CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

03 October 2009

TARbiYYAH

Tarbiyyah bukan paksaan….paksaan bukan tarbiyyah…

Tarbiyyah bukan ikut-ikutan….ikut-ikutan bukan tarbiyyah….

Jika segalanya bukan….tarbiyyah itu apa??

Mudahnya tarbiyah seperti A, B dan C….

Berikut ada 2 keadaan…..jadi anda boleh memilih yang mana dikatakan tarbiyyah.


----------------------------------------------------------------


Situasi 1


Suasana di kedai kopi kala senja.


Pak Ali: Mat, hang tengok budak-budak tu. Tak sudah-sudah dari tadi main dam. Nie dah nak masuk maghrib dah pun.


Pak Mat : Tu laaa…..nie x leh jadik nie. Jom kita p ajak budak tue semua p solat kat masjid tue.


Pak Ali : Hahh…eloklah tue. Jom Mat kita p kat depa.


Pak Mat dan Pak Ali menghampiri kelompok budak-budak kampung yang sedang asyik bermain dam.


Pak Ali & Pak Mat : Assalammualaikum…..


Budak-budak kampung : Wa’alaikumsalam…


Pak Ali & Pak Mat : Anak-anak,dah-dah laa main dam tu.Tak dak pekdah pun. Jom p solat kat masjid, lagipun dah nak azan maghrib dah nie.


Budak-budak kampung : Orait-orait…sat lagi kami follow. Pak cik-pak cik p dulu. Comfirm satgi kami p siap jadi imam lagi. (pakat ketawa seperti memperolok-olokkan)


TAMAT


------------------------------------------------------------------


Situasi 2


Suasana di kedai kopi kala senja.


Pak Ali : Mat, hang tengok budak-budak tu. Depa dok main dam. Macam seronok jaaa. Jom kita p join.


Pak Mat : Hishhh…ang merepek paa?? Dah nak masuk solat maghrib dah. Tak dak pasai kita nak p main ngan depa.


Pak Ali : Alaaa….sat jaa. Tak pa…tak pa…hang tak mau p tak pa. Aku p sorang-sorang.


Pak Ali menghampiri kelompok budak-budak kampung yang sedang asyik bermain dam.


Pak Ali : Assalammualaikum….. Pak cik tengok anak-anak main dam macam seronok jaa. Pak cik nak joint skali boleh??


Budak-budak kampung : Wa’alaikumsalam….. (Agak kepelikkan) Ehh…boleh-boleh.


Pak Ali pun bermain laa dam and beramah mesra ngan budak-budak kampung tadi sehingga berkumandangnya azan maghrib.


Pak Ali : Hahhh…tu dia dah azan pun. Jom kita p solat lu kat masjid. Satg benda nie leh sambung main blek. Jom anak-anak semua.


Budak-budak kampung : Ok-ok…jom.


TAMAT


-----------------------------------------------------------------


Walaupun dari kain yang sama tapi lorekkan dari tangan yang berbeza akan menghasilkan corak yang berbeza. Sepertimana kaedah yang berbeza dalam situasi yang sama akan menghasilkan impak yang berbeza. Kain di umpakan sebagai situasi, kaedah di ibaratkan seperti lorekan dan impak adalah corak. Jangan pening-pening nak pikir sampai nak pecah kepala sebab benda ni simple jaa pun.


Tangan-tangan yang halus….yang bisa menari lembut mampu menghasilkan corak yang sangat baik. Makanya kaedah yang lemah lembut and penuh hikmah dapat menjinakkan hati-hati yang keras. Terjun ke dalam kelompok mereka lantas peluk dan dakap erat hati-hati mereka. Bila hati mereka tersentuh dengan mudah mereka sendiri akan meneladani kita. Tapi INGAT!!!! Kena kuat IMAN, jangan sampai kita yang terjerumus dalam kelompok mereka.

No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@