Alhmadulillah….ramai muslimin dan muslimat yang hadir. Ruang dalam dan luar masjid sesak malah perkarangan masjid juga turut diisi bilangan manusia yang tak kurang banyaknya… Kuliah tentang Perpaduan Ummah. Ustaz Harun Din memperkatakan tentang ummah masa kini, bukan sahaja menyentuh soal perpaduan malah amalan ummah hari ini yang kian gersang. Beliau menjelaskan perpaduan ummah lebih kepada memperbetulkan amal ibadah utama dalam kehidupan seharian. Penuh berhikmah penyampaiannya, insyaallah melekat di hati….
Sambil mendengar kuliah, berkesempatan juga aku dan ayah melewati beberapa gerai jualan. Ayah mahu membeli pelekat kereta berlogo PAS yang baru kerana yang lama sudah tertanggal. Ibu pastinya khusyuk’ mendengar kuliah. Sedang melewati gerai-gerai tersebut aku disapa oleh seorang kanak-kanak “Assalamualaikum mualimmah”…. Segera ku jawab “ Wa’alaikumsalam” Owhh, Muaz rupanya. ( bekas anak murid ) Untuk kali keduanya aku disapa lagi….Kali ini oleh dua kanak-kanak yang segak memakai jubah putih dan siap berkopiah. Detik hati kecil “Ramai juga bekas anak muridku yang turut hadir mendengar kuliah.” Sempat bertegur sapa sekejap cuma…
Sedang leka mendengar kuliah yang disampaikan, aku dihampiri semula oleh kanak-kanak tadi. Lucunya, aku lupa pada nama kedua-duanya walaupun salah seorangnya sangat rapat denganku…..Rupa-rupanya, mereka ingin berbual-bual dengan ku. Dengan kenakalan yang masih bersisa aku cuba menduga kedua-duanya. “Ingat tak nama mualimmah?” soalku. “Ingatlah, mualimmah Khairunnisa.” Jawapannya membuatkan aku tersenyum. Banyak perkara juga yang sempat kami bualkan. Ketika aku mengajar Danial baru darjah 3 dan Irfan darjah 1 sekarang masing-masing sudah darjah 5 dan 3. Danial lebih banyak soalan berbanding Irfan kerana aku sememangnya mengajar beberapa subjek dikelasnya. Dengan keperasanan juga aku merupakan mualimmah kesayangannya. ~ hehehe
“Mualimmah kerja apa sekarang?”
“Mualimmah kerja kat mana?””
“Mualimmah bila nak kahwin?”
Pelbagai soalan lagi yang ditanya oleh si Danial......berbual tentang pembangunan Sek Ren Al-Islah yang semakin maju, tentang kewujudan sek men, tentang kokurikulum, tentang Kelab Nasyid dan Pergerakan SYABAB&FATAYAT (dulunya dikendalikan oleh aku) dll. Perbualan ini membuatkan rindu bertandang di hati, rindu pada gelak tawa, tangis sendu serta kenakalan anak-anak muridku, rindu pada qiyamulail bersama anak murid di sekolah, rindukan muqayyam bersama-sama, rindukan suasana menjadi guru.....
“Mualimmah tak mau pi sekolah dah ka?” Sebenarnya, aku ingin sekali menziarahi sekolah namun seringkali ada halangan. Untuk memuaskan hati Danial aku berikan juga jawapan ringkas yang sebenarnya menuntut aku untuk menunaikannya sama ada cepat mahupun lambat. “Insyaallah, ada masa mualimmah sampai pi la ISLAH.” Mungkin tidak puas dengan jawapan aku...Danial berkali-kali memujuk dan mengajak aku datang ke ISLAH. Akhirnya, aku mengalah. “Ok, minggu ni mualimmah pi ISLAH, tengok la sama ada hari Khamis atau Jumaat.” Ceria wajahnya...mungkin terubat resah di hati. (^_^) “Mualimmah datang hari Jumaat tau” Pelik, kenapa hari Jumaat tapi aku malas bertanya lalu ku biarkan saja..... “Mualimmah datang hari Jumaat, nanti Danial bagi hadiah kat mualimmah.” tambah Danial lagi. Irfan seakan-akan faham kepelikan yang melanda diriku tiba-tiba turut serta dalam perbualan dengan memberitahuku bahawa hari Jumaat akan diadakan Sambutan Hari Guru. Owhhh, itu sebabnya. Aku sebenarnya terlupa pada tarikh keramat 16 Mei yang merupakan sambutan Hari Guru, di mana para guru dihargai dan diraikan.
Buat semua guru, cikgu, ustaz, ustazah, mualim, mualimmah, pensyarah yang pernah mengajar ku dan juga kepada individu yang pernah menyampaikan ilmu kepada ku, banyak ataupun sedikit serta sama ada secara langsung atau tidak langsung ....aku ingin mengucapkan :
~ SELAMAT HARI GURU - TERIMA KASIH DI ATAS ILMU YANG KALIAN CURAHKAN BUATKU – SEGALA PENAT LELAH KALIAN DALAM MENDIDIKKU HANYA ALLAH YANG MAMPU MEMBALASNYA
TERIMA KASIH GURU ~
Gembira kerana walaupun aku sudah tidak bergelar mualimmah saat ini namun bekas muridku masih mengingati dan mengenangku sebagai seorang guru. Thanks Danial. “Mualimmah mai tau, Danial tunggu.” Danial menyogok dengan berjanji akan membelanjaku makan laksa. (mentang-mentang la semua anak murid tahu aku hantu laksa) “Jangan risau, Jumaat ni mualimmah pi la.” “Ok, boleh Danial sembang lama sikit dengan mualimmah.” Hahahahaha. Ini point sebenar si Danial. Gamaknya rindu dengan aku kot...perasan sendiri. Mana tak nya, dia meria-ria ajak aku mengajar balik kat ISLAH. Bukan sahaja mengajar balik kat ISLAH tapi dia nak aku mengajar beberapa subjek dikelasnya. Akhirnya kami berpisah dengan masing-masing mengucapkan salam.
Aku turut berselisih dengan dia tiga orang sahabatku yang hingga kini masih bergelar mualim dan mualimmah di ISLAH. Aku ambil kesempatan dua tiga minit untuk berbual setelah lama tidak berjumpa. Mereka juga turut mengajak ku datang menziarahi Sek Ren Al-Islah yang telah aku tinggalkan hampir 2 tahun. Malam itu, selepas kuliah aku pulang ke rumah dengan perasaan yang bercampur baur.....ada rasa sedih, gembira, pilu, rindu, resah dsb. Insyaallah, Jumaat nanti akan ku tunaikan janjiku. Aku akan pergi menziarahi tempat yang pernah aku taburkan sedikit ilmu buat anak-anak seagamaku... Insyaallah...
No comments:
Post a Comment