Seringkali kita dengari ibu-ibu kita, ayah-ayah kita dan mak cik-mak cik kita sendiri tidak sanggup kehilangan kedua orang tua mereka (nenek, tok, wan, tokwan kita la tu) apatah lagi anak-anak kecil yang masih mengharap belaian dan kasih sayang daripada keduanya. Mudahnya, tiada siapa yang mahu bergelar yatim mahupun yatim piatu apatah lagi ketika di usia yang terlalu muda. Namun, harusnya kita sedar bahawa menjadi yatim mahupun yatim piatu sememangnya bukanlah pilihan kita namun ianya adalah qada dan qadar dari Allah Yang Maha Esa. Perlunya setiap insan yang bergelar yatim mahupun yatim piatu menerima segala ketentuan tersebut dengan penuh redha.
Yatim........... piatu................. yatim piatu............. Mari kita perhalusi istilah yatim piatu yang hakiki. Apakah tidak sama yatim piatu sebagaimana yang digambarkan di atas dengan yatim piatu hakiki?? Berfikirlah.....jangan sempitkan minda. Cuba berfikir luar daripada kotak minda yang sedia ada. Sepastinya jawapan untuk persoalan tersebut adalah TIDAK!! So apakah yang dikatakan sebagai yatim piatu yang hakiki?? Memang berbeza kerana adanya penambahan HAKIKI........Mungkin kita tidak sedar atau separuh sedar bahawa yatim piatu hakiki bukan sahaja melibatkan hal duniawi tapi juga hal ukhrawi. Kematian ibubapa hanya kehilangan di dunia sementara bagi anak-anak, insyaallah bisa kembali bertemu di akhirat nanti.
Mudahnya yatim piatu yang hakiki adalah bilamana diri seseorang itu hilang atau tiada IMAN dan juga ILMU. IMAN dan ILMU diibaratkan sebagai ibubapa, sangat diperlukan oleh setiap insan agar perjalanan hidup menuju akhirat adalah lurus. Namun, dunia hari ini alpa hakikat tentang yatim piatu yang hakiki. Malah manusia tidak cuba untuk memahami kehakikian yatim piatu. Renung dan berfikirlah.......berapa ramai manusia menangis kerana tiadanya IMAN dan ILMU berbanding menangis kerana tiadanya ibu dan bapa? Hitungkan jumlah insan yang berdukacita di kala kehilangan ibu dan bapa berbanding yang berdukacita ketika hilangnya IMAN dan ILMU. Tidak ada salahnya tidak memiliki ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali, tidak juga perlu dukacita berpanjangan di kala kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya.
Tidak salah tidak memiliki ibu dan bapa tetapi adalah berdosa tidak memiliki IMAN dan ILMU. Sesungguhnya adalah wajib bagi kita umat Islam untuk beriman dan menuntut ilmu. Tidak ada ayah dan ibu mungkin akan mengalami kesusahan namun hanya di dunia. Sementara jika kita tidak memiliki IMAN dan ILMU kita bukan sahaja mengalami kesusahan di dunia bahkan juga di akhirat kelak. Ingatlah wahai sahabat.........akhirat adalah destinasi akhirat, penentu samada syurga atau neraka milik ita. Jangan sering memikirkan dunia hingga lupa pada akhirat yang abadi.
Oleh itu tidak perlu takut untuk kehilangan atau tiada ibu dan bapa kerana ia bukan yatim piatu yang hakiki tetapi berasa gerunlah andai tiada IMAN dan ILMU kerana ia adalah yatim piatu yang hakiki. Amatlah malang menjadi yatim piatu yang hakiki berbanding yatim piatu......Renung-renungkanlah....
P/S: Saja tak mau terang panjang-panjang pasai IMAN dan ILMU coz yakin semua orang tahu...Cuma nak buat semua sedar termasuklah diri sendiri.
No comments:
Post a Comment