CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

27 May 2008

..::HARI INI UNTUK ESOK::..

Memang kita hidup untuk ari ini, namun akibat dari tindakan kita tidak berhenti pada ari ini juga. Ia terus berjalan seiring dengan detik waktu. Terkadang ia berubah menjadi harapan. Tak kurang juga ia menampakkan wajah kecemasan. Bahkan, jika kita tidak berusaha memikirkannya, kelak ia akan mengusik kesedaran dan ingatan kita. Itulah sebab mengapa kita dianugerahkan cita-cita juga kekhuatiran. Tindakan kita sekarang sering membawa impak pada kehidupan di kemudian hari.

Lemparkan sebutir batu pada permukaan danau yang tenang. Ia akan menimbulkan riak-riak gelombang namun beransur-ansur menghilang ke tepian. Permukaan danau pun kembali tenang. Jika lemparan batu itu adalah tindakan kita, apakah ketika air danau menjadi tenang lantas kita berfikiran bahawa segala sesuatu kembali seperti sediakala???




Apakah tindakan kita, sekecil apapun itu, kelak akan lenyap tak berbekas? TIDAK! Memang permukaan danau tak lagi menampakkan gelombang, namun sedarkah kita bahawa gelombang yang sama telah mengubah wajah tepian danau tersebut?? Dan tindakan kita telah mengubah dunia, sekecil apapun perubahan itu. Maka, perubahan apa yang sebenarnya ingin kita catat dari tindakan kita sekarang???

25 May 2008

..::Muqayyyam Anak Perkasa::..

Agak lama menyepi......kesepian yang lama ini sebenarnya aku menyibukkan diri dengan program Muqayyam Anak Perkasa. Menghabiskan ruang masa bersama anak-anak kecil Sek Ren Al-Islah selama 2 hari 1 malam di sekolah dan Pantai Teluk Bayu, Teluk Kumbar, Penang.
Satu program yang bagus.....penuh dengan suntikan tarbiyyah yang mampu mendidik jiwa anak-anak kecil. Di harap dapat melahirkan generasi rabbani yang soleh wal musleh. Sekadar ingin berkongsi aktiviti yang terlaksana dalam jangka masa yang agak singkat namun bermakna.

[ Taklimat program dan pembahagian kumpulan. ]

[ Anak buah ku yang nakal-nakal blaka - Ice Breaking ]

[ Sibuk bersiap untuk menunaikan solat Jumaat. ]

[ Musang berjanggut....haha. Memamng berjanggut pun perasing bahan-bahan ni. ]

[ Take a rest - Makan petang ]

[ Para mualimmah buat apa tu? - Riadah menjamin kesihatan ]

[ Irfan & Ikmal yang bengkak mata-mata coz nangis after slot muhasabah. ]

[ Mualimmah Islah.....aku ja Ex-mualimmah.... ]

[ Istana kami....hasil penat lelah bersama - Menang tempat pertama...hehehe ]

[ Lepak japp - Santai sambil sibuk membalut hadiah. ]

[ Clap 1, clap 2, clap 3..... aumm..aumm.....we are the best. - Naib johan keseluruhan M.A.P. ]

[ Ucapan penutup M.A.P 2008 oleh Guru Besar Sek Ren Islam Al-Islah. ]

Alhamdulillah....segalanya berjalan lancar seperti yang direncanakan. Hakikatnya banyak lagi aktiviti lain yang dijalankan tapi cukup la sekadar yang dipaparkan. Yang pasti setiap aktiviti yang dijalankan mempunyai messege tersurat dan tersirat untuk membentuk akhlak dan sahsiah anak-anak kecil yang terdiri daripada anak-anak kecil darjah 2 dan 3.

20 May 2008

..::USUL 20::..

Hati ini sudah lama terusik untuk menulis sesuatu berkenaan Usul 20 yang ditulis oleh Hassan al-Banna. Kurang pasti faktor yang mendorong aku untuk berbicara tentang Usul 20 namun kemungkinan juga disebabkan ianya menjadi salah satu risalah dalam perjalanan usrah ku. Aku sudah agak sinonim dengan sahabat yang bernama usrah ini. Sahabat ini hadir dan menghulurkan salam perkenalan seawal aku di sekolah menengah dan kini telah menjadi sahabat yang paling erat denganku. Tanpa usrah, aku berasa kehilangan seorang sahabat yang sangat berharga kerana sahabat ini sangat mendidik dan mentarbiyah diriku. Semoga ianya kekal menjadi sahabatku. Insyaallah.

Aku akan menulis secara ringkas berkenaan Usul 20 sebagai satu ta'aruf awal. Terlebih dahulu, wajar rasanya kita meneliti secara ringkas siapa Hassan al-Banna. Hassan al-Banna merupakan pelopor gerakan Ikhawan Muslimin dan juga individu yang bertanggungjawab dalam penulisan dan penghasilan mathurat. Beliau dilahirkan pada Oktober 1906 di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir dan meninggal dunia pada 13 Februari 1949 akibat pembunuhan terancang oleh Kerajaan Mesir. Tegasnya, Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul. Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan pegangan pejuang pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini. Usul 20 dihasilkan bagi menerangkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku perselisihan pendapat (pertikaian), terutama dalam hal-hal yang berkenaan aqidah. Ia mesti difahami sebagaimana yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah An-Nabawiyah.



Usul 20, Hassan al-Banna

1. Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan negara ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun kasih sayang dan keadilan. Ia adalah peradaban dan undang-undang ataupun keilmuan dan hukum-hukum. Ia juga adalah material dan harta benda ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Begitu juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita.
2. Al-Quran yang mulia dan sunnah yang suci adalah rujukan kepada setiap muslim dalam mengetahui hukum-hukum Islam. Al-Quran difahami dengan mengikut kaedah bahasa arab dengan tidak mengikut sikap memberatkan dan menyempitkan. Kefahaman kepada sunnah yang suci adalah dengan mengembalikannya kepada rijal-rijal hadis yang thiqah.
3. Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah mempunyai cahaya dan kemanisan yang diberikan oleh Allah kepada hati-hati hamba yang dikehendakiNya. Manakala ilham, lintasan hati, tilikan dan tenungan adalah bukan dari dalil hukum syariah yang tidak diberikan iktibar kecuali jika tidak bertembung dengan hukum dan nas agama.
4. Dan setiap tangkal, pelindung, azimat, tilikan, jampi serapah dan pengakuan mengetahui perkara ghaib adalah termasuk dalam perkara mungkar yang wajib diperangi kecualilah jika ianya adalah daripada ayat al-Quran dan tangkal yang sandarannya.
5. Pandangan Imam dan naibnya pada masalah yang tidak ada nas putus padanya dan pada perkara yang mempunyai arah pandangan yang berbagai hendaklah dipakai selagimana ia tidak bertentangan dengan kaedah syarak. Pandangan ini kadangkalanya berubah dengan perubahan situasi, uruf dan adat. Asal dalam perkara ibadat adalah mengabdikan diri tanpa berpaling kepada makna-maknanya sedangkan asal dalam perkara adat, dilihat kepada rahsia-rahsia, hikmat dan tujuannya.
6. Setiap orang boleh dipakai ataupun ditolak kata-katanya melainkan kata-kata yang keluar dari orang yang dilindungi dari dosa, Rasulullah SAW. Setiap perkara yang datang dari para salafussoleh r.a. yang bertepatan dengan kitab Allah dan sunah, kita hendaklah menerimanya. Kalau tidak bertepatan dengan nas, maka nas al-Quran dan sunah Rasulullah SAW adalah yang lebih utama untuk diikuti. Tetapi kita tidak sekali-kali mengutuk dan memburukkan seseorang dari mereka walaupun apa yang telah diselisihkan mengenainya. Kita serahkan semuanya kepada niat masing-masing kerana mereka telah bergantung kepada apa yang telah mereka kerjakan.
7. Setiap muslim yang tidak sampai kepada martabat ijtihad dalam mencari dalil hukum Islam yang furuk hendaklah mengikut kepada pegangan salah seorang dari Imam-imam mazhab Islam. Menjadi elok lagi kepadanya ketika mengikut mazhab itu jika ditambah dengan usaha yang sedaya upaya untuk mengetahui dalil-dalilnya. Dia hendaklah menerima segala petunjuk yang diserta dengan dalil, ketika diyakini kesahihan dan kebolehan orang yang memberikan petunjuk itu kepadanya. Dia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada pada dirinya sekiranya dia di kalangan ahli ilmu sehinggalah dia sampai kepada peringkat Al-Nazar (ijtihad hukum).
8. Perselisihan faham dalam perkara furuk fekah tidak boleh menjadi sebab kepada berlakunya perpecahan di dalam agama, juga janganlah ia membawa kepada perbalahan, kemarahan antara satu sama lain. Setiap mujtahid ada pahalanya. Tidak ada halangan jika dilakukan pengkajian ilmiah yang adil dalam masalah yang diperselisihkan ini yang dilakukan dalam naungan perasaan kasih mengasihi kerana Allah, bantu membantu untuk sampai kepada hakikat yang sebenarnya, dengan tidak membawa kepada perbahasan yang dikeji dan perasaan taasub.
9. Melarutkan diri ke dalam masalah yang tidak membawa kepada amal adalah antara takalluf (memberatkan) yang dilarang oleh syarak. Di antara masalah seperti itu adalah seperti banyaknya cabang dalam hukum-hukum yang tidak mungkin berlaku, larut dalam membahaskan makna ayat al-Quran yang masih tidak diketahui oleh akal pengetahuan dan perbincangan untuk melebihkan antara sahabat-sahabat r.a dan pertentangan yang berlaku antara mereka. Setiap dari sahabat ada kelebihan bersahabat dengan Rasulullah SAW dan kesemuanya dibalas bergantung kepada niatnya. Membincangkan perkara mi boleh membawa kepada perselisihan yang buruk akibatnya.
10. Makrifat Allah Taala, tauhid kepadaNya, membersihkanNya adalah akidah Islam yang paling mulia. Kita beriman dengan ayat dan hadis sahih yang menceritakan sifat Allah dan apa perumpamaan yang layak denganNya, kita beriman dengannya sepertimana datangnya ayat itu tanpa takwil dan mencuaikan. Kita juga tidak mencampurkan diri kita kepada perkara yang diperselisihkan oleh ulamak mengenai perkara ini. Kita hanya mengikut apa yang diredhai oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Firman Allah yang bermaksud: "Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan Kami" (Al-Imran).
11. Setiap perkara bid'aah dalam din Allah yang tidak ada asalnya walaupun diperelokkan oleh manusia dengan nafsu mereka dengan menambahkan ataupun mengurangkannya, adalah perkara kesesatan yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang terbaik yang tidak membawa kepada merebaknya perkara yang lebih buruk dari itu.
12. Perkara bid'aah tambahan dan kurangan serta iltizam dengan ibadat yang mutlak adalah antara masalah fekah yang masih diperselisihkan. Setiap ulamak mempunyai pandangan yang tersendiri. Tidak menjadi halangan jika kita mencari kebenaran dengan dalil dan bukti.
13. Mencintai, menghormati dan memuji orang-orang yang soleh kerana amalan kebaikan mereka adalah satu pendekatan diri kepada Allah Taala. Wali-wali Allah inilah yang dimaksudkan oleh Allah sebagai orang yang beriman dan mereka bertaqwa kepadaNya. Perkara keramat berlaku kepada mereka dengan syarat yang syar'ie dengan menganggap bahawa mereka telah diredhai oleh Allah dan mereka tidak mempunyai kuasa memudaratkan atau memberikan manfaat diri mereka sendiri di kala hidup atau mati mereka tambahan pula memberikan perkara seperti itu kepada orang lain.
14. Menziarahi mana-mana kubur adalah perkara yang disyariatkan tetapi dengan caranya yang muktabar. Namun begitu, meminta pertolongan, memanggil orang mati (walaupun siapa dia), meminta tunaikan hajatnya dengannya secara dekat ataupun jauh, bernazar kepada mereka, menghiaskan dan menerangkan kubur mereka, menyapunya, bersumpah dengannya selain dari Allah dan sebagainya dari perkara yang bid'aah, kesemuanya itu adalah perkara yang bid'aah yang merupakan dosa besar yang wajib diperangi. Janganlah kita mentakwilkan perkara-perkara ini kerana kita hendaklah menyekat daripada berlakunya perkara-perkara tersebut (Saddu al-Zaraik).
15. Doa kepada Allah yang disertai dengan tawasul dengan orang lain adalah masalah khilaf furuk dalam masalah cara berdoa dan ia bukannya dari masalah akidah.
16. Uruf yang salah tidak akan menukarkan hakikat lafaz syariat bahkan kita wajib memastikannya dari hudud makna yang dimaksudkannya dan berhenti di situ. Begitu juga wajib kita bebaskan diri kita dari tertipu dengan kata-kata dalam setiap aspek kehidupan dan juga agama. Pengajaran diambil daripada apa yang dinamakan dan bukannya dan nama itu sendiri.
17. Akidah adalah asas kepada amalan dan amalan hati adalah lebih utama dari amalan anggota lain. Mencari kesempumaan dalam amalan keduanya adalah dianjurkan oleh syarak walaupun terdapat perbezaan darjah anjuran ini.
18. Islam telah membebaskan akal dan memberi galakkan supaya memerhatikan bumi ini. Islam juga telah mengangkat taraf ilmu dan ulamak dan mengalu-alukan apa yang baik dan berfaedah dalam setiap perkara. `Hikmat itu adalah perkara yang hilang dari mukminin dan sekiranya dia menjumpainya, dialah yang paling berhak dengannya.
19. Kadang-kala setiap pandangan syarak dan pandangan akal menyelusup ke dalam perkara yang tidak ada pada pandangan yang kedua tetapi keduanya ini tidak akan berselisih dalam perkara yang pasti (qat'ie). Hakikat ilmiah yang sahih tidak akan bertembung dengan kaedah syarak yang tetap. Perkara yang dzan (diragui) darinya akan ditakwilkan agar bertepatan dengan perkara yang qat'ie. Jika keduanya adalah perkara yang `dzan', maka pandangan syarak adalah lebih utama untuk dipakai dan pandangan akal ketika itu hanyalah untuk memastikannya sahaja ataupun dihapuskan terus.
20. Kita tidak akan mengkufurkan orang muslim yang mengikrarkan dua kalimah syahadah, beramal dengan tuntutannya dan mengerjakan fardhu-fardhunya, semata kerana pandangan ataupun maksiat yang dilakukan kecualilah jika dia mengakui dengan perkataan kufur, mengingkar perkara yang maklum dari asas yang darurat dalam agama, ataupun mendustakan al-Quran yang jelas, atau mentafsirkannya dengan tafsiran yang ditafsirkan sebagai kufur oleh gaya bahasa Arab, ataupun beramal dengan amalan yang tidak boleh ditakwil lagi selain dari kufur."Sesungguh Solatku, Ibadahku, Hidupku, Matiku hanya kerana Allah", "Dan Allah tuhan Kami Rasul ikutan kami Al-Quran Panduan kami Jihad jalan Kami Mati Syahid cita-cita tertinggi kami"

Aku sendiri masih meneliti Usul 20 yang dikemukakan oleh Hassan al-Banna. Ini hanya ringkasan daripada Usul 20 untuk pengenalan awal buat diri dan sahabat-sahabat. Oleh yang demikian, adalah lebih molek rasanya kita sama-sama meneruskan usaha dalam mencari gali bahan-bahan yang berkaitan Usul 20 yang lebih terperinci dan berserta dalil kukuh. Insyaallah, ada kesempatan aku akan cuba mempostkan Usul 20 dengan lebih terperinci.

..::Wanita & Pohon Semalu::..


Alkisah meriwayatkan bahawa pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w berjalan bersama-sama puteri kesayangannya iaitu Saidatina Fatimah r.a. Tiba-tiba Fatimah r.a mengaduh kesakitan. Rupa-rupanya, ketika melalui pohon tamar, Fatimah r.a telah terpijak pohon semalu sehingga menyebabkan kakinya luka dan berdarah. Lantaran itu, Fatimah r.a dengan nada yang sedikit marah menyoal baginda Rasulullah s.a.w berkenaan apa kepentingannya pohon semalu tumbuh di situ. Dengan tenang Rasulullah s.a.w menjawab kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya kewujudan pohon semalu sangat berkait rapat dengan wanita. Jawapan Rasulullah s.a.w mengejutkan Fatimah r.a. Menurut Rasulullah s.a.w para wanita perlu mengambil pengajaran daripada pohon semalu dari 4 aspek iaitu:

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

16 May 2008

..::KeMbALi Ke sEkOLAh::..


Oleh kerana kerinduan yang menebal kat hati....aku meringankan langkah menziarahi Sek Ren Al-Islah yang telah aku tinggalkan hampir 2 tahun. Seharian suntuk aku habiskan masa dengan my x-students....Niat di hati nak ziarah sekejap sahaja tapi tak sampai hati nak hampakan permintaan mereka supaya berlama-lama....

Sempat mengikuti program yang diatur untuk hari guru dan tak miss untuk posing kenang-kenangan....


~ Melewati kantin sek ~

Sempat membasahkan tekak di kantin dengan ditemani x-students yang dirindui.


~ Banin dan banat yang comel lagi nakal ~

Dulu darjah 1 sekarang dah darjah 3. Mengingatkan aku tentang usia diri yang semakin meningkat.



~ hehehehehehehehe ~

Main games ZASS dengan my x-students. Melayan kerenah dan keleteh mereka semasa ketiadaan guru kerana bermesyuarat.



~ Selamat Hari Guru Mualimmah ~

Saat-saat yang aku rindui......di kelilingi para pelajar dengan bi'ah soleh dan solehah.

~ Mengubat rindu ~

Danial (baju biru) dan Sirajuddin (kiri).......sama-sama mengubat rindu.

~ Antara semua Danial paling sayang mualimmah ~

Menyentuh hati.....Tanda sayang daripada Danial.
Danial abadikan namaku dalam buku PFSM selama hampir 2 tahun.


~ Malu~Terharu~Sedih~Gembira~Kelakar~Bahagia ~

Walaupun sudah tidak bergelar mualimmah namun my x-students turut memberi aku hadiah sempena hari guru walaupun sebenarnya kehadiranku hanya diketahui oleh beberapa pelajar sahaja. Tak kurang juga ucapan Selamat Hari Guru yang aku terima. Terima Kasih buat antum dan antuna (banin&banat) Sek Ren Al-Islah. Mualimmah sayang antum dan antuna.........mmmuahhhmmmuuuaaaahhh

Aku pulang ke rumah dengan masih merasai sisa-sisa kehangatan sambutan hari guru....cukup bermakna buatku. Aku puas Ya Allah.....banin dan banat, semoga kita ketemu lagi di lain waktu. Insyaallah.

..:: SELAMAT hari GURU ::..

“Nasya, malam ni ada kuliah daripada Dato’ Harun Din kat masjid Sg Ara, jom ikut ibu.” Hakikatnya terbit juga rasa kemalasan setelah seharian suntuk melayani kerenah adik-adik kecil kesayanganku…… Namun rasa malas itu aku singkir jauh … “Ok,adik ikut.” Jawapan ringkas aku dah cukup untuk membuatkan aku segera bersiap…

Alhmadulillah….ramai muslimin dan muslimat yang hadir. Ruang dalam dan luar masjid sesak malah perkarangan masjid juga turut diisi bilangan manusia yang tak kurang banyaknya… Kuliah tentang Perpaduan Ummah. Ustaz Harun Din memperkatakan tentang ummah masa kini, bukan sahaja menyentuh soal perpaduan malah amalan ummah hari ini yang kian gersang. Beliau menjelaskan perpaduan ummah lebih kepada memperbetulkan amal ibadah utama dalam kehidupan seharian. Penuh berhikmah penyampaiannya, insyaallah melekat di hati….

Sambil mendengar kuliah, berkesempatan juga aku dan ayah melewati beberapa gerai jualan. Ayah mahu membeli pelekat kereta berlogo PAS yang baru kerana yang lama sudah tertanggal. Ibu pastinya khusyuk’ mendengar kuliah. Sedang melewati gerai-gerai tersebut aku disapa oleh seorang kanak-kanak “Assalamualaikum mualimmah”…. Segera ku jawab “ Wa’alaikumsalam” Owhh, Muaz rupanya. ( bekas anak murid ) Untuk kali keduanya aku disapa lagi….Kali ini oleh dua kanak-kanak yang segak memakai jubah putih dan siap berkopiah. Detik hati kecil “Ramai juga bekas anak muridku yang turut hadir mendengar kuliah.” Sempat bertegur sapa sekejap cuma…

Sedang leka mendengar kuliah yang disampaikan, aku dihampiri semula oleh kanak-kanak tadi. Lucunya, aku lupa pada nama kedua-duanya walaupun salah seorangnya sangat rapat denganku…..Rupa-rupanya, mereka ingin berbual-bual dengan ku. Dengan kenakalan yang masih bersisa aku cuba menduga kedua-duanya. “Ingat tak nama mualimmah?” soalku. “Ingatlah, mualimmah Khairunnisa.” Jawapannya membuatkan aku tersenyum. Banyak perkara juga yang sempat kami bualkan. Ketika aku mengajar Danial baru darjah 3 dan Irfan darjah 1 sekarang masing-masing sudah darjah 5 dan 3. Danial lebih banyak soalan berbanding Irfan kerana aku sememangnya mengajar beberapa subjek dikelasnya. Dengan keperasanan juga aku merupakan mualimmah kesayangannya. ~ hehehe

“Mualimmah kerja apa sekarang?”
“Mualimmah kerja kat mana?””
“Mualimmah bila nak kahwin?”

Pelbagai soalan lagi yang ditanya oleh si Danial......berbual tentang pembangunan Sek Ren Al-Islah yang semakin maju, tentang kewujudan sek men, tentang kokurikulum, tentang Kelab Nasyid dan Pergerakan SYABAB&FATAYAT (dulunya dikendalikan oleh aku) dll. Perbualan ini membuatkan rindu bertandang di hati, rindu pada gelak tawa, tangis sendu serta kenakalan anak-anak muridku, rindu pada qiyamulail bersama anak murid di sekolah, rindukan muqayyam bersama-sama, rindukan suasana menjadi guru.....

“Mualimmah tak mau pi sekolah dah ka?” Sebenarnya, aku ingin sekali menziarahi sekolah namun seringkali ada halangan. Untuk memuaskan hati Danial aku berikan juga jawapan ringkas yang sebenarnya menuntut aku untuk menunaikannya sama ada cepat mahupun lambat. “Insyaallah, ada masa mualimmah sampai pi la ISLAH.” Mungkin tidak puas dengan jawapan aku...Danial berkali-kali memujuk dan mengajak aku datang ke ISLAH. Akhirnya, aku mengalah. “Ok, minggu ni mualimmah pi ISLAH, tengok la sama ada hari Khamis atau Jumaat.” Ceria wajahnya...mungkin terubat resah di hati. (^_^) “Mualimmah datang hari Jumaat tau” Pelik, kenapa hari Jumaat tapi aku malas bertanya lalu ku biarkan saja..... “Mualimmah datang hari Jumaat, nanti Danial bagi hadiah kat mualimmah.” tambah Danial lagi. Irfan seakan-akan faham kepelikan yang melanda diriku tiba-tiba turut serta dalam perbualan dengan memberitahuku bahawa hari Jumaat akan diadakan Sambutan Hari Guru. Owhhh, itu sebabnya. Aku sebenarnya terlupa pada tarikh keramat 16 Mei yang merupakan sambutan Hari Guru, di mana para guru dihargai dan diraikan.

Buat semua guru, cikgu, ustaz, ustazah, mualim, mualimmah, pensyarah yang pernah mengajar ku dan juga kepada individu yang pernah menyampaikan ilmu kepada ku, banyak ataupun sedikit serta sama ada secara langsung atau tidak langsung ....aku ingin mengucapkan :

~ SELAMAT HARI GURU - TERIMA KASIH DI ATAS ILMU YANG KALIAN CURAHKAN BUATKU – SEGALA PENAT LELAH KALIAN DALAM MENDIDIKKU HANYA ALLAH YANG MAMPU MEMBALASNYA
TERIMA KASIH GURU ~

Gembira kerana walaupun aku sudah tidak bergelar mualimmah saat ini namun bekas muridku masih mengingati dan mengenangku sebagai seorang guru. Thanks Danial. “Mualimmah mai tau, Danial tunggu.” Danial menyogok dengan berjanji akan membelanjaku makan laksa. (mentang-mentang la semua anak murid tahu aku hantu laksa) “Jangan risau, Jumaat ni mualimmah pi la.” “Ok, boleh Danial sembang lama sikit dengan mualimmah.” Hahahahaha. Ini point sebenar si Danial. Gamaknya rindu dengan aku kot...perasan sendiri. Mana tak nya, dia meria-ria ajak aku mengajar balik kat ISLAH. Bukan sahaja mengajar balik kat ISLAH tapi dia nak aku mengajar beberapa subjek dikelasnya. Akhirnya kami berpisah dengan masing-masing mengucapkan salam.

Aku turut berselisih dengan dia tiga orang sahabatku yang hingga kini masih bergelar mualim dan mualimmah di ISLAH. Aku ambil kesempatan dua tiga minit untuk berbual setelah lama tidak berjumpa. Mereka juga turut mengajak ku datang menziarahi Sek Ren Al-Islah yang telah aku tinggalkan hampir 2 tahun. Malam itu, selepas kuliah aku pulang ke rumah dengan perasaan yang bercampur baur.....ada rasa sedih, gembira, pilu, rindu, resah dsb. Insyaallah, Jumaat nanti akan ku tunaikan janjiku. Aku akan pergi menziarahi tempat yang pernah aku taburkan sedikit ilmu buat anak-anak seagamaku... Insyaallah...

..:: wHy bLog?? ::..

Kesibukkan telah membatasi ruang waktu yang aku memiliki….komitmen dari segenap sudut yang mendatang mendesak aku untuk menunaikannya sekaligus mendahulukan mana yang lebih utama. Buat ketika ini, coretan blog belum lagi menjadi satu keutamaan bagi aku….. Maka ku biarkan blog ku sepi buat sementara waktu sebelum menjumpai ruang waktu yang selesa untuk meneruskan coretan.

Sebelum terlupa salam sayang serta ingatan tulus suci buat semua sahabatku….tidak lupa panjatan syukur padaMU YA ILAHI, alhmadulillah. Aku masih bernafas hingga ke saat ini. Pelbagai persoalan berlegar dalam ruang mindaku ketika ini. Coretan kali ini mendorong aku untuk berfikir….berfikir tentang blog……Kenapa aku berblog? Apa mesej yang aku cuba sampaikan? Adakah aku sekadar bersuka-suka? Apa yang aku mahu pamerkan? Bagaimanakah aku akan manfaatkan blog ini? Malah pelbagai persoalan lagi yang muncul bertali arus menghentak kotak akal ku.

Berat…..ku gagahi juga. Awalnya aku berblog sekadar suka-suka lebih kepada percubaan explore teknologi terkini (hehehehe) Namun, tujuan berblog ku bertukar… aku lihat ianya boleh dijadikan satu medan untuk berdakwah, berkongsi ilmu, bertukar pendapat ect. Alhamdulillah, aku sedar sebelum terlewat. Aku perbetulkan niat segala amal perbuatanku kerana ALLAH. Insyaallah…..

Sudah menjadi lumrah kehidupan……..kita adalah berbeza. Bak kata pepatah “rambut sama hitam tapi hati lain-lain” Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri untuk menyampaikan mesej, berkongsi ilmu, berdakwah dsb. Sesetengah orang meluahkan melalui puisi, sajak…ada juga yang lebih senang melalui penulisan artikel…tidak kurang juga yang bercerita…

Aku lebih senang menggabungkan kesemua cara tersebut…..berblog dengan coretan kehidupan yang sinonim dengan manusia. Melakarkan tentang perjalanan hidup yang mengandungi pelbagai rencam, asam garam, pahit manis……menyelitkan untaian madah-madah indah dari Al-Quran dan Hadis…..memperjelaskan dengan ijtihad para ulama…..Kepuasaan!!!! Syukur dengan rahmat ALLAH. Aku cuba berkongsi apa sahaja ilmu yang aku ketahui dan miliki walaupun sedikit cuma secara tidak langsung aku juga sebenarnya mendalami sesuatu ilmu itu dengan lebih khusus…. Perkongsiaan ini membantu aku untuk menjadi lebih matang di mana ilmu sedikit yang dikongsi bercambah menjadi banyak…
“Ya Rabbku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.” (QS. Thaahaa:114)

05 May 2008

..::CINTA Kita, CINTA Perjuangan::..

Dalam melewati blog sahabat-sahabat……..diri ini seperti ditarik-tarik dan dipanggil-panggil meneliti satu kisah. Sememangnya sangat menarik usai sahaja insan ini habis meneliti. Kisah yang dirasakan manis buat diri ini. Kemungkinan ia kurang menarik atau langsung tidak menarik bagi insan lain…. Suatu yang pasti kita memandang dalam kacamata yang berbeza. Namun diri ini amat mengharapkan insan lain turut merasai kemanisannya… Oleh itu, untuk merasai titipan tarbiyyah di dalam kisah ini pandanglah dari kacamata Islam dan Perjuangan. Dalam kacamata CINTA juga pastinya bisa....CINTA itu lumrah dan fitrah insani malah ia adalah hadiah Allah untuk hambaNya. Sahabat pandanglah,pandanglah dalam kacamata CINTA......sesungguhnya kacamata CINTA ILAHI.


----------- BAHAGIAN 1----------


“Enti menangis..?”
“Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia.”
“Habis, mata enti berair?”
“Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair.”

Aku tersenyum. Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan ‘masuk habuk’ yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.

“Ana tahu enti menangis..”
“Tidak…!! Tak faham-faham ke?!” Dia tiba-tiba membentak.
“Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama..”
“Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…”
“Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?”
“Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..”
“Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?” Aku berfalsafah.

Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.

“Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum..”

Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?

----------- BAHAGIAN 2 -----------

“Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!”

Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya.
“Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?”

Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak.

“Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?”

Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap ‘hangat’ pada malam ini.
“Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai’ah? Bezanya, bai’ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!”
“Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?”
“Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu.”
“Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz.”

Dia menamatkan ‘soalannya’ lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.


----------- BAHAGIAN 3 -----------


“Kau kenal dia Abdullah?"

Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.

“Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!”

Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.
“Jawab soalan aku dulu..”
“Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…” Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya.
“Jawab soalan aku dulu..” Aku memohon untuk kali kedua.
“Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan ‘kalah’ dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!”
“Jawab soalan aku dulu..” Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.
“Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… “
“Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan.”
“Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka..” Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya. ‘Lagi.. negatifnya?”
“Negatifnya.. banyak..” Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung, “Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu.”
“Apa dia..? Negatifkah.”
“Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi.”
“Gerakan militankah?”
“Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat ‘hazar’ yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!”
“Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?”
“Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!”
“Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?” Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah. “Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai’ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!”


----------- BAHAGIAN 4 -----------


Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?

“Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?”
“Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.?”
“Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya.” Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal.
“Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya’ ana sudah mempunyai ‘ikatan’ di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti.” Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.
“Ustaz tidak main-mainkan ana?”
“Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain.” “Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..” Dia terus mematikan talian telefon.

Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi ‘perisik’ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.


----------- BAHAGIAN 5 ------------


Sudah lima bulan aku di bumi ambiya’, suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi ambiya’ ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya..

“Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..” dan dia akan terus menyambung,
“Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..”

Dan biasanya aku akan ‘cemburu’ dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku. Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Cuber Café yang menjadi rumah ‘kedua’ku. Ku buka laman web Utusan Online, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku,
“SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV’
Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej : “you have 1 unread message’ namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan. “Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. ‘Dia’ yang kau amanahkan padaku untuk ‘tengok-tengok’ telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan diysaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah ‘dia’, tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!” Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas,

“Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!”

Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita!


------------ TAMAT ------------


Subhanallah........tinggi semangat juangnya untuk Islam. Diri ini sangat mengkagumi wanita itu. Masyaallah, saat ini ku merasakan betapa lemahnya diri ini. Betapa kurangnya diri ini dalam banyak perkara. Ya Allah,betapa kerdilnya diri ini kurasakan disisiMu. Sesungguhnya....diri ini masih bertatih. Diri ini sangat lemah, tidak kuat untuk berdiri mahupun berjalan sendirian tanpa dipimpin olehMu apatahlagi berlari menggapai redhaMu. Ya Allah, diri ini mohon padaMu bantulah diri ini dalam jatuh bangun menyelusuri cabaran dan dugaan kehidupan. Jangan Kau lepaskan tali iman dan aqidah yang mengikat diri ini. Simpul matikan ikatan itu moga diri ini terus berada dalam landasan yang hak (Siratal Mustaqim) Ya Allah ampuni diri ini andai terlalai, alpa dan lupa dalam mengingatiMu.


(Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ وإِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ (5) اهدِÙ†َا الصِّرَا َ Ø· اُلمستَÙ‚ِيمَ (6
5.Hanya Engkau sahaja (Tuhan) yang kami sembah dan hanya kepada Mu
sahaja kami pohon pertolongan 6.Tunjukkan kami jalan yang lurus.

..::IT'S BEGIN::..


Alhamdulillah..

Berakhirnya sebuah penantian....
Penantian itu satu penyeksaan
Sememangnya betul dan diri ini sangat bersetuju...
Diri ini sebenarnya telah melampaui had kesabaran (tak sabar dah) menanti tamatnya peperiksaan semester ni.. (hehehehe)
Kepada kengkawan yang belum habis final exam semester ini diharap anda banyak-banyakkan bersabar..
Masanya akan tiba. (^_^)

Saat dan ketika ini, diri ini dilanda mood cuti dan windu my family.....
(ayah,ibu, atok,along n abg cik dsb. nantikan kepulangan diri ini yang akan kembali menggegarkan suasana home sweet home....)

Apakah cuti study untuk berehat serehat-rehatnya??
Oh no!!!
Not for me.....totally not.
Bagi diri ini, apabila cuti semester menjelang, lebih banyak komitmen yang menanti...
Honestly......belum tiba cuti diri ini sudah mendapat panggilan, sms, email ect.
Semuanya mengharapkan komitmen...
Insyaallah, diri ini akan penuhi tuntutan tersebut sedaya upaya yang termampu
Program-program rohani dan tarbiyyah sentiasa menggamitku..
Sesungguhnya diri ini merindui suasana tersebut..
Nanti kedatangan diri ini mengisi ruang yang ada...

Penat???
Tipu sekali untuk diri ini mengungkapkan tidak.....
Adakalanya terjelepok di penjuru kerana keletihan yang tak tertahan
Biarpun begitu...
Walau tanpa ganjaran sama ada wang ringgit, t-shirt dll, penghargaan, sijil dsb
Namun, diri ini sangat puas
Puas dapat berbakti pada agamaMU.

Aku syukur padaMu Ya Rabb
Sesungguhnya Kau masih hamparkan cintaMu buat diriku...
Kau tidak membiarkan diriku lepas bebas melakukan perkara sia-sia.

TERIMA KASIH ALLAH.

01 May 2008

..::BeRkAt DoA iNsAn LaiN::..

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...............


Sebuah kapal karam di tengah laut kerana dipukul badai dan ombak hebat. Hanya dua orang lelaki yang berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan. Namun, mereka berdua yakin bahwa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untuk membagi pulau kecil itu menjadi dua wilayah. Dan mereka tinggal sendiri sendiri berseberangan di dua sisi pulau tersebut. Doa pertama mereka panjatkan, mereka memohon agar diturunkan makanan.


Esok harinya, lelaki A melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki B tetap kosong. Seminggu kemudian, lelaki A merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri. Keesokan harinya, ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sisi tempat lelaki A itu tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki B tetap saja tidak ada apa-apa.Segera saja, lelaki A ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban saja, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki B tetap saja tidak mendapatkan apa-apa. Akhirnya, lelaki A ini berdoa meminta kapal agar dia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu. Pagi harinya mereka menemukan sebuah kapal tertambat disisi pantainya. Segera saja lelaki A tersebut dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap untuk berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki B yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya, memang lelaki B itu tidak layak menerima barkah tersebut kerana doa-doanya tidak pernah termakbul. Begitu kapal siap berangkat,lelaki A ini mendengar suara dari langit menggema,

"Hai manusia, mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?"

"Barkahku hanyalah milikku sendiri, kerana hanya doa akulah yang dikabulkan," jawab lelaki A ini. Doa lelaki temanku itu tidak satupun dimakbulkan. Maka, ia tak layak mendapatkan apa-apa."

"Kau salah!" suara itu membentak tinggi "Tahukah kau bahawa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan, semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa."
"Mana mungkin, katakan padaku" tanya lelaki A itu. "Doa apakah yang ia panjatkan sehingga aku harus merasa berhutang atas semua ini padanya?"

"Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan!"

Bahawa sesungguhnya tidak mustahil jika kejayaan, kebahagiaan, kekayaan kita selama ini... adalah dari berkat doa insan lain!!!

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@