Dah tu plak baru-baru ni dapat kenal rakan YM pangkat kak laa yea. Kenalan ni walaupun bekerja tetapi hobi suka menjahit dan siap ambik tempahan menjahit tudung ID yang tengah famous sekarang ni. Sembang punya sembang sampai la masuk bab mesin jahit nie. Macam-macam cerita pasal mesin yang kuar……. dah tu plak lagi laa rancak bila kak ni story dia pun baru jaaa beli mesin jahit yang canggih lagi manggih yang berharga ribu-ribu lemon jugak tue. Ceta citu berkenaan mesin nie sehinggakan terbawa dalam mimpi dan menguatkan lagi sindrom ambo untuk memilikinya. Ambo pun guna laa peluang nie tanya punya tanya pasai harga, fungsi, jenama dll untuk buat rujukan kemudian hari.
First tu memang berkenan sesangat dengan jenama EPAL yang amat popular malah dengan pelbagai fungsinya tapi berdarah jugak laaa bila dengar harga, RM2000 lebih jugak la. Ikut hati sapa laa yang tak mau jenama EPAL yang best tu tambah plak dengan pelbagai kegunaan dan siap da kelas khusus lagi untuk kita belajar cara penggunaannya hingga mahir dan dapat buku percuma lagik. Sebulan kita akan diajar dengan 2 projek cuma bahan projek jaaa laa kita beli sendiri. Ambo yang dah teruja sesangat nak miliki mesin jahit sendiri bagitaw laa kat kak tu kalu nak beli pun dalam bajet RM1000 ke bawah. Persoalannya bilakah akan ambo beli??
Tup……tup…….kak tu siap bagi blog suh ushar kot-kot ambo tui-tui nak beli mesin jahit yang variasi kegunaan dengan harga yang mengikut bajet kita. Lumayan tu…Ambo pun layan laa blog tu. Hebat dan kagum…. Kak tu bagitaw jenama BROTHER juga bagos so ambo tengok laa promosi besar-besar dia yang sangat menarik lagi tertarik tu.
Ushar punya ushar dan kaji serba sedikit jatuh laa cintan ngan XL2630 jenama BROTHER. Harga pun bawah RM1000....... dalam RM800 ja termasuk kos penghantaran. Agak-agak ok laa kan?? Lagi laaa rasa nak rembat jaa mesin BROTHER bila tengok dia punya fungsi dan kelebihan. Jom tengok skit:
2. Bunyi lebih senyap
3. Ada guide utk masukkan benang dlm lubang jarum (tak payah cucuk2)
4. Boleh buat jahitan sembat (pattern utk jahit sembat sedia ada)
5. Bobbin muatan atas (toploading, jadi memang pantas)
6. Sebelum jahit, benang bawah tak payah naikkan atas. Terus jahit sahaja 1. Jahit getah seluar
7. Jahit kain tebal spt jeans & denim
8. Jahit kain nipis (muslin / voile) @ kain stretchy (kain jersey/ lycra)
(cuma kena tukar saiz jarum mengikut jenis kain sahaja)
9. Jahit lubang butang 1 langkah, adjust jarak jahitan dan saiz corak secara manual, terdapat guide masuk benang jarum secara semi-auto
Aksesori tambahan yg diberikan bersama,
1. Tapak Zip
2. Tapak lubang butang
3. Tapak Jahit Butang
4. Tapak Jahitan Biasa (Normal)
Tapi mana laa ambo nak cekau duit banyak tu??? Nak minta merengek kat ibu n ayah ambo?? Idak laa gitu. Malu laaa dah beso panjang ni kot laa zaman kanak-kanak rebina. Dah laa ngan hujung tahun ni kenduri kak long aggg, ambo sendiri nak masuk study aggg..... aduhhh, banyak betul lagik perkara/benda utama yang perlu diutamakan. Tapi.................................................ini pun penting gak. Benda ni pun boleh jadi aset untuk hasilkan duit yang lebih banyak. hohhohohohohho. Saya mahu menjahit sesangat saat ini.
Please...........help me......... help me......... belikan ambo sejibik, ambo rayu nie. Hadiahkan ambo menantang ni. Nanti bila ambo da beranakkan duit ngan mesin nie ambo bayaq laa bleh duit kalian.Boleh laaaa.........boleh laaa.............