CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

09 March 2010

Duduk setelah berdiri (PART 1)

Tajuk yang agak mempesonakan dengan harapan huraian juga bakal mempesonakan semua pembaca untuk diambil manfaat. Letih jugak kan bila dah kena berdiri lelama ni, kita nie mana laa nak tahan even orang muda pun. Macam bila kita da perhimpunan kat sekolah laa, perghhhh tak tahan tue nak berdiri lelama bila dengar ucapan yang panjang berjela-jela. Tambah laa kalu ucapan tue sangat tidak best + membebel-bebel. Tyme ni leh laa kita tengok...mesti da ramai dah yang mula gerak-gerak kaki laa, goyang-goyang badan laa dan tak kurang gak kompem mesti ramai yang dah dok bercangkung tunggu ucapan habes dan perhimpunan selesai. Tamat jaa perhimpunan.............lega sesangat n terasa nikmat macam teguk segelas fresh oren.



Apa yang nak citer sebenarnya nie?? Penatkan kekadang bila buat kerja berterusan tanpa henti sedangkan kita nie hanya manusia biasa yang perlu masa berehat. Ayat macam ni selalu jaa berlegar dalam minda manusia malahan ada yang sering memperkatakannya. Bolehkah begini juga dalam urusan DAKWAH?? Berehat sebentar dan duduk untuk melepaskan lelah sebelum bangun semula untuk terus berdiri. Mampukah kita kembali berdiri setelah duduk selesa melepaskan lelah?? Tepuk dada dan tanya iman sendiri.....



Saat ini aku merasakan telah begitu lama duduk .... duduk ku bukan kerana letih namun duduk ku kerana tiadanya ruang yang cukup untuk ku berdiri. Ruang untuk berdiri terlalu kecil dan sempit apatah lagi untuk berdiri, maka aku duduk di sudut itu diam-diam. Aku sedar harusnya aku cuba berdiri, mencari ruang dan cuba membuat larian kecil. Kerana jika tidak aku akan lumpuh dah terus kaku di situ. Aku pastinya tidak mahu kaku apatah lumpuh di sudut itu. Aku takut untuk ditinggalkan pergi oleh sahabat-sahabat yang telah sama-sama berdiri dan berlari. Kini aku cuba untuk berdiri mencari ruang dan berlari solo secara perlahan...aku tidak pasti samada aku mampu atau tidak. Larian solo ini tidak mudah... Aku telah ketinggalan jauh dibelakang kerana telah duduk agak lama.Sedih.... hati aku dirundung resah. Rindu saat-saat berdiri dan berlari bersama-sama... Aku pastinya mahu menamatkan larian dengan cemerlang, mahu sampai ke garisan penamat dengan cemerlang.



Sedikit titipan buat semua...

Uapan al-Maududi dalam Syahadatul Haq, antara kata-kata yang menakutkan aku:


“Sama ada mereka(Para Rasul dan Da’ie) melaksanakan segala kewajipan syahadah ini dengan cara yang terbaik dan memastikan hujah Allah mengatasi hujah manusia. Atau kecuaian mereka akan dijadikan alasan oleh manusia di hadapan Allah kelak bahawa mereka tidak menyampaikan kalimah hak yang telah diamanahkan kepada mereka dan mereka tidak memimpin manusia sebangsa mereka menuju jalan hidup yang sebenar yang telah dinyatakan oleh kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka”

Namun jika mereka cuai dalam melaksanakan tanggungjawab ini atau bertindak zalim dengan memutar belitkan kebenaran sehingga yang benar menjadi palsu dan palsu menjadi benar, nescaya Allah akan menghukum mereka terlebih dahulu daripada orang lain kerana kecuaian dan pendustaan mereka. Allah bukan sahaja akan hukum mereka kerana apa yang mereka lakukan malah Allah akan hukum mereka kerana apa yang dilakukan oleh orang lain yang sesat akibat kecuaian mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka atau akibat tindakan mereka yang mengubah jalan yang benar melalui syahadah dusta mereka”.




No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@