CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

AMARAN KERAS!!! BACA sebelum scroll ke bawah

Aku tak minta apatah memaksa sesiapa untuk membaca tulisan dan coretan di blog aku ini. Segala yang tertulis dan tercoret adalah dari aku kepada aku juga untuk aku. Kalian bebas untuk menafsirkan setiap tulisan dan coretan itu tapi ketahuilah bahawa hanya aku yang mengerti hakikat sebenar di balik semuanya. Jangan mengatakan yang bukan-bukan di belakangku kerana aku tidak akan memaafkan perkara-perkara yang kalian katakan apatah lagi kiranya ia tidak benar. Andai mahu ketahui kebenaran, ayuh bertanya sendiri pada pemilik blog ini iaitu AKU. Juga AMARAN keras, tidak perlulah kalian menyinggah di blog ini sekiranya hanya ingin mengambil tahu hal diriku, mengintip-ngintip perjalanan hidupku demi untuk melihat aku jatuh dan bertujuan menjatuhkan aku. Kerana aku tetap aku yang menjadi aku dan kekal sebagai aku. Segala sesuatu adalah dari DIA MAHA KUASA, aku redha. Jika ternyata blog ini tidak memberi apa-apa faedah pada kalian, baik kiranya kalian melarikan tetikus ke button X (cancel) di atas sebelah kanan dan tekan button tersebut. Dengan itu kalian akan terpisah dari dunia coretanku. Maka ingin aku ucapkan SELAMAT TINGGAL dan tak lupa TERIMA KASIH kerana sudi mengunjunginya walaupun seketika.

Followers

30 April 2008

..::Pilihan Yang Ada::..



Sesungguhnya dalam kehidupan ini kita mempunyai banyak pilihan. Kita ada pilihan A, B, C, D dan sebagainya. Macam answer to question in exam paper, just tanda or circle the answer yang kita rasa paling tepat. Setiap pilihan sebenarnya bergantung kepada diri kita sendiri….Kepelbagaian pilihan yang kita ada itu jelas menunjukkan betapa pemurahnya Allah s.w.t. DIA menganugerahkan kita dengan nikmat ….nikmat membuat pilihan. Namun ada juga waktu ketikanya kita tidak mempunyai pilihan langsung. DIA tidak memberi kita pilihan walaupun satu…Bukan bermaksud DIA tidak lagi pemurah tetapi sebenarnya DIA telah menyediakan pilihan untuk kita…pilihan yang comfirm lebih tepat dari pilihan-pilihan yang kemungkinan kita ada…..

Owhhh….berbicara tentang pilihan mengingatkan aku pada the only one my little brother. We call he, Abang Cik. Maybe faktor takda abang menyebabkan panggilan tu wujud, from tittle Abang Kecik iaitu abang yang paling kecil@muda disingkatkan jadi Abang Cik. Sebenarnya tak pasti gak macamna timbul panggilan tu.huhuhu.

My little bro ni baru sahaja merdeka, merdeka dari dunia persekolahan. Kiranya tengah waiting for the result coming out. Oleh kerana semangat belajar yang tinggi ada dalam diri my little bro, tak menyempat untuk rehat dia kembali menyambung dunia persekolahannya di Sekolah Deeratul Maarifah Wataniah(DMW) kat Kepala Batas untuk mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Debaran my little bro menanti result SPM akhirnya berakhir apabila pengumuman result keluar pada bulan Mac yang lepas. Alhamdulillah result SPM yang diperolehinya agak membanggakan my parents. So berbekalkan result yang agak bagus tu, my little bro mula apply macam-macam untuk further his study, MATRIK, UPU, MAKTAB dan sebagainya. Ini juga ekoran kebimbangan my ibu, risau if my little bro tak dapat further study kat mana-mana.

ALLAH MAHA BESAR. ALLAH MAHA BESAR. ALLAH MAHA BESAR. Nak dijadikan cerita, my little bro ni berjaya mendapat tawaran further study kat MATRIK and yang lebih menggembirakan hati my parents ialah dia dapat MATRIK kat Pulau Pinang ja. (hasil usaha aku gak ni buat semakan online) Setelah berjaya mendapat tawaran ke MATRIK, my ibu berkira-kira pula sama ada nak izinkan my little bro further study kat mana. My ibu sebenarnya ada keinginan nak hantar my little bro further study kat Mesir buat course Medic. So my ibu memulakan usahanya......call sana call sini, tanya orang nu, tanya orang ni dll. Akhirnya my ibu berjaya setelah usaha and berpenat lelah untuk anak lelaki kesayangannya. But my ibu kena la membawa my little bro pergi K.L untuk jumpa pihak terbabit iaitu seorang profesor yang terlibat dalam proses pengurusan dan penghantaran pelajar ke Mesir dalam jurusan Medic.

Dalam berkiraan menghitung hari untuk my little bro mendaftarkan diri di MATRIK, tetiba dia dapat pula tawaran further study kat MAKTAB. (my pretty sis sms me semalam) wAhWAhwahwAhWah......hebat juga my little bro ni and all of my family syukur sangat dengan rezeki Allah yang melimpah-ruah ni. Nampaknya banyak pilihan yang my little bro ada untuk further his study. Best kan bila ada banyak pilihan ni?? Kita boleh jea memilih mana satu pilihan yang kita suka.....Bebas,bebas untuk memilih tanpa ada had. Persoalannya apakah mudah untuk kita memilih setelah mempunyai banyak pilihan?

Emmm,sebenarnya sedar atau tidak semakin banyak pilihan yang kita ada semakin sukar untuk kita membuat sesuatu pilihan. Semakin banyak pilihan semakin mengelirukan kita untuk membuat keputusan..........Hingga ada saat ketikanya kita tidak mahu memilih mana-mana pun antara pilihan yang kita ada. Akhirnya kita berserah....Hahahaha. Inilah makhluk bernama manusia. Bila tiada pilihan untuk memilih, kita akan mengeluh tapi setelah ada pelbagai pilihan, kita pula tidak mahu memilih. Kita membiarkan pilihan yang ada berlalu pergi begitu sahaja dan menjadi sangat sia-sia. Sedangkan kita boleh memilih...memilih dengan mata hati dan bukan akal budi semata. Sememangnya bukanlah semua pilihan kita itu adalah tepat tetapi sekurang-kurangnya kita telah melaksanakan tanggungjawab kita dengan menjadi hamba yang tahu bersyukur atas nikmat Allah.

Dan sesungguhnya pilihan yang tepat adalah apabila kita memohon dari DIA yang di atas sana. Kita membuat pilihan dengan melakukan solat istikharah serta berdoa padaNya. Inilah juga cadangan aku kepada my little bro when he call me....My little bro cakap yang dia tak pasti lagi nak futher study kat mana dengan banyak pilihan yang dia ada so he ask my opinion, sama ada nak kekal ambik STAM, nak masuk MATRIK atau MAKTAB. Takkan la plak aku nak suruh my little bro baling dadu untuk tentukan pilihan....Selaku kakak yang love very much her little bro, mesti aku nak dia buat pilihan yang betul. Walau apa pun pilihan my little bro, for sure all of my family agree and redha but must by istikharah. Berdasarkan Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”


Inilah pilihan yang sebetul-betulnya...yang tepat tanpa ada sebarang keraguan. Pilihan yang terasnya kembali pada Pencipta serta merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Redhalah dengan pilihan tersebut walaupun mungkin tidak kita sukai namun yakinlah bahawa DIA telah mengaturkan sesuatu yang lebih baik untuk kita.....yang menjanji rahmat yang tersembunyi. Buatlah pilihan tepat adikku!!!

No comments:

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@

S@y@ s@y@ng f@m!ly s@y@