CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

29 June 2011

Yang I.N.D.A.H \^__^/

Sepertinya begitu pantas masa berjalan berlari meninggalkan kita. Hingga tidak sedar banyak yang telah berlalu pergi meninggalkan kita. Segala yang pahit berterbangan menjadi debu-debu halus yang tidak mahu dikutip kembali. Sedang pula yang manis ditimbun meninggi membukit di hati.

Banyak yang telah ku pelajari dalam memaknai hidup. Sekelip Berkelip-kelip mata pelbagai perkara yang sudah ku jalani hingga kini. Ada yang mendatangi aku tanpa diundang, ada juga yang berlalu pergi tanpa ku pinta. Dan untuk semua itu aku redha dan akur.



Terima KASIH Tuhan Ya Allah, kini kurasai NIKMAT dan RAHMAT setelah melalui musim-musim diuji dan teruji dengan duka lara. Syukur, alhamdulillah. ^_^


1) Hampir sekali kepada penamat larian untuk menjulang ‘piala’ ijazah sarjana. Sedikit Beberapa langkah lagi, insyaallah.

2) Ingin segera memakaikan pakaian tebal (hard cover binding) untuk En. TESIS tercinta. Kurang dari sebulan untuk membuat minor correction. Alhamdulillah..

3) Mempersiapkan diri untuk mengapai cintaMU, sesungguhnya jalan DAKWAH itu luas tidak bertepi. Terima kasih Allah atas kurniaan terindahMU.

4) Bakalan sibuk menjalani T.O.T sebelum bergelar Jurulatih PLKN Program Integrasi K2/2011 di Hotel Lagency. DIA murahkan rezekiku.



Tidak layak untuk aku menghitung milikku kerana apa sahaja MILIKKU bukan MILIKKU, nyata dan abadi ianya milik ALLAH MAHA KUASA. Cukup memiliki sebentar sekalipun tidak selamanya dan bersyukurlah andai memiliki apa yang menjadi milik selamanya kerana itu rahmatNYA buat diri. (^__^)


RAHSIA HATI

Hari ini rasa bersedia untuk membuka ‘rahsia hati’. Eheemm, apakah itu?? Bila bercakap berkenaan jodoh, perkahwinan, rumahtangga, tanggungjawab dll mesti tidak lari dari memperkatakan juga tentang CIRI/KRITERIA calon. Tidak perlu cakap dengan pantas kerana dengan laju juga orang akan bertanya: “Nak calon suami yang macamna?”; “Apa ciri-ciri lelaki untuk jadi suami ko?” dan sebagainya.

Mungkin saja kita boleh menyenaraikan puluhan ciri yang kita mahukan, ratusan mahupun ribuan kriteria yang kita inginkan ke atas seorang lelaki bagi menjadi suami kita. Jadi bagaimana pula dengan AKU??


AGAMA…..


Itu semestinya diletakkan teratas samada oleh para wanita mahupun lelaki. Dan aku juga TIDAK MENOLAK pentingnya agama yang kukuh sebagai kriteria utama yang paling mustahak.


Jadi, berbalik pada ‘rahsia hati’ yang tersimpan.


Jengg….



Jengg….



Jengggg…



Hakikatnya, dari dulu sampai hari ini aku tidak pernah mematikan rasa hati yang menginginkan seorang suami seperti AYAH. Ya, aku inginkan seorang suami seperti AYAH. Bukan kerana aku sering dimanja-manja oleh AYAH, bukan juga kerana AYAH berpelajaran dan berkelulusan tinggi, apatah kerana AYAH kaya-raya atau berpangkat bersar. TIDAK sama sekali!!!


AYAH punya ciri terbaik bagi seorang suami sekalipun mungkin terdapat kekurangan yang membuktikan manusia tidak sempurna namun tetap cukup untuk memakaikan AYAH tittle suami serta ayah mithali. Ciri yang dimiliki AYAH mungkin tidak dimiliki oleh ayah, bapa, abah, papa, abuya dan abi lain di dunia ini dan sekalipun ada ianya semakin sukar dicari apatah ditemui.


AYAHku bukan lulusan tinggi…

AYAHku tidak punya kereta mewah..

AYAHku bukan mewah limpahan wang ringgit

AYAHku juga pasti sekali bukan malaikat!!



Tapi AYAHku mengkagumkan aku… AYAH individu sederhana dan biasa-biasa, tapi ayah punya CIRI yang melebar luaskan hati aku dengan rasa kasih. AYAH pendiam, jarang bercakap melainkan perkara yang perlu namun bab sakat menyakat itu bidangnya. Hihihihi. Tapi ini kurang penting, ada yang lebih penting dan ISTIMEWA tentang ayah.


Kerana ISTIMEWAnya AYAH maka aku mahukan suami seperti AYAH…


CARING + LOVING sekalipun tidak pernah diungkap oleh bibir AYAH. AYAH tidak betah tidur selagi isteri dan anak-anak tidur. Bilamana anak tidur ayah pastikan berselimut sempuran, andai kata nyamuk banyak berterbangan AYAH pasti cepat-cepat pasangkan ubat nyamuk sambil itu juga mengibas dan menampar nyamuk dari mengganggu tidur anak-anaknya. AYAH akan tutupkan lampu, pasangkan kipas dengan kelajuan sederhana, tutup pintu. Bilamana isteri atau anak mengaduh sakit atau luka AYAH laju sahaja mengambil ubat minta dimakan atau menyapu minyak/ubat pada tempat yang berkenaan. AYAH jaga isteri/anak tika ditimba demam panas, sakit kepala dll; tuamkan kepala yang berdenyut-denyut, lap dan basahkan badan bilamana tidak dapat mandi kerana sakit, bawa ke klinik di pagi buta bilamana anak digigit lipan dsbnya. Terlalu banyak perhatian yang AYAH berikan untuk isteri dan anak-anaknya sekalipun tidak langsun terbit dari mulut AYAH lagu kasih sayang tapi perbuatana AYAH sudah cukup membuktikan kecintaan AYAH pada isteri dan anak-anak. Bedanya hari ini, si lelaki berdengkur lebih dahulu dari isteri mahupun anak-anak. Hanya isteri di biar terkontang-kanting mengurus anak-anak tatkala deman, pening, selsema menyerang. Mungkin merasakan cukup bagi lelaki memberi nafkah zahir, wang ringgit, pelajaran, ruma dan cukup dengan ungkupan “papa sayang mama dan anak-anak papa” dll. Sebuah ungkapan yang tak bernilai!!!


RAJIN MEMBANTU isteri dan anak-anak; membasuh baju, sapu sampah, menyidai pakaian di ampaian, melipat baju, membasuh pinggan dll. Sekalipun penat sepulangnya dari kerja namun AYAH tetap senang MEMBANTU. Sedang hari ini aku sedar sukarnya mencari lelaki yang bakal ‘senang’ membantu di dapur melainkan atas mohon ihsan isteri untuk membantu jika tidak mereka lebih bahagia bermalas-malasan di sofa/katil atau juga keluar beraktiviti bersama kawan-kawan di luar.


TIDAK MENGELUH walaupun sekali dalam apa jua situasi. Sepenat atau selelah mana AYAH menjalani rutin hidup; beli sarapan untuk atok, hantar atok ke tempat cuci darah, kerja, beli makan tengahari untuk atok, pulang menghantar atok ke rumah, menguruskan ubat-ubatan atok dll AYAH tidak akan berdecit penat, dan AYAH masih bertahan ke kebun mengutip durian, mengaitkan rambutan dan manggis, membawa isteri dan anak-anak window shopping dsbnya. Sedihnya hari ini bilamana seorang isteri menerima herdikan suami tatkala meminta tolong untuk mengambil lampin anak atau membancuh susu anak hasil bersama. Sergahnya penat pulang dari kerja, stress di tempat kerja dll. Apakah isteri yang bekerja itu juga tidak penat dan letih??


BERKORBAN untuk isteri juga anak-anaknya, AYAH rela menidakkan keinginan/kemahuan sendiri. AYAH akan mendahulukan isteri dan anak-anak sebelum memenuhi keinginan sendiri yang lebih penting. Sekalipun telefon bimbit ayah telah dhoif dan perlu untuk menukar ganti yang baru namun ayah rela lagi untuk membelikan isterinya pakaian baru atau anaknya telefon bimbit baru sekiranya diminta pada masa yang sama. AYAH banyak sekali BERKORBAN dalam hidupnya ini. Sekalipun AYAH cuma menantu namun AYAH jualah yang banyak menjaga dan menguruskan atok (nenek) yang semakin hari semakin uzur. Dari sekecil-kecil perkara menyediakan ubat untuk atok setiap hari hingga sebesar-besar perkara; selang sehari membawa atok hemodialisis, pemerikasaan kesihatan dsbnya. AYAH sanggup bersusah payah dari menyusahkan isteri dan anak-anaknya. Sedang hari ini, lelaki mana mungkin sanggup berkorban, keretanya lebih penting dari isteri, mungkin juga keperluan telefon bimbit lebih utama dari keperluan barang rumah ataupun susu dan lampin anak.


PELINDUNG antara sifat terkuat AYAH. AYAH pantang sekali melihat/mengetahui wanita disakiti. Bagi AYAH wanita itu lemah jadi harus sentiasa dilindungi dan bukan disakiti. Jangan sesekali menaikkan tangan pada isteri mahupun anak-anak gadisnya. Anak lelaki sendiri akan dimarahi/pukul andainya berkasar dengan anak-anak gadisnya sekalipun yang salah adalah anak gadisnya. Tidak akan membiarkan anak-anak gadisnya melakukan kerja berat mengangkat kotak berat, tong gas, almari besar dll kerana itu bukan kudrat seorang wanita dan kata AYAH ianya tidak bagus untuk kesihatan dalaman wanita sekalipun anak gadisnya mampu melakukan. Hari ini tidak ramai lelaki bertindak melindungi wanita tapi lebih ramai yang menjadi perosak. Wanita dikhianati, disakiti dan dirosakkan tanpa rasa belas.. Malah ada juga yang bergelar suami tetap tidak bertindak melindungi isteri…



Terlalu banyak untuk aku KISAHkan tentang AYAH, tidak habis sekalipun setahun….. Terlalu banyak nilai-nilai kebaikan yang AYAH punya. Namun sebagai satu catatan/coretan penghargaan untuk AYAH tercinta cukup aku lampirkan 5 sifat/ciri/kriteria yang membuatkan aku kagum lagi BANGGA punya AYAH yang bernama SAAD BIN AHAMAD. TERIMA KASIH AYAH. ADIK SAYANG AYAH SAMPAI SYURGA….


p/s: mencari ruang dan masa untuk menulis sesuatu yang bermanfaat dedikasi buat AYAH.


16 June 2011

Bila agaknya giliran kite??

Mungkin kita pernah menghadapi keadaan nie…

Suatu hari..hati sepi..hadapi kehidupan dengan tenang..

Tiba-tiba kita mendapat undangan/jemputan perkahwinan dari seorang teman..

Reaksi pertama..senyum..rasa bersyukur kerana teman kita telah bertemu jodoh..

Dalam sesaat hati tersentuh..senyum menjadi hambar..

Kita menilai diri kita.. "AKU BILA LAGI???"

Sungguh persoalan itu menduga diri kita..

Terkadang sudah jemu dengan setiap pertanyaan daripada emak..ayah..saudara-mara..kawan-kawan….jiran tetangga..

Sungguh..kita tidak ingin berada dalam situasi ini..

Kita juga berkeinginan untuk seperti orang yang lain...

Hidup berteman..hidup bahagia..punyai keluarga serta anak-anak yang comel.. :)

Sabar sahabat,

Tiga perkara sudah di janjikan ALLAH SWT yang tertulis di Loh Mahfuz atas kesemua umat manusia..REZEKI, JODOH dan AJAL..

Perjanjian ini tidak sedetik pun lewat apabila tiba masanya..usahkan ribut, taufan sekali pun tidak akan boleh menganjak janji ini..

Apa yang boleh kita lakukan..

Hanya doa sebagai pena untuk mencoret kepada kisah pengakhir janji Tuhan.

Tiadalah daya kita mempersoalkan apa yang telah diatur olehNya yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu..

Sahabat, kita didatangkan sebagai selemah-lemah kejadian dengan seberat-berat tanggungan..

"Dia Maha Mendengar dan Dia lebih tahu apa yg kita perlu daripada apa yangg kita mahu..Biar sedalam mana pun luka yangg tertoreh, berdoalah kerana ALLAH SWT Maha Memahami hati hambaNya"

- Salam Kebahagiaan Sahabat, Giliran Kita Pasti Akan Tiba Jua - Insyaallah..


13 June 2011

Menulis di atas PASIR dan memahat di atas BATU

Sahabat Hikmah...


Ada sebuah kisah tentang sepasang suami isteri yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar dan suaminya mengherdik isterinya dengan sangat keras. Isteri yang kena hedik, merasa sakit hati, tapi tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir : HARI INI SUAMIKU MENYAKITI HATIKU.



Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah oasis dimana mereka memutuskan untuk mandi. Si Isteri, mencuba berenang namun nyaris tenggelam dan berhasil diselamatkan suaminya. Ketika dia mulai siuman dan rasa takutnya hilang dia menulis di sebuah batu : HARI INI SUAMIKU YG BAIK MENYELAMATKAN NYAWAKU.



Suami bertanya : “Kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulisnya di atas pasir dan sekarang kamu menulis di atas batu ?”


Isterinya sambil tersenyum menjawab : “Ketika hal buruk terjadi, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan itu dan aku bisa melupakannya... Dan bila sesuatu yang baik dan luar biasa diperbuat suamiku, aku harus memahatnya di atas batu hatiku, agar tidak bisa hilang tertiup angin waktu dan akan kuingat selamanya."


Sahabat Hikmah...


Dalam hidup ini sering timbul perbezaan pendapat dan konflik kerana sudut pandang yang berbeda. Terkadang malah sangat menyakitkan, oleh kerananya cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan masalah yang lalu. Yang terpenting dari pelajaran dî atas, adalah :


"Belajarlah untuk selalu BISA MENULIS DI ATAS PASIR untuk semua hal yang MENYAKITKAN dan selalu MENGUKIR DI ATAS BATU untuk semua KEBAIKAN ...."


Semoga kita semua mengerti betapa berharganya sebuah "KELUARGA”.



12 June 2011

Memilih JODOH

Untuk memilih teman hidup, lelaki mesti memilih wanita yang cantik, bergaya dan boleh dibawa ke sana sini. Dalam hati mesti berbangga kerana pasangannya cantik dan orang sentiasa memuji akan kecantikan pasangannya.



Antara pujian itu:


"Pandai kamu memilihnya, kalaulah aku dapat, aku tak akan lepaskannya."

"Pewittt, hebatnya kamu, cantik... cantik... cantik."


Mesti kamu akan berbangga jika menerima pujian sebegitu.

Pasangannya boleh dibawa ke mana-mana sahaja, setiap hari keluar dating. Tidak kira siang malam, yang penting bahagia. Setiap hari ada saja temujanji untuk bertemu tanpa ada istilah jemu.


Bahagiakah namanya itu jika setiap hari keluar dating? Itulah lumrah pasangan berkasih, sehinggakan lupa segala syariat dan hukum Allah S.W.T.


"Yang penting 'happy', hidupkan hanya sekali."


Tahu pula hidup hanya sekali, kenapa tak banyakkan amal ibadat, supaya di sana nanti lebih bahagia, tidak ada masalah yang menimpa, tidak payah fikir apa pun.


Kalaulah pasangan yang dipilihnya tidak cantik, tidak bergaya biarpun pasangannya seorang muslimah sejati, orang tentu akan mengejinya. Mesti dia terseksa, walaupun dia menyedari itulah pilihan yang terbaik dan menjamin Syurga buatnya.


Antara kejian itu:


"Takde orang lain ke yang kau pilih sebagai pasangan, leceh la."

"Hahahaha, sakit perut aku, lawak, lawak... ketinggalan zaman la bro.."


Mesti sakit hati jika menerima kejian sebegitu?


Pasangan sebegini lebih mementingkan ukhrawi daripada duniawi, dia akan menolak ajakan pasangan untuk keluar berdua, kerana dia takutkan azab Allah S.W.T dan dia tidak mahu hanyut oleh godaan Iblis Syaitan laknatullah.


Tentu bosankan mendapat pasangan yang sebegini, sentiasa menolak ajakan kita untuk keluar berdua.


Tentu kita bersungut andai ajakan kita tidak dapat dipenuhinya.


Inilah pasangan yang terbaik untuk kita, walaupun dia tidak cantik pada rupa paras, tetapi dia cantik pada akhlak dan budi pekerti. Ilmu agamanya penuh di dada dan menjadi benteng untuk menghalang godaan nafsu yang melalaikan.


Untuk memilih teman hidup, wanita mestilah memilih lelaki yang handsome, bergaya dan kaya. Dalam hati mesti lebih berbangga memiliki pasangan yang sebegini. Bahagia sangat-sangat, terasa dunia ini milik berdua. Apatah lagi jika orang di sekeliling sentiasa memuji.


Antara pujian itu:


"Hebatnya kamu, dahlah 'handsome', bergaya... 'loaded' lagi"

"Kalaulah aku dapat, bahagianya hidup".


Dalam hati tak terkata, betapa bangganya memiliki pasangan sebegitu. Tidur malam tak lena, sentiasa terbayangkan wajah kekasih. Bahagia sangat-sangat sebab pilihannya menepati cita rasa. Sanggup bersengkang mata hingga larut malam semata-mata untuk memadu kasih dengan pasangan.


Sekarang ini zaman serba maju, ada facebook, handphone, semuanya hanya di hujung jari, semuanya boleh jadi. Siang keluar dating, malam pun keluar dating, bila tiba larut malam sambung lagi dengan sms, call dan ber-chatting di facebook sehingga jam 3 - 4 pagi. Tak jemukah berbuat begitu? Tentu tidak? Bila diri dilamun cinta, hati takkan jemu meluahkan rasa rindu.


Kalaulah pasangan yang dipilihnya tak handsome, tak bergaya dan tak kaya, walaupun pasangannya seorang muslimin sejati, tentu malukan? Ya lah, pasangan orang lain semuanyahandsome, bergaya dan kaya, sedangkan pasangan kita...


Pasangan kita mementingkan ukhrawi dari duniawi. Tak suka keluar dating kerana takutkan Allah S.W.T. Tentu bosankan? Asyik terperap saje. Mula nak bersungut dan menyesal kerana tersalah memilih, tak sesuai langsung dengan cita rasa kita yang gemarkan bersosial.


Inilah pasangan yang terbaik untuk kita, mungkin Allah S.W.T dah tetapkan untuk kita,s upaya kita tidak terus hanyut dengan godaan Iblis Syaitan. Allah S.W.T nak bagi untuk kita yang terbaik, jadi kita harus menerimanya dengan hati yang lapang dan bersyukur sebab kita tak terjerumus dalam kancah kemungkaran dan kemaksiatan yang menghampiri kepada azabnya api neraka.


Di dunia kita tidak merasai azab Allah S.W.T, sebab itulah kita masih menghampiri maksiat, yang ada dalam fikiran kita hanyalah keseronokkan sahaja. Kalaulah Allah S.W.T turunkan azab-Nya semasa kita berseronok dengan nikmat dunia, apakah yang terjadi kepada kita? Sama-samalah kita bermuhasabah diri..



Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Terbaik dari segala hal...
Duniawi mahupun ukhrawi...
Kelak dirimu bahagia.


Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...

Soleh dan solehah...

Mukminin dan mukminat...

Hidup sentiasa berlandaskan hukum dan syariat...

Bahagia dunia dan akhirat.


Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...

Baginya dunia hanya sementara...

Akhirat dikejar kerana itulah tempat yang abadi...

Untuk menuju ke syurga Allah.


Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik....

Al-Quran jadi panduan hidup...

Sunnah Rasulullah menjadi ikutan...

Moga kekal di dunia hingga ke akhirat...


S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@