CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

18 November 2008

~La Tahzan (II)~

Tak jelas….. tak pasti….. tak faham…. keliru.... pelik... runsing.... Persoalan terus berlegar-legar dalam minda. Apa sebenarnya yang berlaku? Bagaimana situasi sebenarnya? Kenapa begini jadinya? Yang pasti aku tidak punya jawapannya. Ya Allah bantulah hambaMu ini. Tak tertahan saat ini untuk menanggung segala rasa hati sendiri. Aku ingin berpaut dan bersandar untuk hilangkan segala lelah dan jerih. Terusan hal yang sama membelenggu diri. Kisah dan cerita yang sama berulang. Kesakitan dan keperitan yang sama juga aku lalui. Jelasnya perasaan ini amat sakit. Aku terlalu penat Ya Rabb. Adakalanya inginkan kerehatan yang abadi selamanya. Apakah aku tidak bersyukur????

Aku sedari segala yang berlaku dalam hidup ini telah diatur dan ditentukanNya. DIA telah membahagi-bahagikan rezeki, rahmat dan nikmat kepada seluruh hambaNya. Aku mengerti itu. DIA adalah penentu segala qada dan qadar. Aku pasti itu. Segala sesuatu di alam ini juga adalah atas sandaran padaNya. Aku jelas itu. Bagaimana pula dengan kesulitan, kesusahan, bebanan, dugaan, cabaran dan ujian yang diatur olehNya??? Untuk apa diaturkan segala itu sering menjadi persoalan yang tak pernah henti dalam diri manusia yang dhoif. Apakah DIA bertindak kejam pada hambaNya?? Pastinya tidak duhai hati…
“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. .” (Al-Baqarah: 155) “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?” (Al-Ankabut: 2)

Duhai hati….
Fahamilah bahawa musibah itu adalah ujian untuk menentukan siapa antara hambaNya yang benar-benar beriman. Andai hidup ini tiada ujian maka kita akan sentiasa bersenang-senang, bersuka-suka, menganggap hidup hanya hiburan….Berkata Ibnu Jauzi: “Orang yang ingin mendapatkan keselamatan dan kesejahteraan abadi tanpa ujian dan cubaan, bererti ia belum mengenal ajaran Islam dan tidak mengenal erti pasrah diri kepada Allah”. Hidup di hamparan dunia yang luas ini, jelas sekali tiada yang akan terlepas dari ujian dan dugaanNya. Setiap yang hidup, bernafas dan bergelar makhluk berakal pasti merasakannya. Cuma mungkin ujiannya dalam rupa bentuk yang berbeza dan pelbagai. Sedarlah duhai hati ujian bukan sahaja dalam bentuk kesusahahan namun jua kesenangan adalah satu ujian. Bersyukurlah duhai hati kerana diuji dengan kesusahan kerana ujian dalam bentuk kesenangan lebih sukar untuk disedari, dimengerti apatah dijalani.“Dan Kami menguji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran…” (Al-A’raaf: 168)

Duhai hati….cubalah mengerti adakalanya sesuatu yang tidak diingini itu adalah mendatangkan kesenangan, sementara sesuatu yang diingini itu mendatangkan kesusahan. Jangan terlalu memikirkan kesulitan yang menjengah kerana adakalanya ia bisa menguak pintu bahagia buat diri. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Setiap ujian, dugaan dan musibah ada batasan di sisiNya cuma kita yang tidak mengetahuinya. Duhai hati…..kuatkanlah diri dengan mengingatiNya. Tunjangkan hati dengan sabar dan paksikan diri dengan ketabahan. Insyaallah segala ujian pasti berlalu. Hadapi dengan tenang. Janji Allah s.w.t itu pasti. “Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. .” (An-Nahl: 96) “Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan kabaikan, dan sebagian dari apa yang kami rezekikan kepada mereka, mereka nafkahkan.” (Al-Qashash: 54)

Sebagaimana ayat yang selalu diungkapkan untuk mengubat hati yang resah ditimpa ujian “Adakalanya Allah turunkan HUJAN, RIBUT dan PETIR. Tercari-cari kita kemanakah MATAHARI. Namun yang terlihat hanyalah KABUS gelap dan pekat. Tanpa sedari rupa-rupa muncul PELANGI sebagai hadiah buat kita dariNya.” Duhai hati……tidak rasa ingat akan Allah tanpa ujian, tidak akan rasa kehambaan tanpa kepasrahan, tiada rasa pergantungan tanpa kepayahan, sesungguhnya Allah memberi kemudahan dalam kepahitan. Pernah ditanya oleh Saad bin Abi Waqqash: “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berat cubaannya?” Rasulullah s.a.w menjawab: “ Para nabi, kemudian orang-orang soleh, kemudian yang sesudah mereka secara berurutan mengikut tingkat kesolehannya. Seseorang akan diberi ujian sesuai dengan kadar agamanya. Bila ia kuat, akan ditambah cubaan baginya. Kalau ia lemah dalam agamanya, akan diringkankan cubaan baginya. Seorang mukmin akan tetap diberi cubaan, sampai ia berjalan di muka bumi ini tanpa dosa sedikitpun.” (Riwayat Al-Bukhari)

Masyaallah….lalainya hati ini. Malu sendiri. Duhai hati sedarilah bahawa terlalu kecil ujian yang kau hadapi. Jangan sering berkeluh kesah. Jadilah hamba yang sentiasa sabar dan bersyukur dalam suka mahupun duka. Jadikanlah ujian untuk lebih dekat dan hampir padaNya. Pandang d@r! k@c@m@t@ yang positif atas segala penderitaan, kesusahan, keperitan, kelukaan, kesedihan, kepayahan dan kedukaan yang dihadapi. Jangan sesekali berasa putus asa kerana ia hanya membawa kehinaan…… Ingatlah nikmat Allah yang terdahulu banyaknya kepadamu. Tepislah segala kesedihan dengan redha terhadap takdir dan pertingkatkanlah amal ibadahmu. Jangan putus asa hanya kerana ujian yang datang bertimpa-timpa. Yakini bahawa setiap satu kesulitan, akan digantikan dengan dua kemudahan…. Insyaallah, hati aku lebih tenang saat ini

La Tahzan. Sabar dan tabahlah duhai hati.

3 comments:

Anonymous said...

Dunia nh x pelik..... jika manusia merasa begitu.... maknanya bukan sahaja kn rujuk pd yg ESA mlh berbalik kpd diri sendiri.... semuanya DIRI SENDIRI..... ape luaran kte mstilah same dgn ape yg kte tonjolkan.... renung2kan... selamat beramal....

*dari kacamata yg NYATA

Anonymous said...

Dunia nh x pelik..... jika manusia merasa begitu.... maknanya bukan sahaja kn rujuk pd yg ESA mlh berbalik kpd diri sendiri.... semuanya DIRI SENDIRI..... ape luaran kte mstilah same dgn ape yg kte tonjolkan.... renung2kan... selamat beramal....

*dari kacamata yg NYATA

.::AdNiSya3108::. said...

Terima kasih buat kaca mata yg nyata..
Nama mcm twin la plak
hehehe
yapp...yg paling penting adlh kembali mnilai diri
bukan mgukur salah & siap org
segalanya dr DIRI..

Thanks..

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@