CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

31 January 2010

KERJAYA BARU

Alhamdulillah… syukur pada SANG PENCIPTA atas rezeki yang dilimpahkan ke atas diriku. Setelah hampIr putus asa mencari keja yang bersesuaian dengan komitmen UTAMA aku sebagai pelajar sarjana maka SANG PENCIPTA telah hantarkan rezeki dari langit buat aku. Tak lupa gak kredit untuk INTAN SURIA coz maklumkan aku berkenaan pekerjaan ini.



Dalam temujanji dengan Madya Dr Norhimah,UKM-KL pada Jumaat baru-baru ini maka termeterai ikatan kontrak bahawa aku akan bekerja dengannya selama 3 bulan untuk kajian berkenaan penambahbaikan soalan SPPK di kalangan pelajar gugusan kesihatan. Gaji yang ditawarkan very the lumayan-RM1600 sebulan dan waku kerja yang sangat fleksible-9.00 pagi hingga 4.30 petang. Then sempat laa aku ‘merempit’ untuk ke kuliah pula pada lewat petangnya. Akan memegang tittle R.A untuk tempoh 3 bulan akan datng-Februari hingga April 2010.


Aku bukan insan yang tamak… oleh itu aku telah mengajak teman cosmate A.K.A roommate ku-Anna untuk bersama-sama dalam menjalankan kajian ini. Maka harusnya RM1600 itu dikongsi bersama. Not bad RM800 sowunk dengan masa kerja yang agak santai dan cuti yang banyak mengikut jadual UKM. Aku sangat rela berkongsi dengan Anna walaupun mungkin ada yang melabel ku sebagai ‘bodo’ tapi sangat gembira dapat membantu Ana kerana sebelum ini Anna sangat kesian. Masakan tidak simpati bilamana Anna penat berkerja namun gaji yang diterima tidak setimpal dengan penat lelahnya, bangun seawal 5.00 pagi untuk ke tempat kerja then balik umah pukul 3.30 petang, bersiap-siap untuk terus bergerak ke kuliah, sementara gaji sangat laa ciput-RM600 lebih untuk 20 hari sebulan. Tapi sangat respect ngan kesungguhannya...

Ada rasa gembira, ada rasa teruja… juga ada rasa gentar dan bimbang. Bukan susah tapi tak juga mudah….. banyak yang perlu ku pelajari dengan bebanan menggalas pelajaran sarjana lagi. Aku bakal memulakan karier aku sebagai RA pada 2 Februari 2010, Selasa dengan melaporkan diri di Pej Dekan UKM-KL. Semoga aku dipermudahkan dalam pekerjaan ini. Wisau gak memikirkan bekerja dengan individu yang tidak dikenali….


p/s: Sapa-sapa yang taw details berkenaa kaedah penyelidikan focus group discussions sila kongsi ilmu anda dengan saya yea. Saya kurang biasa so ingin belajar-belajar dengan kamo-kamo yang lebih arif.


No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@