CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

20 January 2009

~PenANGan KursUS kAHwEN~

"Kasih manusia sering bermusim,
Sayang manusia tiada abadi,
Kasih Tuhan tiada bertepi,
Sayang Tuhan janjiNya pasti"

Itulah sedikit dari bait-bait lirik lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam perihal memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang........

1. KUAT AGAMANYA
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2. BAIK AKHLAKNYA
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3. TEGAS MEMPERTAHANKAN MARUAH
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam??

4. AMANAH
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5. TIDAK BOROS
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6. TIDAK LIAR MATANYA
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7. TERBATAS PERGAULAN
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup yang bebas.

8. RAKAN PERGAULANNYA
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Walaupun tidak sepertinya tetapi dia mampu menjaga dirinya daripada menuruti akhlak yang tidak baik.

9. BERTANGGUNGJAWAB
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur dengan melihat sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibubapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab

10. TENANG WAJAHNYA
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Inilah penangan selesai menghadiri kursus prs-perkahwinan baru-baru ini pada 17-18 Jan 2009, Sabtu & Ahad. Apa-apa pun.....dalam memilih pasangan segalanya berbalik kepada diri sendiri. Buat kaumku HAWA, sememangnya semua kita bisa memilih tetapi biarlah memegang kata-kata "ukur baju di badan sendiri". Bukanlah bermaksud andaikata kita kurang baik maka kita juga perlu mencari pasangan yang kurang baik. Mohon tidak timbul kesalahfahaman pernyataan....

Apa yang ingin diri ini perjelaskan buat kaumku HAWA ialah perlunya rasa sedar.......untuk memilih pasangan yang baik sebagaimana ciri-ciri yang tersenarai di atas, kita juga perlu berusaha memperbaiki diri, menjadikan diri baik terlebih dahulu sebelum menginginkan yang baik untuk diri kita.

"......barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah bukakan baginya jalan keluar dan nescaya Dia akan memberinya rezeki dari jalan (arah) yang tiada disangka-sangkanya.” (At Thalaq: 2-3)

Insyaallah, andai kata kaumku HAWA berusaha untuk melakukan penambahbaikkan ke atas diri dalam mendapatkan pasangan yang baik, ALLAH s.w.t pasti berikan kita pasangan yang TERBAIK. Usah ragu dan kerana janjiNYA pasti.

“Perempuan-perempuan buruk (jahat) untuk pasangan laki-laki yang buruk (jahat). Laki-laki yang buruk untuk pasangan perempuan-perempuan yang buruk pula. Dan perempuan-perempuan yang baik untuk pasangan laki-laki yang baik untuk pasangan perempuan-perempuan yang baik.” (An Nur: 26)

Semoga Allah memberi taufiq kepada kaumku HAWA untuk bisa melakukan apa yang dicintai dan diredhaiNYA. Akhirnya bersamalah kita memohon pada Allah agar DIA menjadikan amalan kita ikhlas keranaNYA.

No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@