CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

27 October 2010

Berani kerana BENAR!!!!!!!!!!!!

Cik comey wanita berhati besi ka??? Nape yea orang slalu cakap Cik Comey cekal, tabah, kuat, kental....... sebab slalu gelak tawa riang ria, sering jaa kecoh tak hengat, terlalu aktif etc. Ntah laa… no komen sebab CC rasa diri besa-besa ja. (psssssstttttttttt… hati CC sebenarnya lembut taw, tak keras pun, chantek jaa… hihihhi).

Alkiasah nak jadi cerita… seorang pompuan berhati konkrit.

Menda ni berlaku sepantas rabbit comey…… ikikikikikiki. Sampai sekarang CC masih terfikir dan berfikir. Story nie panjang benor oleh demikian CC pendekkan citernya. Hari ni, ehhh semalam okie means 26/10/2010 CC da kelas dari kul 2.30-9.00 malam (hari ni 2 kelas ya kawan-kawan).

Dan hari ni jugak CC da presentation maka CC mem’present’kan apa yang sepatutnya. Hakikatnya, CC sangat-sangat tak sihat pada hari kejadian. Sangat-sangat sampai present pun dengan muka berkerut kedut + tersasul-sasul silap sebut jumlah dll (adoiiii sangat laaa huru-hara tapi still maintain comey). Pape pun present cool n very the smooth then pas present jaa CC minta laa izin ngan lecture untuk balik awal dan berehat sebaiknya di rumah walaupun tak habes kelas lag. Before tu CC bergegas hantar assignment dan maklumkan kat lecture kelas petang yang CC tak dapat hadir kelas coz saket teramat (harus laa baik-baik sebab lecture ni juga adalah merangkap my supervisor). Inikah kisahnya???? Bukan-bukan….. citernya bermula di persimpangan dilemma…. Hahahaahh.

Nak jadik citernya, CC pun balik laa ke umah sewa. Dengan membawa speda(motosikal) pada kelajuan maksimun coz nak cepat sampai coz saket tak tertanggung. Baru jaa agak-agak nak buat pecutan kat traffic light dekat ngan stesen LRT UM,tuptuptup tak terlepas laa coz lampu merah. Selamat laa CC sabar and pemandu berhemah so follow laa the rule. Ahakahakahakkk. Tak lama mana past kuar lampuu hijau untuk sapa yang nak pergi terus dan yang nak belok ke kanan still tak hijau lagi. Pastu CC pelik laa awatnya kenderaan lain tak bergerak-gerak lagi…. pastu CC piker depa-depa ni mesti nak belok tu yang tunggu lampu belok ke kanan meng’hijau’ lu. So CC nak jalan laa… dah jalan pun moto ……………………………………………………………… Maka terjadi laa cerita yang baru jaa CC jalan skit moto tuptuptuptup………. Pakcik polis muka bengis bersama moto besar dia menghadang perjalanan CC. Terkejuzzzz den dan pastinya menjadi tontonan semua di situ. Ohoohhohoho.




Sangat laa pelik bin ajaib lagik…. CC perasan laaa pakcik polis tu membebel yang sebenarnya marah tapi CC tak pasti paa dia cakap sebab kurang dengar dan CC juga jawab laa kat pak cik polis tu… “ni napa plak?? Lampu hijau laa……, saya jalan laa” siap CC tunjuk-tunjuk kat traffic light tu. Bahawasanya lampu untuk pergi terus adalah hijau okies. CC rabun bukan buta yea kawan-kawan. Malas nak cakap banyak-banyak… bila pakcik polis tu undur skit moto dia, CC belok skit dan belah macam gitu jaa, buat tak dak perasaan. Selamat laa pakcik polis tu tak kejar or minta lessen or road tax kalu tidak kompen kena saman (psstttt…….road tax CC dah due date pun dekat 6-7 bulan)


.


Tapi serius waktu kejadian tu CC memang tak rasa apa, takut pun tak panic lagik tak… Cuma terperanjat skit jaa sebab pelik pakcik polis tu hadang perjalanan CC. Mungkin dalam masa yang sama sebab CC saket kot tu yang tak terpikir sangat. Tapi memang CC pecut terus laa lepas tu, tak pandang kiri kanan dah malu kat orang kot nanti depa kata ishhhhh…ishhhhh..ishhhh, pompuan ni. Huhuhuhhhuhu. Tapi memang bukan salah CC k sebab lampu tu memang dah bertukar hijau. So, berani kerana benar. Ternyata CC tak salah maka CC tak takot… dan tak perlu takot. Jangan laa tuptuptupp…. sampai surat saman plak. Tak dak duwet mahu bayar. (^_^)

Balik tu story mory laa kat housemate……. Depa pakat dok kata, beraninya CC. Depa kata kalu depa dah kecut dah dan mungkin dan nanges sebab takot. Huhuhuhhu. Berani laa sangat….. Tapi memang laa kita kena berani, berani bertempat macam slalu ibu CC pesan. Pape pun sampai umah terus terbongkang di pembaringan menahan sakit. Hingga saat ini masih saket… hope esok saket hilang. Redha dengan rasa saket ni, kifarrah dosa-dosa lalu yang teramat banyak.

* CC berani kaa atau terlebih berani??? Ibu slalu jaa cakap ngan kat CC yang wisaukan 1 jaa kat CC iaitu terlebih berani. Huhhuhuhuhuuh.


26 October 2010

K!sah KAU, k!sah AKU

Begitu pantas masa berlalu, semester 5 akan berakhir. Debaran peperiksaan akhir semakin menghampiri. Qistina bertambah bimbang, terlalu banyak subjek yang belum sempat di ‘cover’. Sedikit sebanyak ada keluhan, tapi kerja-kerja da’wah adalah lebih penting. Kalimah mulia: ’Allah sentiasa membantu umat yang membantu agamaNYA’, itulah yang menenangkan jiwa Qistina. Tapi dia sedar tanpa usaha pasti semuanya akan hancur, tiada bantuan Allah tanpa usaha.

Syawal bakal menjelma, Ramadhan kian melangkah pergi. Qistina sayu tahun ini dia masih tidak berkesempatan untuk merebut Lailatulqadr. Dia akur dengan ketentuanNYA. Moga masih ada Ramadhan untuknya lagi, itulah doanya. Kemeriahan Syawal dinanti tiba, hanya seperti tahun-tahun lalu, pada awal pagi ke masjid tunaikan solat sunat aidilfitri, kemudian ke rumah nenek sebelah abah bertemu sanak saudara. Hidangan nasi dagang menjadi santapan, melepaskan rindu pada makanan tradisional itu. Gembiranya hati Qistina bertemu sanak saudara, keriangan itu meronta-ronta untuk pulang ke kampung ibunya. Pasti lebih meriah. Terlalu gembira dapat berkumpul bersama, gurau senda menjadi santapan. Itulah yang menenangkan hati Qistina, menghilangkan sedikit tekanan kerja dakwah dan gundah menanti peperiksaan akhir.

2 Syawal, rancangan beraya saudara sebelah ibu menuntun Qistina bangun awal. Bersiap-siap, sarapan bersama keluarga.

‘Eh, mesej dari Fiqa! Awalnya bagi mesej’, Qistina membuka mesejnya itu.

Qis, ada seorang akh nak kenal, dia tengah mencari pasangan. Dia kawan Harith, umur 23, baru graduasi Ijazah Sarjana Muda Quran&Hadith UKM’, mesej itu sedikit menyentap hati Qistina.

‘Ya Allah, apakah semua ini. Adakah dia ahli jemaah kampus?’ persoalan itu bermain-main di benak Qistina. Hatinya dapat merasakan muslimin itu bukan ahli jemaah Islam kampus.

‘Fiqa dah buat solat istikharah dua kali, memang rasa kuat sangat akh tu untuk Qis. Akh ni segan dengan muslimat, sebab tu dia minta tolong. Namanya Fariz Saufi, orangnya sederhana’, kata-kata Shafiqah buat Qistina terkedu seketika.

‘Betul ke dia untukku? Perlukah aku berkenalan dengannya?’ pelbagai persoalan berlegar di mindanya. ’Ya Allah,berilah petunjuk kepadaku’, rintih Qistina keresahan.

Qistina cuba menghilangkan keresahan, tenang tidak memikirkannya. Keriangan ziarah sanak saudara melupakan Qistina pada keresahan itu. Hari terus merangkak, sekeluarga berehat setelah penat beraya. Hati Qistina resah tiba-tiba, ketidaktenangan itu hadir kembali. Kepalanya sarat dengan pelbagai persoalan, serabut. Lantas dicapainya handset dan mula menaip.

‘Salam, Fiqa. Qis rasa tak tenang sangat. Siapakah akh itu?’ Qistina menanti jawapan dari Shafiqa.

‘Wassalam. Jangan risau Qis. Nanti Fiqa bagi nombor telefon Qis pada akh tu ye. Nanti dia hubungi Qis. Betul Qis, Fiqa rasa akh tu sesuai untuk Qis’, kata-kata Shafiqa mengurangkan sedikit resah Qistina.

‘Syukran Fiqa. Qis percaya dan yakin dengan petunjuk yang DIA bagi pada Fiqa. Doakan Qis ye’, hatinya sedikit tenang. Kerana kesungguhan seorang sahabat untuk membantunya dan istikharah serta harapan Shafiqa membuatkan Qistina terima untuk berkenalan dengan akh itu. Dan juga istikharahnya.

‘Terima kasih Qis percaya pada Fiqa. Fiqa doakan terbaik untuk Qis’, mesej Fiqa menghentikan perbualan antara mereka.

Selesai solat isya’ bersama keluarga, Qis merebahkan kepalanya ke bantal yang empuk. ’Penatnya beraya’, getus Qistina. Qistina mencapai handsetnya, tertera beberapa ‘miscall’ dari nombor yang tidak dikenali. ’Pasti akh tu’, Qis mengagak. Handsetnya berbunyi lagi, nombor itu tertera di paparan. Qistina tidak mengangkatnya. Dia kurang selesa untuk menjawabnya.

‘Assalamualaikum. Maaf ana kurang suka untuk kenal terus melalui perbualan. Cukuplah sekadar sms. Lagipun ana kurang suka untuk berbual dengan muslimin dan ana tidak biasa berbual dengan muslimin. Syukran,’ mesejya sampai pada nombor akh itu. Memang Qistina kurang suka berhubung dengan muslimin terus melalui perbualan dalam telefon.

‘Waalaikumussalam. Ana minta maaf. Ana hanya nak maklumkan ana tak dapat nak hubungi enti malam ni. Jika sempat ana akan mesej enti nanti. Wassalam’, balasan akh itu memutuskan perbualan mereka. Qistina tak kisah sangat akh itu mesej atau tak. Tiada perasaan.

Hari-hari terus berlalu, Qistina sibuk dengan persediaan menjelang peperiksaan akhir. Dalam kesibukan, perkenalan dengan akh Saufi semakin erat. Banyak diperbualkan dan dibincangkan. Bagi Qistina, akh itu memang jelas matlamatnya untuk bersatu dan sepanjang perkenalan, mereka sering menyentuh tentang perancangan untuk masa depan. Dalam sedar, hati Qistina semakin menyenangi akh itu, ada keserasian dan persamaan antara mereka, mungkin. Qistina mula memasang harapan dan angan-angan membentuk sebuah ikatan yang sah. Seketika Qistina dilamun rindu dan cinta. Cinta makhluk, yang kebanyakannya menjanjikan kedukaan dan kesengsaraan.

“Kita sama-samalah berdoa agar ada jodoh antara kita.” mesej akh Saufi sering berbunyi sebegitu. Tenang Qistina membacanya. Percaya dengan bicara itu, hasrat hati akh Saufi bukannya kecil. Qistina mula terbuai dengan cinta ‘anta anti’. Jerat syaitan semakin melebar. ’Duhai hati, janganlah kau begini.Ingatlah pada cinta Ilahi,’ Qistina mengingatkan diri. Beristighfar atas kelekaan.

Fiqa, sahabat penghubung untuk Qistina mengetahui lebih lanjut tentang diri Saufi, begitu juga di pihak Saufi. Dihitungkan, Fiqa lebih rapat dengan Saufi berbanding Qistina sendiri. Semua itu bukanlah menjadi masalah pada Qistina, kerana dia tahu dalam perhubungan perlu ada garis hadnya. Jerat-jerat sang pencucuk, penghasut perlu diputuskan.

Usia perhubungan semakin bertambah. Lebih menyenangi, lebih memahami juga menyayangi. Tiba-tiba keresahan melanda jiwa. Entah mengapa. Rusuh hatinya, buntu fikirannya memutar. Qistina dapat merasainya. Ya, satu perasaan dikecewakan, dipermainkan. Mencucuk-cucuk bak belati tajam menikam dadanya. Seorang lelaki bersama seorang perempuan sedang ketawa gembira ditayang di skrin mindanya. Ya, dia nampak akh Saufi bergembira dengan perempuan lain. Lama Qistina berfikir, dan terus berfikir. Memujuk hati dan minda agar tidak bersangka buruk. Kalimatullah diiringi, menghiasi bibir. Takut, takut termakan hasutan iblis.

“Salam. Asif menganggu. Ana harap perhubungan antara kita berlandaskan kejujuran. Asif, bukan ana ingin su’un dzon, dan tidak sesekali ana menganggap diri enta seperti itu. Tetapi, hati ana mengatakan, enta ada ‘seseorang’ yang lain. Betulkah? Ana sangat mengharapkan jawapan jujur dari enta. Syukran,”akhirnya punat ‘hantar’ ditekan kepada nombor Saufi.

”Waalaikumussalam. Mungkin hati enti bersih, lalu Allah campakkan perasaan itu kepada enti. Apa yang ana mampu katakan, maafkan ana atas kekurangan dan kelemahan diri ana.” Balasan Saufi dibaca berkali-kali. Namun tidak dapat difahami maksudnya. Qistina menanyakan kembali kepada Saufi, apakah matlamatnya untuk berkenalan dengannya? Adakah benar dan jelas matlamatnya untuk membina hubungan suami isteri, ataupun sekadar suka-suka untuk berkawan? Sebelum ini, Saufi menunjukkan hasratnya yang ikhlas untuk ’mengahwininya’. Tetapi, kini seolah berbeza. Qistina ragu-ragu. Prinsipnya, tiada ikatan perhubungan ’rapat’ dengan muslimin, jika bukan bermatlamatkan ikatan pernikahan. Tiada jawapan daripada Saufi. Lama. Pertanyaan Qistina tentang ’matlamat perhubungan’ tetap tidak terjawab.

********************** END PART ONE *********************

Kebisuan Saufi seolah mengiyakan dirinya ada ’seseorang’ yang lain. Sikap menyepi Saufi pamerkan dirinya masih ragu-ragu dengan perhubungan antara mereka. Itu, kesimpulan yang dibentuk Qistina. Hatinya menyimpulkan. Suara jiwa kecilnya mengiyakan. Sukmanya berbisik, ’benar’. ’Benar, Qistina.’

Rutin hidupnya diteruskan. Bersama buku, kerja kursus dan pembentangan, resam seorang mahasiswa. Semester akhir berbaki berdikit merangkak berlalu pergi. Semester terakhir, dia perlu tumpukan lebih kepada pembelajarannya, di samping kerja-kerja da’wah. Kesibukan dan sengaja ’menyibukkan’ diri membuatkan tumpuannya kurang tentang masalah hubungannya dengan Saufi. Dia yang inginkan begitu. Dia yang minta agar tidak berhubung.

”Ana minta kita tidak perlu berhubung buat masa sekarang. Masing-masing ambil masa untuk berfikir dengan kewarasan dan petunjuk iman. Selepas tenang, enta ceritakanlah apa yang telah berlaku sebenarnya.” Sengaja dia minta sebegitu. Tidak mahu kehidupannya terjejas kerana hal ’perasaan’ ini. Satu kerugian bagi seorang muslim. Lebih dambakan cinta yang tidak pasti daripada cita-cita. Cinta sejati itu menyembuhkan, bukan menyakitkan. Cinta Ilahi dan kerana Ilahi. ’Oh, cinta ini menyakitkan.Cinta ini menyeksakan. Ampuni aku ya Rabbi.’

”Bagaimana hubungan kau dengan akh Saufi, Qis? Ada apa-apa yang menarik ke untuk dikongsi? Manalah tahu, sudah merancang untuk kahwin selepas graduasi nanti. Macam mana? Qis suka dia?” banyak betul soalan Shafiqah.

Qistina senyum nipis. Tampak manis, luarannya. Dalamnya, hanya Tuhan sahaja yang tahu. ”Alhamdulillah. Kami agak serasi,” ringkas jawapan Qistina.

” Akh Saufi pernah tanya Qis tentang Fiqa dengan Harith. Serius atau tak,”Qistina mengalih topik.

”Betul ke? Qia jawab apa?”

”Qis jawab tak pasti. Minta dia tanya Fiqa sendiri kalau nak tahu. Takut Fiqa marah Qis cakap tentang hal peribadi Fiqa pada Saufi.”

”Owh, dia pernah tanya Fiqa dulu.” Suasana sepi seketika. Malaikat lalu, kata orang-orang tua. Masing-masing larut dalam dunia sendiri. Rusuh hati Qistina bertambah hebat dengan kata-kata Fiqa. Tidak pasti apa di hatinya. Dia tahu, Saufi dan Fiqa sering berhubung. Walaupun baru berkenalan, sama sepertinya. Hatinya melonjak untuk bertanyakan tentang keadaan Saufi. Tetapi, dimatikan hasrat itu. Biarlah, biarlah begini dahulu. ’Fiqa, Saufi,’ Qistina tidak tenang.’Bagaimana Harith?’ satu suara dari arah lain kedengaran.’Astaghfirullahal’azim’, hati Qistina menangis. Sungguh, dia telah lalai dan hanyut.

Sukmanya melonjak-lonjak ingin tahu. Tahu tentang cerita di sebalik tindakan Saufi. Tentang hakikat kebenaran atas apa yang berlaku. Qistina cuba memujuk hati, sabar, sabar. Jangan bertindak melulu. Dia ingin bertanyakan hal sebenar kepada Saufi. Dia perlu tahu, agar dia tidak lagi berteka-teki. Berfikir yang tidak sepatutnya. Bermain-main dengan prasangka. Wudhu’ diambil, sucikan diri. Tenangkan hati. Solat sunat taubat ditunaikan. Diteruskan dengan solat sunat istikharah. Waktu masih pagi, jarum pendek mencecah angka 10. 10 pagi. Doanya panjang. Meminta diberi petunjuk samada perlu dia bertanya pada waktu sekarang, ataupun perlu menunggu masa yang lebih lama sebelum berbincang. Usai solat, Qistina membaca surah Yassin, hati al-Quran. Tiba pada bacaan ayat 77, diulanginya 7x. Ketenangan yang amat menerobosi sukmanya. Petunjuk diminta dikurniakan dengan sebuah ketenangan dan kedamaian. Dia pasti jawapan untuk tindakan yang perlu diambil.

”Maafkan ana. Sebenarnya ana telah berkenalan dengan seorang muslimat. Ana kenalinya sebelum ana kenal dengan enti. Ana fikir lama, apa yang patut ana buat. Muslimat ini sangat mengharapkan pada ana. Dia ini tidak seperti enti. Enti seorang yang hebat dalam perjuangan dan da’wah. Pada ana, dia perlukan ana untuk membawanya mengenal erti perjuangan Islam. Keluarganya bukan seperti enti, perjuangan enti. Keluarganya menentang perjuangan kita. Ana ingin selamatkan dia. Ana kira, enti boleh teruskan perjuangan ini tanpa ana. Enti seorang yang kuat dan hebat. Maafkan ana, ana harap enti memahami,”jawapan Saufi kembali meragut ketenangan Qistina. Hatinya bagai di siat-siat. ’Subhanallah’, terluncur kalimah memuji keagungan dalam kecewa. Dia tidak menyangka, apa yang Allah hadirkan dalam hatinya sebelum ini adalah benar. Benar, ya benar, Saufi mempunyai ’seseorang’ lain. Bukan dia, tapi orang lain.

Perasaannya bercampur-baur. Sedih, kecewa, marah, benci. Semua bersatu.”Alhamdulillah, akhirnya ana temui jawapan keresahan ini. Maha Suci Allah yang mengaturkan. Ana hormati niat ikhlas enta. Ya, untuk tarbiyyah dan da’wah. Tiada apa yang dapat ana tuturkan lagi. Jawapan enta telah mematikan kata-kata ana. Enta telah memberikan titik noktah. Enta tidak memberi peluang kepada ana, berbincang dengan ana soal ini dan sama-sama membuat keputusan. Tetapi, yang enta berikan hanya titik, tidak boleh ditukar koma, enta memilih muslimat itu, bukan ana. Enta ceritakan kebenaran sebenar dengan hasil sebuah keputusan, bukan peluang. Kenapa ingin mengenali ana? Adakah hanya untuk perbandingan?,” hatinya sakit. Mudahnya bagi seorang Adam. Memilih pasangan, ibarat memilih baju untuk dipakai. Tiada lagi cita-cita bersatu sah dengan Saufi dalam kamus hidup Qistina. Beberapa bulan sahaja lagi, sebelum menamatkan pengajian, bukanlah menjadi penghalang untuk dia menyimpan hasrat itu. Kini, semua telah tiada. Itu keputusan Saufi. Fariz Saufi yang ingin mengenalinya untuk mencari pasangan hidup. Pengakhirannya, hakikat ini yang diterima Qistina. Tiada air mata mengalir, walau sedikit. Entah kenapa. Walau kecewa, air matanya mahal untuk mengalir kerana cinta lelaki. Sekadar perasaan remuk dan hancur dirasai. Dia pasrah, yakin setiap kejadian ada hikmahnya. Dia akan nampak hikmah itu nanti. Tiba-tiba hati kecilnya berbisik,’Dia tidak akan dapat bersama muslimat itu. Pasti ada halangan.’Qistina terkejut dengan bisikan hatinya.’Allah,Allah. Jauhkan aku dari prasangka,’ berbisik meminta.

**************** END PART TWO ****************

”Salam, Fiqa. Qis nak jumpa sekejap. Ada sesuatu hendak cerita. Jumpa di kafe ya.” Qistina menanti Shafiqah.”Antara kami sudah tiada apa hubungan lagi. Saufi ada muslimat lain,” perlahan Qistina menceritakan. Dari A hingga Z, rentetan peristiwa diceritakan kepada Shafiqah. Shafiqah nampak terkejut.

”Huh, sungguh tamak, seperti anjing mengejar bayang-bayang,” luah Shafiqa, agak emosi. Qistina sekadar membatu.”Pasti muslimat itu lawa. Saufi banyak kali tanya tentang Qis, lawa ke tak. Dia ’high-taste’ sangat.”

”Tak apa, lawa itu penting bagi Ustaz Fariz Saufi,” suara Qistina bergetar. Dia akur. Dia mula nampak hikmah kejadian. Ternyata Saufi lebih pentingkan rupa paras daripada perjuangan. Itu bagi Qistina. Bagi Qistina, perjuangan adalah utama. Memang dia turut memilih rupa, fitrah manusia sukakan kecantikan. Tetapi apabila kita mengenal islam dan perjuangan, paras rupa bukan lagi keutamaan jiwa.

Satu persatu hikmah peristiwa tersingkap. Qistina melafazkan rasa syukur, walaupun sayang dan cintanya masih berbekas. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang.

”Satu, soalan. Enta istikharah tak sebelum nak kenal ana?” ”Tidak.” Jawapan seorang ustaz takhasus quran hadith. Kecewa. Qistina cukup kecewa. Bukan kerana dia tidak menjadi pilihan. Tetapi, kecewa dengan tindakan seorang ustaz, tidak menitikberatkan dalam hal sebegini dengan petunjuk Allah. Qistina memberikan tazkirah panjang dengan jawapan ’tidak’ ustaz Saufi. Dia bukanlah orang yang layak menegur seorang ustaz. Sedangkan dia bukanlah seorang ustazah. Hidup penuh pilihan, banyak jalan yang perlu dipilih. Hati dalam genggaman Allah. Berbolak-balik dengan kekuasanNya. Setiap tindakan, mintalah petunjuknya. Kerana kata hati, kata aqal bukan selalunya benar membuat pilihan.

”Biasalah ustaz. Dia rasa dirinya sudah baik. Jadi, pasti ramai perempuan baik akan sukakan dia. Yang dapat semua baik-baik, pilih yang lawa lah pulak. Tapisan terakhir.”

”Ish, baiklah lelaki bukan ustaz. Sekurang-kurangnya sudah dapat yang baik itu, hargai betul-betul. Rupa kedua. Sebab tolak yang baik ini, rugi. Bukan semua yang baik datang pada dia.”Pandangan sahabat-sahabat berlegar di minda. Logik, memang logik pandangan mereka. Tetapi, bukan semua ustaz seperti itu. Apa yang dikesalkan, ada ustaz sebegitu. Apa guna ilmu tinggi, jika nafsu lebih menguasai iman. Huh, bak kata popular : ”lelaki semuanya sama”. Betulkah?

Shafiqa menemui Qistina. Kolam matanya bergenang. ”Harith tinggalkan Fiqa. Padahal kami sudah merancang untuk kahwin tahun depan. Masing-masing sudah berbincang dengan keluarga.” Qistina terpana.

”Ya Allah, Fiqa! Kenapa boleh jadi macam ini?””Fiqa tak tahu. Dia senyap. Menyepi diri. Akhirnya Fiqa tahu, dia nekad untuk putus.” Qistina sedaya memujuk dan memberi kata semangat. Ada yang lebih baik tersedia untuk Fiqa. Ya Allah, semudah ini kaum Adam bermain dengan perasaan kaum Hawa.

Masa terus berlalu. Dalam hembusan nafas, dalam kerdipan mata, peperiksaan semester akhir menghampiri. Kali ini, perasaan Qistina lebih bebas. Bebas dari soal perasaan dan cinta manusia. Pernah Saufi menelefonnya, ada persoalan Qistina soalkan. Kali pertama Qistina benarkan Saufi menelefonnya. Hatinya sudah kosong terhadap Saufi. Dia sedar, di sebalik suara Saufi, ada masalah menimpanya. Namun, tidak disoalkan Qistina. Qistina mengajar hatinya agar lebih tegas dengan perasaan. Biarlah dikatakan sombong, yang penting dia mahu menjaga hatinya daripada anasir-anasir cinta terlarang. Menjaga hubungannya dengan al Khaliq. Daripada Shafiqa, Qistina mengetahui yang muslimat itu telah meninggalkan Saufi. Memilih yang lain.

”Qis, Fiqa nak bagitau sesuatu. Qis jangan terkejut ya.””Kenapa Fiqa? Suspen sahaja bunyinya,” Qistina bergurau.”Qis tahukan Fiqa masih berhubung dengan akh Saufi?” Qistina mengangguk.

”Erm, akh Saufi luahkan perasaannya pada Fiqa. Dia kata dia suka Fiqa.”Buk, bagaikan sebiji batu besar menghempap jantung Qistina. Inikah sebenarnya diri Ustaz Fariz Saufi?”Fiqa terima?””Fiqa pun agak suka pada dia. Kami masih baru. Belum buat keputusan nekad, untuk serius atau tidak.”Qistina senyum, menunjukkan lagak gembira, meraikan perasaan Shafiqah. Sedangkan hatinya...

‘Ya Allah, bercabang-cabang kisah hidupku ini. PadaMu kuserah segala,’ hatinya berdoa. Hidup ibarat roda, berputar-putar. Akhirnya menemui titik pertemuan yang sama. Ke depan, belakang. Sekejap di atas, sekejap di bawah. Penemunya tetap sama. Inilah kehidupan. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Begitulah analogi sebuah roda dengan hakikat kehidupan.

Sebuah perkenalan, sebuah perhubungan, sebuah konflik, satu mainan perasaan cinta, rindu dan sayang, buatkan Qistina berteleku panjang di tikar sejadah. Merenung semua peristiwa. Dia tersedar dengan kelalaian. Membina hubungan dengan sering berhubung, hanyalah mengundang ketidakrestuan al Khaliq. Dia membimbing hati agar tidak mudah jatuh cinta pada cinta manusia. Dia sedar, hatinya cepat tersentuh dan menerima ‘lamaran’ perkenalan seorang lelaki. Istighfar dipanjangkan bilangan bacaannya, hatinya sayu. Sayu dengan penuh kesyukuran. Disedarkan sebelum dia lebih lanjut terlena dengan buaian cinta, kata manis kaum Adam.

Kisah kehidupan dan perjuangannya masih jauh dan panjang, jika masih belum dijemput ajal. Tiada lagi, dambaan cinta lelaki di hati. Harapan diletakkan pada Saufi, itulah kesilapan. Soal hati, soal cinta adalah soal aqidah. Sejauh mana keyakinan dan pengharapan diletakkan kepada Pencipta hati-hati. Tetapi ramai yang tidak yakin, letakkan harapan pada manusia. Ikat sebuah hubungan dengan syarat sering bermesej, berbual dan bertemu. Inilah situasi menunjukkan longgarnya aqidah masa kini. Jadikanlah kisah cinta agung Saidina Ali r.a dan Fatimah sebagai pedoman, disatukan dengan keteguhan aqidah, keyakinan dengan kuasa Allah yang menyatukan.Malam itu, selesai solat sunat istikharah, meminta ditunjukkan dan dipandu di atas jalan yang lurus (siratalmustaqim) di dunia dan akhirat, Qistina bermimpi. Mimpinya didatangi seorang pemuda, ada sinar di wajahnya penuh ketenangan. Pemuda itu membelakanginya, berbaju melayu serba putih dengan serban dililitkan di kepala. Pemuda itu berpaling menghadapnya. Sekuntum senyuman indah disedekahkan, lafaz assalamualaikum diucapkan. Qistina menyalaminya dengan menjawab ’waalaikumussalam, suamiku.’

Mimpi hilang. Qistina terjaga. Lantas memutuskan ikatan syaitan dengan wudhu’. Malam masih panjang. Qistina bangkit untuk tunaikan solat tahajjud dan solat-solat sunat yang lain. Dia rindu, rindu amat untuk bermunajat di malam yang hening. Di ketika malaikat-malaikat bersama-sama dengan orang-orang yang sujud pada ketika insan lain lena dibuai mimpi. Sesungguhnya mati itu pasti, hidup ini InsyaAllah. Qistina berpegang pada falsafah keramat itu...PRINSIP HIDUP INI...

*************** END OF THE STORY ***************


Dari Suhaib al-Rumi, Nabi saw bersabda yang bermaksud : «Sungguh mengkagumkan urusan orang mukmin itu, setiap urusannya adalah baik, tidaklah perkara ini berlaku kepada seseorang pun melainkan orang mukmin, jika dia mendapat perkara gembira, dia bersyukur, itu adalah baik baginya, dan jika dia ditimpa musibah, dia bersabar, itu adalah baik baginya».

Tiadalah bagi lelaki yang beriman dan wanita yang beriman (hak) untuk memilih dalam urusan mereka apabila Allah dan RasulNya telah memutuskan urusan itu. Barangsiapa menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata» [al-Ahzab : 36].

Wanita ibarat seperti epal.. Epal yang tidak berkualiti amat senang untuk deperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak susah untuk digapai. Terkadang epal itu risau, kenapa diriku belum dipetik? Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan sebenarnya telah Allah jadikan ia begitu tinggi martabatnya hingga tiada sesiapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu memilikinya. Mungkin bukan di Dunia tetapi di Akhirat.. Biarlah jodoh bukan di Dunia, asalkan cinta di Akhirat.




25 October 2010

PERKENANKAN....Perkenankan....


YA RAHMAN YA RAHIM


Ampuni dosa-dosa yang terkadang aku lalai lagi alpa…
Pandu dan pimpinlah aku ke siratMU yang lurus,
Bimbinglah diri yang lemah ini agar kekal dalam BERGURU
Serta pegangi juga orang-orang yang sentiasa bersamaku dalam membesarkan namaMU
Terima kasih atas semua kurniaan yang ENGKAU berikan

YA RABB…

Jangan ENGKAU berikan kekayaan yang membuat aku sombong
Jangan ENGKAU berikan kemuliaaan yang membuat aku lalai
Jangan ENGKAU berikan kekuatan yang membuat aku angkuh
Jangan ENGKAU berikan kesenangan yang membuat aku lupa
Jangan ENGKAU berikan kenikmatan yang membuat aku kufur
Jangan ENGKAU berikan pangkat yang membuat aku terpedaya
Jangan ENGKAU berikan pahala yang membuat aku tidak ihklas.

YAA BARI YAA MUWASSIR…

Andai ENGKAU berkenan…
Berikan aku semua dengan kasih dan sayangMU
Hingga aku semakin tahu diri dan mensyukuri segala yang ENGKAU berikan…

YAA WAHHAB…
Berikan aku sahabat-sahabat yang selalu setia dalam menggapaiMU
Yang cekal dan tabah dalam segala keperitan
Yang tidak menjauh bila diberi kesenangan, tidak mengeluh bila diberi dugaan
Berilah saudara-saudaraku nikmat dan rahmatMU yang membuat mereka selalu bersyukur kepadaMu,
Janganlah kami ENGKAU pecah belahkan kami
Janganlah kepada kami ENGKAU titipkan dendam kesumat, hasad dngki dan sifat-sifat tercela,
Tapi titipkanlah di hati kami sifat saling menyayangi dan mencintai sesama…
Hari ini dan untuk selamanya
YAA ALLAH…

Perkenankanlah doa hambaMU ini….



24 October 2010

In relationship

Entry tak menentu ala-ala ngada skit. Bukan tak ingat DIA tapi saja mahu mrn’cool’kan diri. Tak dak salah bukan skali-skali buat menda yang leh gembirakan hati kita, takkan setiap masa nak gembirakan orang ja kan..kan…kan?? Lama dah kot tak menggembirakan hati sendiri…. So hari n cuba meng’hepy-yeppy’kan diri.


Dengan ini diumumkan Cik Comey in RELATIONSHIP. Ekekekeekekekeke. Statement berani-mati lagik. Jatuh laa saham Cik Comey pasni, kompen tak dak yang sudi dah nak buat eden isteri solehah. (^_^) Cupppp…cuppp, sila baca entry ni sampai habes ok. Takmo…takmo…salah faham. Sapa laa Cik Comey ni nak ber’relationship’ ngan ‘lelaki’ (pssstttt, tak dak orang mau, Ini btul-btul tak tipu), baik ber’relationship’ ngan DIA.


Tetttttttttttttttttttttt.

Teeeetttttttttttttttt

Gimik skit…

*
*
*
*
*
*
*

Cik Comey in relationship with Si Boncet.

*
*
*
*
*
*
*

Cik Comey dah ada Si Boncet… sangat cumil ok. Mau nengok Si Boncet Cik Comey?? Alaaa…my pinpink (camera) kak long pinjam laa so tak leh snap kecomelan Si Boncet. Nanti-nanti yea…. Japp…japp….aci tak macam ni???? Meng’google’ pixel seakan Si Boncet ~~~~~~~~~~~~~~~~


*
*
*
*
*
*
*



Tapi rupanya sweet macam ni laa (95% hampir). Jelezzz ok ngan kaler ini sebab Cik Comey mahu kaler pink tapi tak dak plak warna kegemaran Cik Comey. Huhuhuhuhuhu. Boleh tak Cik Comey mahu make up Cik Boncet jadik pink jugak???


23 October 2010

Rumah???????????




Ini villa mewah PENGUMPUL HARTA
Ini kondo megah PELAKU MAKSIAT & DOSA
Ini istana suci PASANGAN HANGAT BERCINTA
Ini gedung simpanan PENCINTA DINAR, RASUAH & DUNIA
Ini perhentian sementara CALON-CALON NERAKA

Dan ini jugalah taman PARA PENCINTA TUHAN YANG ESA
Ini perhentian sementara CALON-CALON SYURGA

Siapakah kita?
Yang mana satukah KEDIAMAN kita?

"Cukuplah MATI sbg satu PERINGATAN"-Sayyidina Umar Al-Khattab



22 October 2010

Dengar ini cerita saya ---->>

Agak pernah dengar tak UMCEDEL?? Perlu ke nak tahu apa menda tu?? If takmo tau pun cik comey tetap mahu bagitaw jugak. Boleh tak cakap, suka atie la sebab ini blog cik comey. Hikhikhikhik. Kiut bukan nama cik comey ~pasan tak semena-menanya~ Tapi tak juga sebab ada orang panggil saya kakak comey/cik comey kerna mereka cakap saya comey. ~menggeleng-gelengkan kepala rasa mereka silap, hikhikhik~ Oppssss, larik topic suda. Kembali kepada perbahasan awal…… wahhh sebegitu formal lenggok bahasanya.

Untuk pengetahuan sayang-sayang semua ~sayangkah kamu pada cik comey?~ UMCEDEL stand for University Malaya Centre for Democracy and Elections. Baru sesangat ditubuhkan pada April 2010. Merupakan pusat penyelidikan ilmiah yang mengkhususkan kepada kajian dalam aspek demokrasi dan pilihanraya di Malaysia. Dan perancangan jangka panjang turut ingin menjalankan penyelidikan berkenaan demokrasi dan pilihan raya di negara lain dalam rantau Asia. Pusat penyelidikan ini turut menggabungkan penyelidikan dari pelbagai displin ilmu lain seperti geografi pilihan raya, sejarah pilihan raya, sosiologi politik, media dan pilihan raya, politik serantau dan politik antarabangsa.

Amacam best tak, best tak? Cik Comey rasa sangat best….dan pastinya best kepada pelajar-pelajar bidang politik atau yang berminat dengan politk, juga untuk ahli akademik, ahli politik dan sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang kajian ini. Okies, cerita pasal UMCEDEL ini belum tamat maka sila tetapkan mata pada pages ini. Cik comey mahu paksa kamu tengok objektif pusat penyelidikan ini:

1. Menjadi satu pusat setempat untuk kajian dan sumber rujukan dalam pilihan raya dan demokrasi di Malaysia.

2. Untuk membentuk pasukan penyelidikan pilihan raya yang boleh menjalankan penyelidikan apabila suatu pilihan raya atau pilihan raya kecil diadakan di Malaysia atau Asia Tenggara.

3. Untuk mengumpulkan ahli akademik dan penyelidik-penyelidik dalam pilihan raya dari pelbagai disiplin yang ingin berkongsi penyelidikan dan kepakaran di bawah sebuah pusat penyelidikan.

4. Untuk meletakkan dan mengaplikasikan teori-teori/pendekatan-pendekatan berkaitan dengan kajian demokrasi dan pilihan raya.

5. Untuk menyusun maklumat dan data mengenai demokrasi dan pilihan raya.

6. Untuk menggalakkan penyelidikan berkaitan kepada pilihan raya di kalangan pelajar sarjana.

Mereka ini pula adalah antara orang kuat UMCEDEL iaitu Profesor Dr. Mohammad Redzuan Othman, Dr. Zulkanain Abdul Rahman ~jahat kamo kerana berpura-pura tak berjawatan tapi selamat laa cik comey sangat bersopan santun lagi tertib gadis melayu~ Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad dan En. Amer Saifude Ghazali. Mereka ini hebat…. Cik blog tak tipu ~bohong sunat jak~

Penat suda berpot-pet pot-pet pasal UMCEDEL ni…. Depa kasik Cik Comey duwet kaa yang sebok-sbok mahu membebel di sini?? ~ppssstttt, Cik Comey adalah duta UMCEDEL okie. Hahahaahahah~ Macam ni ceritanya…… once upon a time… bla…blaa…bla….bla….. ekekekekee. Serius k… serius .. Dengan ini, penyimpan mohor-mohor besar raja-raja negara COMEY LOTTE KIUT MIUT memperkenankan ke bawah duli bahawa Cik Comey bakal bekerjaya di sana bermula November 2010. ~tepuk-tepuk tangan tanda hati suka riang ria sambil dushh-dushhh menumbuk ketepi rasa gundah gulana~ (^_^)


Inilah Cik Comey panggil UBAT HATI

Hadiah dari dia nikmat & rahmat

Tatkala hati sedang bocor

Dan makin kempis

Tapi DIA baik

Denganku

Selalu

Ada.

p/s: Kamu yang sayang Cik Comey, silalah doakan Cik Comey baik-baik di UMCEDEL yea. Takmo ngorat-ngorat meja, kerusi, kertas, pen dll eikk. Sila jaga hati kamo yea Cik Comey kerna nanti kamo mahu serah semula pada DIA. Jangan kasik calar-balar sebab DIA kasik hati kat kamo elok saja. ~mata terpolong konon-konon tersedar dari lamunan~


S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@