CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

29 June 2011

RAHSIA HATI

Hari ini rasa bersedia untuk membuka ‘rahsia hati’. Eheemm, apakah itu?? Bila bercakap berkenaan jodoh, perkahwinan, rumahtangga, tanggungjawab dll mesti tidak lari dari memperkatakan juga tentang CIRI/KRITERIA calon. Tidak perlu cakap dengan pantas kerana dengan laju juga orang akan bertanya: “Nak calon suami yang macamna?”; “Apa ciri-ciri lelaki untuk jadi suami ko?” dan sebagainya.

Mungkin saja kita boleh menyenaraikan puluhan ciri yang kita mahukan, ratusan mahupun ribuan kriteria yang kita inginkan ke atas seorang lelaki bagi menjadi suami kita. Jadi bagaimana pula dengan AKU??


AGAMA…..


Itu semestinya diletakkan teratas samada oleh para wanita mahupun lelaki. Dan aku juga TIDAK MENOLAK pentingnya agama yang kukuh sebagai kriteria utama yang paling mustahak.


Jadi, berbalik pada ‘rahsia hati’ yang tersimpan.


Jengg….



Jengg….



Jengggg…



Hakikatnya, dari dulu sampai hari ini aku tidak pernah mematikan rasa hati yang menginginkan seorang suami seperti AYAH. Ya, aku inginkan seorang suami seperti AYAH. Bukan kerana aku sering dimanja-manja oleh AYAH, bukan juga kerana AYAH berpelajaran dan berkelulusan tinggi, apatah kerana AYAH kaya-raya atau berpangkat bersar. TIDAK sama sekali!!!


AYAH punya ciri terbaik bagi seorang suami sekalipun mungkin terdapat kekurangan yang membuktikan manusia tidak sempurna namun tetap cukup untuk memakaikan AYAH tittle suami serta ayah mithali. Ciri yang dimiliki AYAH mungkin tidak dimiliki oleh ayah, bapa, abah, papa, abuya dan abi lain di dunia ini dan sekalipun ada ianya semakin sukar dicari apatah ditemui.


AYAHku bukan lulusan tinggi…

AYAHku tidak punya kereta mewah..

AYAHku bukan mewah limpahan wang ringgit

AYAHku juga pasti sekali bukan malaikat!!



Tapi AYAHku mengkagumkan aku… AYAH individu sederhana dan biasa-biasa, tapi ayah punya CIRI yang melebar luaskan hati aku dengan rasa kasih. AYAH pendiam, jarang bercakap melainkan perkara yang perlu namun bab sakat menyakat itu bidangnya. Hihihihi. Tapi ini kurang penting, ada yang lebih penting dan ISTIMEWA tentang ayah.


Kerana ISTIMEWAnya AYAH maka aku mahukan suami seperti AYAH…


CARING + LOVING sekalipun tidak pernah diungkap oleh bibir AYAH. AYAH tidak betah tidur selagi isteri dan anak-anak tidur. Bilamana anak tidur ayah pastikan berselimut sempuran, andai kata nyamuk banyak berterbangan AYAH pasti cepat-cepat pasangkan ubat nyamuk sambil itu juga mengibas dan menampar nyamuk dari mengganggu tidur anak-anaknya. AYAH akan tutupkan lampu, pasangkan kipas dengan kelajuan sederhana, tutup pintu. Bilamana isteri atau anak mengaduh sakit atau luka AYAH laju sahaja mengambil ubat minta dimakan atau menyapu minyak/ubat pada tempat yang berkenaan. AYAH jaga isteri/anak tika ditimba demam panas, sakit kepala dll; tuamkan kepala yang berdenyut-denyut, lap dan basahkan badan bilamana tidak dapat mandi kerana sakit, bawa ke klinik di pagi buta bilamana anak digigit lipan dsbnya. Terlalu banyak perhatian yang AYAH berikan untuk isteri dan anak-anaknya sekalipun tidak langsun terbit dari mulut AYAH lagu kasih sayang tapi perbuatana AYAH sudah cukup membuktikan kecintaan AYAH pada isteri dan anak-anak. Bedanya hari ini, si lelaki berdengkur lebih dahulu dari isteri mahupun anak-anak. Hanya isteri di biar terkontang-kanting mengurus anak-anak tatkala deman, pening, selsema menyerang. Mungkin merasakan cukup bagi lelaki memberi nafkah zahir, wang ringgit, pelajaran, ruma dan cukup dengan ungkupan “papa sayang mama dan anak-anak papa” dll. Sebuah ungkapan yang tak bernilai!!!


RAJIN MEMBANTU isteri dan anak-anak; membasuh baju, sapu sampah, menyidai pakaian di ampaian, melipat baju, membasuh pinggan dll. Sekalipun penat sepulangnya dari kerja namun AYAH tetap senang MEMBANTU. Sedang hari ini aku sedar sukarnya mencari lelaki yang bakal ‘senang’ membantu di dapur melainkan atas mohon ihsan isteri untuk membantu jika tidak mereka lebih bahagia bermalas-malasan di sofa/katil atau juga keluar beraktiviti bersama kawan-kawan di luar.


TIDAK MENGELUH walaupun sekali dalam apa jua situasi. Sepenat atau selelah mana AYAH menjalani rutin hidup; beli sarapan untuk atok, hantar atok ke tempat cuci darah, kerja, beli makan tengahari untuk atok, pulang menghantar atok ke rumah, menguruskan ubat-ubatan atok dll AYAH tidak akan berdecit penat, dan AYAH masih bertahan ke kebun mengutip durian, mengaitkan rambutan dan manggis, membawa isteri dan anak-anak window shopping dsbnya. Sedihnya hari ini bilamana seorang isteri menerima herdikan suami tatkala meminta tolong untuk mengambil lampin anak atau membancuh susu anak hasil bersama. Sergahnya penat pulang dari kerja, stress di tempat kerja dll. Apakah isteri yang bekerja itu juga tidak penat dan letih??


BERKORBAN untuk isteri juga anak-anaknya, AYAH rela menidakkan keinginan/kemahuan sendiri. AYAH akan mendahulukan isteri dan anak-anak sebelum memenuhi keinginan sendiri yang lebih penting. Sekalipun telefon bimbit ayah telah dhoif dan perlu untuk menukar ganti yang baru namun ayah rela lagi untuk membelikan isterinya pakaian baru atau anaknya telefon bimbit baru sekiranya diminta pada masa yang sama. AYAH banyak sekali BERKORBAN dalam hidupnya ini. Sekalipun AYAH cuma menantu namun AYAH jualah yang banyak menjaga dan menguruskan atok (nenek) yang semakin hari semakin uzur. Dari sekecil-kecil perkara menyediakan ubat untuk atok setiap hari hingga sebesar-besar perkara; selang sehari membawa atok hemodialisis, pemerikasaan kesihatan dsbnya. AYAH sanggup bersusah payah dari menyusahkan isteri dan anak-anaknya. Sedang hari ini, lelaki mana mungkin sanggup berkorban, keretanya lebih penting dari isteri, mungkin juga keperluan telefon bimbit lebih utama dari keperluan barang rumah ataupun susu dan lampin anak.


PELINDUNG antara sifat terkuat AYAH. AYAH pantang sekali melihat/mengetahui wanita disakiti. Bagi AYAH wanita itu lemah jadi harus sentiasa dilindungi dan bukan disakiti. Jangan sesekali menaikkan tangan pada isteri mahupun anak-anak gadisnya. Anak lelaki sendiri akan dimarahi/pukul andainya berkasar dengan anak-anak gadisnya sekalipun yang salah adalah anak gadisnya. Tidak akan membiarkan anak-anak gadisnya melakukan kerja berat mengangkat kotak berat, tong gas, almari besar dll kerana itu bukan kudrat seorang wanita dan kata AYAH ianya tidak bagus untuk kesihatan dalaman wanita sekalipun anak gadisnya mampu melakukan. Hari ini tidak ramai lelaki bertindak melindungi wanita tapi lebih ramai yang menjadi perosak. Wanita dikhianati, disakiti dan dirosakkan tanpa rasa belas.. Malah ada juga yang bergelar suami tetap tidak bertindak melindungi isteri…



Terlalu banyak untuk aku KISAHkan tentang AYAH, tidak habis sekalipun setahun….. Terlalu banyak nilai-nilai kebaikan yang AYAH punya. Namun sebagai satu catatan/coretan penghargaan untuk AYAH tercinta cukup aku lampirkan 5 sifat/ciri/kriteria yang membuatkan aku kagum lagi BANGGA punya AYAH yang bernama SAAD BIN AHAMAD. TERIMA KASIH AYAH. ADIK SAYANG AYAH SAMPAI SYURGA….


p/s: mencari ruang dan masa untuk menulis sesuatu yang bermanfaat dedikasi buat AYAH.


No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@