CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

26 November 2008

..::YAtim piATU::..

Jari-jemari bergetar kerana gementar untuk mengolah tajuk entry kali ini. Kenapa??? Istilah yatim piatu itu terlalu............ Tak dapat ditidakkan sebagai makhluk bernama manusia seringkali perasaan takut, bimbang dan risau hadir untuk bergelar yatim apatah lagi yatim piatu. Gabungan dua perkataan tersebut membentuk satu maksud iaitu anak-anak yang hilang atau tiada ibubapa. Secara spesifiknya pendefinisian anak yatim terbahagi kepada 3 iaitu (menurut kajian sosiologi); Maternal orphan (anak yatim) adalah anak-anak berusia di bawah 18 tahun yang mana ibu atau mungkin bapanya telah meninggal dunia. Paternal orphan(anak piatu) adalah anak-anak yang berusia di bawah 18 tahun yang mana bapa atau mungkin ibunya telah meninggal dunia. Double orphan(anak yatim piatu) adalah anak-anak yang juga berusia 18 tahun ke bawah yang mana ibu dan bapanya telah meninggal dunia

Seringkali kita dengari ibu-ibu kita, ayah-ayah kita dan mak cik-mak cik kita sendiri tidak sanggup kehilangan kedua orang tua mereka (nenek, tok, wan, tokwan kita la tu) apatah lagi anak-anak kecil yang masih mengharap belaian dan kasih sayang daripada keduanya. Mudahnya, tiada siapa yang mahu bergelar yatim mahupun yatim piatu apatah lagi ketika di usia yang terlalu muda. Namun, harusnya kita sedar bahawa menjadi yatim mahupun yatim piatu sememangnya bukanlah pilihan kita namun ianya adalah qada dan qadar dari Allah Yang Maha Esa. Perlunya setiap insan yang bergelar yatim mahupun yatim piatu menerima segala ketentuan tersebut dengan penuh redha.

Yatim........... piatu................. yatim piatu............. Mari kita perhalusi istilah yatim piatu yang hakiki. Apakah tidak sama yatim piatu sebagaimana yang digambarkan di atas dengan yatim piatu hakiki?? Berfikirlah.....jangan sempitkan minda. Cuba berfikir luar daripada kotak minda yang sedia ada. Sepastinya jawapan untuk persoalan tersebut adalah TIDAK!! So apakah yang dikatakan sebagai yatim piatu yang hakiki?? Memang berbeza kerana adanya penambahan HAKIKI........Mungkin kita tidak sedar atau separuh sedar bahawa yatim piatu hakiki bukan sahaja melibatkan hal duniawi tapi juga hal ukhrawi. Kematian ibubapa hanya kehilangan di dunia sementara bagi anak-anak, insyaallah bisa kembali bertemu di akhirat nanti.

Mudahnya yatim piatu yang hakiki adalah bilamana diri seseorang itu hilang atau tiada IMAN dan juga ILMU. IMAN dan ILMU diibaratkan sebagai ibubapa, sangat diperlukan oleh setiap insan agar perjalanan hidup menuju akhirat adalah lurus. Namun, dunia hari ini alpa hakikat tentang yatim piatu yang hakiki. Malah manusia tidak cuba untuk memahami kehakikian yatim piatu. Renung dan berfikirlah.......berapa ramai manusia menangis kerana tiadanya IMAN dan ILMU berbanding menangis kerana tiadanya ibu dan bapa? Hitungkan jumlah insan yang berdukacita di kala kehilangan ibu dan bapa berbanding yang berdukacita ketika hilangnya IMAN dan ILMU. Tidak ada salahnya tidak memiliki ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali, tidak juga perlu dukacita berpanjangan di kala kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya.

Tidak salah tidak memiliki ibu dan bapa tetapi adalah berdosa tidak memiliki IMAN dan ILMU. Sesungguhnya adalah wajib bagi kita umat Islam untuk beriman dan menuntut ilmu. Tidak ada ayah dan ibu mungkin akan mengalami kesusahan namun hanya di dunia. Sementara jika kita tidak memiliki IMAN dan ILMU kita bukan sahaja mengalami kesusahan di dunia bahkan juga di akhirat kelak. Ingatlah wahai sahabat.........akhirat adalah destinasi akhirat, penentu samada syurga atau neraka milik ita. Jangan sering memikirkan dunia hingga lupa pada akhirat yang abadi.

Oleh itu tidak perlu takut untuk kehilangan atau tiada ibu dan bapa kerana ia bukan yatim piatu yang hakiki tetapi berasa gerunlah andai tiada IMAN dan ILMU kerana ia adalah yatim piatu yang hakiki. Amatlah malang menjadi yatim piatu yang hakiki berbanding yatim piatu......Renung-renungkanlah....


P/S: Saja tak mau terang panjang-panjang pasai IMAN dan ILMU coz yakin semua orang tahu...Cuma nak buat semua sedar termasuklah diri sendiri.

21 November 2008

..::SudahNYA::..

Merdeka.....Merdeka.....Merdeka...... Pelik la makhluk ni dok merdeka tiba-tiba. Ni bulan November bukan bulan Ogos. Merdeka apa kebenda pun tak taw la. ~hehehehe~ Ampa jangan tak taw.... Ri nie chek baru lepas bebas. Bukan la bebas dari penjara. Tapi chek baru bebas dari EXAM. ~wah gitu~ Bebas dari kelenguhan jemari menulih. Bebas dari kesejukan aircond yang menggigit. Bebas dari soalan yang tak terjangka. Bebas dari mundar-mandir pengawas . ~uppss, terlebih suda~ Chek tak mau pikiaq pa sat. Yang chek taw nak balik. Nak bermanja-manja kat umah. Jumpa my beloved family ~mmuahhahahmmuahha~ Chek bahagia la nie. Habeh la final exam sem 5. Tinggai 1 sem ja lagi. Tak sabaq nak konvo sem depan ~Yeehaa..yaa beda bedu~ Just hope result coming out with flying colours.......
nak merasa Anugerah Dekan skali pun jadik arr.
Yang slalu dapat tu dah..dah la,
cuba-cuba bagi kat orang len plak.
~boleh plak lagu ni~

18 November 2008

Renung-renungkanlah....

.::Renungi diri itu dalam cermin tafakur
.::Bukankah tuhan itu Maha Sempurna
.::Insafi diri itu dengan bersyukur
.::Tanpa rahmat-Nya kita tiada

.::Siapa kita untuk menderhaka?
.::Sedangkan kita tiada saham untuknya
.::Siapa kita untuk terus kufur?
.::Sedangkan tuhan murah nikmat-Nya

.::Namun masih ada yang leka
.::Seakan mencabar Yang Maha Kuasa

.::Tidakkah kita gerun neraka?
.::Azabnya tak tertanggung oleh kita yang lemah

.::Betapa beruntung orang yang bertaqwa
.::Mari bersama mengenal diri

.::Supaya dapat menginsafi
.::Menjadi hamba yang berperibadi

.::Mudah mudahan selamat di dunia akhirat
.::Buat mereka yang mahu berfikir

~La Tahzan (II)~

Tak jelas….. tak pasti….. tak faham…. keliru.... pelik... runsing.... Persoalan terus berlegar-legar dalam minda. Apa sebenarnya yang berlaku? Bagaimana situasi sebenarnya? Kenapa begini jadinya? Yang pasti aku tidak punya jawapannya. Ya Allah bantulah hambaMu ini. Tak tertahan saat ini untuk menanggung segala rasa hati sendiri. Aku ingin berpaut dan bersandar untuk hilangkan segala lelah dan jerih. Terusan hal yang sama membelenggu diri. Kisah dan cerita yang sama berulang. Kesakitan dan keperitan yang sama juga aku lalui. Jelasnya perasaan ini amat sakit. Aku terlalu penat Ya Rabb. Adakalanya inginkan kerehatan yang abadi selamanya. Apakah aku tidak bersyukur????

Aku sedari segala yang berlaku dalam hidup ini telah diatur dan ditentukanNya. DIA telah membahagi-bahagikan rezeki, rahmat dan nikmat kepada seluruh hambaNya. Aku mengerti itu. DIA adalah penentu segala qada dan qadar. Aku pasti itu. Segala sesuatu di alam ini juga adalah atas sandaran padaNya. Aku jelas itu. Bagaimana pula dengan kesulitan, kesusahan, bebanan, dugaan, cabaran dan ujian yang diatur olehNya??? Untuk apa diaturkan segala itu sering menjadi persoalan yang tak pernah henti dalam diri manusia yang dhoif. Apakah DIA bertindak kejam pada hambaNya?? Pastinya tidak duhai hati…
“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. .” (Al-Baqarah: 155) “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?” (Al-Ankabut: 2)

Duhai hati….
Fahamilah bahawa musibah itu adalah ujian untuk menentukan siapa antara hambaNya yang benar-benar beriman. Andai hidup ini tiada ujian maka kita akan sentiasa bersenang-senang, bersuka-suka, menganggap hidup hanya hiburan….Berkata Ibnu Jauzi: “Orang yang ingin mendapatkan keselamatan dan kesejahteraan abadi tanpa ujian dan cubaan, bererti ia belum mengenal ajaran Islam dan tidak mengenal erti pasrah diri kepada Allah”. Hidup di hamparan dunia yang luas ini, jelas sekali tiada yang akan terlepas dari ujian dan dugaanNya. Setiap yang hidup, bernafas dan bergelar makhluk berakal pasti merasakannya. Cuma mungkin ujiannya dalam rupa bentuk yang berbeza dan pelbagai. Sedarlah duhai hati ujian bukan sahaja dalam bentuk kesusahahan namun jua kesenangan adalah satu ujian. Bersyukurlah duhai hati kerana diuji dengan kesusahan kerana ujian dalam bentuk kesenangan lebih sukar untuk disedari, dimengerti apatah dijalani.“Dan Kami menguji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran…” (Al-A’raaf: 168)

Duhai hati….cubalah mengerti adakalanya sesuatu yang tidak diingini itu adalah mendatangkan kesenangan, sementara sesuatu yang diingini itu mendatangkan kesusahan. Jangan terlalu memikirkan kesulitan yang menjengah kerana adakalanya ia bisa menguak pintu bahagia buat diri. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Setiap ujian, dugaan dan musibah ada batasan di sisiNya cuma kita yang tidak mengetahuinya. Duhai hati…..kuatkanlah diri dengan mengingatiNya. Tunjangkan hati dengan sabar dan paksikan diri dengan ketabahan. Insyaallah segala ujian pasti berlalu. Hadapi dengan tenang. Janji Allah s.w.t itu pasti. “Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. .” (An-Nahl: 96) “Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan kabaikan, dan sebagian dari apa yang kami rezekikan kepada mereka, mereka nafkahkan.” (Al-Qashash: 54)

Sebagaimana ayat yang selalu diungkapkan untuk mengubat hati yang resah ditimpa ujian “Adakalanya Allah turunkan HUJAN, RIBUT dan PETIR. Tercari-cari kita kemanakah MATAHARI. Namun yang terlihat hanyalah KABUS gelap dan pekat. Tanpa sedari rupa-rupa muncul PELANGI sebagai hadiah buat kita dariNya.” Duhai hati……tidak rasa ingat akan Allah tanpa ujian, tidak akan rasa kehambaan tanpa kepasrahan, tiada rasa pergantungan tanpa kepayahan, sesungguhnya Allah memberi kemudahan dalam kepahitan. Pernah ditanya oleh Saad bin Abi Waqqash: “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berat cubaannya?” Rasulullah s.a.w menjawab: “ Para nabi, kemudian orang-orang soleh, kemudian yang sesudah mereka secara berurutan mengikut tingkat kesolehannya. Seseorang akan diberi ujian sesuai dengan kadar agamanya. Bila ia kuat, akan ditambah cubaan baginya. Kalau ia lemah dalam agamanya, akan diringkankan cubaan baginya. Seorang mukmin akan tetap diberi cubaan, sampai ia berjalan di muka bumi ini tanpa dosa sedikitpun.” (Riwayat Al-Bukhari)

Masyaallah….lalainya hati ini. Malu sendiri. Duhai hati sedarilah bahawa terlalu kecil ujian yang kau hadapi. Jangan sering berkeluh kesah. Jadilah hamba yang sentiasa sabar dan bersyukur dalam suka mahupun duka. Jadikanlah ujian untuk lebih dekat dan hampir padaNya. Pandang d@r! k@c@m@t@ yang positif atas segala penderitaan, kesusahan, keperitan, kelukaan, kesedihan, kepayahan dan kedukaan yang dihadapi. Jangan sesekali berasa putus asa kerana ia hanya membawa kehinaan…… Ingatlah nikmat Allah yang terdahulu banyaknya kepadamu. Tepislah segala kesedihan dengan redha terhadap takdir dan pertingkatkanlah amal ibadahmu. Jangan putus asa hanya kerana ujian yang datang bertimpa-timpa. Yakini bahawa setiap satu kesulitan, akan digantikan dengan dua kemudahan…. Insyaallah, hati aku lebih tenang saat ini

La Tahzan. Sabar dan tabahlah duhai hati.

~La Tahzan (I)~

La tahzan wahai diri…..
Yakini bahawa Allah bersamamu..



Aku sering sendiri
Saat nestapa menghimpit
Saat gembira menghilang
Tiada yang mengerti

Dingin membungkus
Menelan berat rasa
Menahan sebak dada
Mengusung perit luka

Derai tangis berlagu
Nyanyian hiba
Rintihan derita diri
Hanya DIA yang tahu

Sabarlah duhai hati!!!

Nukilan hati; AdNiSya_3108 ( Isnin~17 Nov 2008~5.30 petang)

16 November 2008

..::What is L.A.D.I??::..

Kelmarin, Sabtu bertarikh 15hb November 2008 bersamaan dengan 17 Zulkaedah 1429H terLAHIRlah juadah istimewa daripada KAMI (tuan empunya blog, Atikah, Ain, Syida, Dayah dan Elly) iaitu L.A.D.I (Laksa Anak Dara Integrasi). ~ok tak nama ni kengkawan?? ~ Macam pelik ja nama dia tapi ok la coz yang bersusah payah n berusaha untuk menyediakan juadah laksa utara ni bukan orang utara ja ~tak kroni tau~ tapi mencampurkan adukkan air tangan individu dari semua bahagian Tanah Malaysia, ada dari Utara ~leader penting~, Selatan dan juga Timur. Sowi tertinggal orang dari bahagian Barat.


Tak nak berceloteh panjang sangat....just nk share gambar sepanjang KAMI menyediakan L.A.D.I istimewa ni. ~bukan untuk sapa-sapa tapi untuk sendiri makan~ Yang best sangat semua semangat nak sediakan juadah ni memandangkan semua adalah 'Hantu Laksa' terutama si penulis ni. ~hehehe~ Lagi sempoi penyediaan L.A.D.I sememangnya secara tradisional habis-habisan. Tiada istilah gas, machine blander, lesung batu, periuk, belanga dan dapur. Segalanya berdasarkan kekreatifan minda yang genius nak memanfaatkan apa yang ada kat bilik semata-mata.


---------- jeng jeng jeng -----------



>> Inilah antara perkakasan untuk penyediaan L.A.D.I<<


>>Pakat dok khusyuk peqisi ikan kembong@temenung curut<<


>>Botol sunquick yang berbakti almaklumlah tak dak blander<<


>>Rice cooker Syida jadi mangsa peralatan terpenting<<

>>Bukan laksa koboi naa coz cukup lengkap aksesorinya<<


>>Aksesori L.A.D.I dah disettlekan oleh tangan-tangan yang cermat<<

>>Membuak-membuak kuahnya bila dah masak n sedia untuk dimakan<<

>>L.A.D.I (Laksa Anak Dara Integrasi)<<


>>Sangat menyelerakan dipandang dan sedap lagi bila dimakan<<


>>Akhir kalam......bukti kelazatan L.A.D.I dari KAMI



Ada sapa-sapa nak minta menu?? Bisa aja dikongsi bersama. Insyaallah panjang umur KAMI, L.A.DI akan disediakan untuk lebih ramai lagi. ~hehehe~ Ni pun 2 bungkus laksa just cukup untuk 6 orang......Untuk lebih ramai lagi kena berbungkus-bungkus la jawabnya. Baru guna rice cooker pun dah menyentap kalu guna dapur macam kat umah comfirm leh buka kedai. Cayalah KAMI..... (^_^) Sem depan kita kena buat perancangan yang lebih strategik ya kengkawan!!!

15 November 2008

..::2 dalam 1::..

Honestly......this weekand agak runsing. But hanya diri yang bisa merasa, biar pahit biar pedih, segala perlu ditanggung. Natijahnya minda tak sihat oleh kerana hati yang sedang sakit. ~bukan sakit hati~ Comfirm ada masalah dengan hati kalu tak mustahil wujudnya masalah lain. Masalah hati tak lain tak bukan timbul sebab hubungan kita dengan Allah s.w.t ada something wrong. ~something wrong tu kita kena check diri @ muhasabah~. Masakan hubungan kita sesama manusia akan OK if hubungan kita dengan Tuhan Maha Pencipta KO. Masyaallah......lemahnya aku sebagai hambaNya. Serasa tak layak untuk bergelar khalifah di muka bumiNya untuk mentadbir dan mengamankan alam yang luas terbentang. Menurut k@cm@t@ y@ng b3rb3z@, graf kehidupan manusia adalah menegak iaitu semakin baik hubungan kita dengan Allah s.w.t maka semakin baik hubungan kita dengan manusia. If hubungan kita dengan manusia ada something wrong maka cepat-cepat la spot check hubungan kita dengan DIA. Persoalannya kenapa aku??? Maybe solat ku akhir-akhir ni kurang khusyuk, mungkin dah jarang baca Quran, maybe selalu habiskan masa dengan benda-benda laqo, maybe malas buat amalan sunat, maybe........ maybe........ dan maybe..... Antara sedar dan yakin aku mohon padamu Ya Allah, kukuhkan, tetapkan n tabahkan hati ku. Bimbinglah hatiku agar senantiasa dekat padaMU. Aku terlalu takut untuk berjauhan denganMU kerana aku tidak cukup kuat untuk menempuh fitnah dunia. Ya Allah, peliharalah aku.......

Khabarnya dia rindukan aku. Pastinya benar kerana perkhabaran dari sumber yang boleh dijamin kesahihannya. ~hehehe~ Untuk dia, aku juga begitu cuma........
Bukan tak ingat.....
Bukan tak rindu......
Bukan dah melupakan......
Tak juga menghilang....
Tak juga berdiam bisu...
Tak juga melarikan diri...
Sekadar kelelahan.....
Lelah menjalani imtihan kehidupan.



Andai ada 1000 kesalahan dalam hubungan kita
Hanya kemaafan yang dapat ku pohonkan
Agar kau tahu bahawa
Walau apa pun hubungan itu
Ia takkan pernah lekang dengan sebarang kesilapan
Sama ada daripada kau mahupun aku
Kerana ia tunjang kepada kekukuhan sesuatu ikatan
Andai engkau salah menafsirkannya
Ia akan menjadi tembok penghalang antara kita
Tapi mana mungkin ia bisa diruntuhkan
Kerana hubungan yang kita bina masih utuh
Walaupun keutuhannya
Masih belum dapat kita lihat pada hari ini....

p/s: post atas n bawah tak berkaitan pun. huhuhu. Jimat space blog....senang 2 benda dalam satu 1 nukilan. hehehe.

14 November 2008

~aDA-aDA SajA~

Bersua lagi.....

Sukanya sekarang ni.........suka sangat. Tapi suka ni tak da la sampai lupa padaNYA n tuntutan agama. Insyaallah masih ingat. Apa yang aku suka pun kawan-kawan tak tau kan?? hahaha. Memang tak mau bagitaw pun. Jangan marah naa buat kawan-kawan tertanya-tanya pa yang ku suka. Jelasnya suka yang amat sekarang ni. Kepada yang suka membuat spekulasi, andaian, telahan n seangkatannya, hentikan ja la. Bcoz, aku jea yang betul-betul tahu apa telah membuatkan ku suka saat ni. hahaha. ~suka-suki~

Alhamdulillah...........selesai 5 papers untuk imtihan kali ni. Tinggal lagi 1 paper berbaki 21hb nie. Mempunyai ruang waktu yang agak terluang menantikan paper terakhir kali ni. Da kengkawan yang mula mengomel cemburu dengan ke'relax'an ku. hehehe. Memang la relax sekarang coz dah letih exam berderat-deret sebelum ni plus da satu hari tu 2 papers. Tak tertahan tu. Boleh bayangkan tak?? Hinggakan ku alami sakit kepala yang bersangatan ekoran rehat yang tak cukup. Da gak satu waktu tu sampai mabuk nak tengok buku dah. huhuhuhu. ~macam tu skali stress exam kali ni~

12hb time exam Governans & Organisasi adalah hari last submit assignment Worldwide Governance Indicators. Waktu antar kertas jawapan kat bakul, lalu gak la kat bakul assignment WGI, tengok da 2 ke 3 assignment ja yang di antar. Sah la still ramai yang tak buat n antar pun ~just additional ja~ Memandangkan ku nak rebut gak 5 markah tambahan tu so menembalkan la muka mengadap Prof Madya Rashila, mohon ehsan dia perpanjangkan masa untuk antar assignment WGI. Hasilnya aku berjaya, maka dengan itu aku akan cuba siapkan assignment WGI sebelum berakhirnya tarikh last iaitu 21hb Nov 2008. ~pesstt..mana taw kot-kot leh dapat A subjek ni~

Week ni nak relax sekejap. Nak bersenang-senang sebentar. Rehat yang panjang.........tapi tak juga la coz rehat yang panjang hanya kat syurga yang kekal abadi. ~moga menjadi antara penghuninya~

Banyak yang difikir dan banyak yang nak ditulis.......tapi nak berfikir la dulu sebelum menulis. Tak mau tersalah menulis sebelum berfikir. Menulis dengan berfikir dan berfikir untuk menulis. Ayat pening skit coz berbelit-belit tapi faham kot naa?? ~hehehe~

13 November 2008

~Lazat~

Makanan apakah ini??? Ada sapa-sapa taw?? Nampak macam sama ja makanannya tapi hakikatnya berbeza..... Lidah yang merasa sahaja bisa menilai.



~ Semuanya sedap walaupun awalnya tekak tak mampu nak terima. Tapi ada jugak yang dari awal dah menyelerakan apatah lagi bila makannya....yummi......yummi.....Sapa nak rasa??? Jom kita bawa gie Bandung n Jakarta..... ngehngehhhngehhh... ~

09 November 2008

..::KEsemPatAN::..

"Orang yang lemah,
menunggu kesempatan."

Sudah sering benar bagi orang lemah apabila kesempatan belum datang, dia akan menunggu dan terus menunggu sampai kesempatan itu datang. Bila ditunggu dan kesempatan tidak juga datang menjenguk, dia berbisik pada diri.......ini adalah nasibku!
*********************
"Orang yang kuat,
mencipta kesempatan."

Berlainan pula dengan orang yang kuat, pabila kesempatan belum datang menjengah, dia akan menggunakan pelbagai cara dari segenap kemampuan dan kudrat yang ada untuk untuk menciptakan kesempatan agar ia datang.
********************
"Orang yang cerdik,
memanfaatkan kesempatan."

Maka sudah tentulah orang yang cerdik pula, dia akan memanfaatkan setiap kesempatan kerana dia sangat menyedari bahawa kesempatan itu adalah sesuatu yang amat berharga. Belum pasti kesempatan itu datang bertandang untuk kali keduanya.
********************

Sememangnya, ada waktu ketika kesempatan itu perlu masa. Adakala kita perlu menunggu untuk sesaat tetapi bukan menunggu dengan pasif sebaliknya kita perlu menunggu dengan penuh waspada, proaktif dan penuh bersedia. Bila kesempatan itu datang, kita terus memanfaatkannya. Andaikata kesempatan belum juga datang, kita harus berusaha dan terus berusaha untuk menciptanya walau dalam kesulitan sekalipun. Jika kita punya kesungguhan untuk berusaha terus menerus, suatu hari nanti kesempatan pasti akan datang.

"Di dalam setiap kesulitan terdapat kesempatan."

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@