum dimasak.
~Kurangkan minyak semasa memasak.
~Bakar, kukus atau rebus makanan.
~Gantikan santan dengan susu kurang lemak semasa penyediaan makanan.

~SELAMAT MENCUBA~

03 February 2009

~Malam Save Gaza~

MALAM SAVE GAZA & SOLAT HAJAT PERDANA

10 000 UMAT ISLAM BANGI



Tarikh & Masa :
7 Feb 2009 (Sabtu)
8.00 malam


Tempat :
Stadium Sek 15 Bandar Baru Bangi


Tetamu Istimewa :
TN Guru Prof Dato Dr Harun Din
Yb Salahuddin Ayob
Mejar Nazdri Musman (Aman Palestin)
Wakil Rakyat Gaza (Palestin)
Wakil Umno


Persembahan Oleh :
Kumpulan Rabbani
Muaz & Daie
Kumpulan Pentomen KUIS


Anjuran :
Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PPBBB),

Aman Palestin, Mini Kabinet Bangi, Masjid-Surau Sekitar Bandar Baru Bangi, JASA, ISMA, PKNS, MPKj , Zakat Selangor, Persatuan Peniaga Kompleks PKNS Bangi, ISIUKM, PEMBINA, Hospital Az-Zahrah, Hospital Pakar An-Nur, Pertubuhan JIM Hulu Langat, KARISMA, AMPAC, Syabab Media & Farmasi Nasra


Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
012-6370023/ 0133537412



*Sila berwudhuk di rumah dan bawa tikar untuk solat hajat berjemaah.


~KENYANG vs LAPAR~

LAPAR? & KENYANG?? Yang kita tau kalu lapar kita makan la then kalu kenyang berhenti la makan. Sedangkan kita tahu sepatutnya berhenti makan sebelum kenyang. Selalu ja tak ikut cara hidup Islam walaupun tahu kan?? So hari ni nak berkongsi skit berkenaan perihal kenyang dan lapar. Sekadar untuk renungan dan amalan bersama. Sebagai tambahan ilmu untuk kengkawan semua ketahuilah bahawa di dalam LAPAR ada 10 kebaikan dan dalam KENYANG pula ada 10 kemudaratan.

LAPAR : menjernihkan hati, mencerdaskan otak dan menerangi penglihatan hati.
KENYANG : menyebabkan kebebalan dan membuatkan hati buta.

LAPAR : merasai kelazatan berzikir kerana lembutnya hati dan bercahaya.
KENYANG : zikirnya hanya di lidah sedang di hati tidak merasa apa-apa kerana hatinya tertutup daripada cahaya Allah.

LAPAR : menyebabkan hilang rasa angkuh dan ego. Di saat ini rasa kehambaannya pada Allah adalah memuncak serta hatinya akan tenang.
KENYANG : tidak merasa kebesaran Allah kerana rasa ketuanan akan memenuhi hati.

LAPAR : tidak melupai bala Allah kerana rang yang berakal cerdas akan mengingati balasan di Akhirat apabila melihat bala di dunia.
KENYANG : menyebabkan seseorang itu lupakan kelaparan dan lupa balasan Allah kelak.

LAPAR : mematahkan hawa nafsu terhadap segala bentuk maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu.
KENYANG : mudah mengikut nafsu kerana kekenyangan adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati manusia.

LAPAR : kuranglah tidurnya dan mudah untuk bangun.
KENYANG : akan menyebabkan rasa mengantuk kerana gas yangdihasilkan oleh pencernaan makanan meruap ke otak dan menyebabkan otak kekurangan oksigen.

LAPAR: mudah untuk mendapat khusyuk dalam ibadah kerana pintu godaan syaitan tertutup.
KENYANG : syaitan makin mengganggu ibadahnya dan menyebabkan tidak dapat khusyuk hatinya pada Allah.

LAPAR : terhindar daripada banyak jenis penyakit kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada kandungan makanan yang dimakan.
KENYANG : mengundang pelbagai jenis penyakit seperti diebetis, taun dan lain-lain.

LAPAR : menjimatkan perbelanjaan di kala kegawatan ekonomi kerana dapat mengurangkan perbelanjaan terhadap makanan.
KENYANG : sudah tentunya memerlukan perbelanjaan untuk mendapatkan makan bagi tujuan ini sedang negara menghadapi kelembapan ekonomi.

LAPAR : menyemai rasa kasih sayang pada insan lain terutama fakir miskin dan anak yatim.
KENYANG : tidak merasai kesusahan orang lain seterusnya menyebabkan hilang kasih sayang di hatinya.

Sekadar perkongsian. Tak minta diterima bulat-bulat. Bisa aja menerima pandangan, tambahan mahupun komen yang membina. Sahabatku perlu diingat bahawa lapar merupakan tali yang mengikat nafsu. Ingatlah bahawa syaitan sentiasa berada dalam diri anak Adam dan berjalan melalui salur darah (arteri dan vena). Dan saluran itu akan disempitkan untuk syaitan dengan berlapar dan haus. Cubalah menahan diri daripada terlalu banyak makan dan minum dengan cara memperbanyakkan amalan puasa sunat. Tetapi bila saat berbuka jangan pula mengambil makanan berlebihan kononnya qado makan untuk pagi, tengahari dan malam. Marilah bersama kita berusaha untuk membuktikan kasih dan sayang pada diri kita sendiri. Kasihilah akal, hati dan badan agar anggota kita dapat berfungsi dengan baik. Insyaallah dalam usaha menjaga nafsu KENYANG dengan berLAPAR, kita juga akan dapat memberi kasih sayang pada orang lain dan semoga nur Allah akan menyinari hari-hati kita. Wallahua'lam..

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@