CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

19 January 2011

RED MUMMY: Tak jadi dia pun dan pening nak pikir

Hari ini cukup sebulan sembilan belas hari aku bekerja di UMCEDEL. Dan berbaki sebulan sebelas hari lagi sebelum aku menamatkan kontrak. Sangat bahagia bekerja di sini, kerja dalam rasa tenang, rasa selesa, rasa senang, rasa gembira…… bersama ‘mereka-mereka’ yang baik hati dan budi tentunya. Tidak pernah bernada marah apatah mencaci maki sekalipun aku hanya orang bawahan. Enak sekali rasa ini…

Masakan akan nada yang menolak untuk bekerja dalam ruang lingkup yang selesa dan bebanan kerja yang mudah dengan ganjaran wang ringgit yang mampu dikira lumayan. Apakah aku akan mejadi antara INDIVIDU itu?? ~fikir lagi dan ternyata penat~

Yakin pasti yang kontrak aku untuk bekerja di sini akan disambung lagi namun hati sedang berbolak-balik. Minda sedikit kusut-masai. ~terus berfikir~ Mahu terus di sini atau berhenti untuk memberi laluan kepada penulisan ilmiah (tesis) secara mutlak?

Ternyata dibelenggu….. dalam dilemma. Ternyata setiap keputusan yang bakal dibuat terdapat ‘nilai’ (+)ve dan (-)ve buat diri. Namun, nafsu manusia ini ternyata inginkan ‘win-win situation’… mahukan kedua-duanya dan tidak ada yang rugi. ~masih berfikir~

Segala keputusan aku bakal bersandarkan pada progress semakan tesis dari mama halimah (penyelia) bagi 1st draf Bab 1 dan 2 dan boring soal selidik. If segalanya seperti baik-baik sahaja, kemungkinan besar aku akan terus setia di sini sebelum mendapat pekerjaan tetap, jika sebaliknya…. Aku harus aku bahawa aku wajar lepaskan yang satu ini demi masa depanku.

Aku tidak mahu sama sekali mengalami nasib ‘yang dikejar tak dapat sementara yang dikendong keciciran’. Aku mengharapkan yang terbaik untukku dariMU Ya Rabb.

No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@