Alkisah meriwayatkan bahawa pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w berjalan bersama-sama puteri kesayangannya iaitu Saidatina Fatimah r.a. Tiba-tiba Fatimah r.a mengaduh kesakitan. Rupa-rupanya, ketika melalui pohon tamar, Fatimah r.a telah terpijak pohon semalu sehingga menyebabkan kakinya luka dan berdarah. Lantaran itu, Fatimah r.a dengan nada yang sedikit marah menyoal baginda Rasulullah s.a.w berkenaan apa kepentingannya pohon semalu tumbuh di situ. Dengan tenang Rasulullah s.a.w menjawab kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya kewujudan pohon semalu sangat berkait rapat dengan wanita. Jawapan Rasulullah s.a.w mengejutkan Fatimah r.a. Menurut Rasulullah s.a.w para wanita perlu mengambil pengajaran daripada pohon semalu dari 4 aspek iaitu:
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
No comments:
Post a Comment