CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

29 January 2009

~Malam Amal Madani~


BUKTIKAN SEMANGAT PERJUANGAN ANDA
AYUH BERSAMA SERTAI
MALAM AMAL MADANI
QAZA - PALESTINE
31 JANUARI 2009
8.30 MALAM
KOMPLEKS SUKAN BALIK PULAU, PULAU PINANG

28 January 2009

~Palestine Menangis Lagi~

Bismillahhirahmanirahim......
Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Tiada Tuhan yang disembah selain Dia, Maha Kuat, Maha Penentu, Maha Perkasa, Maha Menguasai lagi Maha Esa. Di dunia dan di langit ini tiada satu pun yang boleh melemahkanNya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia kita Nabi Muhammad s.a.w, hamba Allah dan RasulNya, para sahabat nabi, para tabi'in, para anbiya', para Mujahideen serta muslimin dan juga muslimat seluruh alam.

Isu Gaza-Palestine telah agak lama menjadi tumpuan orang ramai sama ada umat Islam atau tidak untuk dibincangkan , didebatkan, diulas dan lain-lain lagi. Dah lama ingin menulis sesuatu berkenaannya tetapi seperti belum sampai waktunya. Saat ini telah hadir aura itu...tidaklah bermaksud sebelum ini tidak peduli berkenaan isu Gaza-Palestine cuma menanti waktu yang sesuai mungkin. Untuk kesekian kalinya, bumi Palestine dicabuli oleh kekejaman Israel a.k.a zionis laknatullah. Sesungguhnya kejadian-kejadian yang berlaku sekarang ini di bumi Islam dan umat Islam iaitu bumi Gaza-Palestin sangat-sangat mendukacitakan, menyakitkan, memeritkan dan segala macam lagi. Rakyat Gaza-Palestine menanggung derita dan sengsara berpanjangan berdepan dengan pencerobohan dan penyembelihan yang dilingkari oleh keganasan tanpa ada apa sahaja nilai, etika dan akhlak sebagai yang bergelar MANUSIA. Kejam dan hinanya Israel lebih dari binatang yang tidak berakal.


Hakikatnya umat ISLAM di Gaza-Palestine diibaratkan seperti berada dalam kondisi ICU iaitu pada tahap kritikal tetapi persoalannya seberapa ramai antara kita yang sedar akan hal ini?? Bersamalah kita menyedarkan diri bahawa isu Palestine bukan hanya permasalahan rakyat Palestine tetapi isu kita bersama. Isu Palestine juga bukan hanya isu perebutan sebidang tanah yang menjadi tapak letaknya Masjidil Aqsa tetapi isu Palestine adalah lebih dari itu!!! Isu Palestine adalah isu Akidah yang selayaknya dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam kerana kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai TANAH SUCI KE-3 dalam Islam, KIBLAT PER-1 umat Islam, TANAH ANBIYA' dan PUSAT PEMERINTAH dunia Islam seperti yang dirakamkam dalam Hadis Rasulullah.


Isu Gaza-Palestine juga bukan semata-mata isu agama atau perbatasan tapi isu global. Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin berarak sekitar hal ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan. Terlalu banyak jumlah kecederaan dan kematian untuk dihitung. Tek terkira ramainya ibu-ibu yang kehilangan anak, isteri kehilangan suami kerana mengejar syahid di bumi Palestine, juga anak kehilangan ayah dan terlalu ramai syuhada terkorban kerana perjuangan mereka di bumi Palestine. Renung sejenak......berapa banyakkah lagi titisan airmata dan darah yang akan mengalir dan meliputi bumi Palestine?? Kembali menyapa iman dan menyoal diri sendiri. Lantaran apa yang telah terjadi di Gaza-Palestine, apa yang sudah kita korbankan untuk mereka? Apa yang sudah kita perjuangkan? Apakah fungsi dan peranan kita? Bagaimanakah perlunya kita bertindak? Fikir-fikirkanlah.....hakikatnya kita masih disini, kita masih tetap lagi disini, kita masih tidak melakukan apa-apa untuk Palestine!!!!

Bangunlah wahai seluruh sahabatku dan sedarlah akan hakikat ini!! Betapa zalimnya kita kerana hanya berdiam diri melihat pembantaian saudara seiman dan seislam kita!! Palestine bukan hanya tanggungjawab Hamas atau tanggugjawab penduduk Palestine yang berjumlah kurang dari 5 juta orang itu tetapi merupakan tanggungjawab kita semua, tangungjawab seluruh umat ISLAM di dunia ini. Bersama berdialog dengan diri serta hujani diri dengan soalan WHAT I’VE DONE FOR THIS UMMAH????



Dari Abu Umamah al-Bahili bhw Nabi s.a.w bersabda :
"Sekelompok dari umatku akan tetap berada dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh-musuh mereka, dan mereka tidak akan disakiti oleh musuh-musuh mereka kecuali apabila mereka ditimpa kesusahan, dan sehingga datang pertolongan dari Allah dan keadaan mereka akan kembali seperti sedia kala" Para sahabat bertanya: "Di manakah tempat mereka itu ya Rasulullah s.a.w?" Baginda s.a.w menjawab:"Di Baitul Maqdis dan di aknaf (bawah lindungan ) Baitul Maqdis".


‘ Ya Allah..hancurkanlah kuffar laknatullah..hancurkanlah Yahudi laknatullah..bebaskanlah tanah Palestine..kembalikanlah kegemilangan Islam’

26 January 2009

~MiNYak KeLapa DaRA @ VCO~

Sebelum nie pernah ja dengar pasal minyak kelapa dara tapi tak pernah terlintas pun nak sibuk-sibuk taw pasal kelebihannya. Maybe sebab tak berminat atau memang tak berniat nak ambik tahu kot. Tapi bila ada orang bagi minyak kelapa dara.......sibuk la search tenet and cari kelebihan dia. Bukan apa saja nak taw benda yang slama ni pernah dengar tapi tak pernah nak diambil tahu. Dapat la ilmu tambahan dalam bidang perubatan. Minyak kelapa dara ni menurut ‘tuan pemberi’ juga dikenali sebagai VCO iaitu Virgin Coconut Oil. Sama la macam apa yang dibaca dalam tenet after buat sedikit research. Kata ‘tuan pemberi’ VCO nie leh ubati sakit gastrik. Sememangnya saya adalah masalah gastrik yang agak kronik, dengan ulser perut sebelah kiri dah luka. Kalu tak dijaga bahaya coz leh dapat ..............(nauzubillah)

Saya agak susah nak telan ubat dalam bentuk cecair nie kalu dalam bentuk tablet and pil no hal punya. Tapi macamna pun still makan la gak coz dah orang bagi. Rasa tak patut la plak kalu tak makan. ‘Tuan pemberi’ kata makan 2x sehari, siang ngan malam. Kira ok la tu. Mula-mula makan tu memang tak leh terima walaupun bau dia ok ja. Mana taknya, kebiasannya bila kita makan makanan yang berlebihan minyak pun kita dah tak boleh. Nie kan pula kena telan sesudu VCO. Bayangkan kita telan sesudu minyak then rasa dia mengalir kat tekak. Perghh....tak leh nak gambarkan. Tapi lama-lama ok la coz “alah bisa tegal biasa”. Akhirnya habis la jugak sebotol kecil VCO dihabiskan atas usaha yang gigih and gagah. So far ok la coz kebiasannya gastrik saya menyerang sangat banyak kali dalam masa sebulan. By the way, untuk sebulan ni (Januari) saya alami gastrik 2-3 kali ja.

Persoalanya tul ke minyak kelapa dara atau VCO ni bagos untuk kesihatan?? Okies, jom rujuk beberapa pernyataan daripada individu berautoriti.

“Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia”. (Dr. Bruce Fife,Doctor Naturopati – USA)

“Minyak kelapa dara mempunyai sifat-sifat anti virus, anti bacteria, anti kulat dan anti parasit semulajadi yang membantu mengawal berbagai jenis penyakit". (Dr. John J. Kabara, Universiti Michigan, USA)

“Minyak kelapa dara berdiri gagah sebagai minyak yang paling menyihatkan yang boleh anda gunakan. Ia mengandungi selautan khasiat kesihatan serta khazanah penyelidakan yang benar-benar berharga. Saya sesungguhnya sangat inginkan agar anda menjadikan minyak kelapa dara sebagai sebahagian daripada pelan harian pemakanan anda". (Dr. Mark Atkinson, Holistic Medical Physician, MBBS Bsc (Hons) FRIPHH FCMA BETD SAC DIP Clinical Nutrition)

Perasan atau tidak........sedar atau tidak...........Kenyataannya pokok kelapa yang tumbuh meliar dimerata-rata tempat mempunyai batang yang kuat malah mampu tumbuh tegak berdiri setinggi 100 kaki tanpa ranting yang hanya bergantung kepada akar rerambut untuk menahan beban yang berat dan tiupan angin kencang. Hasil pelbagai penyelidikan ditemui bahawa pokok kelapa sebenarnya mempunyai khasiat semulajadi yang tersembunyi, segagah pohonnya yang tahan lasak. Kebanyakan pokok kelapa hidup secara "Nactural Farming" tanpa menggunakan baja kimia, masih mampu mengeluarkan buah yang banyak. Pokok ini juga terkenal dengan jolokkan makin tua makin menjadi, seperti kata pepatah "makin tua makin pekat dan banyak santannya''. Minyak kelapa dara ialah minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut . Jelasnya minyak kelapa dara atau VCO mempunyai manfaat untuk kesihatan dari sudut luaran mahupun dalam.

A. Kesihatan luaran:

1. Sesuai untuk mengubati sakit kulit seperti kudis buta, kurap, panau, bersisik, ruam, ruam lampin, luka, tumit pecah, jerawat , telinga benanah, serta resdung, batuk kering, sakit kuning dan lain-lain .

2. Membantu mengurangkan berat badan dan kegemukan berlebihan dengan meningkatkan angka metabolik .

3. Digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga dengan pilihan untuk disimpan sebagai lemak-lemak dieter yang lain .

4. Jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus .

5. Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis .

6. Melembutkan dan membantu mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet yang membahayakan kulit anda.

7. Mengurangkan masalah rambut gugur dan kelemumur.

B. Kesihatan dalaman:

1. Meningkatkan tenaga dan daya tahan mental dan fizikal (atlit sukan USA & Eropah banyak menggunakannya)

2. Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino yang dapat dilarutkan lemak.

3. Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis.

4. Mengurangkan stress pada pancreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh serta membawa ungsi thyroid.

5. Mengurangkan kesakitan masalah pencernaan dan cystic fibrosis.

6. Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoprosis.

7. Memperbaiki kinerja dan mencegah risiko sakit jantung kerana minyak ini tidak mengandungi kolestrol yang tinggi pada darah.

8. Mencegah atherosclerosis dan stroke serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

9 Meningkatkan daya tahan tubuh.

10. Mengandungi dan membantu fungsi sistem daya tahan tubuh, melindungi tubuh dari kaser payudara, kanser colon dan kanser.

11. Berfungsi sebagai antioksidan serta mengurangkan radang kronis12. Membantu melindungi tubuh dari radikal bebas yang berbahaya yang mempercepatkan kadar penuaan dan penyakit degeneratif.

13. Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan benign prostatic hyperplasia (pembesaran prostate).


14. Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing.

15. Membantu mencegah sakit lever dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain.

16. Membunuh virus, bakteria dan kulat.

17. Membunuh virus yang menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis C, cacar air dan herpes.

18. Membunuh bakteria yang menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis dan gonorrhea.

19. Membunuh kulat yang menyebabkan candida, jock itch, kadas dan infeksi yang lain.

20. Melemahkan dan membunuh cacing pita, lice, giardia, dan parasit.

Terima kasih yea 'Tuan pemberi' minyak kelapa dara atau VCO.

23 January 2009

~BuKan iMPiAN iLyANa tApi imPiAn NisA~

Putih itu bersih, suci lagi murni....So, i nak kaler putih gak bukan warna cream.



So nice n sweet also.......i want it for my aqad's gathering. Simple but i think very elegant. Who agree with me?? ~put up ur hand plzzz~ Fiza ngan jelezz k. I nak jugak yang macam ni. hehehe.

20 January 2009

~PenANGan KursUS kAHwEN~

"Kasih manusia sering bermusim,
Sayang manusia tiada abadi,
Kasih Tuhan tiada bertepi,
Sayang Tuhan janjiNya pasti"

Itulah sedikit dari bait-bait lirik lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam perihal memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang........

1. KUAT AGAMANYA
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2. BAIK AKHLAKNYA
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3. TEGAS MEMPERTAHANKAN MARUAH
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam??

4. AMANAH
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5. TIDAK BOROS
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6. TIDAK LIAR MATANYA
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7. TERBATAS PERGAULAN
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup yang bebas.

8. RAKAN PERGAULANNYA
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Walaupun tidak sepertinya tetapi dia mampu menjaga dirinya daripada menuruti akhlak yang tidak baik.

9. BERTANGGUNGJAWAB
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur dengan melihat sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibubapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab

10. TENANG WAJAHNYA
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Inilah penangan selesai menghadiri kursus prs-perkahwinan baru-baru ini pada 17-18 Jan 2009, Sabtu & Ahad. Apa-apa pun.....dalam memilih pasangan segalanya berbalik kepada diri sendiri. Buat kaumku HAWA, sememangnya semua kita bisa memilih tetapi biarlah memegang kata-kata "ukur baju di badan sendiri". Bukanlah bermaksud andaikata kita kurang baik maka kita juga perlu mencari pasangan yang kurang baik. Mohon tidak timbul kesalahfahaman pernyataan....

Apa yang ingin diri ini perjelaskan buat kaumku HAWA ialah perlunya rasa sedar.......untuk memilih pasangan yang baik sebagaimana ciri-ciri yang tersenarai di atas, kita juga perlu berusaha memperbaiki diri, menjadikan diri baik terlebih dahulu sebelum menginginkan yang baik untuk diri kita.

"......barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah bukakan baginya jalan keluar dan nescaya Dia akan memberinya rezeki dari jalan (arah) yang tiada disangka-sangkanya.” (At Thalaq: 2-3)

Insyaallah, andai kata kaumku HAWA berusaha untuk melakukan penambahbaikkan ke atas diri dalam mendapatkan pasangan yang baik, ALLAH s.w.t pasti berikan kita pasangan yang TERBAIK. Usah ragu dan kerana janjiNYA pasti.

“Perempuan-perempuan buruk (jahat) untuk pasangan laki-laki yang buruk (jahat). Laki-laki yang buruk untuk pasangan perempuan-perempuan yang buruk pula. Dan perempuan-perempuan yang baik untuk pasangan laki-laki yang baik untuk pasangan perempuan-perempuan yang baik.” (An Nur: 26)

Semoga Allah memberi taufiq kepada kaumku HAWA untuk bisa melakukan apa yang dicintai dan diredhaiNYA. Akhirnya bersamalah kita memohon pada Allah agar DIA menjadikan amalan kita ikhlas keranaNYA.

16 January 2009

~kEpimpinAN caMPUran bAGi PMUKM sesi tERKiNI~

Alhamdulillah..........

Syukur pada yang Maha Esa atas nikmat kemenangan yang diberi. Walaupun mungkin di anggap kemenangan yang kecil bagi pihak-pihak tertentu namun ianya juga mampu untuk memperlihatkan suatu perubahan, insyaallah. Kadang-kadang...........antara sedar atau tidak sesuatu perkara yang kecil mampu meninggalkan kesan yang besar. Besar la juga harapan 'diri ini' untuk melihat GMUKM untuk melakukan perubahan besar dalam kepimpinan PMUKM yang baru ini. Memetik ayat puitis "Lontaran batu yang KECIL juga mampu meninggalkan riak-riak air dan sekaligus membentuk gelombang yang BESAR". ~tak caya gie la try campak batu kecil kat Tasik Kejuteraan~
.::rIADAH + rEKREASI dI tASIK kEJUT dI tEMANI olEH bADAN bERUNIFORM sERBA bIRU::.


Bersamalah kita sujud syukur padaNYA atas kemenangan yang diberikan setelah agak lama menanti, berusaha, berkerja keras, istiqomah dan segala macam lagi. ~tak perlu diungkit pengorbanan yang telah dilakukan kerana keikhlas itu lebih penting~ Tidak perlu untuk berkeluh kesah kerana tidak menang majoriti tapi bersamalah kita bersyukur wahai seluruh sahabatku kerana GMUKM tetap berjaya memecahkan kepimpinan majoriti ASPIRASI dalam MPP bagi sesi ini berbanding tahun-tahun sebelumnya. Persaingan yang sangat sengit mungkin........ sangat mendebarkan saat menanti pengumuman keputusan pemilihan MPP semalam di Cafe Kompleks Bestari.~meriah amat dengan kehadiran penyokong setiap kumpulan~ GMUKM 13 dan ASPIRASI 21 ~betulkan andai salah~ memperlihatkan penidakkan ke atas undi selesa 2/3 ASPIRASI dalam MPP sesi lepas.Sekaikgus mewujudkan Kepimpinan Campuran antara keduanya.

.::sOLAT hAJAT n mENGATUR sTRATEGI bEBERAPA jAM sEBELUM bERMULANYA pKR::.





Maka wujudnya CHECK and BALANCE dalam MPP terkini. Kepimpinan ~kuasa~ dikongsi bersama, masing-masing berhak untuk menyemak antara satu dengan yang lain dan menyeimbangkan segala macam perkara. ~kondisi yang amat bagos dalam percaturan yang melibatkan kuasa~ Dengan ini segala macam bentuk penyelewengan, salah guna kuasa, ketidakadilan dll dapat dipantau. Moga-moga segala pertikaian berkenaan integriti dalam kepimpinan dapat dipulihkan. Wujudnya sistem pengawasan secara langsung di mana setiap kumpulan menjadi 'watchdog'. ~ewahhhh....penulisan akademik a.k.a politik la plak~

.::pENJELAJAHAN kE sELURUH fSSK dENGAN sEMANGAT kEMPEN yANG tINGGI::.



Namun harus di ingat bukan suatu yang mudah dalam kepimpinan campuran, tanpa kerjasama yang tinggi + syura antara kedua belah memungkinkan berlakunya perbalahan yang berlarutan tanpa ada kata putus yang dapat dicapai. Atas rasa SAHABAT, 'diri ini' menyeru agar kedua-duanya ~GMUKM dan ASPIRASI~ dapatlah hendaknya berkerja + bersama-sama ~kerjasama~ dengan baik dan menunaikan tanggungjawab dengan sempurna. Bersamalah menjaga kebajikan mahasiswa UKM, tunaikan segala manifesto anda semua supaya mahasiswa tidak rasa tertipu dengan segala macam kata-kata, slogan dan seangkatannya.

Ingatan untuk diri dan juga GMUKM...... ~merujuk pada pimpinan, pendokong dan juga ahli-ahli~ Kemenangan atau kejayaan kali ini bukan saja satu nikmat tapi juga satu ujian dariNYA untuk kita semua. Sedarlah wahai sahabat-sahabatku ujian dalam bentuk kemenangan atau kejayaan adalah lebih sukar daripada ujian dalam bentuk kesusahan. Ini kerana ujian dalam bentuk kejayaan mudah melalaikan dan membuat kita alpa. Adakalanya hingga kita lupa padaNYA. ~bersamalah kita muhasabah diri~ Suka memetik sms yang diterima awal pagi tadi, sekitar pukul 1.50 pagi "Semua pendokong dan penyokong diminta sujud syukur kepadaNYA atas kejayaan ini. YA ALLAH YA TUHAN kami, sekiranya engkau anugerahkan kejayaan kepada kami, hindarkan kami dari sifat riak dan takbur. YA ALLAHYA TUHAN kami, sekiranya kegagalan yang engkau berikan kepada kami, hindarkan kami dari sifat malas dan putus asa."

.::dI tEMPAT pEMBUANGAN uNDI kOLEJ uNGKU oMAR::.



SALAM TAHNIAH UNTUK GMUKM dan juga ASPIRASI. BERSATU BERUBAH, BERANI BERUBAH. HARAPAN BARU UNTUK MAHASISWA bagi Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2009/2010 ~tak sure la sesi pa, betulkan la kalu salah~

.::sAAT-sAAT cEMAS mENANTI kEPUTUSAN pRK uKM::.




WE LOVE UKM

WE LOVE UKM

WE LOVE UKM

11 January 2009

~HaRi PenaMAAN cALOn (PRK UKM)~


Dah lama kan blog ni tak bermesej, bermaklumat, berinformasi dan segala.........maaf amat buat kengkawan. ~kak dah update blog yea Luqman~ Maaf sekali lagi eikk. Awal semester ~final sem lak tu~ agak busy ngan proposal a.k.a tesis, kemas kini diri ~da makna tersirat~, pendaftaran kursus n tutorial, gelombong pilihan raya kampus agg dll.

Tetiba datang aura nak mengomel pasal senario PRK yang sedang hangat berlangsung kat UKM, Bangi. Baru jea 2 hari yang lepas ~8 Jan 2009~ berlalunya proses penamaan calon PRK UKM. Agak meriah walaupun berlaku beberapa perkara yang menimbulkan suasana tegang antara calon dan pengurusan tyme sesi bantahan. ~fakulti tertentu~ Suasana kali nie bukan ja meriah tapi menampilkan keunikkan khususnya dalam 'parti' Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai GMUKM.


Kemeriahan dirasa bagi mereka-mereka yang turut serta dalam perarakan secara aman dari stadium UKM ke bangunan Pusaneka. Siswa/i berpakaian serba ungu ~warna tema~ melangkah yakin dan pasti dengan meninggalkan gelombang GMUKM bergentar di segenap jalan. Menampilkan kepelbagaian kaum......Melayu, Cina dan India. Bersatu untuk suatu perubahan ~berani berubah~ Keunikkan terserlah bilamana bergermesik nyanyian lagu rakyat yang telah digubah khas bagi menyemarakkan lagi suasana. Wujudnya integrasi yang padu......berlainan daripada PRK sebelum dari k@c@m@t@ d!r! !n!.

Kengkawan tersayang........walaubagaimana dalam meraikan kemeriahan dan keunikkan ini yang lebih utama adalah UNDI ANDA. Tidak ada gunanya sibuk bercerita tentang penaman calon, tidak ada gunanya bising berdebat tentang manifesto calon, tidak ada gunanya kecoh tentang kempen.....Lebih BERGUNA adalah UNDI ANDA. Undi anda bakal menentukan corak kepimpinan baru UKM. Beramai-ramailah kita turun membuang undi pada Hari Mengundi iaitu 15 Januari 2009 di Kolej Kediaman masing-masing (penempatan dalam UKM) dan di Bangunan Pusaneka (penempatan luar UKM).
Ayuh kengkawan.....bersamalah kita tunaikan tanggungjawab kita sebagai warga kampus UKM. Jangan sia-siakan peluang anda, peluang untuk memilih mereka yang hanya benar-benar layak bagi menduduki jawatan PMUKM 2009/2010. Pilih dan undillah calon anda atas dasar calon itu sendiri ~kredibilit, kebajikan mahasiswa yang diperjuangan, kebolehpercayaan dll~ bukan pemilihan bersendikan 'PARTI'. Yang bakal melaksanakan tanggungjawab adalah calon yang menang n bukan 'PARTI'.

Salam Perjuangan buat semua calon yang bertanding sama ada kawan-kawan ku di barisan GMUKM mahupun di barisan ASPIRASI. Andaikata antara anda dipilih memegang mandat kempimpinan UKM ~khususnya kengkawan ku~ tunaikan amanah anda sebaik mungkin kerana ia bakal dipersoalkan dan dihitungkan di akhirat kelak. Jangan berjanji manis ibarat "menanam tebu dipinggir bibir" saja tapi pahit dari segi perlaksanaannya.


Sekian dari saya...........WE UNITE, WE UNITE, WE UNITE IN PURPLE..WE UNITE, WE UNITED, WE UNITE FOR JUSTICE. Takbir, allahuakbar 3x.

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@